TV Show Review | Single’s Inferno Season 5 (2026)

Tuesday, 10 February 2026

Pengarah: Kim Jae-won, Kim Na-hyun
Penulis Skrip: Ji Hyun-suk, Lee Jung-hwa
Panelis: Hong Jin-kyung, Lee Da-hee, Cho Kyu-hyun, Hanhae, Dex
Peserta: Park Hee-sun, Kim Go-eun, Ham Ye-jin, Kim Min-ji, Choi Mina Sue, Lee Ha-eun, Lee Jo-young, Youn Hyeon-jae, Song Seung-il, Shin Hyeon-woo, Kim Jae-jin, Woo Seung-min, Lim Su-been, Lee Sung-hoon (Samuel Lee), Jo I-geon
Syarikat Produksi: N/A
Penyiaran: Netflix
Genre: Dating show
Jumlah Episod: 12 Episod (1 jam 15 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 20 Januari 2026 – 10 Februari 2026
Trailer:


Lepas mengharungi musim yang bosan dalam Single’s Inferno Season 4 (2025). Kali ni team Single’s Inferno mendengar rentanan warga net. Peserta yang dibawa masuk ada latar kerjaya yang pelbagai dan bukan terhad pada model semata. 

Tapi peserta Kim Min-gee, Choi Mina Sue, Hee-sun dengan Go-eun pernah sertai Miss Korea. Sama batch tapi pura-pura tak kenal dalam dating show. Mungkin kenal sebab tu Min-gee boleh tegur perangai Mina Sue atau confront bila lepak dalam bilik. Mungkin sebab kenal juga, masing-masing tak beria nak kenal peserta lelaki yang dah kena locked. 

Thank you to Single’s Inferno team yang wujudkan balik sesi memasak ikut kreativiti masing-masing dan bagi juga ready made foods bila peserta dah penat beraktiviti. At least ada sesi ice breaking dan moments menarik antara peserta tapi sayang lah sebab tak dimasukkan pun dalam full show. Ada koleksi polaroid dalam Photobooth tunjuk aktiviti peserta main jenga, even Mingee bagitahu diorang have fun main halli galli tapi editor skipped. Dalam beberapa klip akan ternampak peserta menyembang in groups tapi tak ada langsung dimasukkan walhal musim kelima ada 12 episod dengan durasi yang lebih panjang untuk setiap episod.

Ada juga babak dalam preview stay dalam preview sahaja. Tak banyak moments dekat Inferno atau Paradise yang dipaparkan padahal kita nak tahu apa yang jadi pada sekian sekian couples yang pergi. Kalau bosan pun tunjuk je lah since conversation dan moments couples tu adalah reference kepada single people out here. I mean, duhhh.

Last two episodes untuk Single’s Inferno Season 5 nampak tergesa-gesa untuk habis sebab ada conversations yang tak ditunjukkan pun. Game akhir dengan ganjaran special meal date pun tak ditayang sepenuhnya padahal nak tengok semua pasukan lawan sepanjang game berlangsung. 

Setiap musim akan tunjuk bonfire session untuk semua peserta reveal umur dan kerjaya sebenar tapi dalam musim 5, editor letak part penting dan fokus dengan Truth or Dare Challenge yang hanya fokus pada Go-eun. Geram lah juga sebab bonfire ni penting, I nak tengok reaction semua bila tahu umur Ye-jin atau Heesun. Nak juga tengok kerjaya Hyunjae dan kebolehan dia untuk multilingual. We've been robbed!

Tak fair lah banyak cut sebab 4 musim sebelum ni elok je tunjuk semua. Orang marah bila screentime fokus dekat seorang peserta sahaja. Dalam musim ni beria pula nak sorok untuk wujudkan plot twist dan kejutan. 

