Movie Review : The Gangster, The Cop, The Devil

Thursday 24 October 2019


Director : Won-Tae Lee
Writer : Lee Won-tae
Cast : Ma Dong-seok, Kim Mu-yeol, Kim Sung-kyu
Production Company : B.A. Entertainment
Distributor : Kiwi Media Group
Genre : Action/Thriller
Running Time : 109 minutes
Release Date : May 15, 2019 (South Korea)
Trailer :



Movie The Gangster, The Cop, The Devil ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes 2019 pada Mei lepas dalam category Midnight Screenings. Not only that, movie ni akan dibikin semula under production house, Balboa Productions milik Sylvester Stallone dekat US nanti. Congrats to Ma Dong-seok sebab akan melakonkan watak The Gangster dalam movie Hollywood remake tu nanti. Fuhhh dah pergi jauh lepas famous dalam movie Train To Busan!


Movie TGTCTD ni mengisahkan tentang Jang Dong-su (Ma Dong-seok, aka Don Lee) yang ditikam secara rambang oleh serial killer di kawasan tu tapi dalam semua mangsa K (Kim Sung-kyu), Don Lee yang berjaya hidup walaupun hilang banyak darah dan ditikam banyak kali. 

Det. Jung Tae-seok (Kim Mu-yeol) ditugaskan untuk selesaikan kes pembunuhan dan dia syak yang ni kerja pembunuh bersiri dari daerah lain sebab modus operandi yang sama tapi boss dia tak percaya walaupun ada bukti bergambar. Bila Don Lee masuk hospital, dia tahu Dong-su ada jawapan untuk kes ni sebab Dong-su je yang dah tengok muka K walaupun samar-samar sebab gelap dan hujan.


Detektif Tae-seok dan Dong-su bekerjasama mencari K disebabkan dui dan manpower Dong-su bagus meanwhile Don Lee perlukan DNA dan data peribadi K. Cuma ada satu syarat dalam misi ni. Kalau Don Lee jumpa K dulu, dia akan bunuh K tanpa belas tapi kalau Detektif yang jumpa, K akan dihadapkan dan dibicarakan mengikut undng-undang Korea. Nak tahu siapa yang jumpa dulu kena tengok la movie ni.


Jalan cerita dah memang menarik dah even the ending pun unpredictable sebab Detektif Tae-seok dengan Dong-su sama power je. Yang bestnya kalau Korea buat genre thriller, dia punya suspense tu menjadi sangat sampai masa tengok movie ni rasa macam gangster tak scary macam psychopath.


Dalam movie ni memang expose life gangster ni hidup bersimbiosiskan polis. Bayar duit rasuah then berniaga haram secara aman. Dalam movie lain dan drama pun dah banyak ketengahkan isu rasuah dan korupsi ni. 

You guys will have split emotion dengan karakter gangster Dong-su sebab dia agak scary bila dia tarik gigi dengan tangan dia je sebab marah but in another scene dia jadi hero untuk daerah tu sebab berjaya expose K to audience while another scene is emotional bila dia bagi payung sebab student tu basah kena hujan.


Ma Dong-seok memang dapat enough screentime untuk dia menyerlah in so many shades while Kim Mu-yeol remain as angry cop and Kim Sung-kyu being a creep psycho. No wonder lah Ma Dong-seok dapat invitation ke Hollywood walaupun tajuk movie ni setiap karakter stands alone tanpa kata hubung AND sebab 3 karakter ni agak kuat dalam movie ni.


For me this movie is entertaining as thriller and action genre, I have so much fun watching and got scared when K appeared also. Though ada certain scenes yang draggy tapi tak banyak pun cuma ada certain scene yang memualkan lah sebab I tengok time lunch. Recommended to thriller movie fans and thanks to team TGTCTD sebab dah keluar dari bubble slow pace untuk pergi ke Cannes! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Katrina Kaif Launch Produk Kosmetik, Kay Beauty

Tuesday 22 October 2019

Kalau dekat Malaysia dah jadi kebiasaan dah untuk artis launch produk kosmetik sendiri, dekat Btown, Katrina Kaif artis kedua yang launch produk kosmetik sendiri lepas Star Struck dari Sunny Leone. 

Produk Kay Beauty ni dilancarkan pada 22 Oktober 2019 lepas 2 tahun Katrina Kaif dan team dia berusaha untuk cari formula terbaik dalam menghasilkan set makeup yang sesuai dengan kulit muka di samping menjaga kulit. 

