IKEA | Scented Candle Sinnlig

Sunday, 6 February 2022

Masa cuti thaipusam bulan lepas kitorang jalan-jalan dekat IKEA sebab nak mencari inspirasi untuk ruang dapur. Nak beli para dengan rangka jugak sebab barang dekat dapur makin banyak tapi tak ada tempat nak letak. 

IKEA waktu public holiday haruslah sesak but bearable lah. Dah puas jalan-jalan dekat tingkat atas, kitorang pergi lunch. Dah habis lunch dekat sana, cuba belek dekat bahagian scented candle. Entah sejak bila mula berkenan dengan scented candle ni. Bila stress, pasang lilin wangi ni confirm lega sikit dari rasa kusut tu. 


Ni pertama kali beli scented candle IKEA tanpa baca review dari mana-mana pihak. Tak payah baca review pun tak apa rasanya sebab satu section tu dah wangi sebab bau dari lilin ni je. Masa tu ada dua pilihan je sama ada bau raspberry ataupun vanilla. I ambik raspberry and vanilla for my sister. Harga untuk satu Sinnlig ni RM5.90. Not sure harga ni kekal ataupun berubah ikut musim. 


Harga scented candle iKEA lagi murah berbanding Mr. DIY sebab the latter cost around RM12.90 tapi bau dia tak lah kuat mana. Wangi tapi tak kuat. Alang-alang dah shopping dekat IKEA, I beli lah sekali candle holder warna pink ni sebab singgit lebih je hehe. Since kitorang just nak try try je, beli satu je lah dulu. Kalau berkenan nanti datang lah lagi. Boleh jadi alasan kukuh juga untuk ke IKEA lagi hehe

Scented candle IKEA ni I letak dekat meja kerja lah dalam rumah. So far bau dia tak lah strong sangat tapi yang vanilla tu kemain semerbak satu rumah bila nyalakan. Lepas ni mungkin I akan beli vanilla jugak untuk letak dekat office. 

Personally scented candle IKEA lagi berbaloi beli dari Mr. DIY sebab wangi dan murah. Kalau tak nyalakan pun cantik je disusun dekat para ataupun dekat kabinet. Love it!

Boosted and Wasted

Bulan lepas dapat appointment untuk suntikan dos penggalak di PPV Primer Cherang, Emporis jam 3 petang. Suka betul bagi jam 3 petang ni sejak dos 1, tak tahu lah kenapa. Cursed, maybe. Masa dapat appointment ni berbelah bahagi nak pergi ke tak sebab lepas suntik dos kedua tu dada jadi ketat, susah nak tidur dan cepat mengah. Kalau booster entah macam mana lah gamaknya. 

Dekat bahagian bawah appointment tu ada link untuk confirmkan attendance. Sampai tarikh sebenar, 23hb Januari 2022 tak tekan langsung link tu. Tak habis fikir lagi nak pergi ke tak. Tiap hari jugak nampak tweet pasal AEFI dengan kesan sampingan lepas suntikan dos penggalak. 

Sudahnya whatsapp Puteri, koordinator PPV Primer Cherang tu untuk tangguhkan temujanji. Dapat penangguhan sehari je hmmm hek eleh sangat. Ingatkan dia nak bagi seminggu atau dua minggu kemudiannya sebab ramai yang kata kalau terlepas, makan masa jugak nak dapat tarikh baru. 

Malam tu around jam 9 malam ternampak berita iKON kena Covid-19 bila DK, Jay dengan Yunhyeong demam dan sakit tekak. Satu group buat test tapi 3 orang je disahkan positif. Semua diarahkan untuk kuarantin. Kucar-kacir whatsapp boss kecik bagitahu esok tak masuk office sebab nak pergi ambil booster :')

Adik pun dapat tarikh yang sama tapi tempat berbeza sebab dia dapat dekat Klinik Siti, 5 minit dari Emporis. Masa datang tu tak ramai sangat pun mungkin sebab AZ dah habis stok. Yang ada masa tu Pfizer je. I memang #TeamPfizer dari Dos 1. Tak memilih pun tapi memang dah dapat yang tu kita terima je lah. Dapat Pfizer pun bukannya dijamin selamat pun sebab sepanjang tu sakit dada. 