Patutnya tambah lagi 2 episod untuk masukkan banyak lagi moments peserta dekat sana terutamanya Sam, Ha-eun dengan Ye-jin. Production bagi teaser akan ada winter reunion special nanti tapi belum ada pengumuman rasmi so kita tunggu unreleased clips je lah dekat Netflix. Boleh jadi juga production team salah teka favourites couple dalam musim kelima bila diorang lebih fokus pada Go-eun dan peserta-peserta lelaki yang minat dengan dia sedangkan Mingee x Seung-il, Subeen x Heesun dan Joo-young x Jae-jin buat kita tersengih bila diorang spend time sama-sama dekat Inferno atau Paradise. 

Anyway, walaupun kita merentan sampai beberapa perenggan tapi musim kelima adalah Single’s Inferno paling seronok dan musim yang mempunyai ramai pasangan dalam sejarah Single’s Inferno. Dari episod 1 hingga episod 4 terhibur tengok perangai Mina Sue berebut perhatian Su-been, Seung-il dan Hyeon-woo. 

Geram masa tengok perangai Mina Sue sentiasa berubah-ubah tapi bila dia ada deep talk sessions dengan Samuel Lee, okay lah boleh terima lah perangai dia. Nak pula bila dia kena confront dengan Min-gee. Kalau dalam Single’s Inferno Season 3 ada Gwan-hee, season 5 ada Mina Sue yang menggerakkan kebanyakan screentime. A show stealer indeed. 

Musim 5 bawa kelainan dari musim sebelumnya dengan Photoshoot Challenge dan game Wood Statue. Dekat dalam dua game ni paling banyak moments menarik dan chemistry setiap peserta juga. Wood Statue paling kelakar sebab ada team yang dapat lebih ahli dari yang lain. Thank you to panelist juga yang bagi genuine reactions especially Jin-kyung unnie. Ramalan dia memang power and cara dia baca tingkah peserta musim lima ni kebanyakannya tepat and it helped me as viewer a lot. 

Memandangkan Single’s Inferno adalah dating show untuk mencuci mata, season 5 paling rancak sebab ramai peserta lelaki yang kacak terutamanya I-geon. Boleh faham sangat kenapa Go-eun mudah cair bila I-geon make effort untuk mengurat dia. Untungnya, I-geon adalah pelakon so lepas ni boleh nampak dia dalam banyak K-drama atau show sebab dah dapat exposure dari Netflix. Boleh agak jalan dia akan sama dengan Dex tapi jangan letak dia sebagai panelis Single’s Inferno sebab bahasa dia kasar dan tak funny. 

Dalam Single's Inferno je boleh tengok muka cantik atau kacak pun tak mungkin pergi jauh kalau personaliti tak cun atau low confidence dengan kebolehan diri. Dekat luar, setiap 3 langkah akan ada yang datang minta contact number tapi dalam Inferno, sekejap je minat boleh hilang. Ini juga antara faktor Single's Inferno kekal relevan dan jadi tumpuan setiap tahun bila pretty faces or hot bodies terseksa untuk cari pasangan hidup. 

Peserta lelaki pun bukan calang-calang orang sebab ada yang bekerja sebagai analyst dan hedge trader. Bila dapat tahu kerjaya masing-masing dengan paras rupa kacak tu, makin bertambah charming sekian sekian peserta tu. Peserta lelaki yang tinggalkan impak kuat untuk musim ni I would say Lim Su-been sebab dia jenis tetap pendirian, straight-forward, manly dan tahu apa dia nak. Gentleman juga 💖

Hopefully my favorites end game couples ended up dating in real life sebab personaliti dan lifestyle match teruk. 

“If she doesn’t choose me, I’ll jump into the sea”

p/s: Pull chair scene tu buatkan I teringat dekat Nick x Priyanka. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Lupa Daratan (2025)


Pengarah: Ernest Prakasa
Penulis Skrip: Ernest Prakasa
Pelakon: Vino G. Bastian, Agus Kuncoro, Dea Panendra, Emil Kusumo, Sadha Triyudha
Syarikat Produksi: Imajinari
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 02 Disember 2025 [Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF)], 11 Disember 2025 (Netflix)
Trailer:


Filem Lupa Daratan atau Lost In Spotlight mengisahkan tentang kehidupan Vino Agustian (Vino G. Bastian), pelakon ternama di Indonesia. Semakin dia menginjak ke puncak kariernya, semakin dia lupa diri dan menganggap kejayaan tersebut terhasil dari usahanya sendiri. Ucapan ketika after party Anugerah Filem Indonesia menjengkelkan ramai rakan yang hadir. 

