Sejak mula ditayangkan di pawagam, Pewaris Susuk semakin menjadi bualan ramai bukan sahaja kerana elemen seramnya tetapi juga beberapa babak yang disifatkan penonton sebagai melekat di kepala walaupun selepas filem tamat.

Berbeza dengan kebanyakan filem seram yang terlalu bergantung kepada jumpscare, Pewaris Susuk tampil dengan pendekatan yang lebih perlahan, gelap dan bermain dengan emosi penonton. Ada babak yang bukan sekadar menyeramkan tetapi membuat satu pawagam terus terdiam. Ini antara 5 scene paling diperkatakan selepas tayangan.

1. Lagu Dari Sebalik Pintu Yang Buat Satu Pawagam Senyap

Antara babak paling kuat dalam filem ini hadir melalui situasi yang cukup sederhana iaitu bunyi lagu perlahan dari sebalik sebuah pintu tertutup. Tanpa kemunculan mengejut atau bunyi yang terlalu kuat, scene ini berjaya membina rasa tegang secara perlahan sehingga membuatkan ramai penonton senyap dan fokus sepenuhnya pada skrin. Suasana sunyi, ruang sempit dan misteri di sebalik pintu itu menjadikan babak ini terasa sangat mengganggu.

2. Scene Maya & Watak Trisha Ooi Yang Sarat Emosi


Satu lagi moment yang kuat melibatkan Maya bersama watak lakonan Trisha Ooi selepas satu kejadian tragis berlaku. Hanya berlatarbelakangkan sebuah bilik dan suasana menunggu urusan jenazah diselesaikan, scene ini tidak memerlukan dialog berlebihan untuk memberi kesan. Pendekatan minimal yang digunakan menjadikan emosi dalam babak tersebut terasa lebih real dan berat. Ramai penonton mengakui suasana sunyi dalam scene itu sebenarnya lebih menyeramkan daripada jumpscare biasa.

3. Seroja Lari Ke Hutan, Scene Yang Buat Penonton Sesak Nafas


Watak Seroja yang dibawakan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya antara karakter paling misteri sepanjang filem berlangsung. Namun, satu sequence ketika Seroja melarikan diri ke dalam hutan menjadi antara babak paling mendebarkan dalam filem ini. Gabungan visual gelap, bunyi persekitaran dan emosi panik yang dibawakan beliau membuatkan ramai penonton terasa seolah-olah mereka turut terperangkap bersama watak tersebut.

4. Babak Ritual Yang Ramai Kata “Tak Sedap Tengok”


Selain elemen susuk dan mistik, Pewaris Susuk turut menampilkan satu babak ritual yang kini hangat diperkatakan di media sosial. Apa yang membuatkan scene ini begitu mengganggu bukan kerana gore semata-mata tetapi suasana perlahan dan suram yang dibina sepanjang sequence berlangsung. Ramai menyifatkan mereka seperti sedang melihat sesuatu yang tidak sepatutnya disaksikan. Babak ini juga antara yang paling banyak menerima reaksi spontan di pawagam.

5. Closing Scene Rosyam Nor Yang Tinggalkan Kesan


Antara moment paling kuat dalam Pewaris Susuk pastinya babak penutup melibatkan watak lakonan Datuk Rosyam Nor. Tanpa dialog panjang atau aksi dramatik berlebihan, scene terakhir itu berjaya meninggalkan rasa misteri dan persoalan yang terus bermain di fikiran penonton selepas keluar pawagam.

Ia menjadi penutup yang cukup kuat untuk sebuah filem yang sarat dengan tema kuasa, warisan dan rahsia gelap.

Gabungan elemen psikologi, emosi dan mistik menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram biasa tetapi tetapi sebuah pengalaman yang masih bermain di fikiran penonton meskipun lampu pawagam sudah dinyalakan.

