Cari Bunga Marigold di Nursery Lot 53

Sunday 9 July 2023

 

Sejak Lot 53 berpindah ke Kampung Melayu Subang tak pernah menyinggah ke sini sebab nampak macam susah nak park. Tapi tu lah kalau tak pergi mana nak tahu susah ke senang kan? Jawapannya senang. Nak pula bila pergi weekdays macam ni memang tak ada kereta langsung. 

Motif utama pergi ke Nursery Lot 53 ni sebab nak cari bunga marigold. Umi dah lama mencari katanya, dekat Sabak kemain banyak nursery tapi tak jumpa jugak bunga marigold. Ada, tapi dia nak yang ada biji benih sekali. Dekat Shopee pulak tak ada stok. Lepas hantar adik-adik pergi tengok wayang dekat Citta Mall, menapak lah ke sini. 

M: Kita datang sini sebab nak cari bunga marigold je kan? 
U: ....................

Kalau buat diam macam ni dah tahu dah mesti ada benda lain dia cari. Tanya siap-siap sebab takut penuh kereta. Nursery Lot 53 yang baru ni dah la lagi besar dari sebelumnya. Pasu pun banyak yang cantik dari saiz kecil sampai lah yang besar gedabak. 



















Cantik pulak tengok diorang tanam pokok pegaga upside down macam ni. Jimat ruang

Tengah ralit ambik gambar dekat nursery ni tiba-tiba nampak umi berlari datang. Ingatkan nak tanya benda urgent rupanya

U: Dekat sini ada membership, RM10 ja untuk setahun. Kalau jadi ahli boleh dapat 20% discount!
M: Aikkkk nak beli bunga marigold ja kan? Tak payah lah sampai buat membership card. 
U: ......
M: ????
U: .......
M: okay T.T


Nasib baik bunga marigold tak ada dalam list ni


M: Jumpa dak bunga marigold? 
U: Jumpa!
M: Aikkk ni bukan pokok senduduk ke? Kan bersepah dekat hutan belakang rumah? Kenapa nak beli jugak? 
U: Hmmm tak berani lah nak ambik pokok dekat hutan tu. 
M: Lah diorang ni pun ambik dekat hutan jugak, semai dekat sini. 
U: Dulu kan dah pernah ambik tapi hantu kacau. Haaa kalau beli dekat sini confirm takdak hantu pasai hantu pi kat depa. 
M: Okayyyyy T.T


Konon nak beli bunga marigold, penuh 3 troli dengan pokok bunga sudahnya. 

U: Ehhhh dah bayar baru perasan pokok bunga ni dah ada lah dekat rumah. 
M: Takpa, tinggai ja la dekat sini
U: Eh tak boleh! Hat kat rumah warna lain, hat ni warna lain. Tengok kelopak dia tak sama
M: T.T


Kalau pergi nursery tak sah lah tak ambik satu. Dah umi kata dia nak bayar sebab bawah dari yang dia bajet haaa ambik je lah pokok butterfly ni. Dah lah warna purple, cantik pulak tu bentuk daun dia. Tengok dekat banner dia pasang, pokok ni indoor jadi sesuai sangat lah letak dalam bilik air. 

Lepasni kalau nak beli pokok boleh datang sini sebab senang nak parking, membership pun dah ada haha 

BOH Teh Hijau Latte


You will never know when your tastebud will change. Sama lah macam I yang dah tibehhhh suka dengan green tea. Sebelum ni cuba minum rasa macam biasa je tapi lately rasa menarik pulak. Maybe sebab barista dekat Starbucks tu pandai bancuh kot. Tukang bancuh air dekat restoran Thai pun bancuh sedap sampai jadi seronok minum green tea. 

Minggu lepas pergi pantry nampak pulak Green Tea Latte BOH dekat shelf. Tanpa segan silu ambil try satu paket. Ambil tanpa rasa bersalah sebab dah tahu siapa owner minuman ni. Dekat office Sheera je yang suka minum green tea. Kalau pergi Starbucks mesti order green tea latte ataupun matcha. 

Masa bancuh tu macam cuak jugak sebab tangan I bukannya pandai sangat bancuh tapi ajaibnya kali ni bijak benar terasa sebab bancuh je jadi. Lepastu letak ais sampai Sheera tergugat nak join jugak. Warna dia mungkin tak menarik dan sama macam dalam gambar dekat packaging tu tapi rasa dia sedap, lebih kurang macam Starbucks punya. 

Kalau beli Iced Green Tea dekat Starbucks dalam RM15 so cheaper version of that drinks boleh lah hilangkan cravings dengan BOH Green Tea Latte ni. Tambah 30 sen lah sebab ais beli sendiri dekat kedai bawah. I seriously recommend this one untuk yang suka minum green tea latte. Harga untuk satu pek ni bawah RM20 tapi beli dekat Shopee dapat lah RM15 exclude shipping fee. Dalam satu pek ada 12 stick, cukup lah untuk sebulan dua tapi kalau buat macam Sheera, letak dekat office, tak sampai seminggu dah habis. 