Abang kandung Vino, Iksan (Agus Kuncoro) juga telah lama tidak dihubungi sejak bertukar pengurus kepada talent agency yang ternama dalam industri perfileman Indonesia milik Hasto (Emil Kusumo) sedangkan Iksan yang banyak berkorban untuk pastikan adik kesayangannya berjaya capai Impian sebagai pelakon.

Dek kejayaannya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Vino ditawarkan membintangi filem biografi Sudibyo (Arswendy Beningswara), bekas Presiden Indonesia, salah satu figura penting negara. Hasto menjangkakan filem tersebut akan membawa keuntungan yang banyak kepada syarikat malah akan menjadi watak yang mengukuhkan lagi nama Vino.

Malangnya ketika sesi script reading bersama pelakon wanita, Sheila (Sheila Dara Aisha) yang melakonkan watak si isteri, Vino hilang keupayaan untuk berlakon malah dijadikan meme oleh para netizen. 

Malu dengan situasi berkenaan, Vino dan pembantu peribadinya, Dimi (Dea Panendra) segera menyelesaikan misteri yang menimpanya sebelum keadaan menjadi lebih parah. 

Ernest Prakasa kembali dengan naskhah komedi yang berlatarkan dunia perfileman Indonesia setelah berada di kerusi produser untuk filem-filem Imajinari sejak 2023. Bukan sesuatu yang baru bila pelakon popular lupa daratan dan menganggap bakatnya punca kejayaan semata. Namun olahan yang diadun dalam template komedi menjadikan naskhah Lupa Daratan terlihat menghiburkan. 

Cameo dari barisan pelakon Indonesia juga menghidupkan lagi dunia superstar seperti Lukman Sardi, Indra Jegel, Ardit Erwandha, Indah Permatasari, Kristo Immanuel dan ramai lagi. Penulis masukkan juga babak pelakon wanita yang diganggu ketika melakukan penggambaran dan seperti mana yang dialami oleh sesetengah pelakon, perkara tersebut hanya dibiarkan sepi oleh agensi atau pihak produser. 

Penceritaan Lupa Daratan bermula dengan masalah yang dihadapi Vino dan menghadirkan elemen komedi lalu berpindah ke genre drama di second half movie. Babak drama hadir apabila Vino bertemu kembali dengan Iksan dan dalam masa yang sama perbaiki hubungan bersama Andi (Sadha Triyudha). 

Babak komedi yang dimasukkan boleh kata segar dan tak boleh dijangka macam transisi penjual sate yang berpindah latar masa, babak Vino berlatih dengan Sheila atau babak Iksan yang serius dan moody tapi situasi buatkan dia terlihat kelakar. Ada babak yang buatkan kita sakit perut gelak. 

Sinematografi dari Bella Panggabean menghidupkan dunia masyarakat biasa dan dunia glamor yang menyebabkan Vino lupa diri lantas menjadi ego. Pencahayaan agak sedikit gelap untuk mewujudkan visual yang lebih seiring dengan vibe misteri dan kusut yang dialami oleh beberapa watak. Music album yang digunakan sesuai dengan situasi tapi passable lepas tamat cerita. 

Dinamik dan chemistry antara Vino G. Bastian bersama Agus Kuncoro menjadi kekuatan elemen drama yang dipamerkan sekaligus menarik perhatian untuk lihat dua beradik ini berbaik semula dan mulakan hidup baru seperti yang sepatutnya. Cuma macam pelik lah kenapa masa muda remaja, Iksan tu segak tapi bila masuk alam dewasa, berubah penampilan kepada bapak-bapak. Nasib baik lah age gap Iksan dengan Vino agak besar jadi mudah lah terbeli dengan visi pengarah. 

