Drama Review | Aranyak (2021)

Sunday, 16 January 2022

Director : Vinay Waikul

Writer : Rohan Sippy, Charudutt Acharya

Cast : Parambrata Chattopadhyay, Raveena Tandon, Ashutosh Rana, Taneesha Joshi, Breshna Khan, Anna Ador, Indraneil Sengupta, Vivek Madaan, Zakhir Hussain, Priyanka Setia, Meghna Malik

Production Company : Ramesh Sippy Entertainment, Roy Kapur Films

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Thriller

Running Episodes :  8 episodes (48 minutes per episode)

Release Date : 10 December 2021

Trailer : 


Mitos di Sironah, kawasan pedalaman di pergunungan Himalaya dihantui oleh Leopard-Man di mana dia akan memburu perempuan muda sebagai mangsanya. Mereka akan dirogol dan dibunuh kemudiannya digantung di dalam hutan. Leopard-Man akan keluar memburu pada malam bulan gerhana dan mangsanya akan dicakar di bahagian leher.

19 tahun kemudian perkara yang sama berlaku bila mayat Aimee Baptise (Anna Ador) digantung di hutan. Perkara pertama yang terlintas di fikiran pihak polis ialah Leopard-Man tapi SHO baru, Angaad (Parambrata Chattopadhyay) rasa benda tu merepek. Zaman sekarang ni tak mungkin lah ada makhluk separuh manusia separuh lagi harimau?

Inspektor Kasturi Dogra (Raveena Tandon) terpaksa tangguhkan cuti dia selama setahun bila muncul kes besar di Sironah. Tak mungkin lah dia nak biarkan Angaad uruskan seorang sebab dia lebih tahu selok-belok Sironah dan penduduk di situ. Anak perempuan dia, Nutan (Taneesha Joshi) dah faham sangat dengan perangai mak dia. Baik dia yang tolong uruskan rumah daripada tengok Kasturi sepahkan dapur sebab hati tak tenang. 

Sementara penduduk kampung percaya dengan Leopard-Man, menteri Jagdamba (Meghna Malik) lebih risaukan anak tunggal dia, Kanti yang buat hal ketika dalam parol. Dia tahu Kanti ada kaitan dengan pembunuhan Aimee jadi dia perlu minta bantuan dengan DC supaya tutup jejak anak dia. Angaad syak Govind, owner café di Sironah yang culik Aimee sebab dia mesra dengan gadis tersebut malangnya sangkaan dia meleset, tak sama langsung dengan laporan forensik. 

'Politics, Inspector. It's very easy to use Kanti to target me at this crucial times.' - Ms Jagdamba. 

Manhas (Zakhir Hussain) pula cuba tutup rahsia dan halang pihak polis bila kejadian tersebut bermula di Hotel Bom kepunyaannya. Dia tak nak imej dia tercalar tambah pula majlis perkahwinan anak dia makin dekat. Siapa sebenarnya pembunuh sebenar Aimee antara semua watak yang terlibat di kampung tersebut? 

Lepas nampak Kak Sal share pasal series Aranyak ni terus rasa berminat nak layan series yang bertemakan misteri pembunuhan di kampung tersebut. Happy bila Raveena Tandon ikut saranan kawan baik dia, Neelam Kothari dalam reality show Fabulous Life of Bollywood Wives (2020). Sayang lah kalau Raveena peram je bakat lakonan dia sedangkan banyak pengarah dan production house hasilkan movies dan series untuk streaming platform. 

Lakonan Raveena sebagai Kasturi pun hebat dan lebih bermutu kalau nak dibandingkan pada zaman glamor dulu yang lebih fokus pada rupa fizikal dia yang cantik. Of course dia struggle untuk deliver tapi kalau bekerja dengan director yang bagus, hasil dia pasti memuaskan. Pertelagahan dia dengan Angaad pun tak lama sebab masing-masing ada misi yang sama cuma cara mereka sahaja yang berbeza. Dekat pertengahan series ni macam ada hint yang dua watak ni macam selesa dan tertarik antara satu sama lain. Not saying it should happen but both of them need their equals. 

