Lebih banyak program terhangat Korea ditayangkan di Astro pada Julai ini

Friday 7 July 2023


Lebih banyak program terhangat Korea ditayangkan di Astro pada Julai ini
| Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation, Angel’s Last Mission: Love bakal menghiburkan penonton Astro

Bulan Julai ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.

• Peminat boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, termasuk:

o Drama romantik Calming Signals: Woof & Meow, menampilkan Cha Hun, Chae-kyung dan ramai lagi, bermula 27 Julai di K-Plus (Saluran 396 HD).

o Dokumentari muzik KPOP Generation, membariskan penyanyi terkenal seperti Leeteuk, Minho, 2PM, HIGHLIGHT, Suho, Hwasa, Hoshi, Doyoung, TOMORROW X TOGETHER, IVE, LE SSERAFIM, bermula 9 Julai di tvN (Saluran 395 HD).

o Drama romantik komedi Men Are Men, dibintangi oleh Hwang Ji-woo, Park Do-gyeom, See Hyun Joo, Han See-yoon, setiap Khamis di KBS World (Saluran 392 HD).

o Drama romantik Angel’s Last Mission: Love, menampilkan Kim Myung Soo (L), Shin Hye Sun, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, setiap Selasa dan Rabu di KBS World (Saluran 392 HD).

o Program pelbagai Camp Zerobaseone, membariskan kumpulan Zerobaseone (ZB1), setiap Khamis di tvN (Saluran 392 HD).

o Filem komedi Switch, dibintangi oleh Kwon Sang-Woo, Oh Jung-Se, Lee Min-Jung dan ramai lagi, pada 8 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o Filem aksi The Assassin, menampilkan Shin Hyun-Joon, Lee Moon-Sik, Lee Jung-Min dan ramai lagi, pada 22 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o Filem kekeluargaan My Puppy, dibintangi oleh Cha Tae-Hyun, Yoo Yeon-Seok dan ramai lagi, pada 29 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Nota: Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.

• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

1. Calming Signals: Woof & Meow [Tayangan Perdana] - 27 Julai, Khamis & Jumaat, 8 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Tertekan kerana masih belum mempunyai hubungan stabil di usia dua puluhan, Ha Joon bersetuju untuk berjumpa dengan perunding janji temu dan ditemani oleh rakan kolejnya. Semasa di tempat itu, Ha Joon berselisih dengan Do Hee, seorang wanita cantik yang seiras dengan cinta pertamanya dahulu. Disatukan dengan rasa sayang terharap haiwan peliharaan, mereka berdua semakin rapat, namun adakah hubungan sebegini sudah cukup untuk mencetuskan kebahagiaan buat keduanya?

2. KPOP Generation [Tayangan Perdana] - 9 Julai, Ahad, 6.20 petang, tvN (Saluran 395 HD)

Berhibur bersama artis terkemuka dalam industri hiburan kerana mereka akan menceritakan latar belakang muzik K-pop serta membawa perkembangan industri dari semasa ke semasa.

3. Men Are Men - Setiap Khamis, 10.15 malam, KBS World (Saluran 392 HD)

Kisah seorang wanita yang memutuskan untuk tidak berkahwin kerana melalui fasa cinta yang berbelah bahagi bersama dua orang jejaka; seorang lelaki yang masih mencintainya dan ingin melindunginya seumur hidup, dan seorang lagi lelaki yang ingin membetulkan hubungan dengannya dalam kehidupan masa lalu mereka. Mampukah wanita ini mengekalkan kehidupan bujangnya?

4. Angel’s Last Mission: Love - Setiap Selasa & Rabu, 9.05 malam, KBS World (Saluran 392 HD)

Angel's Last Mission: Love membintangi oleh seorang malaikat bernama Dan, jatuh ke dunia manusia selepas mencampuri urusan manusia, dan seorang manusia bernama Lee Yeonseo, penari balet yang tidak percaya pada cinta.

5. Camp Zerobaseone- Setiap Khamis, 10.30 malam, tvN (Saluran 395 HD)

Rancangan realiti di mana sembilan sahabat menaiki kereta perkhemahan edisi khas untuk pergi melancong. Bermula dari "sifar," mereka membuat persiapan perkhemahan dengan secukupnya bagi melengkapkan satu misi yang misteri.

6. Switch [Tayangan Perdana] - 8 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Filem "Switch" mengisahkan tentang bintang terkenal Park Kang, yang merupakan pelakon tetapi sering membuat gangguan, bertemu dengan pemandu teksi pada Malam Krismas dan mengalami kehidupan baru.

7. The Assassin [Tayangan Perdana] - 22 Julai, Santu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Lee Nan bersembunyi di sebuah kampung untuk melarikan diri daripada musuhnya. Di tempat itu, dia menyaksikan kekejaman dan orang terdesak untuk mendapatkan bantuan. Pembunuh yang menjadi ingatan selama ini, akhirnya muncul bertemu dengan Lee Nan.

8. My Puppy [Tayangan Perdana] - 29 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Min-soo (Yoo Yeon-seok), seorang pekerja pejabat yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna. Dia mempunyai seekor anjing, Rooney, yang dianggap sebagai adik lelakinya. Keadaan tidak dijangka timbul dalam hidup Min-soo, apabila dia tidak boleh hidup bersama Rooney setelah

 

● 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia didapati berisiko menghidap anemia

● Kajian perintis berkenaan menyediakan maklumat tentang anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia berdasarkan saringan bukan invasif.

● Kanak-kanak di bandar dan luar bandar didapati sama-sama berisiko menghadapi isu kesihatan kritikal ini.

Vera Saw, ISEA Specialised Nutrition Unit (SNU) Director at Danone delivering opening speech at the launch of Iron Strong Study 

Syarikat makanan terkemuka, Danone, yang juga merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia, mendedahkan dapatan utama Kajian Kuat Zat Besi (Iron Strong Study), bersempena dengan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Pemakanan Malaysia ke-38 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kajian Kuat Zat Besi yang dijalankan menerusi kerjasama dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti MalayaPakar diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin. 

Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan antara cabaran kesihatan global yang utama, di mana negara-negara membangun mempunyai kadar anemia dan IDA lebih tinggi daripada negara-negara maju, lazimnya pada kadar 3 hingga 4 kali lebih tinggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak kecil paling mudah terjejas oleh kekurangan nutrisi zat besi[1]. Pada tahun 2019, kadar anemia dalam kalangan kanak-kanak global berumur bawah 59 bulan adalah 39.8%, bersamaan dengan 269 juta orang kanak-kanak[2]. Pada tahun 2022, 46.5% kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 59 bulan menderita anemia[3].

(From left to right) Angie Low, ISEA Health Innovation, Medical Affairs & Market Access Director at Danone; Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya; Dr. Sri Wahyu Taher, Consultant Family Medicine Specialist and Head of Clinic at Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah; and Professor Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Nutrition Programme, School of Health Sciences at Universiti Sains Malaysia discussing the Iron Strong Study findings during panel session 

Kajian Kuat Zat Besi merupakan kajian yang pertama seumpamanya: satu kajian klinikal bukan invasif dan berbilang wilayah yang menumpukan fokus pada anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi di Malaysia.

Dalam landskap kesihatan yang kompleks, menangani isu kesihatan seperti IDA menuntut strategi yang kolaboratif dan transformatif dalam penjagaan nutrisi. Inisiatif pertama seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Danone untuk memerangi kekurangan zat makanan dengan menekankan kepentingan intervensi awal. Danone telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan mendekati komuniti tempatan, untuk memacu perubahan positif serta meningkatkan kesihatan dan nutrisi di seluruh dunia, sekali gus menzahirkan Agenda Satu Kesihatan global syarikat berkenaan.

Vera Saw, Pengarah Specialized Nutrition Unit ( SNU) untuk India dan Asia Tenggara di Danone berkata, “Hasil Kajian Kuat Zat Besi kami mendedahkan betapa besarnya impak anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kerjasama kami dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya membuktikan dedikasi kami dalam menyokong nutrisi yang lebih baik serta membudayakan pemeriksaan kesihatan proaktif. Ini turut menetapkan asas untuk pelan intervensi strategik dan menggariskan langkah kolektif yang sesuai bagi menangani isu tersebut selari dengan Agenda Satu Kesihatan kami di Malaysia [4]”.

Intipati Kajian Kuat Zat Besi

Kajian Kuat Zat Besi membabitkan 1201 pesakit luar kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 36 bulan di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang dipilih secara rawak. Ia merupakan satu kajian bukan invasif dan berbilang wilayah yang pertama Danone, menggunakan sejenis peralatan saringan bukan invasif untuk memeriksa jumlah hemoglobin.

Kajian mendedahkan maklumat bernas yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta meneliti faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada anemia, misalnya faktor sosio-demografi. Dapatan kajian klinikal ini bertujuan membangkitkan kesedaran tentang isu kritikal anemia, dan menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan status nutrisi di Malaysia, selain menekankan kepentingan intervensi awal anemia menerusi saringan proaktif, dengan menerapkannya ke dalam program pemeriksaan kesihatan penjagaan primer.

Dapatan kajian turut mendapati, kanak-kanak kecil di Malaysia lebih berisiko mengalami anemia berbanding kanak-kanak yang lebih besar, manakala kanak-kanak yang kurang berat badan berkemungkinan besar menghidap anemia. Malah, kanak-kanak di bandar dan luar bandar sama-sama dilihat berisiko menghidap anemia.

Presentation on the Iron Strong Study by principal investigator Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya

Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin selaku Ketua Penyelidik kajian berkata, “Kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dibalikkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun. Bagaimanapun, dengan mengenal pasti dan menangani risiko faktor awal menerusi pemeriksaan rutin, kita mampu mengurangkan impak kekurangan nutrien pada kanak-kanak secara ketara.”

IDA berlaku apabila zat besi tidak mencukupi untuk menyokong penghasilan sel merah yang sihat. Zat besi adalah penting dalam penghasilan sel darah merah, dan berperanan penting dalam pertumbuhan dan fungsi otak. Justeru, kanak-kanak yang menghidap IDA mungkin menunjukkan pelbagai gejala, termasuk kurang fokus, keletihan, lemah, pening, kuku rapuh, dan kulit pucat. Malah, kegagalan untuk merawat masalah ini dengan segera boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang teruk, termasuk kegagalan organ.

Danone kekal berazam untuk menyokong keluarga-keluarga di Malaysia yang sedang mengharungi cabaran kesihatan dan nutrisi yang lazim berlaku dalam masyarakat hari ini.

(From left to right) Professor Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Nutrition Programme, School of Health Sciences at Universiti Sains Malaysia, Dr. Sri Wahyu Taher, Consultant Family Medicine Specialist and Head of Clinic at Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah, Vera Saw, ISEA Specialised Nutrition Unit (SNU) Director, Danone, Yang Berusaha En. Norazman bin Othman, Director General of Social Welfare, Ministry of Women, Family and Community Development, Dr Tee E Siong, President, Nutrition Society of Malaysia, Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya, Dr Selva Kumar Sivapunniam, President of Malaysian Paediatric Association, activating the video launch of the Iron Strong Study. 

Syarikat itu menerajui beberapa inisiatif, termasuk:

● Jelajah Generasi Kuat Zat Besi Dugro merupakan satu kempen di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zat besi dalam nutrisi kanak-kanak, serta memupuk generasi kanak-kanak yang kuat zat besi. Kempen tersebut menyediakan pemeriksaan dan perundingan anemia tanpa invasif secara percuma kepada kanak- kanak.

● Memupuk kerjasama yang kukuh dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan berdasarkan dua tujuan - pertama, memerangi anemia dengan membudayakan saringan proaktif di seluruh negara selari dengan program pemeriksaan kesihatan yang sedia ada dalam penjagaan kesihatan primer. Kedua, mendidik umum tentang kekurangan zat besi dan mikronutrien, terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.