Movie Review | Alienoid (2022)


Director: Choi Dong-hoon
Writer: Choi Dong-hoon
Cast: Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Yum Jung-ah, Jo Woo-jin, Kim Eui-sung, Lee Hanee, Shin Jung-geun
Production Company: Caper Film 
Distributor: CJ E&M, Well Go USA (North America)
Genre: Sci-fi / Action 
Running Time: 142 minutes
Release Date: 20 July 2022
Trailer :


Naskhah science fiction yang mendapat tayangan perdana di 21st New York Asian Film Festival berlatarkan kewujudan alien arahan Choi Dong-hoon menggunakan latar masa sejak tahun 1380 di mana alien cuba menjadikan manusia sebagai hos untuk mengambil alih Bumi. Muncul watak Guard (Kim Woo-bin) dan robot pembantunya, Thunder memburu alien jahat dan mengurung mereka dari merosakkan planet tersebut. 

Thunder yang kasihan akan bayi perempuan, bawa dia pulang merentasi masa ke tahun 2012 dengan alasan mengkaji tingkah laku manusia sejak bayi. Yian (Choi Yu-ri) membesar dengan sihat dan pintar di bawah jagaan Guard. Kerana kepintarannya juga, dia korek sedikit demi sedikit identiti ayahnya dan Thunder. 


Di latar masa tahun 1381, Mureuk (Ryu Jun-yeol) menggunakan ilmu dan kuasanya untuk menangkap pencuri kerana upah yang lumayan. Dari kisah Gaeddongi (Kim Ki-cheon), dia dapat tahu tentang kewujudan pisau dengan bilah batu kristal berwarna biru. Mureuk pasti pisau tersebut boleh dijual dengan harga yang tinggi tapi kerana tamak, dia terjerat dalam perang antara manusia dan alien di zaman tersebut. 

Perjalanan cerita antara alien dan manusia ni menggunakan 3 latar masa dan peralihan tersebut bersilih ganti dan mengejut jadi memang kena fokus betul bila layan filem Alenoid ni. Tengah seronok tengok keletah Mureuk tiba-tiba pengarah bawa kita ke tahun 2022 di mana Guard terpaksa melayan kerenah Yian yang mengadu dengan guru sekolah tentang alien menyamar sebagai ayah dia. 


Ada masanya plot filem Alenoid rasa macam terlampau banyak info dan watak yang dimasukkan tapi disebabkan elemen komedi dan olahan santai buatkan cerita seronok ditonton sehingga ke hujung. Lakonan Ryu Jun-yeol  mencuri tumpuan dengan comic timing dan chemistry dengan Kim Tae-ri. Pengarah masukkan juga watak duo pendekar yang mirip seakan-akan watak sampingan dalam The Kungfu Hustle. Mungkin sebagai tribute kepada pengarah kegemaran. Pace filem Alenoid juga laju dan sarat dengan aksi baik di latar masa sekarang mahupun latar masa sebelumnya. 

Awalnya macam pelik juga kenapa pengarah kenalkan watak Mureuk secara mengejut tapi sedikit demi sedikit kita dapat pickup siapa watak ni dan bagaimana dia boleh terjebak. Kehadiran dia bukan kebetulan pun tapi memang dah ditakdirkan cuma ada kekeliruan dekat hujung yang mungkin akan terjawab pada Part 2 nanti. Bila Part 2 akan keluar tu tak pasti sebab tak ada berita rasmi walaupun filem dah pun habis shooting sebab team production shoot sekali jalan je untuk kedua-dua bahagian. 


Filem Alenoid Part 1 ni terasa panjang juga terutamanya pada second half sebab pertarungan antara Guard dan The Collector ambil masa yang lama. Keliru juga lah bila Guard nampak macam tak pasti dengan kekuatan The Collector sedangkan dia jaga banyak Haava di rumah untuk elakkan kebinasaan berlaku di Bumi. 

Idea untuk filem Alenoid ni menarik dan segar cuma olahan tu lah ada masanya terlampau sarat. No wonder lah team production alami kerugian yang banyak sebab dah labur sebanyak 33 billion won tapi cuma mampu kutip 13 juta won saja sepanjang tempoh tayangan. 


Boleh faham juga kenapa bajet filem meningkat sebanyak tu sebab penggunaan CGI yang banyak terutamanya untuk babak alien di latar masa moden. Visual yang dipaparkan tampak kemas dengan transisi menarik. Smooth je bila Guard bertukar rupa manusia kepada robot untuk berlawan dengan The Collector. 

Anyway, it’s a fun watch for me. Kalau yang tak suka dengan genre science fiction mungkin filem ni bukan untuk you guys. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Drama Review | Delete (2023)


Director: Parkpoom Wongpoom
Writers: Tossaphon Riantong, Jirassaya Wongsutin, Parkpoom Wongpoom
Cast : Natara Nopparatayapon, Sarika Sartsilpsupa, Nat Kitcharit, Chutimon Chuengcharoensukying, Jinjett Wattanasin, Charlette Wasita Hermenau
Production Companies: GDH 559, Netflix
Distributor: Netflix
Genre: Sci-fi / Drama / Thriller
Running Episodes: 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 29 June 2023 
Trailer :


Naskhah terbaru Netflix membawa penonton ke alam di mana smartphone yang boleh melenyapkan orang sekelip mata. Vibe drama genre thriller drama arahan Parkpoom Wongpoom mengingatkan pada franchise drama Black Mirror di mana teknologi membantu manusia dengan cara yang agak seram. 

