Tuesday, 7 November 2017

Ayam Spicy Korea Simple & Sedap!

Masa tengah buang masa dekat Twitter ternampak pulak kawan post resipi Ayam Spicy Korea. Bila belek bahan dengan cara nak buat tu ya tuhan senangnyaaaa! Masa shopping barang dapur terus beli bahan untuk resipi ni. Bila dah siap masak, menjadi pulak tu terus jatuh cinta sebab senang sangat nak masak.


Bahan-bahan :

A (Kalau tak ada tepung ala KFC)
- Tepung gandum 1 cawan
- Tepung beras 1 cawan
- Serbuk penaik 1 sudu
- Lada sulah 1 sudu
- Serbuk cili 1 sudu

B
- Bawang putih - ikut suka
- Gula Perang - 2 sudu
- Sos ABC Pedas - 2 sudu
- Cili kisar - 1 sudu
- Serbuk cili - 3 sudu (kalau nak lagi pedas, tambah lagi)
- Kicap soya - 4 sudu
- Tepung jagung - 1 sudu dibancuh
- Madu - 2 sudu

C
- Ayam (make sure tak basah berair sangat)
- Halia
- Bawang putih
- Garam 1 sudu kecil
- Lada hitam

D
-Telur 1 biji
- Bijan

Cara-cara

1. First of all, perap dulu Bahan C selama 5 minit. Lagi lama lagi sedap.


2. Dah settle perap, gaul ayam dengan Bahan A kemudian celup dengan telur then goreng macam biasa. Nak garing ke separa garing ke ikut kehendak perut masing-masing. 


3. Dah angkat ayam tadi letak dalam pinggan, sekarang buat sos pulak guna Bahan B. Tumis bawang putih dulu jangan sampai garing lepastu masukkan cili kisar dengan serbuk cili sampai naik minyak lepastu masukkan sos cili pedas ABC, madu, kicap dengan gula perang & tepung jagung yang dibancuh tadi. 


4. Dah dapat kuah macam yang diidamkan, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul kuah dengan ayam, lumur sampai cantik. Make sure semua part ayam tu kena okay. 

5. Dah habis lumur, tabur lah bijan banyak mana yang korang suka. Dah siap! 

Senang je kan? Dah boleh makan ayam pedas Korea sepedas hati kau terbakar tengok SongSong couple kahwin. 

6 comments:

  1. sedapnya nampak! dah macam kyochon dah. :)
    thanks for the recipe 😍😘😁

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...nanti nak buat jugak

    ReplyDelete
  3. Menarik nampak ayam tu FJ. Terliur pula dibuatnya. Boleh cuba resipi ni nanti.

    ReplyDelete
  4. Tq so much for the resepi kak. Nanti nak try masak. hihi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.