Kata Kat, tema produk kosmetik dia - A bridge between glamour and care. Dengan hashtag #CrueltyFree, produk Kay Beauty dah sebarkan yang tiada sebarang ujian ke atas haiwan macam beberapa produk kosmetik lain. 


Contohnya macam lip matte dari Kay Beauty ni mengandungi Chamomile & Ceramide untuk menjaga kulit di samping cantik bila digunakan. Sama seperti eyeliner dari Kay Beauty.

Tahun 2016 Katrina buat press conference dengan L'oreal untuk stop jadi duta produk sebab dia nak keluarkan produk dia sendiri. Then L'oreal gantikan tempat Kat dengan Deepika Padukone. Lepas Katrina post di Instagram tentang kemunculan Kay Beauty, Deepika drop some kiss and hearts untuk Kat. 



Tempahan dah dibuka dari semalam untuk produk Kay Beauty tapi tak pasti untuk luar dari India. Guess I have to wait if I want to be a part of Kay Beauty. 


Hopefully Kay Beauty akan masuk ke market negara-negara besar macam Lakme dengan Star Struck jugak. All the best to Katrina and her Kay Beauty team. 

Lirik Lagu Kejam - Siti Nordiana

Monday 21 October 2019

OST filem seram berjudul Pusaka dinyanyikan oleh Nana dengan genre balada hasil gubahan dan lirik dikarang oleh Datuk Wah Idris.


Nothing much to say for this song though the lyrics berbentuk penceritaan, sesuai dengan movie yang bertemakan sihir dan dendam. Nana kata dia nyanyi dengan perasaan balas dendam tapi lagu ni kurang emosi dan penghayatan thus feel flat. 

Yang tak dengar lagi boleh klik dekat sini



LIRIK LAGU KEJAM
Artis : Siti Nordiana
Komposer : Datuk Wah
Lirik : Joe Zainol dan Datuk Wah
Studio : Rocketfuel Network

Tak kusangka
Kau musnahkan hidupku ini begitu saja

Hanya kerana
Kau dibutakan dengan kemewahan 
Di dunia fana

Oh kejamnya
Kerakusanmu itu mengatasi segala
Bergelumang dengan dosa
Tak kau hiraukan pembalasan pedih Maha Esa

Dendam yang tersemat 
Di jiwa
Takkan hilang selagiku bernyawa

Sanggup kau lukai diriku 
Tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu 
Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Inilah padahnya 
Tamak halobamu hanya memakan dirimu saja
Dendam di hatimu 
Hingga kau anggap aku ini racun dalam hidupmu

Oh...

Sanggup kau lukai diriku 
Tanpa rasa bersalah di sudut hatimu
Kini janganlah kau merayu
Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Akhirnya kuhanya mampu berserah 
Kebenaran penyelamat semua

#AdeBranChallenge

Sunday 20 October 2019

Masa jalan-jalan dekat HQ Sinar Harian dekat Karangkraf semalam ternampak ada booth berhantu dekat pintu masuk.

'Kami cabar anda selfie dengan 'BENDA' yang anda TAKUT!'


Benda yang paling ditakuti haruslah pocong dekat belakang pintu tu. Dah la weekend, so agak sunyi jugak la area HQ Sinar Harian ni. Ada hadiah tau kalau selfie dengan hantu dekat sini lepastu post dekat IG. Selfie yang menarik dengan hashtag #AdeBranChallenge boleh menang RM100 tau! 




Idk bila challenge ni start sebab tengok dekat page Karangkraf admin macam dah start promote pasal hantu ni tapi yang took up challenge baru seorang je. Even admin tak mention pasal tarikh start atau apa. 

But I know lah mine wasn't qualified pun sebab dia nak selfie tapi I pergi bergambar. Apooooo awal lagi dah kalah sebab langgar rules. So kalau nanti you guys nampak challenge ni dah start, you guys pergi la berselfie semenarik yang mungkin. 

Nothing much pun dekat HQ Sinar Harian ni sebab weekend dia tutup lah even cafe pun tak bukak. 


Just jalan-jalan tengok port bergambar yang macam cun sikit nak pose. Dapat lah sikit walaupun tak banyak. Hahaha motif sangat kannnn...



Dah belengas sebab area sini tak ada air-cond, maka menuju la pulak ke next destination - Giant Shah Alam untuk renew roadtax. Rasa produktif betul bila dari awal pagi dah settlekan banyak perkara. Weekend well spent gittewwww!