Kisah bermula dengan episod kecurangan Lilly (Sarika Sartsilpsupa) dan Aim (Nat Kitcharit) terhadap partner masing-masing. Alasan Lilly adalah kerana suaminya, Too (Natara Nopparatayapon) yang menakutkan. Hidup di rumah ladang dengan harta yang banyak tak menjamin kebahagiaan. Sementara Aim pula hilang rasa cinta terhadap kekasihnya, Orn (Chutimon Chuengcharoensukying). 


Mereka berdua bertemu dalam satu sesi temu bual kerana Aim bekerja sebagai photographer dan juga seorang penulis novel. Karakter dan peribadi Aim buatkan Lilly jatuh cinta. Masalah bermula bila hubungan mereka dapat dihidu oleh Orn. Lilly pula dapat tahu dia mengandung. Untuk kepastian, dia pergi ke pasaraya untuk dapatkan pregnancy test. 

Di situ dia berjumpa dengan seorang budak perempuan yang minta supaya Lilly mengambil gambar menggunakan smartphone unik. Sekelip mata, gadis tersebut hilang entah ke mana. Lilly jumpa jalan keluar untuk masalah mereka dengan hapuskan Orn dan Too. Bila dah terdesak kedua-duanya tak fikir panjang. 


Drama Delete mungkin mempunyai idea yang segar dengan menggunakan keunikan smartphone yang boleh melenyapkan identiti dalam sekelip mata namun bukan pada olahan dan alur ceritanya. Pace yang digunakan tersangatlah perlahan sampai 1.5x bukan penyelamat untuk keluar dari kebosanan drama ni. 8 episod terasa panjang sangat, nasib baik lah dekat Episod 5 plot semakin menarik dengan kehadiran lelaki misteri. 

Penulis tak dedahkan apa yang terjadi pada individu yang ‘hilang’ atau kenapa smartphone tu boleh wujud. Siapa yang wujudkan pun tak diceritakan, yang pastinya penggunaan tu mengikut niat individu. Pistol kalau digunakan untuk melindungi maka selamat lah orang sekitarnya tapi kalau digunakan untuk menyerang dan membunuh, semua orang pun rasa terancam. 


Penulis tak fokus sangat pun dengan smartphone unik tu tapi pada konflik Aim, Lilly dan Too. Watak June juga ada fair share dalam perkembangan plot dan hala tuju juga nasib Lilly. Pelik dengan kesemua watak yang ada dalam drama Delete sebab tak ada sesiapa pun yang mempersoalkan kenapa smartphone berbahaya macam tu boleh wujud. Nampak sangat semua pun ada masalah besar dan perlukan sesuatu yang mudah dan cepat untuk keluar. Bila Aim cakap dengan Lilly, tak ada orang pun akan cari orang tua homeless tu dah boleh nampak lah diorang dua ni match made in heaven sebab perangai selekeh sama level je. 

Bertambah lemah skrip tu bila tak ada sesiapa pun yang fikir kesan jangka masa pendek atau panjang bila individu hilang walhal kebanyakan watak adalah nama besar dan dikenali. Masa ada masalah semuanya fikir pandangan masyarakat tapi bila dah guna smartphone semua relaks macam tak ada apa akan jadi. Pihak polis boleh terima cerita Aim tanpa buat susulan lanjut sedangkan Orn hilang dekat rumah yang penuh dengan CCTV. 


Plot twist dekat hujung yang paling mengecewakan sebab dah jumpa favorite character tapi penulis sengaja buat surprise which is unnecessary at all. Macam defeat the purpose lah kewujudan smartphone ajaib tu. Mungkin penulis nak bagitahu yang smartphone tu wujud atau tidak, jenayah tetap akan berlaku juga? 

Kalau team production nak buat musim kedua, mungkin tak ramai yang berselera nak tengok lepas 8 episod yang tak dikembangkan secara mendalam pun. Visual dengan music score okayish lah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10

Movie Review | Eraser (2023)

Pengarah: Mark Lee See Teck

Penulis Skrip: Mark Lee See Teck, Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon: Namron, Adibah Noor, Angela Chan, Dhiyauddin Ariffin, Alyssa Lee, Danish Adam, Freedie Wong

Syarikat Produksi: Fiery Films

Pengedar: MyContent, Amazon Prime Video 

Genre: Drama

Durasi Tayangan: 94 minit

Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023

Trailer : N/A

Naskhah drama yang menyajikan tema kekeluargaan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa disajikan di Amazon Prime Video bermula Jun lepas. Filem arahan Mark Lee See Teck diambil dari filem pendek berdurasi 3 minit dan dikembangkan bersama barisan penulis yang lain untuk menjadi sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran dan mesej sosial. 

