RRM Ladies Grooming Contest

Tuesday, 12 December 2023

Seperti yang diumumkan masa Grooming Class, Ms Aida nak buat Grooming Contest untuk RRM Ladies. Sepatutnya nak buat seminggu selepas class tapi ramai partner yang busy jadi Ms Aida anjak ke tarikh 29 November 2023. Kira ngam lah timing tu sebab baru lepas gaji memandangkan ada yang nak shopping outfit baru. 

Special untuk hari Rabu tu, siapa yang datang ke Griffin akan dapat cheers sebab pakai cantik. Memang cantik lah masing-masing melaram untuk contest. Kak Ida tarik diri sebagai peserta sebab nak join jadi juri. 


Department meeting start macam biasa tapi yang lain dari kebiasaan ialah semua orang kena berdiri everytime nak bercakap untuk 3-minutes sharing session. Ms. Aida buat permintaan macam tu supaya para juri boleh nampak outfit semua peserta untuk hari tersebut. Juri akan pilih berdasarkan pakaian dan make-up setiap peserta. 


Tapi tak payah berteka-teki pun dah tahu siapa yang juri akan pilih, sama ada Sheera ataupun Atie sebab dua-dua cantik. I dari awal lagi dah malas nak beria sangat sebab sedih blazer I nak tu dah stop jual. Kalau tak, dah beria ambil gambar sana-sini. Lagi satu, bebai sebab tudung bawal jadi kembang pulak dekat leher tu. Padah bila tak secure betul-betul T.T

Lepas habis meeting, Ms Aida minta semua orang untuk makan dulu juadah yang disediakan sementara tunggu semua juri selesai cabut undi. Untuk department meeting minggu tu, Rina bawak bakso sebagai menu utama. Ms. Aida bawa pisang goreng dengan keropok lekor sebagai saguhati untuk yang tak menang. 



Setengah jam masa diambil untuk kira undi dan pemenangnya ialah Sheera. Tak pasti juri mana yang pilih peserta mana sebab undi adalah rahsia. Memang deserve lah Sheera menang sebab blazer dia cantik, kombinasi warna sesuai dengan skin tone. Aksesori dari mutiara stands out, bonus pulak tu ada brooch besar huruf S. 



Unboxing time


Seronok la Sheera dapat satu box hadiah dari Ms Aida. Ada skincare Kiehl's, lipstick dari HUDA, hand cream dengan moisturizer. Paling seronok sekali perfume dari Chopard! Tak dapat perfume tu pun, dapat curi bau pun jadi lah. Tahniah Sheera dipilih sebagai pemenang Grooming Contest!


Lepas settle tengok Sheera unboxing, Atie minta semua orang join shoot video untuk TikTok sebab semua dah pakai cantik-cantik kan. Dah habis shoot, ambil gambar ramai-ramai pulak sebab bukan selalu semua orang nak melaram pergi office. 

















Terima kasih Ms Aida sebab buat Grooming Contest ni, nampak lah semangat masing-masing nak menang tu. Sepanjang 4 tahun dekat Ram Reza & Muhammad ni, first time ada contest macam ni. Pengalaman baru, memori baru. 

RRM Ladies Grooming Class

Antara training class yang ditunggu-tunggu ialah Grooming Class sebab training ni boleh main makeup-makeup. Inisiatif untuk adakan Grooming Class oleh Ms Aida sebab mission and goal RRM tahun ni untuk improve image and branding. Memandangkan HQ dengan branch Petaling Jaya ni ramai gegadis, Ms Aida request untuk buat grooming class. 

Sepatutnya class ni buat awal lagi dari tarikh asal tapi Ms Aida ada personal matter so dia anjak ke 7 November 2023, jam 4.30 petang. Sebab nak masukkan make-up tips lagi, kena buat lepas Asar lah, lepas semua dah solat. 

