Iced Hazelnut Latte Coffee BeanTea Leaf

Sunday, 6 February 2022

'Ana, nak kopi tak?'

'Nakkkkk! Kak Nora nak beli apa? Starbucks eh?'

'Nak beli Coffee Bean. Tengah ada voucher free ni.'

Sebenarnya nak Starbucks tapi Kak Nora kata kopi dekat Coffee Bean Tea Leaf pun sedap jugak. Termakan dengan kata-kata manis Kak Nora, try la order Iced Hazelnut Latte sebab tu pilihan yang paling selamat. One can never go wrong with hazelnut latte. Neverrrr. 


Kak Nora kata Coffee Bean ni lagi murah kopi dia dari Starbucks so I pun macam okay lah boleh lah jimat sikit kalau betul sedap. I pun ada option lain kalau memerlukan kopi sedap. Tapi bila dia jerit I kena bayar RM19 untuk regular size tu I dah macam Kak Nora ni gagal matematik ke macam mana ek?

Kalau harga dia RM19 baik pergi beli Iced Hazelnut Latte dekat Starbucks je sebab satu venti cup cost me RM19 jugak including tax tau. Harga Iced Hazelnut Latte Coffee Bean ni RM19 lepas tolak voucher RM5 dengan delivery. 

Tu sembang harga, kalau sembang pasal kualiti kopi dia macam mehhh je sebab cair nau nak dibandingkan dengan Starbucks. Gambar ni tak ada filter ea, memang raw image. By the way Coffee Bean terkenal dengan edible straw yang dibuat dari pasta. I suka lah tengok straw dia sebab warna ungu, my favorite color. 


Tapi bila minum tu bertukar jadi benci pulak sebab edible straw dia ni gagal berfungsi sebagai straw. Bila guna edible straw ni boleh hilang nikmat masa minum sebab you kena minum dengan kadar pantas. You tak boleh minum sambil borak ataupun sambil buat kerja. I memang minum lambat. Kadang beli kopi dari pagi, petangnya baru habis minum. So bila beli straw cenggini hmmm terpaksa lah berlumba dengan masa. 

Coffee Bean bukanlah cafe yang tawarkan edible straw. Zus Coffee pun come up with the same straw jugak tapi straw dia tak mudah pun hancur. I minum lambat pun straw dia lambat berubah fungsi. Bila gigit pun tak hancur teruk macam straw Coffee Bean. Selain dari rasa kopi yang memurungkan, I boleh rasa straw tu mula mencair dalam minuman which is yekkk sebab I nak minum kopi bukannya nak minum kopi pasta. 

Bila dah hancur macam ni lagi lah mengerikan sebab serdak dia bersepah dekat dalam cup. Masa minum kena berhati-hati sebab takut tersedak. Macam merepek sangat nak buat edible straw untuk selamatkan penyu padahal 1% je straw bersepah di laut sedangkan pencemaran laut terbesar berpunca dari industri perikanan? 

Bila up story dekat IG ramai rupanya kawan I tak suka dengan edible straw dari Coffee Bean ni. Demmm what a horrible experience! First and last lah beli kopi dekat sini. No moreeee!

IKEA | Scented Candle Sinnlig

Masa cuti thaipusam bulan lepas kitorang jalan-jalan dekat IKEA sebab nak mencari inspirasi untuk ruang dapur. Nak beli para dengan rangka jugak sebab barang dekat dapur makin banyak tapi tak ada tempat nak letak. 

IKEA waktu public holiday haruslah sesak but bearable lah. Dah puas jalan-jalan dekat tingkat atas, kitorang pergi lunch. Dah habis lunch dekat sana, cuba belek dekat bahagian scented candle. Entah sejak bila mula berkenan dengan scented candle ni. Bila stress, pasang lilin wangi ni confirm lega sikit dari rasa kusut tu. 


Ni pertama kali beli scented candle IKEA tanpa baca review dari mana-mana pihak. Tak payah baca review pun tak apa rasanya sebab satu section tu dah wangi sebab bau dari lilin ni je. Masa tu ada dua pilihan je sama ada bau raspberry ataupun vanilla. I ambik raspberry and vanilla for my sister. Harga untuk satu Sinnlig ni RM5.90. Not sure harga ni kekal ataupun berubah ikut musim. 


Harga scented candle iKEA lagi murah berbanding Mr. DIY sebab the latter cost around RM12.90 tapi bau dia tak lah kuat mana. Wangi tapi tak kuat. Alang-alang dah shopping dekat IKEA, I beli lah sekali candle holder warna pink ni sebab singgit lebih je hehe. Since kitorang just nak try try je, beli satu je lah dulu. Kalau berkenan nanti datang lah lagi. Boleh jadi alasan kukuh juga untuk ke IKEA lagi hehe

Scented candle IKEA ni I letak dekat meja kerja lah dalam rumah. So far bau dia tak lah strong sangat tapi yang vanilla tu kemain semerbak satu rumah bila nyalakan. Lepas ni mungkin I akan beli vanilla jugak untuk letak dekat office. 

Personally scented candle IKEA lagi berbaloi beli dari Mr. DIY sebab wangi dan murah. Kalau tak nyalakan pun cantik je disusun dekat para ataupun dekat kabinet. Love it!