Kisah bermula dengan kehidupan sebuah keluarga di kawasan pekan kecil. Satu malam Azman (Dhiyauddin Ariffin) bersama ayahnya, Ahmad (Namron) dalam perjalanan pulang dari masjid lalu bertembung dengan Xiao Li (Alyssa Lee) yang memerlukan bantuan. Dia bersama ibunya, Ah Yoke (Angela Chan) dalam kebasahan dek hujan dan sehelai sepinggang mencari tempat berteduh. 

Khadijah (Adibah Noor) tanpa berfikir panjang menjemput mereka anak-beranak tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Ah Yoke bercadang untuk pajak barang perhiasan dan bekerja di mana-mana kedai lalu berpindah ke Australia. Di sana dia akan tinggal bersama kakaknya. 

Kerana trauma dan konflik yang dialami buatkan dia susah untuk percaya kepada sesiapa pun termasuklah Khadijah dan Ahmad yang banyak membantu. Ah Yoke larang anak perempuannya rapat atau mesra dengan Azman kerana mereka hanya berada di situ sekejap sahaja tapi nasihat dan larangannya diendahkan. Xiao Li selesa bergaul dengan penduduk kampung di situ kerana layanan mereka yang baik dan mesra terhadapnya. Walaupun dibuli di sekolah, Azman sentiasa akan datang membantu. 

Naskhah Eraser mempunyai jalan cerita yang ringkas walaupun pada setiap plot mempunyai konflik yang didedahkan oleh penulis. Olahan pengarah terlihat santai menyebabkan naskhah drama ni tak terasa seperti filem yang kuat impak emosinya tapi terasa seperti iklan pemadam untuk Hari Kebangsaan. Metafora pemadam yang Azman guna pun tak begitu jelas maksudnya. 

Masa Ahmad nasihatkan Azman gara-gara dia hilang semangat untuk siapkan projek seni tu rasa macam tak patut sebab emosi dia tak stabil lagi. Kenapa nak paksa? Faham lah diorang nak Azman menang dan capai impian melalui peluang yang ada tu tapi masa macam tak sesuai. It’s not that easy lah. Pertandingan macam tu tiap tahun pun ada, tambah pula motif untuk siapkan supaya Azman tahu erti tanggungjawab padahal peribadi dia elok je. Mesej dari projek seni tentang mengubat hati tu dah cantik dah tapi masa dan olahan tak kena. 

Bahasa yang semua watak guna dalam kebanyakan babak skema sangat so it’s a bit cringe lah untuk habiskan. Bab lakonan semua pelakon tak ada masalah pun sebab conversation mudah dalam situasi yang santai. Slang Xiao Li je lah comel sebab Bahasa Malaysia dia ada slang Cina macam ‘tengok sana ada ikan leh’. 

Sinematografi Eraser more to warm tone, sesuai lah dengan mesej yang dibawa oleh pengarah. Yang tak syoknya bila ada visual beberapa babak yang gegar. Props team pun pandai cari tempat dan props yang membantu latar tempat dan masyarakat dalam penceritaan Eraser. Suka tengok bilik Azman penuh dengan lukisan tangan yang dia hasilkan. 

Kekuatan filem Eraser terletak pada chemistry semua pelakon dalam keluarga kecil walaupun Ari (Danish Adam) tak ada banyak sangat screentime tapi anak bongsu ada spot tersendiri untuk menyerlah. Comel tengok bonding Ahmad dengan Azman especially part dekat dapur sembang pasal hal sekolah dan keluarga. 

Sayanglah filem Eraser ada potensi untuk jadi naskhah slice of life yang bagus tapi tersia dek olahan dan editing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

Drama Review | Bloodhounds (2023)


Director: Kim Joo-hwan
Writer: Kim Joo-hwan
Cast: Woo Do-hwan, Lee Sang-yi, Park Sung-woong, Kim Sae-ron, Tae Won-seock, Jo Wan-ki, Ha Soo-ho, Huh Joon-ho, Lee Hae-young, Ryu Soo-young, Min Kyung-jin, Choi Si-won, Park Min-jung, Hong Joon-young, Jung Da-eun, Yun Yoo-sun
Production Companies: Studio N, Seed Film, Seven Osix
Distributor: Netflix
Genre: Action / Drama
Running Episodes :8 episodes (60minutes per episode)
Release Date: 9 June 2023 
Trailer :


Diadaptasikan dari web comic berjudul "Sanyanggaedeul” karya Jung Chan yang mengisahkan tentang Smile Capital, ejen peminjam wang dengan kadar bunga tinggi. Modus operandi mereka mudah, tabur janji manis kepada mangsa kemudiannya serang untuk rampas premis tersebut. Semua mangsa terpedaya dengan pinjaman yang ditawarkan tanpa sedar terma dan syarat yang diletak dalam perjanjian kerana saiz tulisan yang terlalu kecil. 

Antara mangsa yang terperangkap dengan modus operandi Smile Capital kepunyaan Kim Myeong-gil (Park Sung-woong) ialah keluarga Kim Gun-woo (Woo Do-hwan). Sudahlah café mereka tak dikunjung kerana pandemik, terjerat pula dengan hutang bank dan juga lintah darat. Kim Myeong-gil meninggalkan parut yang besar di bahagian pipi Gun-woo sebagai amaran. 


