Lebih Kuat, Lebih Perkasa! Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Varian Lambda COVID-19!

Tuesday, 27 July 2021

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Setelah hampir 2 tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19, penemuan varian baharu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pada awalnya, kita dikejutkan dengan varian alpha, beta dan delta yang mampu menjangkiti orang lain dengan pantas berbanding varian sebelumnya. Kini, muncul pula varian baharu iaitu varian lambda.

Varian lambda yang juga dikenali sebagai virus COVID-19 strain C.37 pertama kali dikesan di Peru pada bulan Ogos 2020. Namun, ia baharu sahaja diklasifikasikan sebagai variant of interest (VOI) oleh WHO pada 15 Jun lalu.

Kini, varian lambda telah dikesan di 29 buah negara yang berbeza – 7 daripada negara ini terletak di Amerika Latin. Malah, di Peru, hampir 82% kes baharu yang dicatatkan di negara tersebut berpunca daripada varian lambda.

Buat masa ini, Peru mempunyai angka kematian COVID-19 per populasi yang paling tinggi di dunia. Statistik menunjukkan Peru mempunyai kadar kematian melebihi 190,000 dengan bilangan rakyat sebanyak 33 juta.

Kenali varian lambda C.37

Kombinasi mutasi ini jugalah yang membuatkan virus tersebut mempunyai kadar transmisi yang lebih tinggi.

Varian lambda mempunyai 7 mutasi pada kawasan protein pepaku (spike protein) yang terletak di luar cangkerang virus tersebut. Protein pepaku inilah yang membuatkan varian ini lebih mudah ‘melekat’ pada sel badan manusia.

Malah, disebabkan mutasi tersebut, protein pepaku ini juga berupaya menghalang antibodi untuk bertindak ke atasnya secara lebih berkesan. Jadi, tidak mustahil varian lambda akan menjadi lebih rintang terhadap imunisasi!

Tambah lagi, sebuah kajian yang dijalankan di Chile juga mendapati varian lambda lebih mudah merebak berbanding varian alpha dan gamma. Kajian yang mengkaji kesan vaksin Sinovac terhadap varian ini juga mendapati vaksin 3 kali kurang berkesan apabila berhadapan dengan varian lambda.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian di atas masih belum lagi melalui kajian semula setara (peer-reviewed). Oleh sebab itu, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dilakukan. Malah, varian ini juga masih lagi diklasifikasikan sebagai VOI dan bukannya VOC (variant of concern).

Menurut CDC, VOC ialah sejenis varian yang lebih berbahaya dan berupaya menyebabkan penyakit yang lebih serius melibatkan hospitalisasi dan juga kematian. Varian delta merupakan salah satu contoh varian yang diklasifikasikan sebagai VOC.

Varian lambda di Malaysia

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, buat masa ini varian lambda masih belum dikesan di Malaysia. Kebanyakan penularan COVID-19 disebabkan virus ini dikesan di Amerika Selatan. Beliau juga menggesa kerajaan agar memperketatkan lagi sempadan antarabangsa supaya varian ini tidak terlepas ke negara kita. Di United Kingdom, 8 kes COVID-19 disebabkan varian lambda dikesan mempunyai kaitan dengan perjalanan ke luar negara.

Pada waktu ini, saintis masih lagi berpendapat varian delta lebih berbahaya berbanding varian lambda. Malah, varian ini juga dianggap sebagai ancaman dunia yang terbesar dengan nama julukan ‘the fastest and the fittest’. Kini, varian delta telah menular di hampir 100 buah negara yang berbeza.

Setakat 30 Jun 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan hampir 40 kes jangkitan COVID-19 dengan varian delta di negara kita. Menurut Dr. F. Perry Wilson dalam laman sesawang Yale Medicine, varian delta mampu merebak sebanyak 50% lebih pantas berbanding varian alpha. Kini, varian delta telah menjadi strain yang dominan berbanding varian lain.

Adakah vaksin tidak lagi berkesan?

Buat masa ini, masih belum ada data yang mencukupi untuk mengesahkan kenyataan di atas. Malah, ada kajian yang menunjukkan vaksinasi masih lagi berkesan dalam mengelakkan penularan varian lambda.

Sebuah kajian pracetak dari New York University Grossman School menemui pengurangan keberkesanan vaksin Pfizer dan Moderna sebanyak 2 hingga 3 kali ganda terhadap varian lambda. Walaupun terdapat pengurangan dari segi keberkesanan, pakar berpendapat dua vaksin ini masih lagi mampu memberikan perlindungan terhadap varian yang ada.

Namun, hingga kini belum ada lagi vaksin yang mampu memberikan perlindungan sebanyak 100% terhadap mana-mana varian COVID-19. Langkah terbaik yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada varian alpha, lambda dan delta adalah dengan mengambil vaksinasi.

Vaksinasi juga perlu dilengkapkan sebanyak dua dos. Selepas itu, anda diminta untuk menunggu selama 2 minggu supaya vaksinasi tersebut benar-benar berkesan.

