Monday, 20 November 2017

Berniaga Dalam Hujan

Masuk ni dah 4 minggu join berniaga nasi lemak dekat pasar tani setiap hari Ahad. Kiranya memang takde life pun lah sebab Isnin sampai Sabtu pergi kerja dekat site, hari Ahad pulak join berniaga. Tapi kalau duduk rumah pun tak buat apa. Baik pergi cari duit. Ni pun join sebab tak cukup pekerja. Memasing tengah khusyuk layan SPM.

Dah masuk musim tengkujuh ni kena tabah lah bila hujan datang. Masuk minggu lepas, dah 2 minggu dah berniaga dalam hujan. Kalau hujan memang sedia maklum lah customer tak ramai sangat. Lagi satu hal bila makanan basah kena hujan. Memang menggelupur adjust makanan supaya tak basah teruk. Dia punya kelam kabut tu tak payah cakap lah. Sorry bang tray gedabak jatuh, nasib baik tak timpa kaki. 

Lagi syahdu bila tapak niaga kau banjir. Terkangkang-kangkang lah siapkan order. Melompat sana sini supaya kasut tak basah. Baju basah takpe, jangan makanan customer basah. But I'm okay, nama pun COBAANNNNNN. 

But despite all this, bila wrap up dapat lah makanan lebih ataupun minuman lebih dari jiran niaga. Minggu lepas dapat paling banyak selama bekerja dekat tapak pasar tani. Paling happy dapat kuih cantik ni. Dah lah cantik, sedap pulak tu


Next week maybe tak dapat berniaga sebab dah ada plan. Tak sabar nak tunggu Sabtu ni fuhhhh! I just can't wait! :D

3 comments:

  1. dapat bayangkan mcm mana suasana tu but it's a good experience for you i can say.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang ohsem.. Berniaga memang seronok walaupun letih.. Part hujan tu satu pengalaman yang mencabar..

    ReplyDelete
  3. moga Allah perluaskan lagi rezeki atas kesukaran itu 😊😇

    (saya kalau musim-musim hujan camni suka duduk rumah, tapi itulah, bila duduk rumah duit tak masuk😅😅)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.