Penghujung setiap episod antara punca cepat sangat habis layan series ni sebab rasa ingin tahu siapa pembunuh tu meliar dalam kepala bila pengarah tunjuk setiap hubung kait semua watak yang mencurigakan dengan watak Aimee pada malam kejadian. Kita nak percaya pada fakta pun susah bila ada scene yang tak masuk akal atau disorok dan lebih terarah kepada Leopard-Man. 

Nasib baik watak sampingan dalam series Aranyak ni tak ramai dan tak susah pun untuk kita cam siapa bila penulis kembangkan dengan baik. Sedikit demi sedikit penulis kupas karakter tanpa dedahkan rahsia dan misteri sehingga di akhir cerita. Equation Kasturi dengan bapa mertua (Ashutosh Rana) pun menarik sebab jarang mertua dengan menantu nak rapat bila mereka berdua ada perbezaan pendapat. Walaupun bapa mertua dia lebih banyak berkias tapi Kasturi boleh faham apa maksud di sebaliknya. Pengalaman bapa mertua dia antara petunjuk yang dia guna dalam kes ni. 

Sinematografi yang dipaparkan menggunakan kekuatan lokasi Sironah yang terletak di kawasan hutan dan pergunungan. Misteri pembunuhan yang dikaitkan dengan hutan di mana menyimpan banyak rahsia. Walaupun kawasan Sironah agak berkabus tapi tona warna yang digunakan cerah dan ceria, berbeza dengan tema cerita. Mungkin dalam masa yang sama nak promote Manali sebagai destinasi pelancongan sebab set yang digunakan cantik dengan interior dan senibina. 



Walaupun I tak suka dengan ending series Aranyak ni tapi penulisan yang bagus dengan olahan menarik buatkan series ni layak diberi perhatian dan pujian. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Director : Patrick Hughes

Writer : Tom O'Connor

Cast : Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Salma Hayek, Élodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell, Richard E. Grant

Production Company : Summit Entertainment, Millennium Media, Cristal Pictures

Distributor : Lionsgate, Netflix

Genre : Action / Comedy

Running Time : 118 minutes

Release Date : 18 August 2017

Trailer :


Michael Bryce (Ryan Reynolds) seorang bodyguard yang bertaraf Triple A hidup dalam keadaan yang menyedihkan selepas klien dia ditembak mati. Michael percaya Amelia Roussel (Élodie Yung) yang bocorkan maklumat tersebut sebab dia tak bagitahu sesiapa langsung kecuali teman wanita dia. Amelia putuskan hubungan dengan Michael walaupun dia nafikan tuduhan tersebut. 

2 tahun kemudian Amelia terpaksa minta bantuan Michael untuk jaga tahanan dia, Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) yang perlu dibawa ke International Criminal Court sebagai saksi utama untuk kes Vladislav Dukhovich atas tuduhan ethnic cleansing. Amelia tak boleh percaya dengan orang dalam Interpol sebab Darius diserang pada hari dan masa yang sama mereka rancang untuk pindahkan hitman tersebut. 

‘I can protect someone from bullets and explosives, but there's nothing I can do against indiscriminate use of mayonnaise for 68 straight years.’ – Michael Bryce

Darius adalah musuh utama Michael sebab kebanyakan klien dia jadi sasaran utama untuk dibunuh. Manakala Darius pula anggap diri dia tak bersalah bila dia cuma membunuh kapitalis yang jahat. Hitman yang membunuh penjenayah korup ataupun Bodyguard yang menjaga keselamatan white collar criminal yang jahat? 

‘The Bible says to never take revenge, to leave it to the Lord. But I wasn't prepared to wait that long.’ – Darius Kincaid

To be honest plot The Hitman’s Bodyguard arahan Patrick Hughes ni predictable ditambah pula bila dua watak yang bermusuhan terpaksa bekerja bersama untuk kes yang lebih besar. Tapi layan je lah sebab Ryan Reynolds kan. Letak lah dia dalam movie mana pun semua menjadi tapi dia pun lebih kurang sama lah dengan The Rock, genre, konsep dan watak yang sama je lah dok ulang sejak famous. Ye lah siapa tak nak benda senang. Bajet movie ni pun dalam USD60 juta tapi dapat pulangan USD176 juta. Letopppss! 