Pewaris Susuk kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

#PewarisSusuk #SehidupSemati

Movie Review | Andai Ibu Tidak Menikah dengan Ayah (2025)

Friday, 8 May 2026


Pengarah: Kuntz Agus
Penulis Skrip: Evelyn Afnilia
Pelakon: Amanda Rawles, Sha Ine Febriyanti, Bucek, Eva Celia, Nayla Purnama
Syarikat Produksi: Rapi Films, Screenplay Films, Legacy Pictures, Vortera Studios
Pengedar: Rapi Films, Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 119 minit
Tarikh Tayangan: 4 September 2025 (Indonesia)
Trailer:


Mengisahkan tentang Alin Nadhira Tiowulan (Amanda Rawles) yang mengalami masalah di universitinya gara-gara biasaiswanya dikaji semula oleh pihak pengurusan. Alin menegaskan biasiswanya berbeza dari mahasiswa lain kerana dia adalah anak orang miskin namun alasannya diendahkan kerana dana biasiswa tetap sama walaupun berbeza jenis. 

Alin terpaksa berpindah masuk ke rumah keluarganya yang uzur sementara menunggu keputusan dari pihak pengurusan. Melihat keadaan keluarga Alin, teman lelakinya, Irfan (Indian Akbar) memujuk supaya berhenti saja kuliah dan berkahwin dengannya kerana mereka sudah bercinta selama 5 tahun. Irfan pula sudah mempunyai kerja tetap dan kewangan yang stabil.


Namun diari ibunya, Wulandari Hermansyah (Sha Ine Febriyanti) buatkan Alin makin buntu. Adakah dengan berkahwin, kehidupan dia akan lebih bahagia? Ibu dia juga memilih lelaki yang bagus dan stabil tapi akhirnya hidup melarat. Kebetulan Alin terlihat ibu dia berjumpa kembali dengan Biru atau Dr. Andri (Ariyo Wahab) lalu dia mula buruk sangka dan menganggap Wulan selingkuh dengan ayahnya, Tio (Bucek). 


Meski adiknya, Asya (Nayla Purnama) menegah tanggapan Alin tapi semakin susah untuk tutup mata dengan perbuatan ibunya. Tambah lagi, hubungan cinta Wulan bersama Biru lebih indah dari kehidupan perkahwinannya. 

Naskhah drama Andai Ibu Tidak Menikah dengan Ayah arahan Kuntz Agus menyingkap kehidupan sebuah keluarga yang tertekan kerana kegagalan ketua keluarga untuk bangkit dari kegagalan. Kalau ikutkan Tio ada perniagaan yang bagus untuk menyara keluarga tapi sebab tamak, kembangkan perniagaan dengan cepat sampai melingkup. Lepas dah gagal tak boleh nak bangkit malah membebankan keluarga. 


Kesian dekat Wulan lah sebab kena jadi ketua keluarga, jaga anak-anak, buat perniagaan dobi sampai sakit pun terpaksa gagahkan diri pergi kerja. Ada duit nak repair rumah tapi duit pula kena curi buat modal judi. Kalau jadi Anis (Eva Celia) pun memang sakit hati, sakit mata tengok perangai ayah dia. Makin tua makin membebankan keluarga padahal sihat elok je untuk bekerja. 

'gapapa kalo aku gak lahir, yang penting ibu punya hidup yg lebih bahagia.' - Alin


Sinematografi dari Gandang Warah, ICS menguatkan lagi genre drama dalam penceritaan Andai Ibu Tidak Menikah dengan Ayah. Perjalanan Wulan setiap pagi pergi rumah ke rumah untuk kutip baju kemudiannya ke kedai dobi berjaya buatkan kita rasa kasihan dengan rutin harian dia. Bila Alin tolong Wulan, baru dia nampak kehidupan ibu dia yang perit disebabkan ayah dia lepas tangan. Selama ni dia selalu pertahankan Tio tapi satu perjalanan boleh ubah perspektif kehidupan yang selama ni disorok oleh Anis dan Asya. 


