Amazing Grace Granola Bites | Chocolate Hazelnut

Monday, 11 April 2022


Kalau buat kerja mula lah mulut rasa nak mengunyah tapi tak suka makan jajan dan tak ada mood nak makan jajan. Bila turun 7E terjumpa Amazing Grace Granola Bites ni. Dekat dalam satu pek 40g ni ada rolled oats, kacang hazelnuts, chia seeds, buckwheats dengan cranberries. Kalau makan takde la rasa bersalah sangat sebab makanan healthy. 


Punya lah healthy sampai rupa dekat dalam pun tak menyelerakan sebab semua bahan dah bersalut dengan coklat. Bentuk dia macam nak buat bentuk kiub tapi dia jadi hancur. Kiub dia kecil je, sesuai lah dengan harga RM4.90 satu pek ni. 

I expect granola bites ni ada la rasa manis sebab ada cranberry tapi sebab dia guna dark chocolates, memang pahit je lah dekat lidah ni. Mengecewakan betul tapi okay lah sebab pahit sampai segar mata. Terus siap semua kerja lepastu rasa nak balik rumah. Tu kali pertama dan terakhir lah beli Amazing Grace Granola Bites Chocolate Hazelnut sebab renyah nak makan bila dia hancur sampai tak ada rupa kiub. Dah gaya nak kena makan dengan sudu je. Dah satu hal nak kena basuh sudu. 

HATTAN 35 YEARS JOURNEY, KONSERT PENUH JIWA | Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai. Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, personaliti baik dan pengalaman yang dimiliki meletakkan nama penyanyi dengan nama sebenar, Mohd shukri shahabudin ini pada kelas tersendiri. 

Dek kerana faktor ini, Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan - 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam. Konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) ini juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyiannya sejak tahun 1987. 

Hattan bakal mempersembahkan 22 buah lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan banyak lagi. Hattan yang gturut aktif sebagai pelakon sudah menghasilkan 11 album studio sejak 35 tahun lalu iaitu Nostalgia (1987), Hattan (1991), Antem (1992), Ana Permata Timur (1993), Mentor (1994), Satu Malaya Dah Tahu (1996), Biso Bonar (1998), Aku Dan Mentor (2000), Palestin Jangan Menangis (2002), Masterpiece (2007) dan Inderawala (2010). Selain itu, Hattan juga pernah bersama dengan band FRU (Five Rockers Union) yang menghasilkan album berjudul Kelahiran pada 1988. Beliau juga pernah menjadi penyanyi band Pratayuda menerusi album kompilasi War Rock I pada 1987.

"Ini bukan sekadar konsert saja malah mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang, bagaimana lagu ini tercipta dan kenapa lirik itu terjadi. Ia akan diceritakan sepanjang konsert itu berlangsung nanti. Saya memiliki puluhan lagu hits dan kebanyakannya akan saya nyanyikan nanti, namun ada juga yang akan disampaikan secara medley. Untuk lagu yang betul-betul popular sudah pasti akan saya nyanyikan keseluruhannya.' - Datuk Hattan

Tambahnya lagi, beliau sudah merancang konsert ini bersama MEM sejak dua tahun lalu namun tergendala akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Februari 2020.

Dalam konsert Hattan - 35 Years Journey ini, Hattan akan diiringi barisan pemuzik hebat dan berpengalaman seperti pemain keyboard Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly (bass), Firdaus (keyboard) dan Pa'ang (perkusi). Selain itu, Hattan turut mengundang pemain seruling, Mohar yang akan mengiringinya dalam beberapa lagu. 

"Saya adalah penyanyi yang penuh dengan jiwa. Dalam konsert ini tak perlu nak melompat-lompat. Zaman sekarang tak perlu lagi. Kenapa anda perlu datang ke konsert ini? Kerana saya akan bagi sesuatu yang saya tahu orang rindu nak tengok sejak dua tahun lalu. Ini juga hadiah daripada saya untuk sahabat dan peminat yang menyokong karier saya sejak 35 tahun lalu.' - Datuk Hattan

Bercerita mengenai persiapan konsert, Hattan berkata dia tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan. 

"Sebagai penyanyi, latihan atau praktis itu amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa dan hafal lirik lagu dengan baik. Alhamdulillah sejak kelonggaran SOP (Standard Operation Procedure) Covid-19, hampir setiap minggu saya mendapat tawaran persembahan. Itu juga satu latihan yang baik.' - Datuk Hattan

Konsert Hattan - 35 Years Journey ini juga akan mengetengahkan segmen mentor khusus buat Datuk M Nasir di mana Hattan merakamkan semula lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan M. Nasir seperti Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Gerhana, Tiara dan Padang Lalang. Idea merakamkan semula lagu-lagu Datuk M Nasir datang dari Hattan sendiri kerana semua lagu-lagu tersebut merupakan lagu kesuakaannya. Tambahnya Datuk M Nasir banyak memainkan peranan terhadap perkembangan karier Hattan sejak dulu hingga sekarang.

Tiket untuk menyaksikan konsert Hattan - 35 Years Journey anjuran MEM yang disokong oleh West Ipoh Span Expressway (WISE) boleh dibeli di laman web iLasso Tickets dengan pilihan harga berikut :

i. Upper Tier - RM188

ii. Silver - RM388

iii. Gold - RM488 

iv. Diamond - RM788 

v. Platinum - RM988 

Meriahkan K-pop Events Bersama Yoodo Dalam K-Leisure Session

Sunday, 10 April 2022

Minggu lepas dijemput oleh Yoodo untuk menghadiri sesi Yoodo K-Leisure Session bersama para Blogger dan beberapa wakil dari Yoodo untuk menceritakan tentang produk Yoodo, kelebihan pek telco dan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Yoodo untuk beberapa acara yang berkaitan dengan dunia hiburan K-pop.

