Drama Review : Touch Your Heart

Wednesday 17 April 2019


Director : Park Joon-hwa
Writer : Lee Myung-suk & Choi Bo-rim
Cast :  Yoo In-na, Lee Dong-wook, Lee Sang-woo, Son Sung-yoon, Oh Jung-se, Shim Hyung-tak, Park Kyung-hye, Park Ji-hwan, Jang So-yeon
Genre : Rom-com
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : February 6 – March 28, 2019
Production Company : Mega Monster, Zium Content
Distributor : tvN

Pasangan kedua dalam drama famous, Goblin – Grim Reaper & Sunny cast dalam drama rom-com, Touch Your Heart yang mengisahkan actress Oh Yoon-seo  (Yoo In-Na) yang dikecam lepas terlibat dengan skandal dadah hilang popularity dalam dunia lakonan. Untuk buat comeback, dia setuju untuk train di firma guaman Always Law Firm dan jadi setiausaha kepada peguam hati batu, Kwon Jung Rok (Lee Dongwook). 

Sepanjang intern dekat sana, Oh Yoon-seo  tolong Jung-rok selesaikan kes sebab Jung-rok agak tegas dan tak guna emosi untuk pujuk klien untuk buka cerita. Dalam masa 3 bulan tu Jung-rok mula kenal sisi sebenar Yoon-seo and vice versa so bermula la episod cinta diorang berdua. Drama ni diadaptasikan dari novel online bertajuk Reach of Sincerity karya Jäger.


At first masa kawan Twitter recommend drama ni memang tak lah nak tengok sebab genre rom-com. Tapi lepas tahu Dong-wook dengan In-Na yang berlakon terus play episod 1. Dari 1 tahu tahu dah habis dah drama ni. Rasa tak puas nak tengok sebab sweet sangat scene Jung-rok dengan Yoon-seo ni. Dalam drama Goblin tak puas tengok diorang nak pulak ending sedih tapi dalam drama ni awwww dah lah comel, happy ending pulak tu.

Tak tahu kenapa sebelum ni Yoo In-Na ni tak famous sebab dia cantik kot, dalam drama ni dia jadi actress pulak, memang terpukau jugak lah tengok kecantikan dia. Nak pulak bila dia buat muka comel ataupun wink. Siapa je tak jatuh cinta tengok dia.


Scene Kim Se-won (Lee Sang-woo) dengan Yoo Yeo-reum (Son Sung-yoon) pun sweet jugak sebab diorang berdua ni couple yang matang dalam cerita ni sebab dah bercinta 7 tahun dah. Teringat pulak couple Dae-Young & Myeong-Joo dalam Descendant of The Sun, kena putus sebab family tak suka tapi sebab sayang, diorang decide untuk stay and fight. Scene paling sweet bila Se-won belikan ubat sebab dia tahu Yeo-reum ni jenis cepat stress sampai effect digestive system. 7 tahun bercinta sampai dah kenal perangai partner even dah breakup.

Apart from leading cast, supporting cast yang lain pun hidupkan suasana kelakar dalam drama ni especially staff dekat Always Law Firm. CEO Yeon Joon-kyu (Oh Jung-se) paling best kalau dekat Malaysia ni ramai boss macam dia. Gahhh I miss my previous boss, working environment happy and feel warm je bila dia ada. Appraisal and motivation pun tinggi.


Drama ni banyak shoot dekat office Always law firm, court dengan rumah Yoon-seo so visual dia tak la menarik mana cuma cara diorang tonjolkan Yoon-seo dalam drama ni memang daebak! Nak match dengan slogan Korea’s goddess, universe goddess punya pasal, memang menjadi lah. Worth the effort and thumbs up to the team.

Music album drama TYH ni comel belaka lah, nak pulak suara Chen yang memang comel sesuai dengan genre drama yang rom-com ni. Soundtrack paling best dalam drama ni, lagu Be Your Star nyanyian LENA. 


Overall chemistry Dongwook dan In-Na and genre drama ni buat Touch Your Heart best nak layan, sesuai untuk tontonan family and count every moment you guys have with your partner!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

6 comments

  1. kak ada tengok tapi separuh jalan ja, haha. kak lebih suka genre dark drama, hehehe

    ReplyDelete
  2. dah ada.. tak sempat nak tengok je lagi.. tak sabar gak nak tgk adegan sweet sweet diorang nie..

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lg. Hehe. Tapi tau dieorg berlakon best dkt goblin. Hehe nanti nk tgk la

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/04/book-review-bougainvillea-by-packy.html?m=1

    ReplyDelete
  4. dah tengok sampai habisssss...hahahahha! best n kelakar gilerrr!

    ReplyDelete
  5. watak utama tu memang sweet habis, supporting cast yg lain pun best juga dan menceriakan lagi keadaan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.