Takut gila nak booster, buatnya collapse dekat situ tak pun tergolong dalam kes AEFI, dah satu hal pula nak menanggung kos perubatan sebab kerajaan tak tanggung semua kesan sampingan. Tapi ni salah satu ikhtiar untuk virus Covid-19, nak tak nak redah je lah. Lambat atau cepat nanti masuk ke tanah jugak. One shot tu bagus lah tapi kalau nak menderita lama sampai kena keluar duit banyak tu yang leceh sebab misykinnnn :')

Booth booster dekat PPV Primer Chemerang ni memang low budget je lah sebab pakai batang paip dengan kain sebagai langsir. Nasib baik lah masa tu dapat doktor perempuan, terjaga lah aurat masa suntik booster tu. Sama je lah proses dengan sebelum ni. ambil nombor giliran, check masalah kesihatan lepastu inject. 

Masa dekat kaunter check masalah kesihatan tu dia minta tunjuk MySejahtera untuk sahkan kedatangan. 

'Saya patutnya semalam tapi minta anjak tarikh. PPV bagi tarikh harini'

'Alamakkkk! Anjak tarikh?! Aduhhhh!'

I diam. Mungkin dia nak buat lawak tapi malasnya nak layan. 

'Hehe boleh je anjak. Nanti saya update hehe'

T.T

Dah habis inject tu terus update MySejahtera then balik rumah. Tak ada pun tempoh observation macam Dos 1 dengan Dos 2 dulu. Belah petang tu dah mula rasa sakit dekat tempat cucuk sebab mula ada benjol keras. Badan tak panas pun mungkin sebab gigih minum air berbotol sebelum dan selepas inject tu. 

Cuak jugak lah nak tidur sebab sakit satu hal, takut demam satu hal jugak. Sebab ramai yang share pengalaman cakap diorang demam panas, cirit-birit lepastu muntah start jam 3 pagi. Alhamdulillah tak ada apa pun sepanjang tidur sampai bangun pagi. 

Tapi perut dah mula rasa bergas. Sepanjang hari sendawa gas dan kentut bersepah. Ni macam zaman sekolah dulu, masa gastrik tengah teruk. Petang tu dah mula cirit-birit sampai lah esok pagi. Gamble je pergi kerja dengan condition macam tu sebab dah lama sangat cuti. Kalau rasa makin teruk order Grab je lah balik rumah. Nasib baik lah pergi kerja sampai ke malam tu tak ada apa dah cuma tangan je tak hilang bengkak. 

Lepas seminggu baru everything back to normal balik. So tu je lah experience I lepas ambil booster. No AEFI or bad symptoms appear cuma tu lah mungkin akan gastrik balik. Kena jaga makan je lah lepas ni dengan jaga waktu tidur. Alhamdulillah lepas booster tak ada rasa dada ketat macam sebelum ni. Mungkin sebab badan dah kenal vaksin ni. Mungkin.... 

Siapa yang belum ambil dos penggalak tu, kalau takut nak ambil tak payah la ambil tapi amalkan healthy lifestyle, jaga kuantiti tidur dan stress. Minum air banyak dan berjemur bawah matahari sekerap yang boleh. Omicron dah mula bertandang ni, harapnya kita terlindung lah. Kalau terkena pun tak lah sampai masuk kategori 3 dan ke atas. Be safe everyone :)

Blog Performance Januari 2022


Lama betul cari masa untuk update blog sejak masuk tahun baru ni sebab dah mula busy dengan department baru. Hari-hari balik lambat memang tak ada masa lah nak update blog. Weekend pulak banyak bersantai di rumah sebab badan dan otak dah rabak 5 hari bekerja. 

Bila nak update, internet dekat rumah pulak buat hal sampai seminggu. Baru hari ni dapat settle lepas entah berapa kali call Maxis Centre untuk tahu progress. Baru bulan Februari dah banyak betul dugaan, entah macam mana perjalanan tahun 2022 gamaknya. Stats dalam entry ni mungkin ada yang lari sikit sebab terlupa kena update report card setiap awal bulan haha.

1. PV


Masuk je bulan Januari, terus dapat achieve PV 2 juta walaupun tersasar banyak dari yang dijadualkan gara-gara Google ada masalah dari bulan 8 sampai bulan 10 tahun lepas. Masa tu PV merudum teruk sangat. Nasib baik bulan November, Disember dengan Januari dah beransur pulih. So untuk bulan Januari dapat achieve 135,987 PV. 