Casting director pulak cari pelakon yang memang ada impian nak bekerja bersama macam Samuel L. Jackson setuju bekerja dalam movie ni sebab ada Ryan. Salma Hayek pula happy dapat offer berlakon sebagai Sonia, isteri kepada Darius. So chemistry, bonding dan mood tu mudahkan lagi kerja team production dan hasil dari positivity tu terserlah dalam movie. 

Personally for me ada scene yang lawak dan menghiburkan tapi banyak juga scene yang menjengkelkan. Mungkin sebab menyampah dengan watak Darius yang jenis suka memaki dan memekak. Yes of course movie ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab dari awal sampai habis tak putus kata makian tu. Dalam setiap perkataan ada je nak dihembusnya. 

Bab sinematografi hasil kerja Jules O'Loughlin dengan music score dari Atli Örvarsson diadun dengan sempurna lantas menambahkan impak pada penceritaan. Screenplay pun bagus terutamanya pada action stunt dan juga babak-babak Vladislav Dukhovich. Tak faham kenapa peguambela Vladislav ni bantah statement dari saksi sebagai hearsay padahal hearsay tu kalau khabar angin atau dengar dari mulut orang lain. Ni saksi cerita apa yang jadi depan mata dia, I mean solid evidence lah untuk present depan hakim. 

Anyway untuk tontonan santai, The Hitman’s Bodyguard ni not bad lah nak layan. I nak layan sequel pulak sebab Salma Hayek ada screentime lebih panjang dan action stunts lebih power sebagai isteri kepada Darius. Tak sure ada dekat Netflix jugak ke tak. Kalau takde kena tunggu lah jawabnya hihu

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10

Movie Review | Chhorii (2021)

Saturday, 15 January 2022

Director : Vishal Furia

Writer : Vishal Furia, Vishal Kapoor

Cast : Nushrratt Bharuccha, Saurabh Goyal, Mita Vashisht, Rajesh Jais, Yaaneea Bharadwaj

Production Company : Abundantia Entertainment, Crypt TV, T-Series, A Pshych Film

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Horror / Mystery

Running Time : 129 minutes

Release Date : 26 November 2021

Trailer :


Official remake kepada movie Marathi, Lapachhapi (2017) mengisahkan tentang Sakshi (Nushrratt Bharuccha) yang sedang sarat mengandung ikut suami dia, Hemant (Saurabh Goyal) ke kampung Kajla (Rajesh Jais), pemandu mereka. Kampung ni terletak 300km dari bandar dan hanya mempunyai 5 buah rumah kerana kawasan ladang tebu. 

Sebab utama mereka ke kawasan terpencil tanpa talian dan bantuan kerana Hemant mempunyai hutang dengan gangster bila perniagaan dia gagal. Tak mampu mereka berdua cari wang yang banyak dalam masa 24 jam sahaja. Cadangnya cuma 3 hari di kampung tersebut tapi Hemant terpaksa tinggalkan Sakshi lebih lama di situ supaya tak diganggu. 

Kampung tu sendiri mempunyai misterinya tersendiri bila 3 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berpakaian merah sering mengganggu wanita yang mengandung. Bhano Devi (Mita Vashisht) bagitahu perempuan tersebut adalah ahli sihir (Yaaneea Bharadwaj) yang bunuh ketiga-tiga orang anaknya. Anak yang sulung, Rajbir terpaksa berkahwin sehingga 4 kali untuk dapatkan zuriat bila isteri-isteri sebelumnya meninggal dunia. 

First half movie Chhorii arahan Vishal Furia agak perlahan tapi momentum mula menaik bila Sakshi ditinggalkan bersama Devi. Dua wanita yang berbeza generasi dan cara hidup bila Devi seorang yang orthodox. Dia masih lagi mengamalkan sistem kuno di mana isteri perlu makan selepas suaminya makan. Dia percaya anak lelaki adalah tuah dan anak perempuan hanya bawa malang dalam hidup dan juga tanaman. 

Kenapa entah Devi percaya benda macam tu. Kalau anak perempuan tu bawa malang habis dia tu apa? Kalau anak-anak lelaki dia pembawa tuah, kenapa dia masih hidup melarat? Masa Rajbir nak berkahwin tahu pulak cari anak perempuan orang lain. Kenapa tak kahwinkan je dengan lelaki? Menyampah tengok watak Devi ni tapi hakikatnya dalam dunia nyata masih ramai lagi yang berfikiran macam ni. 