Walaupun naskhah Andai Ibu Tidak Menikah dengan Ayah diadun dalam genre drama tapi latar masyarakat di kawasan perumahan Alin tak lah kejam dan teruk. Masyarakat yang mendukung dan sentiasa ramah menyapa Wulan sebab semua orang pun tahu Tio menyusahkan keluarga. Ceti yang datang kutip hutang pun tak berkasar dengan Wulan. Watak Anis sahaja yang garang tapi dia banyak pakai mata dan body gestures. Musik dari Ricky Lionardi mendukung penceritaan yang menyesakkan dada dari Rapi Films. 


Vibe filem Andai Ibu Tidak Menikah dengan Ayah tenang walaupun situasinya genting dari awal filem hingga ke hujung. Mungkin sebab pengarah cuma nak menjawab pertanyaan Alin. Di hujung filem Wulan jawab pertanyaan tu dan boleh dijangka lah jawapannya sebab jawapan cliché para ibu. Tapi Wulan nak jawab beria pun, dia bukannya tahu apa nasib dia bila berkahwin dengan Biru atau ada kerjaya sendiri. 


Menarik juga lah penulis buat cerita Andai Ibu Tidak Menikah dengan Ayah dari sudut pandang anak kedua sebab anak kedua memang ada personaliti jenis tak cara dengan orang sekeliling. Tak pandai read the room macam anak sulung, tak juga selalu menjadi peneman orang tua seperti si bongsu. Bila Alin yang jadi watak utama, kita yang menonton dapat tengok dan tahu macam pertama kali melihat keadaan tu.

Gaya penceritaan yang diolah oleh  Kuntz Agus tak jauh beza dengan filem-filem drama yang lain seperti Galaksi (2023) atau Hidup Ini Terlalu Banyak Kamu (2024), genre drama, ada mesej yang kuat tapi dramanya tak begitu mengasak. But still a good watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10

Cinta Kedua terus mencuri perhatian apabila berjaya merekodkan lonjakan lebih 40% jumlah penstriman serta peningkatan lebih 50% masa tontonan (watch time) pada minggu kedua tayangan berbanding minggu pertama. Prestasi memberangsangkan itu sekali gus meletakkan siri ini sebagai antara 3 drama paling banyak distrim di platform Tonton sejak mula ditayangkan pada 20 April lalu, dengan momentum tontonan yang terus meningkat dari minggu ke minggu.

Pertembungan emosi, cinta dan rahsia keluarga dalam Cinta Kedua terus membawa penonton hanyut dalam perjalanan hidup Bella Ammara dan Daniel Rizki. Dibintangi Hafidz Roshdi, Raden Zaharatul dan Syarul Ezani, drama 28 episod ini mengangkat kisah seorang wanita bernama Ammara (Raden Zaharatul) yang cuba membina semula hidupnya selepas diceraikan dengan talak tiga, sebelum dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, Rizki (Hafidz Roshdi) pada waktu yang paling tidak dijangka.

Memasuki separuh kedua tayangan, drama ini kini bergerak ke fasa penceritaan yang lebih emosional dan sukar dijangka. Selepas dipertemukan semula oleh takdir, mampukah Ammara membuka kembali ruang di hatinya untuk Rizki? Atau rahsia yang masih tersembunyi bakal memusnahkan segalanya sebelum cinta mereka sempat bersatu?

Seperti luka yang belum benar-benar sembuh, kisah Ammara dan Rizki juga mungkin jauh dari penghujungnya. Jangan lepaskan pengakhiran kisah ini yang bersiaran secara eksklusif di Tonton, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy. 

 

Selepas mencetuskan perhatian menerusi teaser yang meraih jutaan tontonan, kini filem seram thriller tempatan Polong tampil dengan pelancaran poster dan trailer rasmi yang mula dilancarkan hari ini.


