Blog Performance Julai 2019

Thursday 1 August 2019

Kita mulakan bulan Ogos dengan entri Blog Performance bulan Julai. Happy dan agak semangat nak buat entri ni sebab ada beberapa benda yang berjaya dicapai. Hah jom tengok entri report card bulanan syok sendiri ni. 

1. PV


Graf bulan ni nampak cantik la sikit sama tinggi je berdiri dan tak jatuh menjunam. Banyak kali jugak cecah 1k per day. Syukur lah nak compare dari yang sebelum ni. Since bulan lepas tak mampu nak cecah 500k, bulan ni curi masa jugak update dan post dekat FB group dan join blogwalking group banyak kali sebab aim nak cecah 525k. Cecah!


Bila dah cecah ni semangat la nak letak target balik berapa PV nak aim sebulan. Kalau bulan lepas dah boleh cecah 525k, bulan Ogos nak aim cecah sampai 560k pulak. Aim biar realistik sikit lah kali ni. Nak letak 600k macam over. Nak letak 540k macam sikit sangat. Hshshs

2. Post


Sama macam bulan lepas entri 8 Cara Kurangkan Hutang Negara tu semedang bertempek di Popular Post setiap hari sampai masuk dalam All Time Popular Post. Entri MATHAF pun naik balik bulan lepas sebab 18 Julai sampai 29 Julai ada MATHAF dekat Star Avenue. Rasanya setiap kali MATHAF bertapak dekat SA, setiap kali tu lah post ni naik. 


Dah nampak perubahan dah All Time Popular Post ni sebab 2 entri baru masuk carta, 8 Cara Kurangkan Hutang Negara dengan Lirik Lagu Bukan Cinta Aku - Dinie & Khai

3. Keywords


Kalau dah sampai masuk All Time Popular Post, haruslah Lirik Lagu Bukan Cinta Aku paling atas sekali dalam carta keywords. Bab tampal gigi memang tak pernah surut setiap minggu bersepah je yang mencari. Sama lah dengan hutang negara tu. 


Tapi paling excited bila tengok ada yang cari pasal sekolah dalam movie Hichki. Small detail macam tu orang cari means tak sia-sia la beria update sinopsis detail kemain. Sebelum ni ada yang cari nama sekolah dalam drama Gantung. So you guys kalau nak buat movie review guna la sinopsis sendiri untuk naikkan carian. 

Image

Oh ya sekarang ni dah start musim orang mencari pasal Cameron Highland, ada entri pasal Cameron Highland dah masuk Weekly Popular Post dah. Rasa macam kena korek balik folder Cameron Highland yang tak berupdate lagi untuk tambah PV kekeke

4. Audience


Bulan lepas berharap audience dari Indonesia bertambah untuk bulan Julai and yesss bertambah! 

5. Bilangan Entri


Bulan lepas jadi ular sawa kan? Bulan ni kita pulunnnnnn! Gigih jugak lah update masa weekend semua movie review tertunggak dengan entri fashion Cannes untuk tempek dekat blogwalking berjemaah tu. 

Dari 40 entri sebulan kita up jadi 60! So bulan ni nak maintain 60 jugak tapi kalau terkurang tu maafkan diri sendiri je lah sebab busy dengan kerja. Bulan lepas tengah tanam anggur boleh la spend banyak masa dekat blog. 

Tengah aim nak pecah rekod cecah 500 entri tahun ni. Boleh ke tak boleh kita tungguuuuuu

Movie Review : Extreme Job

Wednesday 31 July 2019


Director : Lee Byeong-heon
Writer : Bae Se-young
Cast : Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Jin Seon-kyu, Lee Dong-hwi, Gong Myung
Production Company : About Film, Haegrim Pictures
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Comedy/Action/Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 23 January, 2019
Trailer :


Ternampak dekat Twitter ada yang suggest layan movie ni sebab kelakar bila diorang undercover guna kedai jual ayam goreng tapi famous sangat sampai ramai yang datang non-stop.