Elemen seram tak lah kuat sangat sebab social message yang dibawa lebih tebal dan menakutkan. Manusia lebih menakutkan daripada hantu sebenarnya bila pemikiran dan ideologi yang dipegang dari satu generasi ke generasi seterusnya. Lakonan Mita Vashisht dan Nushratt antara kekuatan movie Chhorii. Bila mesra nampak rapat macam adik-beradik tapi bila bertegang urat, tak ada siapa yang boleh masuk campur. 




Sinematografi Anshul Chobey tampak biasa saja walaupun mempunyai props dan set yang kuat untuk naskhah seram. Ada rumah yang sunyi, ladang tebu yang menyesatkan dan telaga besar yang pernah menjadi kubur kepada ahli sihir dan tiga orang kanak-kanak tersebut. Makeup untuk hantu kanak-kanak tu pun kelakar sebab tempek bedak sampai putih lepastu hitamkan mata. Ju-On lagi seram dari diorang bertiga ni. 

Jalan cerita Chhorii lebih kurang sama dengan Kaali Khuhi (2020) bila tema yang berkisar kepercayaan orthodox dalam kawasan kampung tersebut tapi misteri dan penceritaan yang dipaparkan dalam Chhorii lemah dan mempunyai loopholes juga soalan yang tak mampu dijawab sebab rahsia dibongkar pada penghujung movie. 

Kenapa Sakshi kena ikat di katil kalau dia perlu survive di rumah tu selama 3 hari? Kalau nak dia selamat tak payah la sampai ikat tangan dengan kaki dia. Lagipun keadaan dia masa tu bukannya dia mampu untuk lari pun. Lepastu tak sediakan makanan pulak tu padahal nak dia hidup sepanjang 3 hari tapi biar dia kebulur. Kalau ada ayam ternakan boleh terima dek akal lah. 

Overall, movie Chhorii lebih terarah pada social message tapi tidak pada skrip dan olahan yang menarik. Sepatutnya pengarah paparkan dengan menarik lah perbuatan zalim dan sadis ni kepada generasi sekarang. I tak rasa golongan yang berfikiran macam tu nak tengok movie ni, baik diorang tengok diri sendiri je ye dak?

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10 


Dah lama tak menjejak ke New Wing 1Utama ni sebab kalau datang ke OU mesti pergi ke Old wing je sebab ada Kaison, Parkson dengan DIY dekat situ. Bila tengok ada tarikan baru rasa nak tengok lah apa yang ada dekat Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). 


PJPAC ni baru siap dibina tahun lepas dan ikut perancangan asalnya nak buka kepada orang awam pada bulan Mac 2021 tapi disebabkan PKP 2.0, terpaksa lah anjak ke bulan Mei 2021. Kalau tengok dekat direktori ni banyak juga yang berkaitan dengan Korea di sini. KFry tak rasa nak pindah sini ke? Outlet diorang dekat LG tu dah tak muat nak tampung customer ramai especially on weekend. 


Masa jalan dekat sini tak tahu pun nak cari apa, just follow the tiles je. Lepastu nampak signboard ada Saranghae Bridge. Kalau dah berkonsepkan Korea tu mesti lah ada love lock macam dekat Namsan Tower. Nak masuk sini percuma je tapi kalau nak tengok seni tu kena bayar lah. 


Kan betul! Hahaha


Masa kitorang sampai tu tak ada orang lagi so boleh lah nak bergambar lama-lama dekat sini. Yang tak bestnya Saranghae Bridge dia pendek je lepastu ada dua love lock. Tak banyak pun tempat dekat Sarangahe Bridge ni boleh bergambar. 



Terpaksa jengket kaki supaya nampak tinggi. Terlupa nak pakai heels, lapar punya pasal pakai selipar je pergi OU. Dah la tak match dengan baju pun sobs :(

Lepas dah habis bergambar dekat Saranghae Bridge ni, kitorang masuk ke kawasan dalam sikit. Dekat sini ada stage untuk teater, konsert, stand-up comedy dan juga cafe. PJPAC ni lebih kepada ruang untuk anak seni berkarya lah selain di Istana Budaya. I rasa ada bagusnya jugak PJPAC ni wujud sebab Istana Budaya agak susah nak ke sana. Parking pun terhad. 