Kerana terdesak untuk dapatkan duit, Gun-woo minta bantuan Hong Woo-jin (Lee Sang-yi) supaya dapat bekerja. Kebetulan, President Choi Tae-ho (Heo Jun-Ho) mencari personal bodyguard untuk melindungi keselamatan cucu tunggal dia, Kim Hyeon-ju (Kim Sae-ron). Berkenan dengan peribadi Gun-woo, semua hutang yang dikenakan oleh Smile Capital dilangsaikan dalam satu malam sahaja dengan syarat cucunya dijaga dengan baik. 

Kerana Kim Hyeon-ju, Gun-woo dan Woo-jin terlibat dalam perang terhadap Smile Capital. Tanpa mereka sedar lintah darat tersebut adalah dendam lama Presiden Choi dan juga seteru kepada pewaris sulung chaebol, Hong Min-beom (Si-Won). 


Drama aksi Bloodhounds yang mengetengahkan kegiatan lintah darat pasca pandemik tampak menakutkan. Ramai peniaga terjejas dengan pandemic sepanjang tempoh perintah berkurung jadi tak hairan lah kalau ramai terjerat dengan janji manis dan tipu helah lintah darat. Jangankan peniaga kecil, peniaga yang di rantaian paling atas seperti chaebol Lil Group juga alami nasib yang sama.

‘Back then I was strapped for cash, so I worked in the money lending business. Desperate people are easier to rip off.’ – Woo-jin 


Tak pernah lagi nampak chaebol terkesan dengan mana-mana entity tapi kali ni kaw-kaw chaebol terperangkap sampai terpaksa minta bantuan dari underdog untuk keluar dari kemelut masalah dia. Kelakar juga bila tengok Si-won berlakon dalam watak macam tu tapi sesuatu yang mudah untuk dia sebab tak banyak screentime dan dialog pun. Ekspresi muka je lah kena main peranan. 

Bukan saja skrip yang bagus dengan alur cerita yang diceritakan dengan baik tentang duo peninju dan bekas tentera laut malah action stunt yang ditampilkan juga mempunyai kekuatannya tersendiri. Seronok tengok bila Gun-woo dengan Hyeon-ju berlawan sebab kedua-duanya ada chemistry yang kuat. Jadi tak sabar bila mereka berdua akan muncul dalam fight scenes baik dalam perlawanan mereka mahupun sebagai pembantu kepada pengelar President Choi. 


Friendship diorang pun comel, sekejap je dah rapat walaupun jumpa cuma sekali. Karakter kedua-dua pun berbeza sangat, yang seorang berdisiplin tapi yang seorang lagi jenis hentam keromo. Elemen komedi kebanyakannya datang dari mereka berdua. Menangis masa tengok Gun-woo dengan Woo-jin kena serang dengan Smile Capital dalam Episod 6. Pengarah dah bagi hint melalui watak President Choi yang Gun-woo dengan Woo-jin kena sentiasa bersama, bila berpecah senang musuh nak serang. 

Selain corak perlawanan Gun-woo dan Woo-jin, watak Hyeon-ju juga mencuri perhatian sebagai cucu tunggal Presiden Choi yang dahulunya mempunyai sebuah organisasi besar. Kecil-kecil cili padi. Berdebar bila tengok babak mereka bertiga ditugaskan untuk pindahkan duit tunai dan juga aset lain dari kedai buku. 


‘Gun-woo, this isn’t a match where someone wins or loses. This is a war that will only end once someone’s dead.’ – President Choi

Selain boxing, MMA, hand combat, senjata api, pengarah masukkan watak pengelar dan pemanah untuk jadikan fighting scenes lebih menarik. Korea hebat dengan kemahiran memanah jadi kenapa nak sorok kan? 

Dalam Episod 7 macam pelik kenapa watak Hyeon-ju hilang terus sedangkan dendam mereka belum langsai rupanya bila dah habis layan drama ni baru tahu pelakon Kim Sae-ron ada kes memandu dalam keadaan mabuk sampai mengganggu ketenteraman awam. Disebabkan kes tersebut dia terpaksa berhenti berlakon sebab netizen menyampah tengok muka dia. 


Pengarah Kim Joo-hwan nak kekalkan juga watak Hyeon-ju dalam drama tapi reconstruct balik jalan cerita untuk Episod 7 dan Episod 8. No wonder lah dia tak ada dan sebab tu juga lah macam pelik kenapa dalam masa 4 bulan, badan Gun-woo dengan Woo-jin jadi bulky walhal jarak masa tak lama pun. Walaupun pengarah masukkan watak Oh Da-min (Jung Da-eun) sebagai ganti Hyeon-ju tapi vibe tu tak sama. 

