Last Day Lunch, Original Kayu CITTA Mall

Friday, 31 December 2021


Dah macam annual event pulak bila last day tahun tu pergi lunch dekat luar. Tahun lepas kitorang lunch dekat Deli Wau Citta Mall. Tahun ni pergi ke Original Kayu Penang Nasi Kandar pulak sebab Kak Nora teringin sangat nak tengok robot hantar makanan tu. Yang tak syoknya tahun ni kitorang bertiga je sebab Ain ambil cuti untuk pindah rumah. 

Dari luar dah panjang beratur depan kaunter lauk untuk nasi kandar tu tapi tak lah penat nak menunggu pun sebab bhaiya tu buat kerja laju. Dekat sini ada pilihan nasi putih, nasi minyak (ghee) ataupun nasi beriani. Kalau ambik nasi beriani, confirm petang tu sedap tidur dekat surau, eh!


Sebab hujung tahun kan, kita makan berlagak kaya sikit la sebab ambik sotong celup tepung. Sebenarnya nak ambik udang tapi tak ada pulekkkkk. Dah bosan makan kari kambing sebab dah selalu sangat makan dekat Restoran Arafah belakang rumah. Kari dia sedap weiii. 


Done nasi kandar separuh, bendi goreng, telur dadar dengan sotong celup tepung. Harga semua ni RM22. Ms Fisah pulak nasi kandar dengan kari kambing. Kak Nora nak makan maggi goreng ayam. Kak Nora kalau pergi mamak ni memang menu wajib order. Nasib baik Kapitan depan office tu dah tukar tukang masak. 

Mamak : Order order mau minum apa? 
Ms Fisah : Teh tarik kurang masin satu


Ni lah rupa teh tarik kurang masin tu hshshs

Punya la excited nak makan sampai tersasul buat order haaaa. Dah settle order air memasing excited pegang phone sebab nak record ketibaan robot. 


'Nora, robot datang nanti jangan tunggu dia letak atas meja pulak. Robot tu tak ada tangan tau. Dia hantar je tapi you kena ambik sendiri makanan tu. My parents masa datang sini dok excited tengok sampai tak perasan robot tu dah nak blah.' - Ms Fisah


'Bestnya hajat Kak Nora nak jumpa robot ni dah tertunai.' 

Kak Nora kata robot ni ada lagu Hindustan tapi tak tahu lah ye ke tidak sebab dekat restoran Kayu tu pun dah kuat dengan lagu Hindustan. Masa Kayu baru bukak dulu robot ni ada satu unit je tapi sekarang dah beranak sampai 3 dah. Mungkin tarikan utama Kayu ni robot comel tu lah kot sebab tu diorang tambah. 

Berbaloi jugak lah sebab tarik customer macam Kak Nora yang happy dapat jumpa robot ni. Kak Nora kata Kayu kena buat robot yang boleh terima payment atau order terus. Tapi kalau teknologi macam tu confirm lah mahal harganya. 


Macam biasa lah gagal ambik gambar bersama padahal boleh mintak tolong waiter tu masa dia ambik order. Banyak lah kitorang sembang masa lunch ni nak pulak dapat makan makanan sedap, memang berat masing-masing nak bangun balik office. Mentang-mentang boss pergi bercuti pakat jadi baloq nak buat kerja haha

First Time Buat Gift Exchange!

Thursday, 30 December 2021

Biasanya hujung tahun ni ramai yang buat exchange gift atau manito game kan? Selama bekerja dekat Ram Reza & Muhammad ni, first time lah ada aktiviti macam ni. Tujuan buat ni sebab semua orang dah dapat duit bonus lepastu hujung tahun kan ada Year End Sale, mudah lah nak berbelanja kan sebab barang yang mahal selama ni dah turun harga. 

Tahun 2021 ni agak memenatkan juga untuk kitorang semua sebab di kala semua orang boleh work from home dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, kitorang kena masuk office dan jumpa banyak pihak. So untuk menghargai usaha keras semua orang, buat la aktiviti macam ni untuk eratkan lagi bonding dekat office. 
 

Sebelum nak buat ni pun kena minta persetujuan dari semua termasuklah runner sekali sebab dia baru bekerja so takut pula kalau aktiviti ni membebankan dia. Bila semua setuju nak join baru lah decide tarikh dan masa nak buat. Harga maksimum yang ditetapkan RM100 untuk setiap hadiah. Memandangkan branch Oasis ada managing partner, jadi kitorang collect duit untuk bagi hadiah jugak untuk dia. Dalam paper bag Hip Hip Horay tu hadiahnya lah. Cuba teka kitorang bagi apa?!! :P


Ni semua hadiah yang dikumpulkan untuk aktiviti Exchange Gift ni. Jangan terpedaya dengan paper bag letops memasing sebab isi dekat dalam tu tak sama pun dengan luaran. Terutamanya hadiah yang dekat bawah ni. Paling tak boleh blah seal dengan paper clipper. 


I excited nak join aktiviti ni sebab boleh pergi shopping haha sebab ada plan yang kena cancel so cuti I terasa amatlah bosan selama 4 hari tak buat apa dekat rumah. Bila ada peluang pergi shopping mesti lah happy. Shopping dekat OU pulak tu dengan decoration Krismas meriah sana sini. Jenuh jugak lah nak cari hadiah apa sebab penerima hadiah I orang lelaki. Kalau perempuan sekejap je dah dapat idea nak beli apa. 