● Memanfaatkan sumber dan kepakarannya untuk menggunakan peralatan bukan invasif yang mengukur paras hemoglobin, sekali gus menghapuskan keperluan untuk kaedah tradisional pengambilan darah secara invasif.

● Bekerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kerjasama merentasi disiplin ini membolehkan Danone menentukan aspek-aspek di mana sokongan Danone dapat mencetuskan impak terbesar, bagi memastikan Danone dapat terus menangani isu-isu kritikal yang timbul.

Untuk maklumat lanjut tentang Generasi Kuat Zat Besi Dugro dan inisiatif-inisiatif lain, layari https://www.dugro.com.my/bm/ida.html.

Rujukan: 

[1] World Health Organisation (2008) Worldwide prevalence of anaemia 1993–2005. In: de Benoist B, McLean E, Egli I, Cogswell M, editors. WHO global database on anaemia. Geneva: World Health Organization

[2] Anaemia in women and children (2021). World Health Organization. https://www.who.int/data/gho/data/themes/topics/anaemia_in_women_and_children?utm_c ontent=buffer 85683&utm

[3] Ministry of Health, Malaysia Institutite for Public Health, NHMS 2022: Maternal and Child Health; wwww.iku.gov.my/nhms

[4] https://www.danone.com/stories/one-planet-one-health.html

Bayar Kompaun Di SSM KL Sentral

Thursday 6 July 2023

Tahun lepas SSM hantar banyak sangat notis kompaun untuk setiap penyata tahunan yang tak diserahsimpan atau lambat dari tarikh 30 hari serah simpan. Bila kena kompaun, nama pun disenaraihitam untuk apa-apa perubahan. Macam klien ni nak dilantik sebagai pengarah di syarikat baru tapi tak dapat sebab ada 20 kompaun atas nama dia. 


Sebelum ni SSM impose pengurangan sebanyak 70% atau 85% lepas serah simpan dibuat oleh setiausaha syarikat. Tahun ni SSM bermurah hati jugak lah sebab dapat pengurangan sebanyak 90%. Kompaun kesalahan untuk Penyata Tahunan ialah RM5,000 jadi bila dapat 90%, syarikat perlu bayar RM500 sahaja. 

Banyak je syarikat yang tak mampu nak buat serah simpan sebab pandemik, kebanyakan kompaun ni pun terhasil dari tahun 2020 hingga 2022 sebab pandemik jadi syarikat tak generate income malah liabiliti tinggi. Sebab tu la kot SSM bermurah hati bagi diskaun 90%. 

Memandangkan banyak kompaun untuk klien ni jadi I cuba lah pergi dengan staf syarikat tu untuk cari alternatif lain supaya pengarah boleh dilantik dalam syarikat baru. I pergi sebagai wakil setiausaha syarikat (co-sec) dan staff syarikat tu untuk explain tentang audit since dia akauntan. Tengah peak season submit audit jadi agak mustahil lah nak dapatkan auditor supaya akaun syarikat boleh diaudit. 


Sampai dekat SSM naik terus ke Tingkat 26 (Bahagian Pematuhan) untuk rujuk dengan pegawai SSM. Lepas dah bincang dan check syarikat baru tu ada kompaun atau tak, dapat lah pelepasan sementara selama 7 hari sahaja untuk perlantikan tersebut tapi lepas bayar semua kompaun yang dah diberi pengurangan. Ada 12 kompaun perlu dibayar untuk pelepasan sementara tu jadi kitorang pergi ke Tingkat 17 pula untuk buat bayaran. Dapat 3 nombor giliran sebab satu nombor giliran boleh buat 5 transaksi sahaja. 


Masa tu bahagi 2 cara pembayaran sebab takut kena card limit. Seram pegang duit wang tunai banyak macam tu dekat kaunter yang ramai orang. Nasib baik lah tak lama sangat tunggu jadi boleh selesai cepat. Dah selesai di Tingkat 17, tunjuk resit pembayaran di Tingkat 26 pula untuk dapat pengesahan sementara. Pelepasan sementara tu tak ada salinan notis atau email, pegawai SSM cuma cakap mulut saja jadi pelantikan tu kena selesaikan cepat sebelum tempoh yang diberikan tu habis. 

Lega selesai satu masalah tapi tak lega beria sangat lah sebab nak buat serah simpan Penyata Tahunan dengan Penyata Kewangan untuk semua syarikat yang dikompaun ni. 

Order Bunga Long Call Untuk Amalin

Wednesday 5 July 2023

 

Selalunya kalau ada chambee yang long call kitorang akan order online tapi kali ni untuk Amalin memang tak sempat nak order online sebab sibuk sangat dengan hal dekat office. Jadi kitorang cari masa sebelum balik singgah kejap dekat Citta Mall pergi ke Tailored Floral. Sebelum ni Nora pernah order bunga dekat sini untuk client so kitorang tahu memang service dia okay. 

Lama jugak lah kitorang cari bouquet macam mana yang sesuai untuk Amalin. Cari yang tahan lama dan tahan lasak sebab yang nak bawa esok paginya our boss. So we have to prepare jambak bunga yang tak mudah patah. 





Masa belek setiap jambak yang ada tu nampak banyak juga pilihan bunga selain bunga mawar berwarna merah jambu, putih dan merah pekat, ada bunga lili, bunga matahari, tulip, dahlia, baby breath, carnation, kekwa dan banyak lagi. 


this one is pretty but fragile so it's a no






Ruang untuk Tailored Floral ni tak lah besar mana pun dekat Jaya Grocer, Citta Mall tapi banyak sangat jambak bunga yang dah siap digubah untuk pelbagai jenis occasion - Birthday, Graduation, Get Well Soon, Newborn, Grand Opening, special events, proposal, funeral ataupun jambak bunga beli untuk diri sendiri. Fruit basket tak sure, kalau tempah awal mungkin dia boleh buat sebab duduk dalam Jaya Grocer, boleh pilih buah yang segar untuk customer. 