Sheera, Ain, Syaz



Ms. Aida tak brief banyak pun untuk imej luaran sebab RRM Ladies mostly memang suka melaram bila pergi office cuma tak gemar pakai aksesori je. Sebelum ni I beli sampai satu case 5 tingkat untuk letak cincin, bracelet dan bangle pastu malas dah nak pakai. Maybe sebab musim panas pastu tangan cepat berpeluh. Bila dah rimas, mula lah garu sana sini. 

'Grooming ni bukan pada make-up je. Make-up is one thing, cara kita berpakaian, cara kita pakai handbag, cara kita carry ourselves, itu semua personal image.' - Ms. Aida

By carry ourselves means kita kena jaga attitude lah. Greet everyone, bergaul dengan semua orang. Bergaul tak bermaksud kena membawang, I mean small talks pun okay je asalkan bertegur dengan orang especially seniors. Ringan tangan menolong juga. 



Sekarang dah hujung tahun, tengah musim hujan so baju kena make sure tak bau kepam. Bila baju berbau, dah mula rasa tak selesa. Sama juga dengan body odour, kena aware dan jaga supaya diri kita dan orang sekeliling selesa jugak. 

Ms Aida tak banyak kupas pasal personal image sebab dia kata semua tak ada masalah sangat. Bab nak style shawl atau bawal pun masing-masing lagi pro dari dia. Lepas brief pasal grooming, Ms Aida tunjuk a few examples untuk lawyer dan staff pakai masa bekerja. Grooming briefing ni bukan tuju semata untuk Lawyers dan Trainee Associates semata tapi untuk staff juga. Just because staff tak keluar dari pejabat, tak bermaksud client yang datang tak tengok penampilan. 


Untuk make-up briefing, Ms Aida pass baton dekat Ms Aufa dan Sheera sebab diorang lagi pro bab ni. Mula dari prep muka, pakai primer, set-up foundation, letak concealer, contour kemudian buat kening dan mata, pakai blusher lepastu apply lipstick. 


Yun, Ms Dayana, Ms Azuin, Ms Aufa, Sheera



Bab lukis kening, Kak Nurul take-over class sebab dia dengan Rina pandai lukis. Tips lukis kening, guna gel pencil available dekat Watsons. Ambil warna brown supaya tak pekat sangat. 


Dekat penghujung Grooming Class, Ms Aida bagitahu dia ada sediakan makanan minum petang untuk semua orang. Kejutan untuk semua juga, Ms Aida nak buat Grooming Contest masa meeting department minggu depannya. Semua partner akan jadi juri kepada RRM Ladies. Siapa yang menang akan dapat hadiah peribadi dari Ms. Aida. Hadiah apa tu tak diberitahu lagi. 


Kalau sembang pasal contest, memang I kalah lah cerita dia jadi kita pergi makan keropok lekor sebab sedappppp. Thank you Ms Aida buat Grooming Class ni, walaupun banyak benda dah tahu tapi spend time dengan semua ladies tu priceless, gituhhhhh.

Drama Review | Vigilante (2023)

Monday, 11 December 2023


Director: Choi Jeong-yeol 
Writer: Lee Min-seop
Cast: Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, Kim So-jin
Production Companies: Studio N, Beyond Story
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Action / Thriller 
Running Episodes: 8 episodes (40-50 minutes per episode)
Release Date: 5 October 2023 – 29 November 2023 
Trailer :


Vigilante mengisahkan tentang Kim Ji-yong (Nam Joo-hyuk), pelajar pelatih di Akademi Polis Seoul menyamar sebagai Vigilante pada waktu malam untuk menghukum penjenayah yang mendapat hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Malah lebih teruk lagi, penjenayah-penjenayah ni tak bertaubat atau rasa menyesal pun terhadap jenayah yang dilakukan. Kecewa dengan sistem perundangan yang rosak kerana rasuah, Vigilante mengambil tindakan yang melanggar undang-undang. 

Perbuatannya dikagumi ramai lantas wartawan bernama Choi Mi-ryeo (Kim So-jin) menggunakan Vigilante untuk menaikkan rating Repo25h, news channel tempat dia bekerja. Tuah menyebelahi Mi-ryeo bila Vigilante menggunakan maklumat tentang penjenayah yang ditayangkan menerusi slot khas. 