Masa President Choi kena serang tu pun macam kelakar sebab senang sangat, takkan tak belajar dari kesilapan lama? Masa Hwang Yang-jung (Lee Hae-yeong) bagitahu diorang tak cukup orang ingatkan short sikit je rupanya short banyak. It just doesn’t make sense lah sebab bila-bila masa je pun Kim Myeong-gil boleh hidu jejak President Choi. Dua-dua ada dalam industri yang sama walaupun yang seorang kejam, yang seorang lagi bermurah hati. President Choi patutnya jadi watak yang kuat, nak pula bila dia kenal sifat licik Kim Myeong-Gil. 


Macam mana agaknya skrip asal sebelum disunting? Mungkin lepas ni produser dekat Korea boleh bertenang kot kalau nak terbitkan drama bila pelakon terpalit dengan skandal sebab penonton streaming platform bukannya terhad pada Korea saja. Bukan lah nak sokong apa pelakon tu buat tapi sayang lah cerita asal terpaksa diubah, kesian dekat semua yang terlibat dalam projek ni. 

Sinematografi mengukuhkan lagi kekuatan drama aksi ni dengan transition yang menarik dan cara kamera fokus pada subjek supaya setiap stunt terlihat kemas dan meninggalkan impak mendalam. Drama Bloodhounds ni tak sesuai ditonton dengan keluarga sebab aksi ekstrem yang dipaparkan dan mengerikan. 


Pengarah dan penulis dah bagi hint kalau drama ni tinggi ratingnya, boleh jadi ada musim kedua. Tengok pada ending pun boleh nampak ada benda yang tak settle lagi, ada juga plot yang boleh dikembangkan untuk kehidupan baru duo peninju muda tersebut. Hopefully penulis dan casting director mampu cari pengganti kepada watak protagonis wanita. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Switch (2023)


Director: Ma Dae-yun
Writer: Ma Dae-yun
Cast : Kwon Sang-woo, Oh Jung-se, Lee Min-jung, Park So-yi, Kim Joon
Production Company: Hive Media Corp
Distributors: Lotte Entertainment, GSC Movies
Genre: Comedy / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 4 January 2023, 5 January 2023 (Malaysia)
Trailer :


Park Kang (Kwon Sang-Woo) adalah pelakon lelaki paling popular di Korea Selatan tapi nama dia sentiasa terpalit dengan skandal dan kontroversi. Kaya tapi hidup kosong sejak Soo-hyun (Lee Min-jung) pergi tinggalkan dia. Setiap hari dia ditemani oleh pengurus merangkap pembantu peribadinya, Jo Yoon (Oh Jung-se). Perangai kekwat dia tak payah cakap lah, tak ramai pun yang tahan bekerja dengan dia. 

Pada malam Krismas, Park Kang menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Anehnya pemandu teksi tersebut mengajukan soalan tentang peluang kedua. Sebaik saja dia sedar, Park Kang berada dalam rumah kecil bersama dua orang anak kecil - Ro-ha (Kim Joon) dan Ro-hee (Park So-yi). Soo-hyun pula adalah isterinya yang sah sejak 10 tahun lepas. 


‘Do you have any regrets in life? If you had the chance to change your past, what would you do?’ – Taxi Driver

Jauh berbeza dengan kehidupan dia sebelum ni, Park Kang hidup sebagai pelakon extra yang masih berusaha untuk mencari peluang menjadi pelakon utama. Wang dalam akaun bank juga tak ada, sepenuhnya mengharapkan duit si isteri. Mak (Kim Mi-kyung) pun kadang-kadang hulur duit sebab kesian tengok cara hidup anak menantu. Susah untuk Park Kang terima kenyataan hidup sebagai penganggur. Ambil masa yang lama juga untuk jaga kembar yang semakin membesar. 

Bila dia cuba contact Jo Yoon, tak sangka pula pengurus dia dah jadi pelakon terkenal. Terdesak mencari duit, Park Kang bekerja sebagai pengurus merangkap pembantu peribadi kepada Jo Yoon. Bila berada dalam situasi Jo Yoon, baru dia sedar yang selama ni dia kurang menghargai orang di sekeliling. 
Naskhah komedi drama Ma Dae-yun bersifat santai dan mempunyai jalan cerita ringkas dan mudah ditebak perjalanannya walaupun rahsia yang didedahkan di hujung cerita mengejutkan. Shocking in a heartwarming pleasant way. 


Kwon Sang-woo dalam naskhah komedi bukan sesuatu yang baru sebab sebelum ni dah pernah layan filem komedi Hitman: Agent Joon (2020) cuma bezanya dalam filem Switch ni komedi dia lebih relaks dan santai. Mungkin sebab penulis nak kuatkan elemen drama dan tema kekeluargaan. Karakter dia sebagai ayah kepada kembar sepasang juga antara highlight. Dari tak pandai jaga anak slowly dia berubah kepada ayah yang tak boleh hidup tanpa anak-anak. 

Walaupun dia dapat peluang kedua, penulis tak fokus sangat dengan relationship antara Park Kang dengan Soo-hyun, mungkin sebab itu realiti perkahwinan dan hidup. Dah kahwin lama, fokus dekat kerja dengan anak-anak lah. Ada babak romantik mereka berdua tapi tak banyak. Dalam tak banyak tu pun dah cukup untuk kita tahu yang mereka berdua memang sayang each other cuma salah buat pilihan 10 tahun lepas. 