Siap Google lagi nak beli hadiah apa untuk lelaki since penerima ni kira dah cukup lengkap serba-serbi barang dia. Nak beli barang yang berkaitan dengan fitness rasanya semua dia dah ada. Nak beli kasut pulak tak tahu saiz. Nak beli pen, lebih dari maximum price. Sudahnya beli baju kemeja dengan tie sebab kebetulan kemeja dekat Parkson cantik design dia. 


Memandangkan buat aktiviti ni jam 4 petang jadi kitorang order lah Krispy Kreme, sandwich Garsa dengan Dimsum Dollu untuk santapan semua. Nampak macam sikit tapi semua ni pun dah buat perut kenyang teruk sampai esok paginya. 

Paling happy bila tengok donut Krispy Kreme tu ada corak Krismas, cantik betul gabungan warna krim merah dengan hijau siap ada sparkle warna emas sebagai topping. Even krim meriah macam tu pun tak manis teruk sangat macam donut yang dip dalam coklat. Donut pulak gebu, memang in love sangat. Rasa macam nak order lagi je nanti. 


Aktiviti exchange ni start dengan ucapan, bacaan doa, sesi penyampaian hadiah, makan then unboxing. Formal bukan? :') Sebab aktiviti ni ada managing partner, bukannya boleh berhuha sangat. Tapi masa unboxing tu meriah lah sebab managing partner on call dengan client. 

Meriah sebab dapat hadiah satu hal, ada yang kena prank satu hal jugak. Penerima hadiah I masa tu Danial tapi dia tak datang pulakkkk. Tapi tapi tapi Ms Fisah buat video call supaya dia boleh join sekali unboxing hadiah dia. 

I pulak dapat hadiah perfume Elianto dari Abang Daus tapi sesi unboxing I kejap je lah sebab box dia transparent. Dari luar pun dah boleh nampak apa hadiah dekat dalam. Perfume Elianto ni tak kena dengan bau yang disukai jadi perfume tu I bagi adik I pakai sebab kebetulan dia memang perlukan perfume dan bau perfume tu pun strong. Thanks Abang Daus! 


Hadiah Ray pulak kelakar jugak lah sebab kena prank satu hal, hadiah dapat half je sebab Mai tak sempat nak pergi beli. Dia siap bagi pantun istimewa untuk Ray supaya tak sedih. Kitorang macam terkejut jugak penerima hadiah Mai ialah Ray sebab Kak Nora dah beria mengaku dia penerima hadiah tu sampai bagi hint apa hajat dia untuk exchange gift nanti. Nak barang makeup katanya rupanya bukan dia penerimanya. Hadiah Kak Nora sebenarnya yang dalam bag Steve Madden tu. 

MC Ray masuk air untuk aktiviti exchange gift



All in all first time kitorang buat exchange gift ni not bad lah walaupun 4/10 tak reti rules aktiviti ni macam mana. Siap pergi tanya pulak penerima nak hadiah apa nanti padahal benda tu sepatutnya rahsia. Punya lah syok buat unboxing sampai lupa nak ambil gambar ramai-ramai untuk simpan buat kenangan. Makanya tak adalah gambar untuk aktiviti ni :(

GrabFood Year in Cravings 2021

Tengah belek IGstory weekend lepas ternampak pulak story Ms Fisah update pasal GrabFood Year on Cravings 2021 ni. Rasanya sebelum ni tak pernah wujud lagi rumusan ni. Ikut style Spotify Wrapped lettew. 


Daah tengok orang lain buat, kita pun nak jugak lah walaupun selalu tumpang FoodPanda orang lain bila nak order makanan haha. Tak susah pun nak cari sebab rumusan ni dekat bahagian home apps Grab. 


So according to GrabFood I akan menggedik craving pada hari Rabu petang. I assume petang lah sebabnya Ram Reza Muhammad Oasis kan ada free lunch every Monday until Thursday. Takkan lah dah dapat makan free, nak craving lagi kan. Haaa gitu kau promote firm sendiri. 

Berbalik kepada hari mengidam tu entahlah kenapa jatuh pada hari Rabu, nak kata ada promosi pun tak jugak. Misteri betul. Kalau bab ambil masa sampai 22 minit tu tak payah cerita lah konflik dalaman antara perut dan otak. Perkara biasa dah tu. 


Tak tahu lah kenapa KFC paling atas sekali sebab rasa macam takde lah selalu sangat order KFC tahun ni hahaha. Mungkin sebab setiap kali nak order lunch untuk hari Jumaat, tumpang GrabFood orang lain kot. 


Restoran Ali, Muthu dan Ah Hock nombor dua tapi makanan terpaling banyak order dapat dekat Nasi Goreng Ali pulak. Surprisingly satu office team Nasi Goreng Ali hahaha memang yang ni je menu yang dijamin sedap dan tak berubah rasa dia. Tak pasti lah dekat franchise lain tapi dekat Ali, Muthu dan Ah Hock, Oasis Square Ara Damansara memang rasa dia sedap. 

Setiap kali buntu nak makan apa dan nak makan yang sedap mesti pilih Nasi Goreng Ali. Terima kasih Nasi Goreng Ali sebab selalu menggembirakan perut kami satu office :)


Dan berdasarkan rumusan ni juga dapatlah disimpulkan bahawa seketul Pana tergolong dalam skuad pencinta daging. Konon je azam 2021 nak berjinak dengan makanan vegan sudahnya kelaut bersama diet yang tak pernah berjaya tu. Takpe takpe, azam tahun 2022 ada ruang kosong lagi haha

Korang dah try ke tengok rumusan GrabFood ni? Share lah kat sini korang skuad apa :P