Drama Review | Thirty-Nine (2022)

Friday, 15 April 2022


Director : Kim Sang-ho
Writer : Yoo Yeong-ah
Cast : Son Ye-jin, Jeon Mi-do, Kim Ji-hyun, Yeon Woo-jin, Lee Mu-saeng, Lee Tae-hwan, Ahn So-Hee, Kang Mal-Geum, Park Ji-il, Lee Kan-hee, Seo Ji-young, Seo Hyun-chul, Lee Ji-hyun, Nam Gi-ae, Jo Won-hee
Production Company : Lotte Culturework, JTBC Studio
Distributors : JTBC, Netflix
Genre : Romance / Drama
Episodes : 12 episodes (70 – 80 minutes per episode)
Release Date : 16 February 2022 – 31 March 2022
Trailer : 


Drama Thirty-Nine mengisahkan tentang persahabatan 3 sekawan, Cha Mi-jo (Son Ye-jin), Jeong Chan-young (Jeon Mi-do) dan Jang Jo-hee (Lee Da-yeon) yang menerima banyak perubahan dalam hidup pada umur 39. Pengakhiran fasa 30-an akan menentukan permulaan fasa 40-an mereka bertiga. 

Mi-jo yang mengalami mild anxiety ambil keputusan untuk bercuti selama setahun di US untuk belajar tentang sukan golf. Sebelum dia pergi ke US, mereka bertiga pergi ke Onnuri Child Care Center dan tanpa disangka mereka bertemu dengan Kim Seon-U (Yeon Woo-jin), doktor yang baru balik dari US. Dari situ mereka berdua berkenalan kemudiannya jatuh cinta. 


Chan-young cuba cucuk jarum supaya Seon-U pujuk Mi-jo untuk batalkan plan dia ke US. Belum pernah lagi semenjak mereka bertiga berkawan sejak sekolah menengah hidup berenggang. Sementara Chan-young bergelut dengan masalah relationship dengan Jin-seok (Lee Mu-saeng), Jo-hee pula jatuh suka dengan chef muda, Hyeon-jun (Lee Tae-hwan). Tak sangka pula chef tersebut kawan baik kepada Seon-U. Makin bertambah rapat lah mereka berdua sebab selalu melepak di restoran China kepunyaan Hyeon-jun.

Sebelum Mi-jo pergi ke US, mereka bertiga buat medical check-up dan Mi-jo dapat tahu ada di antara mereka yang menghidap kanser tahap 4. Ada 6 bulan saja lagi untuk hidup kalau tak buat chemotherapy. Sesiapa pun akan paksa orang yang dia sayang untuk dapatkan rawatan tapi paksa macam mana pun, keputusan tetap pada kawan baik dia. 


Penceritaan Thirty-Nine awalnya nampak menarik sebab tiga sekawan ni bagi harapan baru kepada wanita bujang untuk kekal menawan dan kejar impian walaupun sudah di penghujung fasa 30-an. Suka tengok diorang spend time sama-sama tak kisah lah setakat minum kopi di café ataupun selca di taman bunga. Chemistry dan bonding ketiga-tiga pelakon yang menghidupkan lagi penceritaan pengarah Kim Sang-ho ni. 

Lagi suka tengok scene tiga sekawan ni daripada scene mereka spend time dengan life partner masing-masing kecuali watak Jo-hee dengan Hyeong-jun sebab both of them comel. Mungkin juga sebab Jo-hee dapat bercinta dengan lelaki lebih muda dari dia. Selain dari tema persahabatan yang akrab, drama Thirty Nine juga mengetengahkan tentang anak angkat sama ada dari perspektif Mi-jo yang hidup disayangi oleh keluarga mahupun melalui watak So-won (Ahn So-hee) yang dihalau keluar. 


Awal juga lah pengarah dedahkan berita mengejut sampaikan episode kemudiannya jadi draggy dengan melodrama dan permintaan merepek hanya kerana dia dah nak pergi. I tak suka bila watak tu paksa orang turut permintaan dia tapi orang lain tak boleh paksa dia buat itu ini walaupun untuk kebaikan dia juga. 