‘Gua pengen bisa rasain jadi apa saja. Bukan cuma jadi Vino yang hidupnya pas-pasan terus kayak begini. Gua pengen bisa jadi karakter apa pun di dalam skenario. Itu seru sekali, Bang. Bikin gue senang. Itu mimpi gue dari kecil.’ - Vino

Kelemahan dalam filem Lupa Daratan terletak pada second half yang mula draggy dan komedi yang agak hambar setelah klimaks. Vibe lebih kurang macam filem Agak Laen (2024) di second half tapi mungkin I yang tak faham reference dekat babak tu. Apapun, Lupa Daratan menghiburkan sambil paparkan mesej kekeluargaan dan persahabatan yang kuat. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10

Farewell Kak Ida - Loyal Staff Award

Monday, 9 February 2026

 

Penghujung tahun 2025 jadi penutup untuk beberapa orang yang bekerja di RRM, antaranya Kak Ida yang dah bekerja di firm ni selama 24 tahun. Kalau stay satu tahun lagi dah boleh dapat staff jubli perak dah. 

Asbab utama Kak Ida resign bila dia kena jaga suami dan ibu dia yang sakit. Sebelum ni adik Kak Ida yang jaga tapi bila husband pun sakit, dia kata ini lah kot masanya untuk stop bekerja dan fokus pada family. Lagipun work besties Kak Ida pun dah resign bulan Mei 2025 so bila besties dah keluar, nak kerja pun semangat tak tinggi macam dulu dah. 

Masa annual dinner RRM tahun lepas, Kak Ida dah terima anugerah kesetiaan, dalam majlis perpisahan kecil ni Partners RRM bagi sijil pengiktirafan sebagai tanda terima kasih untuk jasa dan sumbangan Kak Ida untuk firma. 


Kak Ida dah buat farewell dengan department lain so untuk yang ni makan-makan sambil mengalukan kedatangan Conveyancing Partner baru. Kalau buat makan-makan dekat office atau makan-makan masa meeting, kitorang suka order dekat Dapur DD. Mudah sebab semua ada, spaghetti dia pun sedap 💥


Masa Kak Ida bagi ucapan perpisahan ni rasa sedih lah sebab semua senior dekat RRM dah resign untuk berpencen. First time juga tengok Datuk menangis bila Kak Ida cerita pasal moment dia dapat tahu Datuk sakit. Selalunya kalau farewell, Datuk steady je tapi dengan Kak Ida, dia jadi sebak sebab Kak Ida dah lama dengan RRM, jatuh bangun pun Kak Ida tetap ada. 



Setiap orang pun bagi ucapan perpisahan kepada Kak Ida tapi Atie tak nak sebab takut dia menangis. Sejak berpindah ke Griffin, Atie rapat dengan Kak Ida sebab meja diorang menghadap each other. Dari pagi sampai petang ada je lah yang diborakkan, nak pula sama department. I malas nak bagi ucapan sedih so my speech be like...

😁: Semua orang ada first imprerssion yang best and gentle dengan Kak Ida tapi I tak. I kena scam dengan Kak Ida masa awal masuk RRM dulu. 
😅: Ya Allah kenapa Ana cakap macam tu?
👨: Haaa kenapa tu Ana, cerita lah kisah scam tu
😁: I masuk masa Ain maternity leave so Kak Ida bagitahu 'Ana jangan risau bab akaun ni, Kak Ida ada je guide Ana. Setiap hari akak datang sini untuk monitor kerja Ana.' Tapi hari pertama I jumpa tu lah first and last I jumpa Kak Ida, nasib baik lah I bijak.
😅: Ya Allah Ana, akak mintak maaf sangat. 
😂: Lama pendam tu 
😁: Hahaha takpe akak, masa tu pun akak busy so saya faham je bila akak tak datang cuma goyang lah bila kena scam. 
😅: sorry Ana aduhhh
😁: haha all the best Kak Ida, semoga dipermudahkan urusan akak dan diberi ketabahan menjaga orang-orang tersayang.
😅: Aminnnn





Last day Kak Ida dekat RRM, Corporate-Liti Department bagi hadiah perpisahan untuk Kak Ida dan bergambar sebagai kenangan. 