Finally jumpa jambak bunga yang kitorang berkenan lepastu kena pilih 2 helai wrapping paper di bahagian tepi. Ada beberapa warna available so kitorang boleh pilih padanan warna ikut citarasa sendiri. Memandangkan jambak bunga tu warna pastel jadi kitorang pilih warna salmon dengan peach. 


Lepastu tambah helium ballon warna hitam bersaiz kecil. Masa ni I malas nak ambik wish card sebab nak customize sendiri je dekat Canva lepastu lupa T.T


Selain jambak bunga ada juga pelbagai jenis rekaan pasu untuk home deco, indoor plant, keychain, dried plants untuk individual space dan lain-lain. You guys can look up about Tailored Florist dekat Instagram dan website. 




Boleh contact florist Tailored Floral guna contact number dalam gambar tu. We had a great time here sebab florist ni super soft and nice. Banyak benda dia share dengan kitorang pasal bunga, macam mana nak bagi jambak bunga maintain segar dan tahan lama. Selalunya tahan seminggu tapi dia bagi tips lah macam mana nak tahan lebih lama dari tempoh tu. 

Tailored Floral ni ada outlet dekat M-City, Melawati Mall dengan Jalan Kelawai di Penang so do check them out. 


Anyway, congrats Amalin dah long call! Super amazing soul during her chambering tenure - a productive chambee, a good friend, a beautiful bride and a tough mother. Pretty sure you gonna make a great journey in your career as lawyer as well. Love you~!!

Strim rancangan-rancangan Asia terhebat di Astro

Tuesday 4 July 2023

Strim rancangan-rancangan Asia terhebat di Astro | Aplikasi penstriman popular seperti Viu, TVBAnywhere+, iQIYI, WeTV dan ZEE5 di Ultra dan Ulti Box

Dari K-drama terhangat hingga rancangan Bollywood yang hebat, para pelanggan Astro kini boleh mengakses lebih banyak rancangan Asia premium termasuk kandungan Korea, Cina, Jepun, India, Asia Tenggara dan Malaysia pada Ultra/Ulti Box mereka dengan aplikasi seperti Viu, TVBAnywhere+, iQIYI, WeTV dan ZEE5.

Pada Julai ini, anda boleh menikmati rancangan Asia terbaik dari seluruh rantau ini termasuk:

  • K-Drama yang dinanti-nantikan: Numbers yang dibintangi Kim Myung-soo dari INFINITE dan siri komedi bergenre dendam Delightfully Deceitful di Viu.
  • Program Bahasa Cina yang wajib ditonton: Drama fantasi Snow Eagle Lord dan kisah remaja yang menginspirasikan Where Dreams Begin di WeTV; siri fantasi percintaan Beauty of Resilience di iQIYI; dan siri supernatural Hong Kong Unchained Medley di TVBAnywhere+.
  • Rancangan tempatan baharu untuk ditonton tanpa henti: thriller psikologi Alter-Naratif dan romantik komedi Journal Sarahaeyo di Viu.
  • Untuk peminat hiburan dari India: Biopik Hindi berdasarkan chef ikonik India Tarla, drama aksi Tamil Kathar Basha Endra Muthuramalingam (tayangan perdana pada 7 Julai) dan rancangan komedi Telugu Maya Bazaar – For Sale (tayangan perdana pada 14 Julai) di ZEE5.
  • Rancangan lain yang anda perlu tonton: Siri percintaan Indonesia Mozachiko di WeTV dan Marriage With Benefits di Viu.

Dapatkan akses ke dunia hiburan Asia dengan aplikasi ini melalui Astro untuk penjimatan terbaik:

Nikmati lebih banyak penjimatan dengan Pek Primary


Dengan hanya RM59.99/bulan*, Pek Primary Astro kini menawarkan penjimatan sebanyak RM239 dengan dua add-ons percuma Kanak-Kanak dan Korea selama 1 tahun. Ini bermakna anda akan dapat menonton 8 saluran tambahan termasuk tvN, K-Plus, Cartoon Network, Nickelodeon, Nick Jr., CBeebies, DreamWorks dan Moonbug secara PERCUMA selama 1 tahun apabila anda melanggani  ke Pek Primary Astro baharu sekarang. 

Untuk mereka yang mencari pelan WiFi yang mempunyai pelbagai kandungan menarik, anda boleh melanggani Pek Primary kami bersama Astro Fibre dengan tambahan Liga Malaysia hanya pada RM149.99 sebulan*. Dengan bundle ini, anda boleh menikmati Internet kelajuan tinggi dan akses ke perlawanan-perlawanan bola sepak selain daripada kesenangan dan nilai gabungan hiburan semua dalam satu.  

Astro Baharu. Tak Macam Dulu. WhatsApp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 atau layari www.astro.com.my untuk melanggan. Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi penstriman, sila ke https://products.astro.com.my/apps. 

 

Apabila dua jiwa yang larut dalam pergelutan hidup masing-masing bertembung, mereka membuka hati untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah penceritaan drama terkini Astro Ria, ‘Chinta Wrong Direction’ menampilkan pelakon baharu, Erysha Emyra sebagai Chinta yang hidup dalam kesengsaraan kejaman bapanya.

Chinta bertemu dengan Raja Akid, bosnya di tempat kerja baharu. Raja Akid bak lelaki sempurna; pandai bergaya dan kaya. Namun dia sebenarnya mempunyai trauma dengan golongan wanita yang berpunca daripada kisah keluarganya yang lampau. Kehadiran Chinta dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Dari dua latar belakang berbeza, mereka saling melengkapi dan mengatasi kekurangan diri masing-masing. 

‘Chinta Wrong Direction’ merupakan drama rom-com yang sarat dengan hubungan kekeluargaan dan konflik kasih sayang. Penceritaan daripada novelis popular, Norhayati Berahim ini juga disaluti unsur-unsur humor dalam memaparkan sisi-sisi romantik watak utamanya serta menyampai mesej dan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat sebagai hiburan.

