PENCARIAN PELAKON WATAK SUPERHERO IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ | Sesi Uji Bakat Bermula 28 Julai – 13 Ogos 2023
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak. Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.
Sedang memulakan fasa pra-produksi, kini filem Keluang Man sedang mencari bakat yang bersesuaian untuk watak utama. Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.
Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap. Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan.
Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda. Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum 3 minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format mp4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor. 10 bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Watak ikonik ini amat dekat dengan penonton. Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam. Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu”.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keluangman.com atau kunjungi media sosial Instagram, Twitter, TikTok Astro Shaw atau Astro Gempak.
Imbas kod QR bagi pendaftaran sesi uji bakat.
FILEM PERSONAL SHOPPER, HURU-HARA ZOMBI MENCUIT HATI
Thursday, 27 July 2023
FILEM PERSONAL SHOPPER, HURU-HARA ZOMBI MENCUIT HATI | Gabungan Pelawak & Pelakon Popular Yassin, Adeline Tsen, Amir Raja Lawak, Man Raja Lawak, Azri Iskandar
Filem komedi Personal Shopper kini ditayangkan di Astro First dan dibintangi oleh Shatirah Amanda, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Yassin Senario, Kak Girl, Amir Raja Lawak, Ungku Hariz, Man Raja Lawak, Vanessa, dan ramai lagi. Personal Shopper merupakan filem hasil daripada Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro.
Banyak babak-babak mencuit hati ditampilkan dalam Personal Shopper. Personal Shopper mengisahkan tentang seorang gadis bernama Felora yang telah mengambil vaksin yang salah di pasaran gelap. Vaksin tersebut adalah untuk kemurungan haiwan spesies homo sapien dan kesannya telah menyebabkan Felora bertukar menjadi zombi dalam tempoh 24 jam. Dengan bantuan Shah Rock, mereka cuba mencari Doktor Kasim untuk merawat Felora. Dalam perjalanan, pertemuan bersama Rabbani menyebabkan hormon zombi di dalam badan Felora sehingga menjadi ganas. Keadaan terus menjadi huru hara dan harapan Felora untuk kembali normal semakin nipis.
Filem yang ditayangkan di Astro First sejak 6 Julai lalu adalah merupakan terbitan Spectrum Century dan arahan oleh Khalid Nadzri.
Sinopsis | Bukan Cinta Sempurna (2023)
Wednesday, 26 July 2023
Pengarah: Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif
Pelakon: Ayda Jebat, Fadlan Hazim, Amar Baharin, Dato’ Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Dato’ Raja Shah Rezza, Shah Iskandar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Episod: 50 episod
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin – Jumaat, 6 petang
Sinopsis:
Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah. Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.
Pecahan Watak :
Ayda Jebat sbg Qistina
Fadlan Hazim sbg Luqman
Amar Baharin sbg Zyan
Shah Iskandar sbg Aniq
Pengarah: Norhanisham Muhamad (Labu)
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Episod: 18
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Sinopsis
Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.
Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki. Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni.
Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka Berjaya memasuki asrama perempuan itu.
Pecahan Watak :
Tuah Adzmi sbg Akil
Baihaqi Majid sbg Mat Piah
Adam Eji sbg Widad
Izz Ilham sbg Cupin
Azhan Rani sbg Cikgu Marzooki
Syarnaaz Ahmad sbg Cikgu Daniel
Amelia Christie sbg Zakiah Merican
Zarul Iman sbg Borhan
Aya Amiruddin sbg Balkis Tonggek
Datin Natasha sbg Murni
Adzim Hariz sbg Ghani
Amsyar Aziz sbg Munawer
Flora Haron sbg Angah
Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di negara, Astro mempersembahkan koleksi drama-drama terbaharu yang bakal menggegarkan landskap drama rantaian tempatan dengan kepelbagaian genre untuk kesemua golongan penonton di Malaysia.
Astro memperluaskan lagi karya drama rantaiannya kepada golongan muda dengan ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’, manakala memperkuatkan lagi proposisi drama di Tiara menerusi ‘Bukan Cinta Sempurna’ lantas mengembalikan drama rantaian keagamaan, ‘Tanah Kubur’ yang senantiasa menjadi kegemaran di kalangan ramai penonton drama Astro yang tegar.