Poster ini memberi gambaran lebih mendalam tentang dunia gelap yang menyelubungi Polong, sementara trailer menampilkan visual dipenuhi elemen mistik, legasi dosa silam dan gangguan yang mengheret penonton ke dalam ketakutan yang sukar dijangka. 

Berbeza dengan filem seram biasa, Polong dilihat membawa pendekatan yang lebih dekat dengan realiti apabila menggabungkan elemen jenayah dan psikologi. Ramai yang berpendapat bahawa inilah yang membuatkan ia terasa lebih ‘berat’ dan meninggalkan kesan berbeza kepada penonton.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB), filem ini turut mendapat sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa.

Polong mengisahkan Fatima, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang tanpa sengaja membongkar kisah silam seorang bomoh wanita bersiri Maria Hadi, juga pernah cuba menebus dosa di penghujung hayatnya. Namun, pencarian kebenaran itu bukan sahaja mendedahkan jenayah lampau, malah membebaskan sesuatu yang jauh lebih berbahaya, entiti yang pernah dipelihara dan cuba dikawal oleh Maria.

Polong bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

#Polong #DiaKembali

Menjelang tayangan rasminya di pawagam seluruh negara pada 21 Mei 2026, Konspirasi semakin hangat diperkatakan selepas menerima pelbagai reaksi awal daripada penonton, pengkritik filem serta pengguna media sosial. Rata-rata memuji keberanian naskhah ini dalam mengangkat genre aksi thriller berskala besar dengan mutu produksi yang disifatkan setanding karya antarabangsa. 

Dari sudut sinematografi dan sound design, sehinggalah ke koreografi aksi serta naratif yang sarat intensiti, Konspirasi berjaya memberikan pengalaman tontonan yang mendebarkan. Malah, ada yang membandingkan aura serta pendekatan filem ini dengan francais aksi popular Hollywood seperti James Bond dan Mission: Impossible, sekali gus menyerlahkan potensi industri perfileman tempatan untuk berdiri sebaris dengan produksi global. 

Ramai penonton turut terkejut dengan skala aksi, operasi berisiko tinggi serta permainan strategi yang dipaparkan sepanjang filem ini. Setiap babak disusun rapi dengan elemen debaran dan ketegangan yang konsisten, menjadikan penonton terus berada di hujung emosi dari awal hingga ke penghujung cerita. 

Bukan itu sahaja, Konspirasi turut menerima reaksi positif daripada pengkritik filem lain, yang rata-ratanya memuji kekuatan naratif, mutu produksi serta keberkesanan elemen aksi yang dipersembahkan. Antara yang memberikan ulasan tersebut termasuk:

Hadam Project - https://vt.tiktok.com/ZS99WmXtj/ 

Shahril Pencinta Muvee - https://vt.tiktok.com/ZS9xobNtk/ 

Azmir Akmar Sobry - https://vt.tiktok.com/ZS9Cbbtcy/ 

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Konspirasi menggabungkan aksi taktikal, konflik emosi dan elemen pengkhianatan yang membawa penonton menyelami dunia penuh rahsia serta perebutan kuasa. Filem ini turut diperkuatkan dengan barisan pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel, yang masing-masing menghidupkan watak dengan impak tersendiri. 

Dengan momentum reaksi awal yang semakin hangat diperkatakan di media sosial, Konspirasi kini dilihat sebagai antara filem aksi tempatan paling dinanti tahun ini. Konspirasi bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei 2026. 

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, X, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios. 

Sebuah kisah berani yang mengangkat sisi penyiasatan dan integriti dalam membongkar kebenaran.

Setiap sistem mempunyai rahsia.