Hun Haqeem menerajui drama ini sebagai hero utamanya, Raja Akid, di samping Erysha Emyra yang membuat kemunculan pertamanya di slot Megadrama Astro. Pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2022, Kimberly Chuah turut tampil sebagai kawan rapat kepada Chinta, Candy. Manakala Raff Roslee memegang watak sebagai kawan rapat dan “pasangan” kepada Raja Akid iaitu Fuad. 

‘Chinta Wrong Direction’ terbitan Juita Viden Sdn Bhd diarahkan oleh sutradara Hadith Omar ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Jun 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk mendapatkan Pek Primary Astro.

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Drama slot MegaDrama sering memaparkan storytelling yang berat dan sarat dengan pergelutan jiwa. Namun kali ini kami menyampaikan naratif yang lebih santai dan diselitkan unsur-unsur humor yang mampu membuat para penonton tersenyum.

‘Chinta Wrong Direction’ memaparkan kisah romantik antara dua watak utamanya, Akid dan Chinta yang mula berputik ketika bekerja bersama. Jalan cerita sebegini amat digemari penonton-penonton muda yang sentiasa inginkan penceritaan romantik K-drama. Lantas kami mahu memenuhi kehendak penonton dan MegaDrama merupakan platform yang terbaik untuk melakukannya.

Naratif yang dipaparkan pada kali ini mempunyai dua gambaran. Walaupun kisah kehidupan watak-watak utamanya berat dengan cabaran masing-masing, kami menyeimbangi jalan cerita mereka berdua dengan kisah pertemuan yang romantis bak cerita ‘first love’ yang mampu menarik para penonton kepada gandingan baharu ini. Semestinya penceritaan sebegini akan menambat hati para peminat drama romantis Korea yang selalunya mempunyai elemen-elemen berat yang disulami dengan side story kisah hero dan heroin yang lebih mengujakan sehingga ke pengakhirannya.

Selain daripada itu, kami ingin mengalu-alukan Erysha Emyra ke slot MegaDrama Astro Ria. Perwatakan Erysha sangat dekat dengan apa yang kami inginkan buat watak Chinta. Gandingannya bersama Hun Haqeem yang memainkan watak Raja Akid sangat hebat. Mereka bijak menyampaikan setiap perasaan dengan betul dan juga pandai dalam memberi ekspresi yang tepat untuk babak-babak yang berat. Kami yakin gandingan baharu ini bakal menjadi sensasi dengan keserasian mereka. Kami juga berharap para penonton dapat melihat kelebihan mereka menerusi drama ini.”

Hadith Omar - Pengarah drama ‘Chinta Wrong Direction’

“Walaupun Erysha merupakan seorang pendatang baharu, dia merupakan seorang yang berbakat dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan di set penggambaran. Hun dan Erysha sudah ditemukan sebelum penggambaran bermula lagi untuk memudahkan mereka mencipta chemistry antara satu sama lain. Hun merupakan seorang pelakon yang amat membantu pasangan lakonannya. Hun banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan tips sepanjang penggambaran dijalankan. Erysha juga amat komited untuk melaksanakan permintaan saya sebagai pengarah.

Drama ini diinspirasikan daripada novel ‘Chinta’ karya Norhayati Berahim. Terdapat improvisasi yang dilakukan daripada novel asal untuk menyesuaikan dengan trend terkini dan untuk mengembangkan cerita sesuai untuk tayangan televisyen. Ini adalah interpretasi kami sebagai produksi untuk menterjemahkan naskhah novel yang mendapat sambutan ramai ini.

Cabaran terbesar untuk drama ini adalah percaturan kami untuk mengetengahkan bakat-bakat muda dan baharu. Kami ingin menyampaikan sesuatu yang fresh kepada para penonton, dan kami berharap mereka dapat menerima generasi baharu ini kerana mereka berbakat besar.

Selain itu kami juga berdepan dengan cabaran di mana Hun dijangkiti virus Covid ketika di peringkat awal penggambaran. Hun juga ke Korea pada pertengahan penggambaran namun semuanya dapat dijalankan sehingga sempurna penggambaran. Peminat drama patut menonton drama ‘Chinta Wrong Direction’ ini kerana ia menampilkan bakat-bakat baharu selain jalan ceritanya yang mengandungi pelbagai emosi. Ada cinta, ada suka, ada duka.

Drama ini juga sarat dengan elemen kekeluargaan yang saya rasa ramai penonton di luar sana yang boleh relate dengan isu dipaparkan. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperoleh daripada drama ini. Antara pengajaran besar yang dipaparkan adalah pentingnya ikatan kekeluargaan. Sebaik mana atau seburuk mana seseorang ahli keluarga, mereka adalah orang yang akan sentiasa bersama kita susah dan senang. Hormat kepada kedua orang tua kita. Selain itu drama ini juga mengetengahkan isu kesihatan mental.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘CHINTA WRONG DIRECTION’

Hun Haqeem sbg Raja Akid

Erysha Emyra sbg Chinta

Kimberly Chuah sbg Candy

Raff Roslee sbg Fuad

Datuk Hilal sbg Azman Kamal

Wan Nor Azlin sbg Cik Molek

Azhar Amir sbg Raja Haidar

Sharifah Shahorah sbg Shima

Hazeeq Dean sbg Saiful

Shaza Bae sbg Akma


SINOPSIS DRAMA ‘CHINTA WRONG DIRECTION’


Chinta hidup dalam kesengsaraan bersama ayahnya yang sering menghukum dan mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid pula mempunyai trauma terhadap golongan wanita yang berpunca daripada kesilapan ibunya dalam perhubungan. Disebabkan itu, Raja Akid sering mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sehingga dia bertemu dengan Chinta di tempat kerjanya. 

Kehadiran Chinta dalam hidupnya membuatkan dia lebih selesa. Namun, Raja Akid berbelah bahagi terhadap perasaannya kepada Chinta serta kebenciannya terhadap wanita. Walaupun kedua-duanya perlu mengharungi pelbagai masalah keluarga yang rumit, keberadaan di sisi masing-masing membuatkan kehidupan mereka berasa bahagia.

