Tuesday, 20 March 2018

5 Bunga Termahal Di Dunia


Tak pasti bila dalam minggu ni dengar dekat FlyFm, Juliet Rose berharga 15 juta dollar sekuntum! Sampai je office terus Google sebab nak tengok bunga yang mahal teruk ni but turns out ada yang lagi mahal dari Juliete Rose. Here are the list :

5. Saffron Crocus

Image result for saffron crocus
Credit to Google

Bunga Safran selalunya dijadikan herba dan antara herba yang popular di dunia kerana kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B-6, Vitamin B-12, Magnesium, Iron dan juga Kalsium. 100 gram herba safran memerlukan 16000 kuntum bunga dan kerana itulah herba safran agak mahal. Harga bunga safran dikatakan lebih mahal berbanding emas. Sekuntum bunga safran dijual berharga RM10 ke atas dan biasanya terdapat di negara beriklim panas seperti Iran, Morocco, Greece dan India kerana bunga safran memerlukan pencahayaan penuh untuk hidup. But fret not, you guys can also plant this flower at your home.

4. Orkid Emas Kinabalu/Rothschild’s Slipper

Related image
Credit to Google

Bunga orkid yang tersenarai dalam spesies terancam ni hanya terdapat di Gunung Kinabalu dan berbunga pada musim bunga antara bulan April hingga Mei setiap 15 tahun. Sekuntum bunga berharga  dikatakan mencecah RM23,535 kerana kecantikan dan keunikannya untuk berbunga yang melalui tempoh masa panjang hingga diberi jolokan bunga emas oleh penduduk setempat.

3. Orkid Shenzhen Nongke

Related image
Credit to Google

Bunga orkid ni terhasil daripada hasil penyelidikan Universiti Shenzhen Nongke di China selama 8 tahun dan harganya mencecah RM 78,450. Bunga orkid ini mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun untuk berbunga dan memerlukan penjagaan rapi. Selain kecantikan dan keunikannya, harga bunga orkid Shenzhen Nongke menjadi mahal kerana melambangkan sosio-budaya negara China dan mengeluarkan aroma yang wangi.

2. Juliet Rose

Related image
Credit to Google

Sama seperti Orkid Kinabalu, bunga ros Juliet juga memerlukan masa selama 15 tahun untuk berbunga dan disebabkan proses yang lama ini membuatkan harga sekuntum bunga ros Juliet boleh mencecah RM 61,975,500. Bunga ros ni dicipta oleh David Austin dan dijual pada tahun 2006 semasa Flower Show. Bunga ros ni juga antara bunga yang popular di UK kerana kecantikan dan aroma yang lembut dan wangi.

1. Bunga Kadupul

Image result for kadupul flower
credit to Google

Bunga Kadupul atau nama jolokannya Ratu Malam hanya terdapat di kawasan yang gelap dan tersembunyi di Sri Lanka dan berkembang untuk selama beberapa jam sahaja pada waktu malam. Kenapa bunga Kadupul ni menjuarai carta? Kerana bunga ni agak susah untuk dijumpai dan hanya mampu hidup selama beberapa jam sahaja selepas dipetik. Aromanya yang menarik memberikan ketenangan dan hanya mengeluarkan bau pada waktu malam. Kecantikan, keunikan dan aroma bunga Kadapul menjadikan harga sekuntum bunga tidak ternilai.

Fun facts, abad ke-17 bunga Tulip dianggap bunga diraja oleh rakyat Netherlands kerana harga sekuntum bunga tulip dikatakan boleh ditukar dengan seekar tanah. Walaupun harga bunga tulip dah tak sama seperti dulu tapi memiliki bunga tulip tetap dianggap elit dan menjadi lambang budaya masyarakat Netherland.


Related image
Credit to Google

8 comments:

  1. perghhh satu kuntum 16juta?! mahal cekik darah ni hahaha. tapi lawa juliet rose tu. warna lembut je hehee

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa bunga juliet rose tu.. kalau ade org bagi kan best :D

    ReplyDelete
  3. mahai benar harga bunga ne. Tapi sayang tak lama layu

    ReplyDelete
  4. fuh.mahalnya.tp memang diakuila cantik =)

    ReplyDelete
  5. Memang menarik fakta ni. giler ah bunga je berpuluh ribu rege. boleh kaya kalau berjaya tanam. tp yg last sekali tu apa guna kalau petik hidup beberapa jam je. haha

    ReplyDelete
  6. Padanlah mahal minyak saffran, nak buat je kena kutip 16k bunga untuk 100g..penat..

    ReplyDelete
  7. mak ai.. kalau harga mcm ni nak je ejulz bukak ladang bunga.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...