Kesimpulan

Kini, dunia berhadapan pula dengan mutasi demi mutasi varian COVID-19 yang semakin berbahaya. Malah, di negara kita sendiri, COVID-19 sudah bertukar menjadi mimpi ngeri dengan bilangan kes yang telah mencecah 5 angka.

Pada waktu ini, harapan kita hanyalah melalui vaksinasi. Oleh sebab itu, jangan sesekali bertindak memilih vaksin. Ingatlah, vaksin yang terbaik adalah vaksin yang terpantas yang boleh kita dapatkan. Selain itu, jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah.

Walaupun kita sudah divaksin, amalan ini masih lagi perlu dilakukan supaya kita tidak bertindak menjangkiti orang lain secara tidak sengaja!

Movie Review | Visaranai (2016)

Monday, 26 July 2021

 

Director : Vetrimaaran

Writer : Vetrimaaran

Cast : Dinesh, Anandhi, Samuthirakani, Murugadoss, S Rathnasamy, Kishore, Pradheesh Raj

Production Company : Wunderbar Films, Grass Root Film Company

Distributor : Lyca Productions, Netflix

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 118 minutes

Release Date : 12 September 2015 (Venice), 5 February 2016 (India)

Trailer :


Filem yang diadaptasi dari kisah benar dan memenangi Amnesty International Italia Award di Venice Film Festival ke-72 ini mengangkat tema kekejaman pihak polis yang berlaku di India. Bermula dari novel Lock Up karya penulisan M. Chandrakumar yang diterbitkan pada tahun 2006 mendapat perhatian kemudiannya diangkat ke layar perak sebagai naskhah crime thriller oleh pengarah Vetrimaaran.

Filem bermula dengan watak Pandi (Dinesh Ravi) mulakan hari dengan rutin kerja seperti biasa di sebuah kedai runcit kecil. Tidak lama kemudian pegawai polis datang dan paksa dia pergi ke balai polis. Kawan-kawan dia, Murugan (Aadukalam Murugadoss), Afzal (Silambarasan Rathnasamy) dan Kumar (Pradheesh Raj) juga mengalami nasib yang sama. Buntu dengan apa yang berlaku, mereka berempat cuba minta bantuan tapi malangnya penduduk di situ berbahasa Telugu. Mereka berempat pula cuma pandai berbahasa Tamil. 

Mereka dibelasah kemudiannya dipaksa mengaku mereka adalah pencuri yang terlibat dalam kes pecah masuk rumah pegawai polis di kawasan tersebut. Pandi bertegas yang mereka berempat tak melakukan kesalahan tersebut. Semakin mereka bertegas tidak bersalah, semakin teruk mereka dipukul sehinggakan luka teruk tanpa sebarang rawatan. 

Bila tengok filem Visaranai (Interrogation) yang diterbitkan oleh Wunderbar Films dan Grass Root Film Company ni boleh nampak betapa takutnya mereka berempat di balai polis tu. Sudah lah merempat di negeri orang, asing dengan bahasa sekeliling, dibelasah pula tanpa kasihan. Masa tengok ni teringat beberapa kes ‘kematian misteri’ yang berlaku di beberapa balai polis. Mungkinkah mereka mengalami nasib yang sama? 

Selain dipaparkan secara realistik, kenyataan yang filem Visaranai ni adalah cerita sebenar apa yang watak Kumar alami sendiri selama 13 hari di lokap pada masa tersebut dah cukup hadirkan pelbagai emosi yang berat dan sarat. Bertambah sedih dan kecewa bila kekejaman polis ni masih lagi berlaku sehingga lah sekarang sedangkan cerita yang dipaparkan ni berlatarkan tahun 2000. 

Dari awal movie sampailah ke hujung, tak ada pun scene yang boleh kita predict apa akan jadi pada keempat watak tersebut. Kita sentiasa dengan pertanyaan boleh ke tak mereka ni selamat? Apa akan jadi kalau mereka mengaku dan follow je apa yang polis nak sebab masing-masing dijanjikan hukuman yang ringan dan verbal deal yang lain untuk pujuk mereka mengaku. 

Mungkin jalan senang adalah dengan mengaku tapi betul ke hidup dalam penjara akan selamat? Maruah mereka berempat macam mana? Masa depan macam mana? Memang terlampau banyak persoalan yang mengganggu tapi dalam masa yang sama sakit tengok penderaan tanpa henti oleh pihak polis. Lakonan Dinesh dan Murugadoss menambahkan lagi rasa rimas pada kemelut konflik dalam filem ni. 

Filem ni tak sesuai ditonton oleh underage sebab penderaan tu terlampau kejam sama ada dibelasah dengan baton, kasut but, pelepah kelapa dan apa sahaja barang yang ada di sekeliling. Nak menangis masa tengok sebab tak ada langsung sifat kemanusiaan. Ada scene bila watak lain meninggal kemudiannya dilangkah, dipijak tanpa empati seolah macam mayat tu tak ada nilai langsung. Walhal scene sebelum tu ada dialog bila pihak polis bagitahu watak tersebut pernah bantu dia dan keluarga. Keji! 