Boosted and Wasted

Bulan lepas dapat appointment untuk suntikan dos penggalak di PPV Primer Cherang, Emporis jam 3 petang. Suka betul bagi jam 3 petang ni sejak dos 1, tak tahu lah kenapa. Cursed, maybe. Masa dapat appointment ni berbelah bahagi nak pergi ke tak sebab lepas suntik dos kedua tu dada jadi ketat, susah nak tidur dan cepat mengah. Kalau booster entah macam mana lah gamaknya. 

Dekat bahagian bawah appointment tu ada link untuk confirmkan attendance. Sampai tarikh sebenar, 23hb Januari 2022 tak tekan langsung link tu. Tak habis fikir lagi nak pergi ke tak. Tiap hari jugak nampak tweet pasal AEFI dengan kesan sampingan lepas suntikan dos penggalak. 

Sudahnya whatsapp Puteri, koordinator PPV Primer Cherang tu untuk tangguhkan temujanji. Dapat penangguhan sehari je hmmm hek eleh sangat. Ingatkan dia nak bagi seminggu atau dua minggu kemudiannya sebab ramai yang kata kalau terlepas, makan masa jugak nak dapat tarikh baru. 

Malam tu around jam 9 malam ternampak berita iKON kena Covid-19 bila DK, Jay dengan Yunhyeong demam dan sakit tekak. Satu group buat test tapi 3 orang je disahkan positif. Semua diarahkan untuk kuarantin. Kucar-kacir whatsapp boss kecik bagitahu esok tak masuk office sebab nak pergi ambil booster :')

Adik pun dapat tarikh yang sama tapi tempat berbeza sebab dia dapat dekat Klinik Siti, 5 minit dari Emporis. Masa datang tu tak ramai sangat pun mungkin sebab AZ dah habis stok. Yang ada masa tu Pfizer je. I memang #TeamPfizer dari Dos 1. Tak memilih pun tapi memang dah dapat yang tu kita terima je lah. Dapat Pfizer pun bukannya dijamin selamat pun sebab sepanjang tu sakit dada. 

Takut gila nak booster, buatnya collapse dekat situ tak pun tergolong dalam kes AEFI, dah satu hal pula nak menanggung kos perubatan sebab kerajaan tak tanggung semua kesan sampingan. Tapi ni salah satu ikhtiar untuk virus Covid-19, nak tak nak redah je lah. Lambat atau cepat nanti masuk ke tanah jugak. One shot tu bagus lah tapi kalau nak menderita lama sampai kena keluar duit banyak tu yang leceh sebab misykinnnn :')

Booth booster dekat PPV Primer Chemerang ni memang low budget je lah sebab pakai batang paip dengan kain sebagai langsir. Nasib baik lah masa tu dapat doktor perempuan, terjaga lah aurat masa suntik booster tu. Sama je lah proses dengan sebelum ni. ambil nombor giliran, check masalah kesihatan lepastu inject. 

Masa dekat kaunter check masalah kesihatan tu dia minta tunjuk MySejahtera untuk sahkan kedatangan. 

'Saya patutnya semalam tapi minta anjak tarikh. PPV bagi tarikh harini'

'Alamakkkk! Anjak tarikh?! Aduhhhh!'

I diam. Mungkin dia nak buat lawak tapi malasnya nak layan. 

'Hehe boleh je anjak. Nanti saya update hehe'

T.T

Dah habis inject tu terus update MySejahtera then balik rumah. Tak ada pun tempoh observation macam Dos 1 dengan Dos 2 dulu. Belah petang tu dah mula rasa sakit dekat tempat cucuk sebab mula ada benjol keras. Badan tak panas pun mungkin sebab gigih minum air berbotol sebelum dan selepas inject tu. 

Cuak jugak lah nak tidur sebab sakit satu hal, takut demam satu hal jugak. Sebab ramai yang share pengalaman cakap diorang demam panas, cirit-birit lepastu muntah start jam 3 pagi. Alhamdulillah tak ada apa pun sepanjang tidur sampai bangun pagi. 

Tapi perut dah mula rasa bergas. Sepanjang hari sendawa gas dan kentut bersepah. Ni macam zaman sekolah dulu, masa gastrik tengah teruk. Petang tu dah mula cirit-birit sampai lah esok pagi. Gamble je pergi kerja dengan condition macam tu sebab dah lama sangat cuti. Kalau rasa makin teruk order Grab je lah balik rumah. Nasib baik lah pergi kerja sampai ke malam tu tak ada apa dah cuma tangan je tak hilang bengkak. 

Lepas seminggu baru everything back to normal balik. So tu je lah experience I lepas ambil booster. No AEFI or bad symptoms appear cuma tu lah mungkin akan gastrik balik. Kena jaga makan je lah lepas ni dengan jaga waktu tidur. Alhamdulillah lepas booster tak ada rasa dada ketat macam sebelum ni. Mungkin sebab badan dah kenal vaksin ni. Mungkin.... 

Siapa yang belum ambil dos penggalak tu, kalau takut nak ambil tak payah la ambil tapi amalkan healthy lifestyle, jaga kuantiti tidur dan stress. Minum air banyak dan berjemur bawah matahari sekerap yang boleh. Omicron dah mula bertandang ni, harapnya kita terlindung lah. Kalau terkena pun tak lah sampai masuk kategori 3 dan ke atas. Be safe everyone :)