Rumah Makan, Subang Bestari


Awal bulan dah nampak post pasal Rumah Makan ni dekat Community Subang Bestari. Sebelum ni pernah je nampak tapi tak rasa nak cuba pun sebab kedai dia agak penuh. Haritu lepas kerja saja try makan sini lagipun tak ramai orang sangat sebab baru lepas hujan.  


Kedai ni terletak dekat je dengan restoran Kerala dengan CANTEEN area HELP University. Keluasan kedai makan dia agak sempit lah sebab ruang belakang dia buat ruang santai dan mini playground untuk customer yang bekeluarga. 


Sembang bab menu I seriously tak tahu nak order apa sebab tak banyak choice pun dekat sini. Nak makan nasi kerabu tapi dah habis. Masa tu tinggal nasi kak wok dengan nasi dagang lauk ayam ataupun ikan. So I choose nasi kak wok je lah and my sister ordered nasi dagang ayam.



Yang bergoreng tu takde lah sebab kedai ni buka dari jam 8 pagi sampai 8 malam je. Bila kitorang sampai tu memang dah get ready nak tutup dah. 


Dekat sini ada air free tapi tak tahu lah setiap hari ataupun hari tertentu je. Nak jimat, minum je air free ni. Since makanan kitorang jenis yang tinggal taruk je dalam pinggan, tak payah tunggu lama pun la untuk sampai. 


Nasi kak wok dia tak ada yang special pun, sama je cuma dekat sini mahal sikit lah tapi sambal dia sedap lah jugak. Kari dia pun tak manis macam selalunya orang Pantai Timur selalu masak. 


Nasi dagang dia not bad lah cuma rasa dia macam tak ngam bila makan dengan kari ayam. Maybe sebab dah biasa kot makan dengan ikan tongkol. Nasi dia pun tak sticky sangat macam nasi dagang lain so kurang la kick dekat situ. 

Dekat belah depan ada jual pelbagai jenis desserts tapi tengah diet kan, kita makan guna mata je lah. Nasib baik tak ada brownies, kalau tak dah persetankan dah diet tu. Buat tak kenal je. 


Kalau makan bukan time peak hours selesa lah. Even meja dia ada plug untuk charge phone. Memang boleh lepak lama dekat sini. Even datang sorang pun dialukan sebab meja menghadap dinding disediakan dekat sini.


Bab deco biasa je rasanya, nothing much tapi bab bersih tu memang terjaga lah. Even the staff quite nice walaupun kedai dah nak tutup takde pun yang buat muka selagi belum pukul 8. 


Dekat sini boleh bayar guna QRPAY, special untuk gamers yang gila PUBG boleh dapat diskaun. I don't even know such persatuan existed. 


Tak silap untuk student ada special price jugak dekat sini. Pemurah sangat owner tempat ni. Jarang nak jumpa kedai yang mesra pelanggan macam ni. Lepas ni nak datang lagi sebab nak try Nasi Kerabu dia. 

Drama Review : Jibril


Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Imran Sheik
Pelakon : Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Bernie Chan, Fezrol Khan, Amar Asyraf, Nadia Aqilah, Rusdi Ramli, Richard Gardner, Laswadi, Sukania Venugopal, Jasmine Suraya Chin, Aisya Hasnaa
Genre : Misteri/Thriller/Aksi
Jumlah Episod : 10 Episod
Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2018
Tempoh Siaran  : Isnin & Selasa, 10:00 malam
Syarikat Produksi : Playground Productions Sdn Bhd
Penerbit : Konda Kondi Studios
Penyiaran : NTV7
Trailer :


Drama Jibril yang diadaptasikan dari Mock Trial UiTM ditayangkan di NTV7 dan juga Viu tahun 2017. Dah lama nak tengok tapi asyik tangguh sebab tak jumpa English subtitles. Bukan sebab tak faham tapi dialogue delivery Aeril tak bagus so bila watak utama fail to deliver, nak layan pun tak best lah sebab dia yang banyak analisa kes dalam drama Jibril ni.

Jibril Azym (Aeril Zafrel) merupakan peguam genius yang mampu selesaikan kes-kes besar dengan cara yang tersendiri sampai Captain John (Tony Eusoff) minta bantuan Jibril untuk kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah (Rusdi Ramli) yang ditembak di pejabatnya sendiri.