Semakin lama semakin ramai yang menyebelahi Vigilante malah ada juga yang berani menghukum penjenayah dan berpakaian seperti Vigilante. Antara copy cat tersebut adalah Jo Gang-ok, naib pengerusi DK Group yang suka dengan lagak Ji-young. Gang-ok beri tawaran untuk mereka berdua bekerja bersama sebagai Vigilante namun Ji-young tak setuju dengan cara ganas dan agresif Gang-ok. Lagi pula, Ji-young nak bergerak sendiri. 

Namun gerak-geri Ji-young telah dihidu oleh Jo Heon (Yoo Ji-tae), ketua unit siasatan yang ditugaskan khas untuk memburu Vigilante. Dalam masa yang sama, Vigilante cuba membongkar aktiviti jenayah yang dilakukan oleh Sewool Future Resources. 


Naskhah Vigilante merupakan adaptasi dari webtoon dengan judul yang sama, karya ilustrasi Kim Kyu-sam yang diterbitkan pada tahun 2018. Idea untuk menghidupkan watak dual identity dah cukup menarik di mana pada waktu siang adalah polis yang patuh pada undang-undang manakala di waktu malam merupakan penghukum penjenayah. Uniform polis dan hoodie hitam yang digunakan oleh orang yang sama pada waktu yang berbeza mewujudkan dua persona dan aura yang berbeza. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk kita berpihak pada Vigilante, ditambah pula dengan back story yang menjadi mangsa selepas ibunya dibunuh. Setiap serangan yang dilakukan oleh Vigilante juga tidak sampai membunuh mangsa, malah diberi peluang untuk serah diri atau bertaubat. Pattern yang digunakan Vigilante juga membezakan dia dengan copy cat yang menyerang secara membuta tuli dan pattern ini juga dicam oleh wartawan Choi Mi-ryeo. 


Karakter wartawan Choi Mi-ryeo ni dari awal hingga ke hujung menjengkelkan, walaupun pengarah bagi justification kenapa dia bertindak macam tu pun tetap tak boleh terima. Ada lah beberapa tindak-tanduk dia yang menjadi persoalan. Mungkin nak highlight strong traits tapi annoying. Sama juga dengan watak Gang-ok but as time goes by, I find him cute. 

Lakonan Nam Jo-hyuk sebagai Vigilante ada masanya terlihat seperti psycho killer and at times, I takut juga watak dia akan berubah ke arah tu. Dalam kebanyakan babak, Nam Jo-hyuk menggunakan gaya badan dan ekspresi wajah untuk berbicara tentang apa yang dia rasa terhadap sesuatu. Karakter Ji-young lebih kepada introvert, nak dibandingkan dengan kawan sekelas dia, Min Seon-wook (Lee Seung-woo) yang lebih ceria dan aktif. 


Action scenes yang dipaparkan dalam Vigilante nampak kemas dan meyakinkan bila Nam Jo-hyuk berlatih dalam sukan tinju, judo dan pelbagai seni pertahankan diri untuk watak Vigilante. Kalau sebelum ni nampak dia sebagai hero romantik, kali ni avatar dia bertukar kepada action hero. Enjoy tengok pertemuan Ji-young dengan Jo Heon sebab kedua-duanya mempunyai prinsip dan ideologi berbeza. 


‘Your confidence that you can’t be wrong. People like you will become monster eventually. Ji-young, was it painful….or...was it fun?’ - Jo Heon


Pace penceritaan bergerak sederhana sedangkan Vigilante cuma mempunyai 8 episod pada musim pertama jadi ada beberapa scenes yang nampak rushing terutamanya di penghujung drama. Alur penceritaan pada awalnya nampak menarik tapi longgar di pertengahan kemudian rushing di hujungnya. Kalau ada musim kedua, mungkin penulis boleh pick-up balik dekat plot yang tak sempat dikembangkan. All in all, it’s a good watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Movie Review | Sumpahan Jerunei (2023)