Drama Thirty Nine ni ada masanya nampak seolah dibikin untuk mempromosikan barangan yang dijual di Lotte memandangkan produser adalah Lotte Culturework. Setiap episod ada product placement sampai naik jelak. Buat scene mereka bertiga berjalan dekat taman waktu malam sebab nak promote wardrobe atau kasut sukan padahal member tengah sakit teruk. Muka dah pucat pun kena hadap angin malam sedangkan boleh je bincang via call or Whatsapp. 


Walaupun drama Thirty Nine ada 3 pelakon utama tapi boleh nampak screentime dan kisah Mi-jo jauh lebih banyak. Kesian jugak tengok watak Jo-hee sebab apa yang dia cakap tu ada betulnya. Boleh kira berapa banyak lah dia ada solo moment dan contribute dalam friendship diorang. Drama ni bolehlah nak layan kalau suka tengok lakonan Ye-jin dengan Mido. Pace terlampau perlahan dan terlampau ringkas penceritaannya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4= 5.8/10

Movie Review | A Simple Favor (2018)

Thursday, 14 April 2022


Director : Paul Feig
Writer : Jessica Sharzer
Cast : Anna Kendrick, Blake Lively, Henry Golding, Andrew Rannells
Production Company : Feigco Entertainment, Hercules Bron Creative Partnership
Distributor : Lionsgate, Netflix, amazon Prime Video
Genre : Black Comedy / Thriller
Running Time : 117 minutes
Release Date : 14 September 2018
Trailer:


Diadaptasikan dari novel A Simple Favor hasil penulisan Darcey Bell yang menceritakan tentang suri rumah berjaya keluar dari hidup biasa dia setelah berjumpa dengan alpha female. Novel A Simple Favor yang diterbitkan pada tahun 2017 yang mengangkat vlogger masakan, Stephanie (Anna Kendrick) sebagai watak utama mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan Gone Girl yang pernah popular pada tahun 2014. Bezanya masalah rumah tangga ini dibikin melalui perspektif orang ketiga. 

Sementara Emily (Blake Lively) sibuk dengan kerjaya dan impian dia, Stephanie ambil alih tanggungjawab dan isi kekosongan yang dirasakan oleh Sean Townsend (Henry Golding). Stephanie syak Emily hilang diculik lepas dia cuba siasat keberadaan Emily. Walaupun Stephanie adalah kawan baik Emily tapi kawan dia tak suka ambil gambar atau gambarnya diambil langsung. 

Watak Emily agak misteri tapi mudah sangat bond a relationship dengan Stephanie walaupun perwatakan diorang berdua berbeza. Perbezaan tu juga yang wujudkan elemen komedi ringan dan juga saspen atau thriller. First half dipaparkan dengan cantik, diolah dengan bernas dan slowly build up emotion dan connection antara watak utama. 


Bila masuk second half pun makin bertambah tertarik dengan misteri yang wujud tentang di mana Emily dan siapakah Emily yang sebenarnya. Walaupun I menyampah dengan karakter manipulative Emily namun watak Stephanie pun tak lah baik mana. Dengan mudah dia lupa diri dan cuba buang kewujudan Emily dalam rumah Sean-Emily. 

Anna Kendrick lakonkan watak Stephanie dengan bagus bila watak dia menggambarkan individu yang tetap tak akan ada aura dan tarikan tersendiri walaupun dari atas hingga bawah pakai pakaian berjenama. 

Sinematografi dari John Schwartzman menghidupkan lagi karakter dua watak utama. John tahu dekat angle mana yang boleh menambahkan impak pada babak tersebut. Penggunaan lighting, props dan latar membantu penceritaan A Simple Favor. Entry scene Emily antara favorite part dalam movie ni sebab terpesona dengan gaya dia. 

I absolutely love Emily’s wardrobe in A Simple Favor. Renée Ehrlich Kalfus lebih banyak menggunakan konsep uber-stylish thriller dengan pilihan fesyen yang daring. Dia nak Emily pakai lebih banyak suit supaya dapat tonjolkan persona femme-fatale. Heels yang Blake Lively pakai dari Christian Louboutin dan Ralph Lauren. 