Filem Switch ni bukan lah mengangkat sangat tema bertukar hidup tu tapi lebih kepada menjawab persoalan ‘jalan yang tak dipilih’ oleh Park Kang. Walaupun dia bertukar hidup dengan Jo-yoon tapi tak jauh beza sangat lah hidup dia sebab Tuhan memang dah takdirkan dia untuk jadi pelakon, terkenal dan hidup mewah. Masa je tak tahu bila. Sama juga dengan Jo-yoon dan Soo-hyun. 

Jadi tak hairan lah kenapa pengarah Ma Dae-yun hasilkan naskhah yang berlatarkan Hari Krismas sebab filem dia pun ada vibe musim perayaan tu. Peluang untuk merasa hidup dalam jalan yang tak dipilih tu bukan semua orang boleh dapat jadi hidup sekejap dalam tempoh masa yang Tuhan bagi tu dah jadi hadiah yang cukup bermakna lah untuk Park Kang. 

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought +0 = /10

Movie Review | Extraction 2 (2023)

Saturday 8 July 2023


Director: Sam Hargrave
Writers: Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo, Fernando León González
Cast : Chris Hemsworth, Golshifteh Farahani, Adam Bessa, Olga Kurylenko, Daniel Bernhardt, Tinatin Dalakishvili, Idris Elba
Production Companies: Wild State, AGBO, T.G.I.M. Films
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time : 122 minutes
Release Date : 16 June 2023
Trailer :


Sekuel kepada Extraction (2020) beberapa bulan selepas misi di Dhaka, Bangladesh di mana Tyler cedera parah dan dibawa ke Dubai kemudian bersara di pekan terpencil di Austria. Kehadiran lelaki asing di rumahnya bawa khabar berita dari bekas isterinya, Mia (Olga Kurylenko) yang perlukan bantuan Tyler. 

Misi di mana Tyler perlu bawa Ketevan (Tinatin Dalakishvili) dan dua orang anaknya keluar dari penjara di Georgia. Mereka bertiga bukanlah banduan tapi kerana berkahwin dengan penjenayah menyebabkan ketiga-ketiga mereka terpaksa hidup bersama di dalam penjara yang dikawal ketat. Mia percaya Tyler mampu lakukan misi tersebut selepas apa yang terjadi di Dhaka. 

Nik (Golshifteh Farahani) dan Yaz (Adam Bessa) bantu Tyler laksanakan misi di Georgia dengan rancangan rapi bersama ahli pasukan mereka yang lain. Sandro (Andro Japaridze) pula sentiasa mencari peluang untuk tinggal bersama ayahnya dan menjadi ahli Nagazi. 

‘What your mother did was risk everything to protect you and your sister. Save you from that prison that your father put you in.’ – Tyler Rake

Tengok gaya Tyler Rake dah boleh nampak yang dia tak akan bersara awal, selagi dia hidup selagi itu lah dia akan ambil misi berbahaya. Tambah pula kalau misi tersebut datang dari bekas isteri dia yang menguruskan anak lelaki mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital akibat kanser. 

Dalam sekuel Extraction, penulis kembangkan lebih lagi sisi drama peribadi Tyler Rake bila wujudnya misi untuk selamatkan bekas adik ipar dan anak-anak saudaranya di penjara. Perbalahan antara Tyler dengan Sandro tentang pilihan dan perspektif hidup kuatkan lagi elemen drama dalam naskhah aksi ni. Ada masanya geram juga dengan Sandro tapi dia pun mangsa manipulasi ayah dia, jadi bersabar je lah macam mana Tyler sabar. 

Kalau dalam previous instalment, watak Nik dan Yaz cuma bantu sikit dalam misi dan selebihnya berada di safe house, kali ni mereka berdua turun ke padang beraksi bersama Tyler. Chemistry dan dinamik Golshifteh Farahani dan Adam Bessa antara penyeri dalam Extraction 2. Menjadi betul sibling vibes diorang dari awal hingga ke hujung. 

Babak aksi dalam keretapi yang paling menarik dalam Extraction 2 disusuli dengan fighting scene di awning kaca di bangunan hotel. Bila tengok teknik yang pengarah dan cinematographer Greg Baldi guna untuk menghidupkan spektrum visual untuk babak aksi boleh agak yang team production invest banyak untuk high tech devices supaya boleh dapat shot cantik. Terpaku tengok beberapa babak dengan kehadiran momen saspen. 

Sama juga macam Extraction, plot cerita boleh ditebak perjalanannya jadi bila filem kedua lebih panjang durasinya dari yang pertama, rasa penat nak tengok fillers dan draggy parts. Tak pasti lah kenapa penulis suka padam spotlight watak sampingan sedangkan diorang boleh cipta dinamik yang kuat atau sinergi yang mantap dengan watak utama. Nak kata sebab takut Netflix tak nak sambung franchise macam kelakar lah sebab filem ni under Netflix, rating pun tinggi. 

