Gegar Vaganza Musim 4 : Minggu 3

Sunday 19 November 2017

Image result for gv4

Minggu ke3, 11 peserta diberikan senarai lagu yang keluar dari genre masing-masing untuk dinilai sejauh mana kemampuan vokal & mutu persembahan. I must admit, dekat pentas minggu ke3 dah boleh nampak kelemahan sesetengah peserta. 

Senarai lagu untuk Minggu Berani Ke Tidak? :

1. Liza Hanim -  Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
2. Haida - Kenangan bersamamu (Lefhanded)
3. Hazami - Joget Kenangan Manis (Allahyarham Datuk Sudirman)
4. Syura - Knock Knock (Elizabeth Tan)
5. Aishah - Terukir Di Bintang (Yuna) 
6. Tia Jimbara - Bila Resah (Anuar Zain) 
7. Lan Kristal - Sayang Sayang (Alif Aziz) 
8. Aqasha - Cinta Tak Keruan (Amigos) 
9. Firman Siagian - Zalikha (Floor 88) 
10. Elyana - Wulan Merindu (Cici Faramida)
11. Raja Azura - Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Doll)

Malas nak sembang pasal performance Kak Liza Hanim sebab ya tuhannn dia punya vokal memang power, part tarik pun fuhhhh mantap! She deserves what she deserved that night. Haida pun bagus tapi tak sebagus performance mingu lepas. Hazami pun sama, dah cantik dah dia nyanyi lagu Allahyarham Sudirman tu tapi dia terlampau menari sampai nyanyian dia tak berapa nak cantik but still enjoy lah tengok performance dia. Aqasha not bad cuma garang betul muka dia atas stage, lagu dangdut patutnya fun tapi vibe tu tak berapa nak sampai. Terkejut dengan performance Tia Jinbara, tak sangka suara sebijik macam Anuar Zain. Lepas ni kalau nak vibe Anuar Zain tapi susah nak contact dia, call je Tia Jinbara :P

I must say, Lan Kristal ni boleh tahan jugak performance dia. Keluar dari genre lain pun cun je atas stage. Syura & Kak Aisyah pun sama. pun sama. Tapi Elyana dengan Firman memang hambar. Elyana tak mampu bawa lagu Wulan & Firman pun masih lagi stick dengan gaya suara dia bila nyanyi lagu Zalikha. Sebenarnya minggu lepas berharap sangat Elyana yang keluar tapi sayangnya Kak Engku yang keluar padahal performance dia jauh lagi baik dari Firman & Elyana. Walaupun Tok Ram komen kata macam nafas ikan but still enjoyable her performance tu nak compared dengan Firman & Elyana. Sedih tengok Kak Engku kena keluar sebab dia boleh pergi jauh lagi. Suara dia sedap, performance pun best tapi keputusan bukan ditangan kita kan. I love her words before leaving GV4
Seni itu agak halus. Anak seni juga agak jujur di atas pentas

Untuk performance minggu ke4 dengan tema Berdua Lebih Baik, semua peserta akan menyanyi secara duet dengan artis undangan. Here a compelete list :

Liza Hanim:
Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza
Pasangan duet - Hafiz Suip

Firman:
Biar Menjadi Kenangan - Reza & Masaki Ueda
Pasangan duet - Misha Omar

Lan Kristal:
Naluri Cinta - To'ki & Rohana Jalil
Pasangan duet - Siti Nordiana

Hazami:
Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayank Sari
Pasangan duet - Azaharina

Tia Jinbara:
Arjuna Mencari Cinta - Dewa
Pasangan duet -Aweera

Aishah:
Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Rio Febrian
Pasangan duet - Innuendo

Syura:
Selasihku Sayang - Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah
Pasangan duet - Bob

Aqasha:
Cinta Ini Membunuhku - D'Masiv
Pasangan duet - Tomok

Elyana:
Aku Yang Tersakiti - Judika
Pasangan duet - Aepul Drama Band

Tak sabar nak tunggu performance 10 peserta minggu ke4 ni. Harap Hazami & Haida boleh topup balik minggu ni and naik dalam Top 3. For those yang belum tengok lagi GV4 Minggu 3, boleh tengok dekat sini :)


2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.