Uniknya kes pembunuhan ni bila sniper Yasin (Laswadi) mampu buat peluru lencongan lepas menonton kartun. Episod kedua director dah reveal yang pembunuhan Dato’ Nasir yang mencipta AI hebat dengan nama SAFA rupanya dibunuh oleh organisasi rahsia, ZERKALA.


Zerkala ni diketuai oleh Hamdra di mana hanya dia sahaja yang tahu semua ejen Zerkala tapi ejen yang lain hanya berhubung melalui telefon dan tak kenal satu sama lain. Jamal Bana yang dahulunya merupakan ejen Zerkala di Mesir bertemu dengan Dr. Scott (Richard Gardner) dan keluar dari Zerkala yang lebih tepat dikenali sebagai terrorist.

Morshidi (Fezrol Khan) merupakan peguam yang panas baran dan tak suka dengan Jamal sebab dia benci dengan ekstremis. Morshidi pernah jadi peguam pendakwaraya untuk kes Zulfikar (Amar Asyraf) yang terlibat dengan Zerkala tapi disebabkan maklumat Zerkala tak sempat didedahkan kepada Morsyidi, dia anggap Zerkala cuma kisah dongeng.


Tapi tidak bagi kekasih dia, Jackie (Sangeeta Krishnasamy) yang bekerja sebagai pembantu sementara Jibril sebagai syarat untuk Jibril bersetuju jadi consultant di KGL lawfirm. Lepas beberapa kebetulan dan source yang dia terima dari Puan Aisya, isteri Jamal, dia yakin Zerkala wujud dan bantu Aunty Kim (Bernie Chan) & Captain John serta team PASTEK yang lain untuk settlekan kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah dan Jamal Bana.


Lagi parah bila Morsyidi dituduh membunuh Jamal Bana dalam book launch Dr. Scott lepas Cik Mona (Lisa Surihani), event organiser tinggalkan mereka berdua di balkoni untuk berbincang secara rahsia. Jackie yakin Morsyidi tak bersalah sebab dia nampak Morsyidi cuba bantu Jamal dengan buat CPR. Jibril pula setuju untuk bantu Jackie selamatkan Morsyidi dan dalam masa mencari siapa musuh yang buat serangan tanpa henti terhadap dia.


Kes pembunuhan Dato’ Nasir dengan Jamal Bana memang menarik lah, jalan cerita pun nampak menarik dan buat kita curious nak tahu siapa yang membunuh sebab ada scene semua ejen Zerkala tak mengaku upah sniper untuk bunuh Dato’ Nasir. Sampai ke sudah tak tahu apa plan dan agenda Zerkala, nampak lost dan tak jelas. Mungkin ujian untuk tengok kelayakan ejen dan tahu siapa ketua Zerkala sahaja sebab bila tengok twist di hujung drama macam bagi jawapan kepada kemusykilan ni.


Director Megat berjaya simpan rahsia ketua Zerkala, Hamdra ni sampai ke episod akhir cuma terlampau drag ataupun terpesong jalan cerita untuk episod 7 hingga 10. Really frustrating and disappointed with PASTEK. High intel unit tapi tak banyak pun kecanggihan teknologi yang ditunjukkan. Even incoming call pun receptionist kena tanya siapa yang call.


Dah episod 7 pun watak Morsyidi, Puan Aisha (Aisya Hasnaa), Jackie, Jibril dan team PASTEK masih anggap Zerkala kisah dongeng padahal pembunuhan Dato’ Nasir dan Jamal agak unik. I give credit to that. Cara diorang ambil lewa macam Zerkala ni unit cap ayam zaman sekolah je sedangkan Rita (Jasmine Suraya Chin) kawan baik Jackie pun terlibat sama. Boleh kata ejen Zerkala ni dalam circle semua watak ni je tapi episod hujung boleh ada soalan siapa musuh Jibril. Duhhh?


Macam mana Morsyidi boleh anggap Zerkala kisah dongeng sedangkan Zulfikar ejen Zerkala? Tak buat research ke sebelum nak jatuhkan hukuman paling berat kepada Zulfikar? Sepatutnya watak dia yang jadi kunci untuk Zerkala sebab dia watak pertama yang didedahkan dengan Zerkala dan menyampah dengan Jamal yang pernah jadi ejen Zerkala di Mesir.