Keadilan menjadi satu perjuangan.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Konspirasi menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, CP Sarimah Ibrahim, Alicia Amin, Syiqin Kamal, Amir Nafi, Roy Azman, Esma Daniel serta ramai lagi. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konspirasi di pawagam bermula 21 Mei ini, sebuah naskhah penuh debaran 

#KONSPIRASI #AkanDatang #SapotLokal

 

Tengahari semalam Ain dengan Syikin keluar beli kek dekat Kobo untuk celebrate birthday Laila dekat office. Laila dah pesan nak kek mango cheesecake masa birthday dia nanti tapi ada magnificient mango je masa ni. Diorang proceed je beli sebab cantik. 

Cantik kan? Siap ada kelopak bunga mawar betul lagi di sekeliling kek



Kitorang celebrate pukul 3 petang macam tu. Sebelum nyalakan api lilin, dah plan nak surprisekan Laila sebab semua orang simpan wish dari pagi. Tapi plan tak menjadi sebab Laila dah nampak kitorang prepare dekat pantry masa menuju ke bilik boss kecik. 


Sudahnya terjah je nyanyi lagu Happy Birthday sebab kalau nak tunggu meeting dengan bos kecik macam lamberttt lagi nak habis. 

Menyembang pasal kegagalan kitorang untuk buat suprise




Ni bahagian dalam Kek Mangga Pandan Kobo, berjaya jugak dapat satu kelopak bunga mangga. Rasa dia sedap sebab gabungan kek chiffon pandan dengan mangga tu menjadi. Mangga dia manis, pandan pula wangi. Kek dia pulak gebu. Kelopak bunga mawar pun rasa refreshing bak kata Shikin padahal tak ada rasa pun. 

I rasa kek Magnificient Mango ni paling sedap dekat Kobo Bakery sepanjang kitorang beli dekat sini. Tapi ada banyak lagi kek yang belum try so nanti nak cuba beli yang lain pulak. 

Anyway, happy belated birthday Laila, semoga dipermudahkan urusan you sebagai bakal corporate lawyer. Semoga dimurahkan rezeki juga 🌷🌸

TARUNG : UNFORGIVEN TAWAR PENGALAMAN SINEMATIK MEMUKAU, ANGKAT TEMA ‘GELANGGANG’ SEBENAR ADALAH KEHIDUPAN ITU SENDIRI | Membariskan ‘ensemble’ pelakon popular di bawah arahan Razaisyam Rashid 


Kuala Lumpur, 4 Mei 2026 – Filem aksi paling dinantikan tahun ini, TARUNG: Unforgiven yang bakal ditayangkan di 148 buah pawagam bermula 7 Mei 2026, tampil sebagai karya sinematik memukau dengan mengangkat naratif berani di mana kehidupan ini adalah ‘gelanggang’ yang sebenar. Filem ini diarahkan sutradara box office, Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw. 


TARUNG : Unforgiven dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’, menonjolkan kisah yang berpaksikan pada perjuangan, penebusan dan pilihan hidup. Hatta, seorang bekas juara silat, diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Namun, demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran daripada Paduka Badrul untuk ke gelanggang haram. Hatta tidak menyedari lawan yang menanti ialah Isa, sahabat lama yang kini menjadi musuh akibat dendam. 


Selain jalan cerita yang padat dengan emosi dan mendebarkan hasil tulisan Amar Amir dan Razaisyam Rashid, kemunculan barisan pelakon berkaliber menjadi salah satu kekuatan filem ini. Mierul Aiman muncul sebagai bintang utama dengan membawa tenaga baharu dalam sebuah naskhah aksi berskala besar. Manakala Aedy Ashraf mengukuhkan versatiliti lakonannya dan memperlihatkan kematangan dalam membawakan watak yang lebih kompleks. 


Bintang bertaraf antarabangsa, Bront Palarae sekali lagi membuktikan dirinya masih berada dalam kelas tersendiri. Lebih mencuri tumpuan, Bront buat pertama kalinya digandingkan dengan satu lagi nama besar, Zul Ariffin, sekali gus menjadikan gabungan ini sebagai antara elemen yang paling dinantikan. Pertembungan dua pelakon hebat ini menjanjikan intensiti persembahan yang mantap.  