Selamat berpencen Kak Ida, terima kasih jadi senior yang banyak tunjuk ajar, berkongsi pengalaman dan kisah-kisah tentang RRM. Semoga akak sentiasa sihat dan kuat menjaga ahli keluarga termasuk cucu sulung kesayangan. Ada rezeki kita jumpa lagi akak 💖🌼

Kuala Lumpur, 9 Februari 2026 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, kini menawarkan promosi istimewa untuk pek Astro One terpilih bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih banyak hiburan kegemaran mereka. Bermula hari ini hingga 30 April 2026, pelanggan baharu dan sedia ada boleh menikmati tawaran bernilai hebat ini yang menggabungkan aksi sukan, filem, siri serta hiburan seisi keluarga dalam satu pengalaman tontonan yang lebih lancar dan menyeluruh.

Direka untuk memenuhi cita rasa dan gaya hidup yang berbeza, pek Astro One menawarkan pilihan hiburan yang sesuai untuk setiap isi rumah. Sebagai sebahagian daripada promosi terhad ini, Pek Sports Astro One kini ditawarkan pada harga serendah RM69.99 sebulan (RRP RM99.99) dan pelanggan akan mendapat Pek Kids bernilai RM9.90 secara percuma, memberikan nilai tambahan kepada seisi keluarga.

Bagi mereka yang mahukan pengalaman hiburan yang lebih lengkap, Pek Epic Astro One pula ditawarkan pada harga promosi istimewa RM159.99 sebulan (RRP RM199.99). Pek ini menghimpunkan kandungan premium merangkumi filem, siri, sukan dan hiburan kanak- kanak, serta akses kepada lapan aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI, beIN Sports dan banyak lagi — semuanya dalam satu platform. Dengan semuanya tersedia di satu tempat, pelanggan boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar apabila beralih antara saluran TV LIVE dan aplikasi penstriman kegemaran tanpa perlu bertukar peranti atau mengurus pelbagai langganan. Ini menjadikan pengalaman hiburan harian lebih mudah, lebih lengkap dan lebih selesa.

Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat harga:

Selain menawarkan nilai hebat, promosi ini turut membuka akses kepada barisan kandungan menarik di saluran Astro serta aplikasi penstriman. Penonton boleh menantikan rancangan menarik seperti One Piece 2 di Netflix, Made in Korea di Disney+, Love in Red Dust di iQIYI, serta siri Astro Original Bad Cop. Peminat sukan juga tidak ketinggalan, dengan akses kepada aksi bertaraf dunia termasuk musim Premier League 2025/26 dan kejohanan BWF utama. Daripada perlawanan LIVE yang penuh adrenalin, siri yang mengasyikkan untuk ditonton tanpa henti, sehinggalah pilihan kegemaran seisi keluarga, sentiasa ada sesuatu untuk dinikmati sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan.

Promosi eksklusif ini terbuka kepada pelanggan baharu yang ingin melanggan Pek Sports atau Pek Epic Astro One, serta pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf pek langganan mereka. Dengan pilihan yang fleksibel, pelanggan boleh menyesuaikan hiburan kesukaan mereka mengikut keperluan tontonan yang sentiasa berubah.

Pelanggan yang berminat boleh melanggan atau menaik taraf pek mereka menerusi Astro Authorised Exclusive Partner, Premium Kiosk atau Mobile Booth, ataupun menghubungi Astro melalui WhatsApp atau panggilan telefon. Proses pemasangan turut dipermudahkan dengan caj pemasangan standard sebanyak RM50 untuk pelanggan baharu dan RM49 untuk pelanggan sedia ada, manakala pemasangan Plug-and-Play ditawarkan tanpa sebarang kos. Pelanggan sedia ada yang sudah memiliki Ultra atau Ulti Box boleh terus menggunakan peranti sedia ada tanpa perlu mendapatkan kotak baharu atau membayar sebarang caj pemasangan.