Lagi sakit hati bila mayat Yasin hilang di rumah mayat tapi PASTEK dapat info lepas entah berapa hari padahal Yasin tu terlibat dalam pembunuhan kes profil tinggi. Even kematian dia masih misteri untuk PASTEK dan kunci kepada Zerkala yet PASTEK boleh buat lewa je. 

Again, I really disappointed with PASTEK since I already watched numerous Bollywood movie on terrorism so I feel this drama is the most ridiculous story ever made. Sayang lah sebab negara kita hebat dalam mengatasi kes terrorism. Kalau director tak masukkan hal terrorism, mungkin drama ni nampak cantik sikit.


Like I said earlier dialogue delivery Aeril failed sebab dia terlampau nak tunjukkan sisi kerek dia. I didn’t watch much his drama so I tak tahu dia try hard ataupun style dia memang macam tu. Most of the time memang kena replay banyak kali nak fahamkan apa dia cakap. Drama ni banyak guna English tapi okay lah sebab watak Aunty, Jackie dan Captain John tak ada accent so senang nak faham conversation diorang. Audio dia agak annoying lah bila ada gangguan untuk dengar apa yang diorang sembang macam contoh scene Cik Mona dan Jibril sembang dekat pondok dalam hujan tu.


Though I kecewa dengan watak Morsyidi, I suka dengan lakonan Fezrol sebab dia je yang nampak hidup dalam drama ni. Same goes to Nadia Aqilah sebagai peguam pendakwaraya yang sarkastik. Lisa pun nampak convincing sebagai Cik Mona especially when she use her body language and facial expression. Scene Nenek (Sukania Venugopal) pun menarik for me since dia banyak membantu Jibril untuk keluar dari perangkap minda. Yang lain okay jugak tapi disebabkan skrip quite bad, watak masing-masing pun nampak lemah.



Visual effects drama ni agak hebat cuma untuk some episodes kena cepatkan speed sampai 1.6x sebab slow pace. Walaupun banyak kelemahan tapi idea Megat dan team Jibril quite nice lah even plot twist nampak cantik. Kalau ada yang kedua mungkin tengok lah kot sebab ada plot dan watak yang keep me hooked and curious. Nak tahu siapa dan part mana? Kena tengok lahhhh hshshs

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

Self-Pickup Buku Di Karangkraf

Dari minggu lepas dah set date dengan Karangkraf nak ambil buku hasil memborong Sale 10/10 haritu. Even Jumaat lepas pun Karangkraf dah confirmkan date supaya tak cancel untuk pickup semua novel yang diborong tu sebab takut ada yang datang ambil. 



Lepas habis breakfast, terus menapak ke Karangkraf. Nasib baik tak ramai orang sangat pagi semalam so tak lah sesak sangat sebab bahagian bawah tu agak kcil lah walaupun banyak buku pelbagai genre. 


Since sekarang ni tengah sale dan jualan gudang 25 Oktober nanti, ni longgokan novel RM5 dekat Karangkraf. Yang sale 15%-20% pun ada, yang sale 50% pun ada, banyak lah yang murah. 


Suka tengok novel dekat Zon Seram & Thriller Karangkraf ni sebab hiasan dia agak spooky tapi tak besar lah. Sikit je. I recommend sangat kalau you guys nak beli novel Lengloi Mari Kajiwa tu sebab best! 




Tak sangka majalah NONA dengan WANITA ada lagi. Dah lama mak tak beli dua majalah ni sebab dulu menimbun dekat rumah sebab mak tiap bulan pederaih motor pi beli dekat kedai. 


Semalam staff Karangkraf tengah busy menyusun novel baru datang dan stok yang nak dikeluarkan hantar ke kedai buku rasanya.




Novel yang dalam plastik tu semua yang belum dituntut lagi la tu. Masa kitorang datang dah tak banyak dah longgokan tapi staff busy pack untuk pos. Tak tahu lah berapa kena charge kalau pos sebab Karangkraf pakai Pos Malaysia. 



Bahagian belakang section kanak-kanak dan buku agama. Banyak juga Al-Quran cantik dalam pelbagai saiz. Nak beli, tapi malas sebab stok Al-Quran pun dah banyak dekat rumah. Kang ada yang terbukak macam Yasiin sebab banyak sangat dekat rumah. 



Okay done self collect novel borong. Penuh satu but kereta. Puassss! 


Happy la time ambik, time nak angkat bawak naik rumah memang menangis lah cerita dia. Berat tau takkkkkk tapi nanti kalau ada sale lagi, nak borong lagi hahaha emang dasar ya!