Dalam team ni ada 5 orang detektif diketuai oleh Chief Go (Ryu Seung-ryong), Detective Jang (Lee Hanee), Detective Young-ho (Lee Dong-hwi), Detective Ma (Jin Seon-kyu) dan newbie Detective Jae-hoon (Gong Myung).


Team ni memang underperformed lah kalau bab nak tangkap penjenayah. Dekat awal movie pun dah nampak macam mana cara diorang nak tangkap penjenayah kecil tanpa rosakkan harta benda awam untuk minimize cost. Line ni sama macam dalam movie The Incredible.


Tapi malang nasib bila penjenayah tu kena langgar dengan bas sampai kereta lain brek mengejut sampai jadi accident besar bila 16 kereta terlibat. Memang kena hadap chief la cerita dia sebab dah jadi punca kemalangan besar macam tu.


At first bila tengok scene awal ni dah predict yang scene lawak dia recycle dan hambar tapi bila layan sampai habis, sakit tekak dengan perut sebab gelak banyak sangat. Tak boleh nak control dah dia punya level kelakar. Terbaik lah!

Paling best bila masing-masing dah excited kerja dekat kedai ayam goreng guna resipi keluarga turun-temurun Detektif Ma – “Suwon Rib Marinade Chicken”.


Tujuan asal diorang beli kedai ayam goreng ni sebab nak buat misi undercover je sebab bangunan kedai ayam ni berhadapan dengan tempat persembunyian geng Lee Mubae (Shin Ha-kyun), taikun dadah terbesar di Korea Selatan.


Tapi lain pulak yang jadi bila kedai ayam diorang famous sangat sampai tak cukup tangan nak handle semua customer dari pagi sampai ke malam. Diorang gigih buat resipi ayam goreng sendiri bila anak buah Mubae dah janji nak datang balik ke kedai tu untuk rasa ayam goreng diorang.


Dah cuba naikkan harga dan terhadkan jumlah jualan pun masih ramai lagi yang datang sampai naik taraf jadi makanan wajib cuba bila datang ke Korea. Disebabkan famous sangat, anak-anak buah Mubae pindah ke kawasan lain sebab taknak kantoi. Nak tahu macam mana diorang tangkap geng Mubae ni kena tengok sendiri lah. 


Kalau genre komedi berjaya hiburkan audience, wait for their action stunt! Kemas dan sharp dengan bantuan visual dan transition yang cantik especially second half bila misi undercover diorang dah terbongkar dengan anak buah Mubae.


Setakat ni movie Extreme Job dah jadi movie kedua tertinggi jumlah kutipan sepanjang masa di box office Korea dan rating kebanyakannya tinggi so do watch this movie kalau you guys nak power packed entertainment movie dari Korea. A must watch!

p/s : Tangung sendiri risiko terliur nak makan ayam goreng sebab movie ni ye.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Waroeng Penyet, Nu Sentral


Kalau ke Nu Sentral, selalu sangat teringin nak makan dekat Waroeng Penyet ni sebab nasi ayam penyet is my fav. Cukup pakai alasan tu je kalau nampak nasi ayam penyet mesti tergedik nak order. 

Sebelum ni pernah je pergi tapi jam 11 baru restoran ni start beroperasi. Nak pulak masa tu baru jam 10 tapi perut dah lapar terpaksa datang lain kali. 

Selalunya singgah sini kalau pergi buat rawatan gigi dekat Klinik Bangsar ataupun datang tengok wayang movie Hindustan sebab dekat GSC Nu Sentral je banyak showtimes. Tempat lain susah sikit, kadang tu baru hari ketiga dah removed dah sebab tak ramai orang beli tiket. 


Nama je suka makan nasi ayam penyet tapi kalau pergi ke kaunter order Lele Penyet. Sebab keli lagi crunchy dari ayam. Kadang tu diorang suka bagi bahagian isi. Bila goreng garing memang keras lah nak makan. Kalau keli, isi ikan keli rasa juicy. 

Sama jugak lah dekat Waroeng Penyet Nu Sentral ni, memang sedap nak pulak bila ada keriuk keriuk tu, memang layan makan panas-panas. 