Pengarah:  Jason Chong
Penulis Skrip: Jason Chong, Sky Khor, Sofia J. Rhyland, Wendy Wong
Pelakon: Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff
Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah 
Syarikat Produksi: Produksi Seni 2020
Pengedar: GSC Movies, Primeworks Studios, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023
Trailer:


Filem Sumpahan Jerunei diilhamkan oleh upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13 dalam masyarakat kaum Melanau di Sarawak. Kisah bermula dengan ekspedisi yang disertai oleh Dr. Suraya (Sabrina Hassan) untuk menggali lebih banyak tentang Jerunei dihentikan serta-merta. Dr. Suraya merupakan isteri kepada Dr. Sani (Bront Palarae), pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching dan juga penulis buku. 

Kehilangan Dr. Suraya dan rakan-rakannya membuatkan Dr. Sani turut serta penyelidikan Bee (Uqasha Senrose) dan Hana (Daiyan Trisha) di Mukah. Penyelidikan tersebut disertai juga oleh Arjuna (Syafie Naswip) dan Youtuber Tommy (Amerul Affendi). Sebelum masuk ke dalam hutan, mereka berlima berkumpul dahulu di rumah Madui (Tony Eusoff). Semasa di sana, Madui beritahu supaya elakkaan dari berjumpa Nula (Ruminah Sidek) kerana wanita tua tersebut merupakan anak dukun yang jahat. Bee pula diganggu oleh roh remaja perempuan bernama Matalau (Yuyun Hikmah). 


Mereka berlima dihantar ke rumah panjang usang yang terletak berdekatan dengan Jerunei. Tak lama pun di sana, mereka sudah diganggu dengan pelbagai jenis gangguan. Paling teruk sekali Bee dan Hana yang terjaga di dalam hutan. Kerana takut dengan gangguan tersebut, Hana ambil keputusan untuk pulang tapi dia tak berjaya keluar dari kawasan tersebut. 

Bee sudah berpesan supaya tidak menyentuh tiang Jerunei namun Arjuna mengendahkan nasihat tersebut. Kerana dia, habis semua orang dalam ekspedisi tersebut menjadi mangsa dan terima nasib yang sama dengan ekspedisi Dr. Suraya. 


Produser filem Sumpahan Jerunei, Datin Dr Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo mengambil langkah untuk menceritakan tentang adat dan budaya masyarakat Melanau untuk menceritakan sejarah Bumi Kenyalang yang kian lapuk dilupakan masyarakat generasi kini. 

Jerunei merupakan tempat bersemadi golongan raja, bangsawan, pemimpin tinggi juga saudagar-saudagar yang bersifat dermawan pada masa dulu. Jerunei diperbuat daripada kayu belian bersaiz besar supaya tahan lebih lama dengan suhu iklim Malaysia. Bahagian tiangnya setinggi 12 meter hingga 15 meter, terdapat dua atau tiga lubang untuk menempatkan mayat dan barang bernilai milik si mati. Bahagian luar tiang Jerunei dihiasi dengan ukiran bermotifkan binatang harimau, naga, ular  dan sebagainya sebagai simbol status si pemilik. 


Kejamnya pembinaan Jerunei ni bila lubang sedalam 2 meter akan digali dan seorang hamba akan dihumban ke dalam lubang tersebut lantas ditanam hidup-hidup sebelum tiang Jerunei dipacakkan. Gadis yatim piatu dari golongan hamba juga akan diikat dan digantung di tengah Jerunei, dibiarkan mati kebuluran. Jadi tak hairan lah kenapa roh yang menghuni Jerunei mempunyai dendam yang dashat. 

Filem Sumpahan Jerunei meraih 5 anugerah di Florence Film Awards iaitu Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo). Tak dinafikan filem Sumpahan Jerunei mempunyai input yang unik dan tak pernah diceritakan sebelum ini walaupun jalan cerita menggunakan template klise dan boleh dijangka. 