Personaliti radio GEGAR, Ewan, Issey and Aswad di ‘Korban GEGAR’

 • Sempena Aidiladha tahun ini, GEGAR menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban GEGAR’ dan mengagihkan daging korban kepada kira-kira 80 penduduk di Kampung Padang Mokan, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

• Gotong-royong penyembelihan dan pengagihan daging korban dilakukan di Masjid Mukim Padang Mokan, yang disertai oleh personaliti radio GEGAR termasuk Issey (GEGAR Pagi), Ewan (GEGAR Petang), Aswad (GEGAR Malam), KRU Gegar dengan bantuan daripada penduduk kampung dan Geng GEGAR Fan Club (GGFC) di Kota Bharu.

• Penganjuran ‘Korban GEGAR’ mendapat kelulusan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mematuhi garis panduan ibadah korban yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

• Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘Korban GEGAR’ dan kempen-kempen, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial.

Ulasan Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR

“Kami bersyukur dapat menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat di Pantai Timur, khususnya di Kampung Padang Mokan, Kota Bharu Kelantan. Selain menjalankan ibadah yang dituntut di dalam Islam, tujuan penganjuran Korban GEGAR juga adalah berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung untuk meraikan Hari Raya Aidiladha dan tanda terima kasih kami atas sokongan mereka selama ini.”

Ikuti Laman Media Sosial GEGAR






Movie Review | Dendam Penunggu (2021)

Sunday 2 July 2023


Pengarah: Faizul Jais
Penulis Skrip: Faizul Jais
Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul, Ahmad Adly Sofwan, Sherry Alhadad, Shasha Abedul, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Hasnul Rahmat
Syarikat Produksi: Parallax Pictures 
Pengedar: tonton CINEMA, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 5 November 2021
Trailer :


Kisah seram karya Faizul Jais berlatarkan Kolej Kebangsaan Malaya yang mempunyai banyak kisah seram dalam kalangan pelajarnya. Bukan saja kisah seram malah kes buli juga meningkat hinggakan Zulkifli Aminuddin (Ismail Izzani), anak lelaki Dato’ Amin pujuk ayahnya untuk keluarkan dia dari sekolah tersebut namun tak diendahkan. 

Zul berkenalan dengan Nazrin (Imran Aqil) yang tinggal sebilik dengannya dan kemudiannya berjumpa dengan Khairy (Atiq Azman), atlet bola sepak. Mereka bertiga sentiasa dibuli oleh pelajar senior atas alasan minggu orientasi. Cikgu Azidi (Amerul Affendi) juga pandang enteng dengan kes buli di sekolah tersebut kerana apa yang dialami oleh pelajar-pelajar tersebut cuma hal kecil saja. 


Sarah (Shalma Eliana) dan Bainun (Bella Dowana) pula semakin selesa berkawan dengan Zul dan Nazrin sejak diperkenalkan oleh Khairy. Mereka berlima ada rencana untuk naik ke tingkat atas Blok M kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan. Khabarnya ada seorang budak sekolah meninggal kerana bunuh diri gara-gara tak tahan dibuli dan menjadi penunggu di KKM. 

Nazrin perasan ada benda yang ikut mereka pulang selepas keluar dari kawasan larangan tersebut tapi Zul menidakkan perkara tersebut kerana dia tahu sifat penakut Nazrin. Sama juga Sarah yang sentiasa menidakkan rasa takut Bainun sehinggalah dia diganggu oleh makhluk tersebut. Khai juga mengalami nasib yang sama. 


Naskhah Dendam Penunggu tak lah seram walaupun kesemua watak diganggu oleh lembaga hitam bermata merah saga sebab hantu yang dibikin adalah hantu CGI. Hantu-hantu yang muncul dalam babak lain pun tak tunjuk muka. Cumanya lembaga hitam tu tersangatlah ganas sampaikan lima sekawan ni hampir meninggal lepas diganggu sedangkan mereka berlima bukanlah pembuli dan bukan juga mengganggu lembaga tersebut. Tapi itu lah, curiosity kills the cat. 

Mesej utama yang nak disampaikan oleh penulis adalah masalah buli yang menebal di sekolah berasrama cumanya olahan tu tak lah menarik sangat dan ada kelompongannya. Meragukan lah bila watak Sarah buat aduan, Cikgu Azidi bagi demerit pulak. Pengarah nak bagitahu apa sebenarnya? Elemen komedi dimasukkan cuma tak berapa nak menjadi macam babak teka-teki Khai ataupun perbualan antara lima sekawan ni. 


Perubahan setiap perhubungan antara watak ni pun terlampau drastik menyebabkan beberapa babak nampak tak meyakinkan. Macam watak Kak Intan sebagai senior sekolah ataupun hubungan cinta antara Zul dengan Sarah. 

Naskhah Dendam Penunggu ni tak lah berat sangat dan sepatutnya dilayan secara santai bersama keluarga sebab lakonan watak utama pun lemah, apatah lagi watak-watak sampingan yang lain. Watak Pak Hassan (Hasnul Rahmat) tu macam questionable juga lah sebab pilihan yang dia buat setiap tahun. Cikgu Azidi pun ikut je cakap dia walhal dah tahu Pak Hassan tak mampu buat kerja, pergi lah cari orang lain. Kalau tak mengganggu tak kisah lah, ini sampai orang masuk hospital sebab gangguan tu. 


Bab visual mungkin bukan sesuatu yang bagus hasil kerjanya sebab tak dapat capture elemen seram dengan baik. Kadang tu jadi tertanya-tanya dengan latar masa untuk sekian babak. Nak kata bajet rendah tak juga lah sebab kalau dah mampu buat hantu CGI, mesti ada bajet banyak. Daripada guna hantu CGI, baik guna khidmat pelakon. Meremang juga lah bila tengok hantu dalam cermin tu. Ditambah pula dengan soundtrack Sengsara nyanyian Khai Bahar, kena lah dengan perasaan dendam si penunggu. 