Dengan landskap hiburan yang kian kompetitif, Astro mempertaruhkan drama-dramanya yang menyelit pelbagai genre dan elemen penceritaan untuk menarik minat golongan tua mahupun muda yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Selain daripada memupuk minat terhadap kandungan-kandungan tempatan yang hebat, karya-karya ini turut mengetengahkan bakat-bakat yang bakal menerajui dunia hiburan Malaysia.
Budak Hostel Otaknya Sewel
MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama berkonsepkan coming-of-age yang memaparkan ramai muka baharu dalam industri lakonan tempatan iaitu ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’.
Drama rantaian 16 episod ini mengisahkan empat orang pelajar yang mempunyai pertalian persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah asrama. Mat Piah, Cupin, Akhil dan Widad mengharungi kisah suka duka zaman remaja termasuk tekanan rakan sebaya, jatuh cinta serta kenakalan yang sering membuatkan mereka ‘terkantoi’ dengan pihak berkuasa di sekolah. Dengan setiap kisah serta cabaran yang ada, kekuatan persahabatan mereka pasti mengatasi segalanya.
Dibintangi muka-muka baharu termasuk alumni Big Stage 4, Tuah Adzmi, Adam Eji, Izz Ilham dan Baihaqi Majid sebagai tunggak utama. Manakala para pelakon A-List Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Azhan Rani dan Didie Alias menguatkan casting drama ini. Diterbitkan oleh Radius One, drama berkonsepkan keremajaan ini diarahkan oleh Mr. Labu yang diadaptasi daripada novel nukilan Hasrul Rizwan yang sama judul.
‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ memaparkan penceritaan berani yang akan menarik minat para penonton muda. Apa yang membuatkan drama rantaian ini lebih relevan adalah pelakon-pelakon muda yang diambil bakal dilihat oleh golongan penonton ini sebagai representasi realistik yang mencerminkan siapa diri mereka.
‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 31 Julai 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
Bukan Cinta Sempurna
ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal | Video dokumetari tersedia di YouTube ZAYAN
Kapsyen gambar: (dari kiri) Anas, personaliti ZAYAN bersama sukarelawan dari Malaysia untuk ‘Misi Qurban @ Nepal’
ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal
• ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili oleh Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi, bersama sukarelawan dari MyCARE telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada bulan Jun lalu.
• ‘Misi Quban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal, dimulakan dengan proses pencarian haiwan untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat. Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan daripada Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama pendnduk di Nepal.
• Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia. Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.
• Peminat ZAYAN boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube ZAYAN.
• Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial.
Ulasan Anas Tahir, Personaliti ZAYAN
“ZAYAN dan MyCARE amat berbesar hati dapat merealisasikan Misi Qurban dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. Persiapan dan penyedian Qurban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat. Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini. Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube ZAYAN.”
Drama Review | LIAR (2023)
Tuesday, 25 July 2023
WEBTVASIA UMUM KEJAYAAN FILEM PULAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Monday, 24 July 2023
● Filem Pulau Catat Sejarah Filem Malaysia Nombor 1 di Kemboja
● WebTVAsia dan Westec Media Jalin Kerjasama MCN Pertama di Kemboja
WebTVAsia, syarikat terkemuka dalam ekonomi pencipta Asia dan studio kandungan premium, dengan kerjasama Westec Media iaitu pengedar filem terbesar di Kemboja, mengumumkan kejayaan filem PULAU yang telah memecahkan rekod filem seram Malaysia di Kemboja.
Filem viral Pulau yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Mac 2023 lalu, mengaut lebih daripada RM 700,000 sejak ditayangkan di Kemboja pada 22 Jun yang dinyatakan oleh pihak Westec Media sendiri. Selain itu, Westec Media turut mengumumkan filem tersebut telah menjadi filem Malaysia pertama dengan keuntungan tertinggi di Kemboja. Pulau memegang rekod untuk pembukaan paling besar pada hari pertama, hujung minggu pembukaan, hujung minggu kedua, dan hujung minggu ketiga bagi filem Malaysia di Kemboja. Ia juga merupakan; filem Malaysia nombor satu dan filem seram ketiga secara keseluruhan untuk Westec Media pada tahun 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong bekata, "Kami sangat gembira kerana Pulau berjaya menarik perhatian penonton yag luar biasa di Kemboja. Bersama dengan rakan pengedar, My Way Pictures dan Filmforce Studio, kami turut bangga adapat menyokong pembikinan filem yang berjaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Ini membuktikan bahawa filem tempatan mampu berdiri setanding dengan filem antarabangsa."