Turut serta ialah Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Razib Salimin, Shaharuddin Thamby, Wak Ruzaidi, Theebaan G, Akmal Asyraf serta petarung sebenar, Jai JMT dan Ijam Asri, yang menyumbang kekuatan tersendiri, menjadikan filem ini lebih kuat dengan momen yang wajib diberi perhatian. 


Pengarah dan Penulis Skrip TARUNG : Unforgiven, Razaisyam Rashid juga merangkap Penerbit Eksekutif, berkata bahawa sebagai filem terbaru terbitan Alpha 47, TARUNG: Unforgiven membawa makna yang besar buat beliau dan seluruh pasukan produksi. Perjalanan menghasilkan filem ini bukan mudah, namun mereka berusaha memberikan yang terbaik dari segi jalan cerita, lakonan, aksi dan emosi agar dapat dinikmati oleh semua, termasuk memberikan pengalaman sinematik yang lebih epik dan imersif kepada penonton melalui teknologi bunyi Dolby Atmos.


Tagline “kau cuma ayam sabung” bukan sekadar tentang pertarungan di gelanggang, tetapi juga tentang kehidupan di mana setiap orang ada perjuangan masing-masing, sama ada melawan masa lalu, tekanan atau pilihan yang perlu dibuat.

Ini adalah hasil usaha bersama seluruh kru, barisan pelakon dan semua yang terlibat. Kami berharap filem ini dapat diterima baik oleh penonton dan menjadi langkah bermakna buat Alpha 47 untuk terus menghasilkan lebih banyak karya tempatan selepas ini.


Penerbit Eksekutif dan Pelakon TARUNG : Unforgiven, Aedy Ashraf berkata, “Ini merupakan cabaran pertama saya terlibat sebagai penerbit, dan sudah tentu ia menjadi satu tanggungjawab besar untuk saya. TARUNG: Unforgiven adalah sebuah projek yang sangat dekat dengan hati saya, bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga sebagai seseorang yang diberi kepercayaan untuk bersama-sama membawa karya ini kepada penonton. Saya cuba memberikan yang terbaik dari segi lakonan, komitmen dan keseluruhan perjalanan filem ini. Selebihnya, saya serahkan kepada penonton untuk menilai dan merasai sendiri apa yang kami cuba sampaikan melalui TARUNG: Unforgiven. Harapan saya, filem ini dapat diterima sebagai sebuah karya tempatan yang berani, matang dan dekat dengan perjuangan setiap manusia.”

Selain itu, filem ini mempunyai dua runut bunyi eksklusif. Lagu bertajuk ‘Test’ dibawakan trio muda, Distorted (SINO, BALO dan ENEYEQAY), sementara itu, Noh Salleh bakal hit dengan lagu ‘Terbang’. 


Barisan pelakon TARUNG : Unforgiven akan menemui peminat menerusi siri jelajah bermula 8 Mei. Jelajah ini akan merangkumi lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang pada 9 dan 10 Mei, 15, 16, 17 Mei di Selatan, 22, 23, 24 Mei di Utara serta 29, 30, 31 Mei di Pantai Timur. 

Karya ini turut memperlihatkan kolaborasi bersama Kunafa Aiwahhh sebagai Rakan Kunafa Rasmi dengan memperkenalkan edisi terhad Kunafa Tarung. Diilhamkan daripada semangat pertarungan, edisi khas ini menggabungkan kunafa rangup bersama lapisan keju leleh dan sambal daging pedas.  Tidak ketinggalan, jenama Nuhae selaku Rakan Kesejahteraan Rasmi yang membantu memperluaskan capaian kepada penonton sasaran melalui pelaksanaan kempen video komersial. 


Saksikan filem TARUNG : Unforgiven di pawagam bermula 7 Mei 2026. Tiket awal sudah mula boleh dapatkan di semua pawagam bermula 3 Mei.