Masa tengah layan gambar dekat galeri seni ni ternampak lah Sharifah Rose dengan influencers lain tengah main apa entah. Nak ajak bergambar tapi malas lah sebab diorang tengah syok main game. Diorang ada dekat PJPAC sebab ada launching event untuk program Master in the House. Terkejut masa tengok banner tu sebab ada BamBam Got7 like woaahhhh. 

Ada jugak banner Konsert Nafas Cinta Khai Bahar dengan penampilan Aina Abdul dan Adira untuk bulan Februari 2022 nanti. Macam nak pergi tengok tapi harga tiket dia RM189. Dah la tak layan sangat tiga orang artis ni lepastu nak bayar harga tiket cenggitu. Kalau Akim & The Majistret nak lah jugak hahaha. Bila ada teater stage yang dekat dengan rumah ni rasa nak follow IG account PJPAC sebab nak merasa jugak tengok konsert musikal ataupun teater. 


Kitorang pergi level 2 je sebab satu level dengan TGV so tak nak pergi jauh sangat sebab bangunan ni sunyi. Bau cat dia pun kuat lagi. Dekat bahagian bawah tu macam cantik je kalau malam sebab sepanjang jalan tu ada lampu mentol macam dalam drakor. 

Hopefully ada Korean festival dekat PJPAC ni ataupun kedai Korea yang menarik nak terjah. Mana tahu nanti diorang panggil idol group datang sini hahaha berangan jauh sangat ye dak? Tapi kalau dah BamBam pun TV3 boleh halo halo takkan lah idol group macam ONEUS, ONEWE, THE BOYZ, DAY6, KARD tak boleh panggil hahaha. 

Order Bunga Dari February Bloom


Minggu lepas agak sibuk sebab kena organize long call event anak sulung managing partner. Lepas dah habis event tu ada jamuan kecil untuk meraikan hari bermakna dia. Kitorang dapat tahu pun agak lambat, petang Rabu macam tu sebab baru dapat semua link dengan manual yang berkaitan dengan sesi long call online. 

Dah settle setup untuk long call session, kitorang cari pulak hand bouquet sebagai hadiah dari pihak RRM. Kebanyakan florist dah tak ambik order sebab short notice. Cari punya cari terjumpa lah February Bloom ni dekat Instagram. Semua bouquet dia cantik. Kebetulan ada harga diskaun untuk beberapa pakej. Memang terus grab lah sebab harga dia murah lepastu dekat dengan firm. 


Kitorang pilih hand bouquet Golden Time sebab hadiah untuk lelaki kan, takkan nak meriah sangat dengan bunga ye dak? Dalam bouquet ni ada baby breath dengan 12 unit coklat Ferrero Rocher. Harga sejambak ni RM89.00 tak termasuk delivery charge dengan service charge. But still murah lah sebab bajet kitorang dalam RM150 macam tu. Dalam pukul 11 pagi tu dah sampai dah order kitorang. Settle bab bunga. 

Besar jugak lah kotak dia sebab penuh satu meja kerja tu. Bila buka dalam rasa happy tengok bunga dia fresh dan cantik. Tapi kecewa tengok kad ucapan dia sebab tak ikut format haha ucapan pun ada format. Semuanya dia taip sekali harung je, tak ada spacing langsung. 


Lepasni kalau nak order kena bagitahu dia lah pasal kad ucapan tu taip proper sikit. And yes, nak order lagi lepas ni dekat February Bloom sebab jatuh hati tengok Fruit Basket dengan Bloom Box dia. Harga pun tak mahal sangat macam florist lain. Kalau nak bagi dekat client pun rasa puas hati sebab saiz dia besar especially Bloom Box Morocco dengan Delia tu. 

February Bloom ni buka dari Isnin sampai Ahad dari jam 8 pagi sampai 8 malam. Kalau yang duduk area Kuala Lumpur, Petaling Jaya ataupun Klang nak order February Bloom boleh la tengok dekat SINI :)