Thursday, 11 January 2018

Menang 2 Giveaway & 1 Blog Review

Salam Jumaat semua!

Hari ni berbunga sikit sebab menang 2 GA yang dianjurkan tahun lepas.

1) GA Susun Atur dari blog NurinKhairie.


Hari-hari berharap dapat menang rak ni sebab dari review Nurin, rak ni memang best untuk kegunaan rumah. Lagipun memang tengah mencari rak besi sebab nak letak pokok yang makin banyak dekat beranda tu. Tercapai jugak hajat yang satu ni. Alhamdulillah. 

2) GA Happy New Year 2018 dari blog Sii Nurul


GA ni pun menang tempat kedua jugak haha terima kasih Nurul! Yang dah join tapi belum check lagi senarai pemenang, boleh check dekat sini 

Untuk blog review pulak, actually dah lama tapi baru perasan sebab tengah google nampak nama blog keluar dekat blog Syazwani


Although review Wani simple je tapi terima kasih banyak sebab bukan senang dapat peluang kena review. Nak pulak bersepah kata positif macam ni. Maybe sebab dari sini kot entri Annabelle tu mencanak sampai masuk dalam Popular Post. Apa pun, terima kasih sangat. :)

3) Followers

Lagi satu hal, terima kasih yang datang berkunjung & tekan button follow sebab followers dah capai target, 250. Sepatutnya target ni tahun lepas punya tapi delay masuk tahun ni. Untuk tahun 2018, harap boleh naik sampai 500. 



Hari tu ada terdetik nak join AFB tapi sampai sekarang asyik lupa nak whatsapp founder. Ada lagi tak group macam ni yang boleh join? The more, the merrier kan? 


p/s : Any tips/suggestion untuk beli domain?

12 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.