Melalui promosi Astro One ini, Astro terus komited untuk menjadikan hiburan lebih mudah, lebih terhubung dan lebih menyeronokkan untuk semua. Dengan menghimpunkan kandungan premium, aplikasi penstriman popular dan pilihan tontonan yang fleksibel dalam satu platform, Astro memastikan pelanggan dapat menikmati hiburan secara lancar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sambil mencipta lebih banyak detik untuk berehat, berhubung dan menikmati hiburan bersama.

Astro terus menawarkan nilai hebat menerusi Pek Astro One yang kini ditawarkan bermula daripada RM49.99*, dengan pengalaman penstriman yang mudah dan hiburan tanpa henti.

Pelanggan yang berminat untuk melanggan Pek Astro One boleh melayari astro.com.my atau menghubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

Drama Review | Can This Love Be Translated? (2026)

Sunday, 8 February 2026


Pengarah: Yoo Young-eun
Penulis Skrip: Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Pelakon: Kim Seon-ho, Go Youn-jung, Sota Fukushi, Lee Yi-dam, Choi Woo-sung
Syarikat Produksi: Studio Sot, Trii Studio, Imaginus
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 12 Episod (56-82 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026
Trailer: 


Joo Ho-jin (Kim Seon-ho) secara tak sengaja bertemu dengan pelakon wanita bernama Cha Mu-hee (Go Youn-jung) di kedai makan Momo-chan Ramen di Jepun. Cha Mu-hee berada di sana untuk bertemu dengan pemilik kedai kerana wanita tersebut merupakan kekasih simpanan teman lelakinya. 

Setelah berterus-terang dengan Momo, barulah dia sedar yang teman lelakinya curang dan putuskan hubungan serta-merta. Cha Mu-hee berterima kasih dengan Ho-jin yang banyak membantu dia berbual dengan Momo kerana Ho-jin bekerja sebagai penterjemah bahasa. Sejak pertemuan tersebut, mereka tidak lagi berhubung dan Cha Mu-hee pula ditimpa kemalangan akibat jatuh dari tingkat atas ketika melakukan penggambaran dalam filem zombie. 


Tanpa disangka, filemnya menjadi popular dan mendapat pujian ramai ketika dia masih lagi terlantar di hospital. Sebaik saja sedar, Joo Ho-jin mengambil tugas sebagai penterjemah untuk bertemu dengan Cha Mu-hee. Pertemuan kedua buatkan Mu-hee mula suka dengan Ho-jin walaupun lelaki tersebut menyimpan perasaan pada Ji-sun, teman baiknya ketika belajar. Sekali lagi Mu-hee dan Ho-jin bawa haluan masing-masing. 

Takdir pertemukan mereka berdua dalam rancangan realiti romantik berjudul Romantic Trip di mana Cha Mu-hee bergandingan bersama pelakon terkenal Jepun, Hiro Kurosawa (Sota Fukushi) mengembara di benua Eropah. Perbualan mereka diterjemah oleh Joo Ho-jin yang berkerja di belakang tabir. Sepanjang pengembaraan tersebut bermulalah kisah cinta tiga segi antara Cha Mu-hee, Joo Ho-jin dan Hiro. 


Selepas drama Alchemy of Seoul (2023) popular di Netflix, 3 tahun kemudiannya Netflix bekerjasama dengan Hong Sisters untuk naskhah romantik komedi berjudul Can This Love Be Translated? arahan Yoo Young-eun. Uniknya, drama Can This Love Be Translated? menggabungkan elemen romcom dan psikologi yang lebih santai di mana Cha Mu-hee mengalami gangguan personaliti gara-gara trauma yang dialami. 