Kalau tak ada apa-apa masalah lagi mungkin boleh lah tu achieve 3 juta pulak sebab bulan Januari dah mula nampak peningkatan PV dari negara seberang. Bulan lepas paling tinggi mencecah sampai 8k sehari. Tapi bukan daily lah, ada hari-hari tertentu dia naik lah banyak macam tu. Harapnya bulan ni boleh mencecah lebih jauh lagi dan PV naik sampai 2.2 juta. 

2. Posts

Popular Post berbeza dengan bulan Disember 2021 and just like what I observed before this, kalau buat entry senarai movie Bollywood ni mesti masuk Popular Post. Bulan ni kena up satu entry sebab haritu ada kawan request. Kebetulan pulak tak pernah buat lagi genre movie tu so nak buat lah nanti bila tak busy. 

Bulan Januari boleh kata banyak review yang masuk popular post. Mungkin sebab ada banyak cuti so ramai yang tengah mencari movie atau drama yang best. Drama Layangan Putus haruslah sepantas kilat masuk Popular Post bulan Januari sebab ramai yang membara tengok cerita tu. 

3. Keywords


Hujung tahun lepas tengah kecoh pasal RFID (Reverse Forward Insya-Allah Detect) mula berkuatkuasa di kebanyakan tol. Masa up entry pasal RFID tu around tahun 2018 tak silap sebab masa tu tengah free installation. Senang guna RFID bila tol LATAR semuanya ada lorong RFID, mudah lah kitorang balik kampung tanpa perlu tercari-cari mana kad T&G. 

Sekarang ni dah kena bayar RM35 itupun tak detect sangat. So far, belum pernah lagi jadi kes tak detect ni. Yang pernah jadi sampai menggelupur bila baki dalam RFID kurang. Patutnya tol buat je semua tollgate boleh detect Smart Tag, T&G dan RFID. Tak lah orang lain tersangkut teruk dalam jam semata untuk bayar tol je. 

4. Audience
Bulan Januari ada perkembangan positif bila readers dari negara India dah masuk dalam top ten list. Malaysia pula jatuh di bawah Indonesia sejak Viu Indonesia menjengah ke mari. Jangan sampai I ikut jejak langkah Iedil Putra bawa diri ke negara jiran gittewww berangan nokkss!

5. Bilangan Entri

Tahun lepas asyik stress bila tak dapat achieve jumlah bilangan entri sebanyak 60 entry sebulan so tahun ni tak nak lah achieve tinggi sangat. Kalau dapat 30 pun dah bersyukur tapi bila tengok jumlah entri bulan Januari rasa nak marah pulak sebab sikit sangat padahal banyak je entry boleh update. 

Macam ni lah jadinya bila tak push diri untuk capai target. Even worst tak ada target bulanan, mula lah jadi lemau. Makanya I letak balik target bulanan sebanyak 50 entry. Biar lah menggelupur asalkan blog ni tak berhabuk. 

Biasanya kalau masuk awal tahun I akan keluarkan duit banyak sikit untuk perbelanjaan rumah, family dan renew domain. So give me a little more time supaya I boleh berkongsi rezeki dengan beberapa blogger yang I dah lama aim nak bagi hadiah. Till then please stay safe, take care of your health, clean yourself regulary and drink lottttts of watttahhhhh! 

Layangan Putus | Berbaloikah Memendam Rasa Demi Rasa Sayang Pada Yang Curang?

Tuesday, 25 January 2022

Pengarah : Benni Setiawan

Penulis Skrip : Oka Aurora

Pelakon : Reza Rahadian, Putri Marino, Anya Geraldine, Frederika Cull, Graciella Abigail, Reyhan Vandennoort, Marthino Lio, Raquel Katie, Michelle Wanda

Genre : Drama

Jumlah Episod : 10 Episod (25 – 42 minit per episod)

Tarikh Tayangan : 26 November 2021 – 22 Januari 2022

Syarikat Produksi : MD Entertainment

Penyiaran : WeTV, iflix

Trailer :


Kisah benar hasil curhat Mommy ASF di media sosial diangkat ke layar hasil sutradara Benni Setiawan yang mengisahkan tentang kecurangan Aris Pratama Sugarda (Reza Rahadian) bersama Lydia Permata Danira (Anya Geraldine). Isterinya Kinan Aripurnami (Putri Marino) mula nampak perubahan Aris yang suka menipu, sukar untuk dihubungi dan selalu pulang lambat atau sibuk dengan kerja.