Laluan kantin menuju ke dorm tu pun seram dengan kabus tebal dan sunyi. Kalau bukan kerana lampu kalimantang dekat situ, memang gelap sangat. Teringat pula laluan sekolah dulu, nak pulak dekat kawasan tu ada pokok besar, bila lalu memang mulut tak berhenti baca ayat kursi. 


Overall, filem seram Dendam Penunggu ada idea dan mesej yang kuat cuma lemah pada beberapa aspek jadi kalau nak tengok jangan letak expectation tinggi. Layan santai je dekat Netflix tu. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6/10

Movie Review | Lust Stories 2 (2023)

Saturday 1 July 2023


Directors: R Balki, Amit Sharma, Konkona Sen Sharma, Sujoy Ghosh
Writers: R Balki, Amit Sharma, Konkona Sen Sharma, Sujoy Ghosh
Cast: Mrunal Thakur, Angad Bedi, Neena Gupta, Tillotama Shome, Amruta Subhash, Anushka Kaushik, Tamannaah Bhatia, Vijay Verma, Kajol, Kumud Mishra
Production Companies: Flying Unicorn Entertainment, RSVP
Distributor: Netflix
Genre: Romance, Drama, Comedy
Running Time : 132 minutes
Release Date : 29 June 2023
Trailer :


Anthology kedua selepas yang pertama mendapat sambutan baik dari kalangan penonton Netflix muncul bersama barisan pengarah yang baru - R Balki, Amit Sharma, Konkona Sen Sharma, Sujoy Ghosh. Barisan kali ni pun ada nama yang famous kecuali Amit Sharma yang popular dengan karya Badhaai Ho (2018). Tertunggu-tunggu nak tengok segmen R Balki sebab karya dia kebanyakannya moden dan progresif. Memandangkan Lust Stories 2 adalah antologi jadi I buat review based on every director lah. 

Made For Each Other - R. Balki

Mengisahkan tentang Veda (Mrunal Thakur) dan Arjun (Angad Bedi) yang bakal berkahwin dan meminta persetujuan dari kedua belah keluarga. Semasa perjumpaan tersebut, Dadi (Neena Gupta) sarankan supaya mereka berdua sihat dari segi batin sebab dia tak nak cucu dia dapat nasib yang sama seperti anak-menantunya. 

Kedua-dua keluarga terkesima dengan permintaan tersebut namun Dadi masih pertahankan keputusan tersebut dan sentiasa cuba untuk pujuk Veda untuk test drive. Katanya penting untuk Gunung Fuji meletus kerana perkahwinan bukan bergantung semata pada cinta. 

Karya Made For Each Other dari R Balki terlihat santai dalam template komedi keluarga. Tak ada scene yang seksual antara Mrunal dan Angad tapi chemistry mereka berdua buatkan filem pendek ni nampak menarik dalam caranya tersendiri. Tak ada konflik sangat pun sebab durasi masa yang terhad. Nampak macam iklan kondom pun ye jugak sebab pengarah beria sangat fokus pada kotak kondom tu. 

Mesej sosial dia jadi tanda tanya sebab both parents tak ada lah tak bahagia dengan hidup masing-masing walaupun seks hambar. Apa yang R. Balki cuba sampaikan pun tak diolah dengan baik.  

The Mirror - Konkona Sen Sharma

Isheeta (Tillotama Shome) seorang wanita bekerjaya yang tidak mempunyai teman hidup. Melalui rutin sama setiap hari membuatkan dia jauh dari mencari teman hidup. Satu hari ketika pulang dari kerja kerana migraine, dia terkejut tengok adegan orang gajinya, Seema Didi (Amruta Subhash) di dalam bilik di atas katil miliknya. 

Awalnya Ishita jelik dengan salah laku Seema tapi alih-alih dia pula yang turn on. Setiap hari dia akan mencari alasan untuk pulang awal supaya dapat mengintai Seema berasmara bersama suaminya melalui cermin yang digantung di ruang tamu. Walaupun masing-masing tahu akan kehadiran masing-masing, mereka teruskan aktiviti masing-masing seperti tiada apa yang berlaku. 

Filem pendek dari Konkona Sen Sharma lebih kurang sama dengan naskhah pendek arahan Zoya Akhtar dalam Lust Stories (2018) di mana nafsu tak mengenal kasta. Konkona juga tekankan kehidupan yang berbeza, seorang ada harta tapi tak berkemampuan manakala yang seorang lagi hidup serba kekurangan tapi bahagia. 

Elemen komedinya halus dan menaikkan mood penceritaan ditambah dengan visual dengan transisi menarik tapi ada part yang draggy. Lakonan kedua-dua pelakon utama menguatkan penyampaian Konkona. 

Sex with Ex - Sujoy Ghosh

David Chauhan (Vijay Varma) terjumpa bekas isterinya, Shanti (Tamannaah Bhatia) di sebuah kampung setelah 10 tahun lamanya mereka terpisah. David cuba untuk pujuk Shanti puaskan nafsunya tapi sebaliknya pula yang berlaku. 

Tak tahu apa beef India dengan Malaysia sebab lepas pandemik ni hampir semua movie ada mention pasal Malaysia. Dalam filem pendek ni pun manager marah David sebab ambil tender dari Malaysia sampai ED datang raid syarikat diorang. Tsskkk

Filem pendek Sex with Ex yang paling banyak promote Lust Stories 2 mungkin sebab Vijay dengan Tamannaah bercinta in real life dan baru je umum secara rasmi. Dalam filem ni pun ada adegan panas mereka berdua. Tak pasti lah bercinta sebab filem ni ataupun berjumpa sebelum tu lagi sebab both of them satu agensi. 

But enough with them, sebab one thing for sure, yang banyak promote tu lah yang paling tak best. Vijay dengan Tamannaah jadi distraction untuk negative review dengan pakai konsep sex sells. Jalan cerita menarik je sebenarnya sebab ada elemen thriller dan misteri tapi ending tu buatkan jadi bertambah tanda tanya. VFX yang digunakan pun melampau sampai dah jadi spoiler kepada misteri yang disimpan tu. 