Cha Mu-hee sering bertemu dengan Do Ra Mi, watak zombie yang menakutkan dalam filem yang melonjakkan namanya sebagai pelakon wanita popular di Korea. Awalnya Mu-hee sangka Do Ra Mi wujud kerana dia penat dan stress gara-gara kerja tapi semakin lama personaliti tersebut semakin agresif sehingga dia hilang kawalan. 


Lakonan Go Youn-jung sebagai Cha Mu-hee dan Do Ra Mi dipaparkan dengan cemerlang walaupun mempunyai personaliti yang hampir sama tapi ada perbezaannya. Chemistry Go Youn-jung dan Kim Seon-ho mencorakkan lagi naskhah romantik Can This Love Be Translated? lantas terlihat menarik hingga ke hujung drama. 

Awalnya ingatkan ada konflik kisah cinta tiga segi yang kuat tapi watak Hiro agak pasif dan jadi pemerhati untuk perjalanan kisah cinta Cha Mu-hee dan Joo Ho-jin. Mungkin sebab tu kot drama Can This Love Be Translated? ada 12 episod sahaja. Nasib baik juga Netflix release semua episod sekaligus, dapat lah marathon dalam masa singkat. 


Pace penceritaan Can This Love Be Translated? bergerak sederhana, di awal drama bergerak pantas dengan keletah Cha Mu-hee yang menghiburkan sementara hujung drama mula mendatar bila pasangan ni main tarik tali. Uniknya drama Can This Love Be Translated?  mempunyai jalan cerita non-linear di mana latar masa bersilih ganti buatkan naskhah yang biasa mencuri tumpuan untuk tetap fokus hingga ke hujung cerita.

Selain Cha Mu-hee dan Hoo-jin, second couple pun comel juga walaupun ada age gap yang ketara. Sayang lah sebab kisah second couple tak dapat banyak ruang tapi setiap kali fokus beralih pada second couple, rasa tenang dan awwdorable sebab everything fits perfectly untuk dua watak ni. 


Sinematografi dari Keeha Choi dan Kim Young-jin menggunakan keindahan landskap semulajadi di Kanada, terutamanya di Banff di mana wujudnya aurora dan panorama memukau di Lake Louise. Penggambaran di Itali not bad juga lah tapi kebanyakan masanya mereka shoot dalam bangunan. Babak di ladang wain tu teringat pula babak dalam drama Vincenzo (2021). Suka dengan rumah pusaka milik keluarga Ho-jin, maximalist tapi kemas dan rapi. Ada aesthetic yang tersendiri. 

Seronok tengok wardrobe Go Youn-jung dalam drama Can This Love Be Translated? sebab watak dia sebagai selebriti jadi ada banyak pakaian yang cantik, feminin dan elegan. Sebelum ni kebanyakan watak dia pakai baju yang sama macam Naksu dalam Alchemy of Souls, Moving atau Resident Playbook. 


Walaupun penceritaan Can This Love Be Translated? menarik dan cerita dikembangkan dengan baik, ada beberapa babak yang sukar difahami. Tak pasti sama ada kesilapan pada penterjemah sarikata di Netflix ataupun memang Cha Mu-hee bercakap dalam bahasa yang pelik. Kalau ikut pada cerita ni, memang personaliti Cha Mu-hee lah tapi mengganggu juga lah dekat situ. Ulang banyak kali pun tak faham apa dia cuba sampaikan. 


Konflik antara Cha Mu-hee dengan pak cik dan mak cik dia pun macam unnecessary sebab tak faham kenapa dua watak ni benci dengan Mu-hee. Walaupun orang tua dia terlibat dalam kemalangan, bukan Cha Mu-hee puncanya. Of course, kewujudan dia jadi modal peras ugut tapi bukan atas kehendak Cha Mu-hee pun. Nasib baik lah lepas dia keluar dari rumah tu dia boleh berdikari sampai jadi terkenal. 

But anyway, it’s a happy ending story. Can’t stop smiling watching them both 💘💗

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10