Yee Mee Sizzling Mudah Dan Sedap!

By farhanna jafri - 00:01

Haritu kawan twitter share resipi masak Yee Mee Sizzling homemade so belek peti ais ada ayam, belek mini garden pun ada sawi dah besar, terus sediakan semua bahan and try masak. Disebabkan menjadi, so nak simpan resipi ni dekat sini untuk panduan sendiri dan kepada yang lain jugak :)


Bahan-bahan :

Bahan A :
- Bawang putih 5 ulas (dihiris halus)
- Halia 2-3 inci (dihiris halus)
- Cili kering 5 tangkai
*bawang putih dengan halia boleh juga kalau nak tumbuk tapi jangan sampai hancur)

Bahan B
- Kicap pekat 3 sudu besar
- Kicap manis 3 sudu besar
- Sos tiram 4 sudu besar

Bahan C
- Yee Mee (direndam dan ditoskan)
- Ayam dipotong kecil
- Sawi (ikut suka)
- Telur
- Kiub pati ayam Knorr
- Air 2-3 cawan
- Serbuk lada hitam 1 sudu besar
- Tepung jagung 2 sudu besar (dibancuh)
- Garam secukup rasa

- Gula secukup rasa



Cara-cara penyediaan :
1) Panaskan minyak kemudian masukkan Bahan A. Goreng sampai naik bau.

2) Kemudian masukkan ayam, gula dan garam. Goreng sampai separuh masak.


3) Masukkan air dan kiub ayam. Lepas kiub dah larut, masukkan Bahan B dan juga bancuhan tepung gandum. Kemudian masukkan serbuk lada hitam.

4) Masukkan sawi dan yee mee yang dah direndam

5) Masukkan telur, tunggu sehingga masak dan padamkan api.

Dah siap! 


Nota kaki :
- Minyak tu ikut suka nak letak banyak, lepas dah settle goreng boleh kurangkan before masuk air. 
- Tips nak elakkan kuning telur pecah bila hidang dalam pinggan, sauk bahagian kuning telur guna senduk kuah dan biarkan sehingga telur masak (faham tak? T.T)
- Kalau nak masukkan cendawan, masukkan selepas bancuhan tepung jagung.
- Selamat mencuba :)

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. nampak sedap tuh. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try! Kalau menjadi boleh buat lagi :D

      Delete
  2. Sedapnya...fav ni! Cuma kak sha tak buh telur.. hehehe..ganti dengan isi ketam yg fresh...

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. great idea kak shaz, lepasni boleh try seafood pulak :D

      Delete
  3. tgk resepi ni macam skarang juga nak makan sizzling mee ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar, farhana.
    sodap nyer.
    lama giler aida x makan sizzling ni tau.
    sejak tak lagi masuk mana2 food court hu hu hu hu...
    nak kena masuk ni, merasa semula mee sizzling cendawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama la kita, kes kempunan nak makan jugak

      Delete
  5. Thank you bagi resipi! ^^ nanti bila ada mood boleh main masak2 kat dapur hehe

    ReplyDelete
  6. Erm..nampak sedap. Nampak gayanya kena beli yee mee buat stok lepasni

    ReplyDelete
  7. Lapar pulak bila tgok resepi ni hee

    ReplyDelete
  8. slalu nk makan ni kena p food court ja...
    tapi if buat sniri.. mcm tak nikmat plak hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)