Everything went smooth sampai lah bila dapat tahu motif Emily dan latar belakang dia yang sebenar. Kalau nak kata sebab duit tu macam far-fetched dari reality sebab Emily masih lagi bekerja dengan jawatan yang bagus. Sean pun masih bekerja sebagai profesor universiti. 


Sembang pasal Sean, watak dia pun agak questionable lah sebab dia sejenis yang submissive tapi ada masanya boleh jadi dungu jugak. Especially bila dekat plot twist scene sebab watak dia nampak tersia sangat. Sebab watak dia lemah, terus hilang aura alpha Emily tu padahal director dah endorse dari awal movie. 

Maybe I prefer hidup Stephanie tunggang-langgang lepas dia berangan tinggi sangat. Baru nampak buku bertemu ruas, baru lah rasa puas. Boleh kata hidup Stephanie macam dalam gear easy mode je. Dia nak apa semua dapat sementara Emily kena berusaha walaupun ada masa dia jadi licik tapi justifiable lah benda tu. 

Overall, A Simple Favor seronok ditonton secara santai sebab chemistry dan dinamik antara Blake Lively dan Anna Kendrick. Kedua-dua pelakon tak lari jauh pun dengan karakter sebenar sebab tu tak susah pun untuk diorang hidupkan watak masing-masing. Walaupun messy but still enjoyable. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10


KUMPULAN PELAWAK LEGEND MALAYSIA, SENARIO KEMBALI MENERUSI FILEM JAGA-JAGA SENARIOUNION DI ASTRO FIRST | 
Menghimpunkan Buat Pertama Kali Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan & Illya Selepas Lebih Sedekad


Kuala Lumpur, 15 April 2022 – Kumpulan komedian otai tanah air, Senario kembali membuat comeback selepas lebih sedekad menerusi filem JAGA-JAGA SENARIOUNION. Kumpulan Senario bukan satu nama asing dalam dunia komedi tempatan. Mereka juga tidak sahaja mencipta fenomena luar biasa di platform televisyen menerusi ‘punchline’ yang menghiburkan serta melalui deretan lagu-lagu yang menguasai platform radio ketika itu,  tetapi turut menggegarkan dunia perfileman Malaysia mereka melalui filem-filem box office suatu masa dahulu. Jadi, kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton. 

Jaga-Jaga Senariounion yang sudah pastinya mengetengahkan genre komedi, bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini. Menariknya, filem ini memperlihatkan komedi dan lawak yang segar oleh kumpulan otai ini, namun masih mengekalkan identiti Senario. Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira. 

Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya. Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki. 

“Kredibiliti saya sebagai pengarah turut diperkukuhkan menerusi filem-filem Senario, jadi Senario sudah menjadi sebagaian dalam karier dan hidup saya. Saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya. Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semual kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak Penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario. Jadi Jaga-Jaga Senariounion adalah buah tangan terbaru daripada Senario buat peminatnya. Bagi sudut pengarahan pula, tidak banyak cabaran besar yang dilalui, tetapi apa yang istimewanya ketika di set, semuanya rasa seperti dahulu kala. Buat penonton dari generasi baru, saksikan filem ini dan kenali kumpulan pelawak legend yang pernah menggamatkan suasana satu ketika dahulu. Saya menjanjikan elemen ‘wow’ dan komedi yang terkini menerusi Jaga-Jaga Senariounion. ” - Penerbit selaku Pengarah Jaga-Jaga Senariounion, Aziz M Osman


“Astro amat dikenali dengan program-program mencungkil dan mengetengahkan bakat pelawak-pelawak di Malaysia, dan selaras dengan itu kami rasa amat berbesar hati dapat membawakan sebuah filem yang mengangkat kumpulan pelawak otai tanah air di platform Astro First. Lebih menarik, filem ini merupakan kemunculan semula mereka setelah lebih sebelas tahun dan tambah istimewa buat pertama kali menghimpunkan hampir kesemua ahlinya. Kami percaya kehadiran Jaga-Jaga Senariounion mampu mengembalikan nostalgia tersendiri dalam kalangan peminat dan para penontonnya. Jadi kami harap para penonton dapat berhibur dan bergelak ketawa dengan filem komedi ini bersama insan tersayang mahupun sahabat handai.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad


Langgan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.