Terkejut juga masa dirisik oleh Yoodo ni sebab I pun baru je berjinak dengan dunia Kpop balik dan stan 2 boy group saja dan selebihnya jadi casual listener. But an invitation is an honour. Thank you so much Yoodo! 

Dari sesi briefing ni, I dapat tahu yang Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dan mempunyai liputan 4G LTE terluas di Malaysia. Yoodo juga merupakan telco pertama di Malaysia yang boleh diubah sesuai mengikut keselesaan dan kehendak pengguna. Kalau bulan ni nak guna data sebanyak 30mbps sahaja, pengguna boleh set sendiri kemudian bayar pada Yoodo dengan cara pembayaran tersebut : 

i. Kad kredit atau debit

ii. Perbankan atas talian

iii. Paypal

iv. Boost

v. Grabpay

vi. TnG eWallet

Kalau terlebih kuota pun tak perlu risau sebab Yoodo ada pelan Booster bila pengguna hanya perlu beli booster untuk Data / Panggilan / SMS untuk meneruskan penggunaan. 100% digital mobile service! Tak hairan lah Yoodo dapat pengiktirafan Best Product of The Year dua tahun berturut-turut untuk tahun 2020 dan 2021.

Kepada yang ingin mencuba khidmat telco Yoodo, anda boleh dapatkan di 4 lokasi utama Yoodo seperti berikut : 

1. 50 cawangan Blue Cube di seluruh Malaysia

2. EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia

3. BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia

4. Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Uniknya Yoodo memudahkan pengguna baru dengan kewujudan eSIM di mana ia adalah cip yang tersedia dan berfungsi sama seperti kad SIM fizikal. eSIM sesuai digunakan dengan telefon pintar yang mempunyai Android dan iOS. Dengan hanya memuat turun applikasi Yoodo, pengguna boleh mengaktifkan sendiri SIM dengan membuat pilihan eSIM. 

Kelebihan menggunakan Yoodo dan kenapa pengguna terutamanya peminat K-pop perlu memilih telco Yoodo:

1. Pelan yang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna. Anda boleh memilih kelajuan data, kuota hotspot, had panggilan dan juga SMS mengikut keperluan. 

2. Penggunaan 100GB selama 12 jam dengan hanya RM10

3. Perbaharui pelan telefon bimbit anda pada bila-bila masa tanpa risau tentang bayaran bulanan. 

4. Dapatkan ganjaran apabila anda beli ‘Add-On’ dan percuma 1 ‘Add-Ons’ dengan pembelian 10 ‘Add-Ons’. 

5. Pakej data khas yang memberi anda data berkelajuan tinggi tanpa ditolak dari pelan mudah alih asas anda. 

Selain menjadi telco dengan mempunyai kelebihan seperti di atas, Yoodo juga aktif bekerjasama dengan penganjur untuk acara K-pop, E-sports, Muzik dan Hiburan juga Sukan. 

Showing K-pop Some Love with #SARANGHAEYOODO

1. Hallyoodo

i. Concert Giveaways : Monsta x, (G)I-dle

ii. Special Screening : BTS documentary

iii. Contest : Lighstick Wars, BLINK Together With Yoodo, K-pop Kountdown 2021

iv. Stray Kids Cupsleeve Event - 2022

2. Album Giveaways

i. 21 March 2022 - Red Velvet : ReVeLuvs BETTER BE 

ii. 28 March 2022 – NCT Dreams : Glitch Mode

3. Voting Events

i. Kountdown – Vote for the best K-pop Act / Artiste of 2021

ii. Queendom Voting Event. Khas untuk pengguna Yoodo, anda berpeluang untuk menang album Brave Girls, Hyolyn, WJSN, LOONA, Kep1er atau VIVIZ dengan undi girl group kesukaan anda. Pemenang akan diumumkan di akaun rasmi Twitter - @yoodo

I macam tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Yoodo sebab banyak peluang untuk join dan menang ganjaran. Mana tahu in future Yoodo boleh buat Treasure Cup Sleeve Event atau tayang dokumentari iKON pula. Sebagai iKONIC dan Teume , peluang ni nampak menarik!

Nak bertukar kepada Yoodo pun mudah saja bila kita masih boleh kekalkan nombor lama dan berubah ke telco Yoodo. Lagi satu berita baik di mana Yoodo kembalikan pakej 20GB data internet dengan harga sebanyak RM20 (20/20 Monster Returns) kerana permintaan hangat dari pengguna. 

Pengguna baru boleh menggunakan kod rujukan unik anda dan terima ganjaran sebanyak RM20 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Yoodo anda. Rakan yang menggunakan kod rujukan tersebut akan dapat ganjaran 7GB data percuma. Barulah syok nak layan lagu K-pop sama-sama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, manual pengaktifan, makluman mengenai promosi dan ganjaran menarik, sila layari laman sesawang Yoodo! Jangan lupa follow semua social media Yoodo di akaun rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube untuk info terbaru. 

Thanks Yoodo for the K-Leisure Session's invitation and Yoodo box gift. Learn a lot from Yoodo and will be a part of you soon. Have a great weekend :)