Rasa menyampah sebab yang pertama dah buat macam tu, masuk yang kedua pun sama juga. Bila dah terlanjur baru lah nak buat spin-off tapi tak seronok lah sebab plan yang lain tapi penulis nak yang lain pula. 

Of course, Extraction 3 akan muncul sebab pengarah dah bagi hint dekat hujung cerita cuma tak pasti lah macam mana sistem Tyler dengan Nik akan bekerja sebab bos baru untuk organisasi yang lebih besar. Mungkin Tyler dengan Nik akan kerap turun padang atau mungkin Tyler gerak solo sebab tak suka dengan peraturan boss baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Movie Review | Extraction (2020)


Director: Sam Hargrave
Writers: Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo
Cast : Chris Hemsworth, Rudhraksh Jaiswal, Randeep Hooda, Priyanshu Painyuli, Golshifteh Farahani, Pankaj Tripathi, David Harbour
Production Companies: AGBO, Thematic Entertainment, India Take One Productions, T.G.I.M. Films
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time : 117 minutes
Release Date : 24 April 2020
Trailer :


Diadaptasikan dari novel grafik berjudul Ciudad karya Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo, naskhah aksi thriller Extraction mendapat sentuhan pengarah Sam Hargrave. Kisah bermula dengan penculikan Ovi Mahajan Jr. (Rudhraksh Jaiswal), anak tunggal kepada ketua pengedar dadah India dan Tyler Rake (Chris Hemsworth) diupah untuk menyelamatkan Ovi di Dhaka, Bangladesh. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk Tyler setuju walau berbahaya macam mana sekalipun misi tersebut kerana dia berharap dapat mati untuk tebus rasa bersalah semasa berkhidmat dalam Australian Army SASR. Nik Khan (Golshifteh Farahani) dan Yaz Khan (Adam Bessa) membantu Tyler dalam misi tersebut. 

Untuk masuk ke Dhaka adalah mudah tapi untuk keluar dengan selamat bersama Ovi tersangatlah sukar kerana laluan darat dan air telah dikawal ketat oleh polis. Kesemua mereka juga menurut arahan ketua dadah, Amir Asif (Priyanshu Painyuli). Farhad (Suraj Rikame) juga mempunyai geng untuk mengesan keberadaan Tyler dan Ovi. Dalam masa yang sama, Saju Rav (Randeep Hooda) cuba bawa Ovi keluar dari Dhaka kerana dia tak mampu bayar team Tyler untuk misi tersebut. 

‘The best thing you can do is go put a bullet in his brain. Make it painless. Because the animals out there are not going to be as kind to him.’ – Gaspar

Masa Netflix tayang filem Extraction ramai yang puji sebab action stunt yang mantap dengan pergerakan kamera yang meninggalkan impak kuat pada penceritaan. Memang layak sangat The Russo Brothers bagi stunt actor beralih angin jadi pengarah sebab dia tahu cara macam mana untuk olah babak aksi dengan menarik. Walaupun banyak babak aksi tapi kamera dia tak bergegar dan fokusnya jelas. Kudos to Newton Thomas Sigel as cinematographer. 

Berlatarkan negara India dan Bangladesh yang mendedahkan sisi gelap negara yang dikawal oleh geng pengedar dadah. Bukan saja berkuasa dengan duit malah dengan kuasa sampai mampu tundukkan pihak polis. Jadi tak hairan lah kalau Ovi Sr (Pankaj Tripathi) boleh dapatkan pegawai tentera untuk bekerja dengan dia. 

Selain dari kekuatan lakonan Chris Hemsworth yang terbeban dengan drama kehidupan peribadi namun dipandang hebat oleh klien, Randeep Hooda juga fit sebagai Saju yang terdesak menurut arahan ketua dadah. Tak boleh nak agak antara Tyler dengan Saju, siapa yang akan berjaya bawa balik Ovi dengan selamat. Boleh kata buang masa juga lah diorang berdua bergaduh sampai patah riuk sedangkan dua-dua di pihak yang sama dengan tujuan yang sama. Dekat part tu I rasa macam meleret sangat sebab lagi seronok kalau dua watak ni bergabung untuk keluar dari Dhaka atau fight Amir Asif. 

Babak dekat jambatan tu pun draggy juga sebab tak ada fighting scene cuma tembak-menembak sampai lenguh mata. Ada juga plot yang boleh dijangka perjalanannya tapi layan je lah sebab at least dapat tengok atau kenal sedikit sebanyak kehidupan watak utama. 

Kalau sembang pasal plot cerita memang banyak tak logik daripada fakta sebab Bangladesh sepatutnya berbeza dengan India walaupun lebih kurang je budaya dengan fizikal masyarakatnya. Macam Malaysia dengan Indonesia lah, sama tapi banyak bezanya. Belum masuk part polis tunduk sepenuhnya dengan drug lord sampai boleh langar protokol terang-terangan macam yang digambarkan dalam filem Extraction. Penggunaan tona warna kuning yang berlebihan pun mengganggu juga. 

It's a great action movie if you guys ignore the plot and minor things. Pendek kata, layan santai je. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10