Yang special dekat Waroeng Penyet Nu Sentral ni, ada section sos untuk customer pilih sendiri level pedas tahap mana. 


Haritu haruslah ambil yang explosive punya, dah datang jauh kena lah ambil yang boleh terkenang sampai bila-bila. Serious talk memang pedas tapi sedap. 

Nak makan dekat sini kena pergi selain peak hour sebab memang ramai. Terlajak sikit je kena beratur panjang lah jawabnya. Customer service bagus, kebersihan pun tip top, nak makan pun selesa. Next time for sure pergi sana lagi nak cuba menu lain pulak. 

Cool Blog Oreo Series


Dekat Cool Blog ni antara fav drinks mesti yang ada Oreo sebab crunchy bila minum. Kenyang pulak tu sebab ada biskut kan tambah pulak kalau tambah black pearl. 

Since ada Oreo series ni memang tergedik lah nak order satu. Selalunya ambil Mocha Oreo tapi kali ni tukar pulak ke Cappucino Oreo dengan topping balck pearl. 


Harga still murah lagi la sebab RM6.50 je lepas tambah topping, tak semahal milk tea lah. Tapi rasa dia manis sangat la pulak. Tak tahu apa yang menyebabkan manis sampai kena tambah air mineral sebab tekak dah kembang. 

Mungkin outlet Star Avenue yang tak pandai blend ataupun mungkin combination ni boleh buat orang potong kaki. Second time? Naaahhhhh




Ni makeup look paling cepat dan simple lah kalau nak pergi ke office ataupun jalan-jalan lepak dekat luar. Kalau nak photoshoot (cehhhh acah-acah model) tempek la tebal sikit. 

Tapi tempek yang biasa pun dah okay dah sebab kalau everyday makeup look kita cari makeup yang paling selesa dan nampak cantik. 


So this is my recipe 

1. Skincare Nutox - Cleanser, Toner, Moisturizer, Serum
2. Maybelline Super Stay 24H Foundation ni terbaikkkk! I recommend sangat untuk yang tengah mencari foundation yang tak melekit, tak keringkan kulit and super soft. 
3. Untuk bahagian mata I tak makeup eyebrow sebab yang natural pun okay dah. Cuma tambah eyeshadow dari palette biasa je. Letak base warna paling gelap pastu blend lah dengan mana-mana warna yang sesuai dengan tudung/lipstick. 
4. Then apply mascara dari In2it waterproof. Kalau period je pakai sebab susah nak tanggalkan & I malas nak bawa oil cleanser.
5. Untuk lipstick suka blend 2 atau 3 warna lipstick. Untuk base, pakai lipmatte dari Silkygirl lepastu apply lipstick matte kod Claret dari In2it then blend dengan lipstick Silkygirl OMG kod Rosewood. 
6. Last sekali baru apply compact powder Pixy. 


Bila dah siap makeup cari la lighting untuk selfie di belakang langsir hshshsh dah siapppp!
Selalunya kalau pergi official event atau photoshoot, selebriti akan guna khidmat stylist untuk style dia untuk acara tersebut. Ada yang dah ditempah khas, ada jugak yang be creative dengan fashion masing-masing.

Ada juga yang copy style selebriti lain, paling senang selebriti Hollywood sebab berlainan industri. Dalam carta ni memang ramai lagi pelakon lain tapi Deepika paling banyak.

1. Deepika Padukone and Ashley Benson in Dolce and Gabbana 

Image

Ashley pakai gaun Dolce and Gabbana ni di Toronto International Film Festival 2012 lepastu Deepika pakai di Vogue Beauty Awards 2012.

2. Deepika & Zoe Saldana in Prabal Gurung. 

Image

Zoe pakai di CFDA Awards 2013 lepastu Deepika tiru sebijik untuk award event Filmfare 2013.

3. Deepika & Kylie 

Image

Mungkin sebab minat sangat dengan Kylie so Deepika copy wardrobe Kylie masa dekat People Magazine. Tak lama lepastu Deepika bagi adik perempuan dia pulak pakai.