Pengarah Eksekutif My Way Pictures, Michael Helfman, berkata, "Saya pernah menjangkakan bahawa bintang serantau seterusnya adalah daripada filem Pulau. Benarlah seperti yang dikatakan, seluruh barisan pelakon telah memberikan yang terbaik sehingga filem Pulau mendapat kejayaan yang mengejutkan di Kemboja. Saya amat berbangga kerana dapat terlibat dalam pembikinan filem Pulau yang dibintangi para pelakon Malaysia yang sangat berdedikasi dan berbakat."
Kerjasama serantau seperti ini melambangkan era baharu bagi industri kreatif Malaysia di mana kita boleh berkongsi pengetahuan, bakat, dan infrastruktur di seluruh Asia Tenggara, kata Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, yang menyaksikan tandatangan MOU. "Kami bersemangat untuk melihat lebih banyak lagi kandungan daripada Malaysia, menawan penonton di Kemboja dan lebih jauh lagi."
Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau telah dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia. Pulau juga telah ditayangkan di Vietnam (juga menjadi filem Malaysia dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa), Indonesia, Singapura, dan Brunei.
Memanfaatkan kejayaan Pulau di Kemboja ini, WebTVAsia dan Westec Media juga menandatangani MOU penting hari ini untuk bersama-sama membangunkan rangkaian pengkarya digital bersijil YouTube pertama di Kemboja di bawah payung MCN WebTVAsia.
"WebTVAsia yang mempunyai kebolehan tiada tandingan dalam membina saluran YouTube dan melahirkan bintang ternama akan membolehkan kami memperluaskan ekosistem pengkarya kandungan di Kemboja dengan cepat," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Westec Media, Michael Chai. "Perkongsian ini membolehkan bakat digital Kemboja mendapat lebih banyak manfaat daripada teknologi bertaraf dunia, sumber daya, dan bimbingan untuk mencapai kejayaan di YouTube.
Dipacu oleh visi bersama dan kebolehan yang saling melengkapi, kerjasama WebTVAsia-Westec Media menandakan era baharu peneraju hiburan Malaysia di Kemboja dan rantau ini. Sejak 2013, rangkaian Asia WebTVAsia secara eksklusif menguruskan lebih daripada 3,500 saluran teratas dengan jumlah langganan gabungan sebanyak 800 juta dan menghantar lebih daripada 7 bilion lalu lintas video setiap bulan.
********************************
Tentang WebTVAsia
WebTVAsia, tenaga peneraju dalam hiburan media digital, menggerakkan ekonomi pencipta Asia yang bertenaga. Dikonsepsi oleh usahawan media yang diiktiraf, Fred Chong, pada tahun 2013, WebTVAsia telah melabur lebih daripada USD 100 juta ke dalam sfera kreatif Asia yang berkembang, memberi ganjaran kepada pelbagai pencipta kandungan bertaraf tinggi kerana kegemilangan imaginasi mereka.
Mengendalikan rangkaian hebat lebih daripada 3500 saluran YouTube, WebTVAsia memacu digital dengan lebih daripada 7 bilion tontonan bulanan. Dengan strategi pengumpulan hasil yang berjaya bagi perpustakaannya yang komprehensif dengan 1.35 juta video, syarikat ini mempunyai jumlah langganan yang mengagumkan melebihi 800 juta. Alam digital yang luas ini, dibangunkan bersama pemain industri Web 2.0 utama seperti Google, YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok, mengukuhkan kedudukan WebTVAsia sebagai pemain utama dalam ekonomi pencipta Asia.
Tentang Westec Media (Kumpulan WML+)
Kumpulan WML+ merupakan salah satu agensi kandungan terbesar di Kerajaan Kemboja. Dengan 6 bahagian utama di bawah WML+, kami memimpin dan mengurus sektor-sektor dalam pengedaran kandungan teater dan bukan teater, pengeluaran filem, penyelesaian media digital dan sosial, platform media digital, platform OTT, makmal media dan agensi pengurusan bakat.
Westec Media Limited (WML) merupakan pengedar kandungan terbesar di Kerajaan Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 2011, WML memainkan peranan penting dalam membesarkan industri filem di Kemboja. WML telah mengedarkan lebih daripada 1,000 judul secara teater sejak penubuhannya dan kini mengedar purata 200 judul setiap tahun di di Kemboja, Asia Tenggara, Mongolia, dan Nepal.