Tak mampu nak bayangkan macam mana kalau penindasan dan ketidakadilan ni jadi depan mata kita. Sama ada nak bertindak seperti watak majikan Pandi ataupun bertindak seperti watak pegawai polis wanita. Dari segi penceritaan, dialog, music score, visual dan beberapa faktor lain menjadi kekuatan filem Visaranai sehingga dinobatkan sebagai Best Feature Film in Tamil di National Film Award ke-63. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Toofaan (2021)

Sunday, 25 July 2021

 

Director : Rakeysh Omprakash Mehra

Writer : Anjum Rajabali, Vijay Maurya, Farhan Akhtar

Cast : Farhan Akhtar, Paresh Rawal, Mrunal Thakur, Hussain Dalal, Darshan Kumar, Vijay Raaz

Production Company : ROMP Pictures, Excel Entertainment

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Sports / Drama

Running Time : 161 minutes

Release Date : 16 July 2021

Trailer :


Lepas kejayaan movie Bhaag Milka Bhaag (2013), pengarah Rakeysh Omprakash Mehra dan Farhan Akhtar reunite untuk movie genre sports drama, Toofan. Mengisahkan Aziz Ali (Farhan Akhtar) yang bekerja sebagai debt collector di bawah Jaffar Bhai (Vijay Raaz) bertemu minat dengan boxing. Dia cuba berlatih untuk masuk pertandingan kemudiannya dapat berlatih dengan Nana Bhai (Paresh Rawal). 

Dalam masa yang sama Aziz bercinta dengan doktor muda, Ananya Prabhu (Mrunal Thakur) yang selalu bagi semangat dan nasihat supaya tinggalkan kehidupan gangster dan gunakan energy dia dalam sukan. Setiap kali sebelum pertandingan, Aziz akan minta semangat dari Ananya sampaikan Nana risau dia akan hilang fokus. 

Pertandingan demi pertandingan, nama Aziz Ali mula mencuri tumpuan peminat sukan tinju dan juga pihak media. Aziz diberi nama jolokan Toofan kerana skills dan teknik dia di dalam gelanggang menumpaskan pihak lawan dengan mudah. Sekejap sahaja pihak lawan dah tumbang. Kemenangan di peringkat negeri membolehkan dia menjadi wakil peringkat kebangsaan. 

Malangnya Nana Bhai dapat tahu Aziz bercinta dengan anak dia, Ananya kemudian halau mereka berdua keluar dari hidup dia. Kematian isteri dia dalam letupan angkara pengganas ekstremis membuatkan Nana Bhai prejudis dan benci terhadap Muslim. Kerana kesempitan wang, Aziz terima sogokan bookie supaya dia kalah dalam pertandingan. Boxing Foundation ban Aziz dari bertinju selama 5 tahun kerana memalukan sukan dan juga peminat. 

Kalau tengok dalam trailer pun pengarah dah letak the whole story dalam tu so bila tengok full movie rasa macam mehhh lah sebab tak ada apa yang menarik pun. Jalan cerita Toofan pun predictable sangat bila Aziz jumpa minat dia lepastu menang dalam semua pertandingan then jatuh kemudian bangkit balik. 

Konflik tu ada tapi tak dikembangkan sangat sedangkan elemen drama kuat dekat situ. Bertambah cliché bila penulis guna template tipikal untuk naikkan elemen drama sama macam dalam kebanyakan music video single track Bollywood. Kalau music video pun orang dah menyampah tengok storyline yang sama, apa yang buat penulis fikir audience akan terima template yang sama dalam movie? 

Nak kata pengarah olah dan tambahkan elemen saspen masa pertandingan pun tak jugak sebab tak banyak pun scene gelanggang dalam movie Toofan ni. Watak Dharmesh Patil (Darshan Kumar) tak dikembangkan dengan lebih mendalam padahal dia boleh menjadi watak antagonis yang sama kuatnya dengan Aziz. 

Visual Toofan pun tak lah menarik mana pun sebab tak ada sinematografi yang menarik ataupun panorama shot yang menaikkan semangat kesukanan ataupun impak pada penceritaan. Ada scene guna teknik gegar di belakang Aziz which for me is pointless. Music album dari komposer Shankar-Ehsaan-Loy sesuai dengan mood dan situasi dalam scene tersebut. Lagu Toofan dinyanyikan oleh Siddharth Mahadevan yang pernah bekerja dalam movie Bhaag Milka Bhaag. 


Walaupun team production Bhaag Milka Bhaag kebanyakannya adalah orang yang sama tapi hasilnya jauh berbeza. Mungkin sebab skrip dengan template lama tapi dipersembahkan di waktu audience dah jelak bila terlampau banyak longgokan movie genre sports atau biopic dalam industry. 

One good thing from the movie might be Mrunal Thakur’s acting. Lakonan dia makin bagus, serasi bersama Farhan dan selesa dengan karakter Ananya. Screentime dia pun lebih panjang dalam movie Toofan kalau nak dibandingkan dengan movie Super 30 (2019) ataupun Batla House (2019).

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10