Movie Review | A Simple Favor (2018)
Thursday, 14 April 2022
KUMPULAN PELAWAK LEGEND MALAYSIA, SENARIO KEMBALI MENERUSI FILEM JAGA-JAGA SENARIOUNION DI ASTRO FIRST | Menghimpunkan Buat Pertama Kali Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan & Illya Selepas Lebih Sedekad
Kuala Lumpur, 15 April 2022 – Kumpulan komedian otai tanah air, Senario kembali membuat comeback selepas lebih sedekad menerusi filem JAGA-JAGA SENARIOUNION. Kumpulan Senario bukan satu nama asing dalam dunia komedi tempatan. Mereka juga tidak sahaja mencipta fenomena luar biasa di platform televisyen menerusi ‘punchline’ yang menghiburkan serta melalui deretan lagu-lagu yang menguasai platform radio ketika itu, tetapi turut menggegarkan dunia perfileman Malaysia mereka melalui filem-filem box office suatu masa dahulu. Jadi, kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton.
Jaga-Jaga Senariounion yang sudah pastinya mengetengahkan genre komedi, bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini. Menariknya, filem ini memperlihatkan komedi dan lawak yang segar oleh kumpulan otai ini, namun masih mengekalkan identiti Senario. Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.
Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya. Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.