Tilchatta (Lipas) - Amit Ravindernath Sharma

Apa jadi bila individu tersebut ada harta, kuasa dan pangkat? Mungkin jadi baik tapi kebanyakannya jadi manusia teruk seperti raja (Kumud Mishra) di kampung kecil. Setiap malam Chanda (Kajol) menjadi mangsa seks ganas suaminya, sebelah siang pula raja akan merogol atau mencabul gadis muda di kampung tersebut. 

Chanda pujuk anak tunggalnya supaya sambung belajar di London agar mereka berdua boleh lari dari raja tersebut. Dia juga bawa masuk orang gaji muda yang seksi bernama Rekha (Anushka Kaushik) supaya raja berhenti menyiksa dalam keadaan mabuk atau sedar. 

Filem terakhir ni bukan saja mempunyai gandingan yang segar dan bagus dari segi lakonan malah mempunyai cerita yang kemas. Kesian juga lah dengan watak Chanda tu sebab keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Dari bekerja sebagai pekerja seks diambil pula menjadi permaisuri tapi tak pernah pun bahagia dalam istana yang sarat dengan hutang. 

Rasa kesian dengan keadaan dia sebab dunia dia tak pernah dapat kasih sayang yang sepatutnya. Mungkin dia jadi pekerja seks sebab dijual oleh keluarga tapi bila berkahwin terpaksa berkurung saja di istana. Kalau keluar siapa yang akan hormat dia sebab semua pun tahu dia dari mana. 

Kekurangan filem ni pada lakonan watak sampingan macam anak lelaki dia sebab nampak canggung sangat sedangkan watak dia pun penting juga. Kenapa pengarah namakan naskhah ni lipas pun tak pasti, mungkin nak tunjuk yang Chanda tu berani juga dalam diam tapi takdir ada kisahnya tersendiri. 

Overall, I lagi suka Lust Stories yang pertama sebab lebih banyak komedi dan cerita yang seronok terutamanya segmen KJo, sampai sekarang pun melekat scene K3G tu. Lust Stories 2 mungkin kuat pada mesej sosialnya tapi lemah pada execution dan dialog. Ada part yang cringe and preachy, ada part pula macam merepek. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.2/10

Blog Performance June 2023


Selamat Hari Raya AidilAdha semua! Balik raya kali ni rehat dekat rumah makan tidur makan tidur je sebab bulan Jun ni penat settlekan banyak benda untuk hal kerja. Turun naik pejabat SSM untuk lodge banyak sangat document, belum sembang bab overtime sebab nak kejar deadline. Nasib baik lah blog boleh gerak macam biasa walaupun ada yang terbabas. 

1. PV


Terkejut tengok PV bulan ni sebab berjaya cecah sampai 200k. Sebelum ni masa bulan November 2022 dapat cecah 180k sampai Blogger Tiara komen sikit je lagi dah boleh cecah dah ni. Lepas 7 bulan dapat jugak cecah angka tu. Rasa macam sekejap tapi rasa lama juga nak sampai ke tahap tu. 

Walaupun kejap lagi kemungkinan besar akan turun sebab peratus besar yang datang ke blog ni first time visitor. Maknanya yang datang sebab press release new movies or movie review untuk movie yang diorang nak tengok. 10% je repeated visitors. Performance bulan ni berkemungkinan besar dari Polis Evo, Nick Fury series, atau movie-movie dekat Netflix etc. Kira habis tu habis lah. Atau mungkin datang banyak kali tapi berbeza bulan. 

Masa update Blog Performance May 2023, tak letak pula target berapa untuk all time PV tapi dah tak jauh dah pun nak cecah 4.5 juta. Nak letak target banyak pun tak berani untuk bulan Julai nanti sebab sibuk dengan audit, bulan last untuk submit financial statement dekat SSM maka semakin sibuk lah berbanding Jun. 

2. Posts

Just like I said earlier, penyumbang terbesar mesti movie review dekat Netflix sebab I penonton setia Netflix hshshs especially movie Hindustan dengan Korea. Dekat atas sekali pun dah nampak Movie Review Gumraah paling atas dan banyak sampai 3 ribu. Mungkin ada yang datang dari Twitter jugak sebab ada update dekat sana. Drama Review Dr. Cha pun tengah hype, gigih marathon sebab nak tarik keywords dari entry tu. 

3. Keywords


Kalau tengok pada keywords dekat data Google Search Console ni kebanyakannya Polis Evo 3 yang tapau. Tak hairan juga sebab bulan Mei sampai Jun penuh press release movie no. 1 untuk tahun 2023. Movie Pulau pun penyumbang keywords yang banyak juga walaupun kena boikot katanya. I bet ramai yang tunggu movie tu masuk streaming platform. Astro Kem Badminton tu tak sangka menyumbang banyak jugak, kalau Astro tak hantar press release memang tak tahu pasal kem ni. 

Pameran Hallyu Wave dekat Balai Seni Negara tu masih lagi menyumbang keywords walaupun dah berada dekat second page. Untuk bulan Julai ada banyakkkkkk movie review sebab masa raya haji dok layan movie je tapi tak sempat nak update blog sebab malas nak bawak balik laptop. 

4. Bilangan Entry

Disebabkan memang aim nak rest makan tidur je msa raya maka terbabaslah untuk update 60 entry bulan Jun. Weekdays memang tak sempat lah nak update sebab overtime sampai 10 malam. Kadang tu pergi event balik dah lewat malam dah. Badan penat jadi tak sempat lah nak update. Tahun ni rasa macam tak mampu nak beat total entries tahun lepas tapi kita cuba lah capai 60 entries setiap bulan. Lagi banyak entry, lagi banyak lah pageviews. 

Macam biasa, terima kasih yang berkunjung ke blog ni walaupun sekali dua je, semoga entries dekat blog ni membantu sebagai rujukan walaupun rujukan benda lagha hihu. Yang drop comment tu insya-allah akan dibalas kunjungannya. Take care everyone :)