Movie Review : Forgotten (2017)

Wednesday 7 March 2018


Director : Jang Hang-jun
Writer : Jang Hang-jun
Cast : Kang Ha-neul, Kim Mu-yeol, Moon Sung-keun and Na Young-hee.
Genre : Mystery/Thriller/Horror
Production company : B.A. Entertainment
Distributor : Megabox Plus M
Release date : November 29, 2017 (South Korea)
Running Time : 109 minutes
Trailer :


Before this kalau movie Netflix mostly Hollywood yang produce, tak sangka pulak Korea pun join sekali. Not sure if this is the first movie but I can assure you guys this movie is good. Tak ingat siapa yang recommend movie ni but thanks a lot! I really have a fun time watching it.

Bertemakan era krisis ekonomi tahun 1997, Jinseok dan keluarganya berpindah ke rumah baru. Selesai berpindah dan unpack barang, semasa makan malam Jin-seok bertanyakan ayahnya tentang bilik kecil di tingkat atas yang sepatutnya menjadi bilik abangnya, Yun-seok. Bilik kecil tersebut dikunci kerana terdapat barang-barang tinggalan pemilik rumah lama.


Disebabkan bunyi pelik yang datang dari bilik tersebut, Jin-seok beranikan diri untuk membuka bilik tersebut walaupun ditegah oleh ayahnya. Belum sempat Jin-seok masuk, abangnya mengajak dia ambil angin di kawasan bukit berhampiran rumah walaupun hujan pada malam tu.  Dalam perjalanan pulang, abangnya ditangkap oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van hitam selama 19 hari.

Walaupun Jin-seok hafal no plat van hitam tersebut, detektif menolak mentah-mentah kerana Jin-seok dibawah pengaruh ubat depresi dan keadaan hujan lebat.


Perkara pelik berlaku apabila abangnya kembali ke rumah tapi bersikap aneh sehingga Jin-seok ambil keputusan untuk mengintip pergerakan abangnya. Things get messy bila keluarganya sebenarnya keluarga tipu. Siapa Jin-seok sebenarnya? Siapa keluarga Jin-seok yang sebenar? Jin-seok berhalusinasi ataupun ada agenda tersembunyi terhadap dirinya?

Image result for forgotten 2017 korean movie

First half movie Forgotten ni rasa seram juga bila Jin-seok nak tahu apa yang ada dalam bilik kecil tu sebab dia sorang je yang dengar bunyi pelik-pelik. Walaupun seram, curious juga nak tahu benda tu jadi sebab memang ada hantu ataupun sebab Jin-seok sakit. 

Second half director ceritakan tentang kisah sebenar Jin-seok sebelum keluarga dia menjadi pelik. Storyline cantik dengan twist cantik cuma ada part yang tak logik macam scene Jin-seok buka tingkap tu walhal dah sedia maklum memang terkunci rapat tapi mampu jugak Jin-seok masuk dalam. Movie sangat. Scene pembunuhan tu pun rasa macam nak tampar jugak padahal benda boleh dielak tapi entah lah mungkin sebab masing-masing pun tak berapa nak waras sangat.


But that’s okay I guess, still fun to watch the whole movie. Emosi tengok scene hujung since director portray macam mana duit boleh ubah pendirian dan kasih sayang manusia. Tak puas hati jugak dengan ending sedangkan both character boleh move on and let it go.

Although movie ni macam ada horror vibe tapi no worries sebab tak ada hantu pun. Cuma sound effect tu lah yang buat goosebumps. Visual setting opted to be dark sesuai lah dengan tema movie ni, mystery. Lakonan semua cast pun terbaik.  You guys might be goes woaaa bila tahu cerita sebenar. Another movie yang buat rasa bersyukur sangat ada kehidupan selesa dan keluarga.  


* Movie Korea makin best sekarang ni, silap haribulan I jadi fans movie Korea instead of Bollywood. Movie Bollywood nowadays bersepah dengan biopic. Harap 2019 ada balik movie rom-com or thriller.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

17 comments

  1. Wah, macam best jea movie nie..

    ReplyDelete
  2. Memang power movie ini.. Serious tak sangka rupanya Jin-seok tu dah berusia..

    ReplyDelete
  3. jln cerita mcm lain drpd yg lain...btw lama x tgk kang ha neul berlakon

    ReplyDelete
  4. good review..blom penah tgk lagi..tapi mmc best..

    ReplyDelete
  5. wahh teruja pula mama nak tgk cerita ni.. jalan cerita korea mmg makin best kan

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak tengok citer nii?

    ReplyDelete
  7. ahhh BV baru download movie nie, belum tengok lagi. nanti datang sini baca balik :D hahahha

    ReplyDelete
  8. Hana bukan Kpoper tapi sometimes tak boleh nak sangkal yg orang korea ni memang power buat Filem hehehe :3 nice review Kak FJ <3 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Makin lama movie Korea makin bagus jauh lagi bagus dari Hollywood sebab content-driven

      Delete
  9. Thanks for recommendation. Yeah, citer korea suka buat citer tak seram, tapi sound effect dia mmg bagi goosebumps and menyeramkan. haha. btw jalan cerita menarik. Can't wait to watch it :)

    ReplyDelete
  10. Rasa macam nak tengok la citer ni... Suka juga yang misteri2 gini...

    ReplyDelete
  11. tak suka sgt kang haneul ni berlakon sebab watak yg dia amik selalu ada twist, bila tgk dia berlakon dh boleh teka watak dia mesti ada something tak kena.

    ReplyDelete
  12. ending filem ini tragik sgtlah dan mengejutkan juga..

    ReplyDelete
  13. Makin lama makin hebat cite korea ya. Dah boleh lawan cite jepun.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.