4. Deepika & Lady Victoria Hervey 

Image

Dress emas Deepika pakai Filmfare Awards 2014 sama dengan dress Lady Victoria Hervey pakai masa Golden Globes Awards After Party. Hairstyle pun lebih kurang je.

5. Deepika & Malese Jow 

Image

Dress lace hitam Malese Jow pakai untuk movie premiere Twilight Breaking Dawn Saga Premiere dekat Los Angeles sama dengan dress Deepika di Chivas Studio Spotlight Event.

6. Deepika & J.Lo

Image

JLo pakai untuk Academy Awards 2012 then Deepika pakai gaun putih bercorak asymmetrical di Zee Cine Awards 2013

7. Deepika & Kylie Jenner in Balmain

Image

Kylie pakai untuk Balmain x H&M launch event tahun 2015 then Deepika pakai outfit yang sama dekat Big Boss 10 except that green belt tahun 2016.

8. Deepika & Julie Berman

Image

Walaupun Julie yang pakai dulu dress ni tapi Deepika nampak lebih wow dengan hairstyle retro macam tu.

9. Deepika & Kim Kardashian

Image

Deepika pakai dress leather hitam Intrinsic By Muskaan Goswami ni untuk promo event movie xXx: The Return Of Xander Cage tapi beberapa bulan sebelum tu Kim pakai untuk GQ Party.

10.  Deepika & Shakira

Image

Shakira pakai dress merah ni untuk MV lagu Can't Remember to Forget You then Deepika pakai dress yang sama untuk magazine photoshoot.

11. Deepika & Kylie Minogue in Dolce & Gabana

Image

Deepika pakai dress hijau Dolce & Gabana di Screen Award bila nampak Kylie pakai di New York Film Festival tahun sebelum tu.

12. Deepika & Kate Hudson in Alexander McQueen

Image

Kate pakai dress Alexander McQueen ni di Golden Globes 2013 then Deepika pulak pakai di Screen Awards awal Januari 2014.

13. Deepika & Elaina Wetley

Image

May 2013 Elaina pakai dress rekaan Naeem Khan di Met Gala kemudian Deepika pakai untuk IIFA Rocks. Outfit ni tersenarai dalam 'Worst-Dressed IIFA'.

14. Deepika & Karlie Kloss in  Prabal Gurung

Image

Model Karlie Kloss pakai dress ni di Serena movie premiere di Spring Studios, New York then Deepika pakai untuk promote movie XxX.

15. Deepika & Rihanna in Alberta Ferretti

Image

Deepika pakai gaun metallic Alberta Ferretti di Cannes, sama dengan gaun Rihanna beberapa bulan sebelum untuk magazine photoshoot.

16. Deepika & Taylor Swift in Ashish

Image

Tahun 2017 Taylor pakai sequin rainbow shirt rekaan Ashish ni untuk album Reputation then Deepika pakai untuk Vogue magazine photoshoot awal tahun ni.

17. Deepika & Naomi in Erdem

Image

Walaupun Deepika ambil summer look Naomi tapi Deepika nampak cantik bila pakai dress floral printed Erdem.

18. Deepika & Irina Shayk

Image

Well, Deepika tak keseorangan kali ni bila ramai lagi actress yang copy pose untuk lipstick ad tapi kesian lah model lelaki tu dah jelak kena strike pose yang sama.

19. Deepika & Selena Gomez in Chloe

ImageImage

Sebelum Deepika pakai satin PJ dari Chloe ni, Selena dah pakai dulu. Bezanya Deepika nak tidur in style while Selena memang nak tidur.

20. Deepika & Cardi B

Image

Dress Ashi Studio yang Deepika di Cannes 2018 pakai lebih kurang sama dengan Cardi B di Grammy 2018 tapi dress Deepika lagi sarat. 

Image

But but but Beyonce tiru sebijik macam Deepika untuk concert dia.

Some of them ada yang balatant copy, ada some style yang Deepika nampak lebih cantik dengan aksesori atau hairstyle while some looks mehhh.