Ikuti perkembangan terbaru dan klip menarik filem ini di semua digital platform Alpha 47, Icon Pictures dan Astro Shaw. Gunakan #TarungUnforgiven bagi berkongsi dan ikuti keterujaan tentang filem ini.

CBSKD Carboot Sale @ Kota Damansara


Setelah sekian lama baru lah merasa nak jejakkan kaki ke CBSKD Carboot Sale Kota Damansara masa November 2025 itupun sebab colleagues ajak jenguk ke sini. Karimah dengan Siti ajak sebab nak cari baju dinner tahun lepas sebab malas nak spend banyak untuk pakaian satu malam sahaja. 

I tak join dinner tapi saja nak jalan-jalan dekat CBSKD sekali, lagi seronok kalau jalan dengan kawan-kawan kan. Patutnya Liyana join sekali tapi dia tak mampu nak drive seawal 6 pagi untuk sampai sebelum jam 8 dekat sini. 


Kebetulan tarikh yang kitorang pergi ni ada kunjungan dari Permaisuri Sultan Selangor jadi kitorang plan nak sampai awal dekat sini dalam pukul 7.30 pagi macam tu. Dah jadi kawasan kekal untuk buat carboot sale sampai dah ada papan tanda cantik ni. 

'Hari dah nak hujan ni so kita kena bergerak laju. Satu gerai kita spend 5 minit je kalau tak, tak sempat nak tengok semua.' - Karimah

Also Karimah: spend setengah jam dekat booth pertama.


Malas nak tunggu diorang, I dengan adik jalan dulu ke depan tengok kawasan bundle tapi tak ada yang menarik sangat pun. Banyak ooth yang jual baju preloved tapi tak banyak booth yang jual preloved item macam novel atau barangan perhiasan atau perkakas lain. 

Lightstick Kpop dengan album pun ada jual hshshs



Menyesal pulak tak beli CD Hannah Montana ni haritu. 

Selain preloved item, barangan baru pun ada macam kraf bunga ni. Cantik betul tapi malas nak beli sebab mak I pun buat kraf yang sama. Dekat rumah dah penuh dah dengan bunga ni. 


Lepas penat berjalan satu carboot sale ni kitorang singgah beli Iced Matcha Latte dekat Kopi Kopi ni tapi sedih nau matcha dia. Not recommended lah sebab matcha dia tak pekat. Rasa susu je lebih T.T




Try makan tiramisu sodok ni jugak, okay lah dan tak akan repeat. Kalau nak makan buat ghaso ghaso okay lah kot. Kitorang beli nasi kerabu dekat sini sebab abang ni ada jual solok lada. Happy bila makan sebab sedap!



Masa nak balik tu pusing balik dekat bahagian kanan dan jumpa seller yang jual baju kurung plus size. Seronok lah adik I dapat baju raya brand Puteri AEON. Tahun lepas nak beli tapi rasa macam mahal nau sampai RM200. Rezeki lah datang CBSKD ni jumpa baju kurung yang sama dengan harga RM50 sepasang dan akak tu pakai sekali je masa raya. Baju dia elok tak ada koyak atau stain. Dia jual sebab nak clearkan wardrobe. Semoga murah rezeki akak tu. 

I pun jumpa baju kemeja kasual dekat sini. At first pandang sekilas je sebab masa jalan-jalan dekat bahagian tengah ada nampak kemeja cantik jugak saiz besar lepastu seller tu tegur suruh tengok bahagian saiz 5XL. I was like ??? Sis I'm not that big pun. Nak balik tu tiba-tiba seller ni cakap meh lah tengok baju saiz macam dia and yes, kitorang sama saiz. Dia tolak harga sampai RM4 je padahal kemeja tu branded lah jugak. Rezekiiii. 


Done shopping dekat CBSKD, lepas ni nak datang lagi tapi tak tahu lah bila. Yang pastinya dah tahu nak beli apa hehehe