‘Iya sekarang kamu kan punya kebiasaan baru…. gak bisa dihubungi.’ – Kinan

Makin bertambah parah bila Kinan terjumpa anting-anting dalam suit kepunyaan Aris dan kawan-kawan Kinan juga mengetahui rahsia gelap keluarga kecil ni. Tak mampu lagi untuk disorok, Aris berterus-terang tentang hubungan sulit. Kinan yang sedang hamil anak kedua mula terkesan dengan berita kecurangan Aris sehingga keguguran.

Kalau sebelum ni pada tahun 2020, industri Korea Selatan terbitkan The World of the Married Couple yang bertemakan kecurangan si suami, Layangan Putus dari negara Indonesia juga menggunakan tema yang sama. Lagi menarik perhatian bila pelakon terkenal Reza Rahadian yang menjadi pelakon utama. Pertama kali Reza membawakan watak antagonis sebegini. Walaupun cerita yang sama tapi kualiti lakonan dan impaknya dirasakan berbeza. 

Depan isteri bagus sangat berlakon jadi suami soleh, setia dengan isteri sampai rasa angau tengok sweet scenes Aris dengan Kinan. Tapi dekat belakang isteri, main cinta dengan perempuan lain. Jangankan Kinan, yang tengok ni pun sentiasa rasa curiga dengan perangai Aris. Sebal terus bila dengar ayat-ayat manipulatif yang keluar dari mulut Aris nak shift blame kepada Kinan. 

Lagu tema drama Layangan Putus, "Sahabat Dulu" dendangan Prinsa Mandagie pun tepat dengan situasi dan perasaan Kinan bila lirik lagu pada bahagian intro ialah ‘Aku salah apa? Ku tak paham cinta, boleh kau jelaskan dulu?’. Kalau suami curang memang pertanyaan tu lah yang akan berlegar di kepala tapi tak kisah lah jawpaannya apa pun atau si isteri sesempurna mana pun, tetap juga suami memilih untuk selingkuh. Sama lah situasinya dengan Kinan.

Sejujurnya kekuatan drama Layangan Putus terbitan MD Entertainment adalah kerana tema kecurangan yang diangkat dari kisah benar dan juga kekuatan lakonan Reza Rahadian yang mempunyai perubahan karakter dari awal hingga habis. Lakonan Putri Marino sebagai si isteri juga banyak mempamerkan emosi dan mempunyai perkembangan karakter serta lengkungan emosi manambahkan lagi impak drama. Sampaikan klip ‘It’s my dream, not her!’ jadi viral di media sosial dan meme.  


Selain mesej pengajaran yang dipaparkan dari kisah kecurangan Aris yang menyakitkan hati Kinan juga Raya (Graciella Abigail), belajar untuk melepaskan, belajar tentang harga diri, ada juga diselitkan pengajaran dari keluarga Miranda (Frederika Cull) bila hubungan dia dan suami memberi kesan kepada Brandon (Reyhan Vandennoort) sampai anaknya jadi cranky.

‘Siapa sih bahagia terus-menerus Kinan? Menikah ataupun enggak, apakah ada orang yang bahagia terus? Ini bukan masalah aku nggak bahagia di rumah terus mau cari kebahagiaan di luar. Ini tentang kehilangan rasa percaya sama orang yang paling kamu percaya.’ – Miranda 

Mungkin alur cerita dan plot drama Layangan Putus ada sedikit perbezaan dengan kisah asalnya supaya elemen dramatik dan emosi menjadi lebih kuat. Tak ada salahnya juga kan kerana drama ni tetap dipaparkan dengan baik dengan sinematografi dan music score yang menambahkan impak cerita.

Berbaloikah memendam rasa demi rasa sayang pada yang curang? Jangan terlepas untuk saksikan episod terakhir drama Layangan Putus di WeTV.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

JJM Bloglist Year 2022

Klik banner untuk join :)

 

Instructions:

1. Follow blog JJM Jari Jemari MenariInstagram (WAJIB) 

2. Buat entry tajuk : "JJM Bloglist Year 2022'

3. Letak banner di atas & link kan ke entry ini. 

4. Minta kalian like gambar di Instagram Ika untuk support ika dalam meng-review buku. 

5. Letak link entry yang sudah di publish ke ruangan komen.