Sinematografi Sumpahan Jerunei juga menggunakan khidmat CGI dan menjadi salah satu punca filem ini dikritik hebat tapi kalau diikutkan tak lah mengganggu penceritaan sangat. Suasana filem Sumpahan Jerunei juga menyeramkan terutamanya di kawasan rumah panjang kerana keadaannya yang usang dan terletak di dalam hutan. 

Nak kata visual adalah faktor kelemahan Sumpahan Jerunei tu tak juga sebab beberapa plot tak dikembangkan dengan baik. Kenapa Bee dan Hana mengajak Youtuber untuk turut serta pun tak pasti. Lakonan Amerul Affendi sebagai Youtuber Tommy pun menyakitkan hati juga, tak perlu ada pun tak apa sebab screentime tu boleh bagi dekat Dr. Sani. Watak Hana juga patutnya perlu diberikan kepada pelakon yang lebih berbakat. 


Walaupun filem Sumpahan Jerunei ada kelemahan tapi not bad lah untuk ditonton secara santai. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.5/10

Movie Review | The Archies (2023)


Director: Zoya Akhtar
Writer: Ayesha Devitre Dhillon, Reema Kagti, Zoya Akhtar, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast: Agastya Nanda, Khushi Kapoor, Suhana Khan, Vedang Raina, Mihir Ahuja, Aditi "Dot" Saigal
Yuvraj Menda
Production Companies: Archie Comic Publications Graphic India, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Teen / Comedy
Running Time: 144 minutes
Release Dates: 22 November 2023 (Goa), 7 December 2023
Trailer:


Filem terbaru arahan Zoya Akhtar yang ditayangkan di 54th International Film Festival of India berlatarkan komuniti Anglo-Indians pada tahun 1960-an. Filem yang diadaptasikan dari francais buku komik dengan judul yang sama membuka kisah tentang Archi dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Green Park di Riverdale. 

Budaya komuniti Anglo-Indian adalah dengan menanam sebatang pokok ketika si anak berusia 5 tahun. Setiap pokok akan diletakkan tanda nama, bukti individu tersebut lahir di Riverdale dan menetap di situ. Green Park terletak di tengah-tengah bandar Riverdale dan menjadi saksi untuk pelbagai jenis aktiviti yang diadakan oleh komuniti Anglo-Indians dari generasi ke generasi. 


Kerana tamak, Hiram Lodge (Alyy Khan) ingin membina sebuah hotel di Green Park setelah membuka beberapa kedai baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan bersama gaji yang lebih tinggi. Sekaligus aktiviti bisnes tersebut bukan sahaja melumpuhkan bisnes sedia ada malah merosakkan hubungan dengan penduduk di situ. 

Veronica Lodge (Suhana Khan) paling teruk terima tempiasnya bila rakan baiknya, Betty (Khushi Kapoor), Reggie Mantle (Vedang Raina) dan yang lain menjauhkan diri. Awalnya Archie (Agastya Nanda) cuba untuk tidak masuk campur kerana dia akan menyambung pelajaran ke UK tapi lama-kelamaan, dia sedar yang Riverdale dan Green Park adalah sebahagian dari hidupnya. 


Filem The Archies merupakan launch pad untuk Agastya Nanda (cucu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan, anak kepada Shweta Bachchan Nanda, anak buah Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan), Suhana Khan (anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan) dan Khushi Kapoor (anak bongsu mendiang SriDevi dan Boney Kapoor, adik perempuan Jhanvi Kapoor, adik tiri Arjun Kapoor, sepupu Sonam Kapoor, anak buah Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor) untuk debut di Bollywood. 

Of course, sejak filem The Archies mula diumumkan pembikinannya, dah ramai mula bercakap tentang nepo babies yang akan menjadi trio utama. Kata Zoya Akhtar, kesemua pelakon menjalani sesi ujibakat tapi kalau dilihat kemampuan masing-masing deliver watak yang diberikan, I really have a doubt about this. 


Agastya Nanda dipilih sebagai watak utama, Archibald "Archie" Andrews yang pandai menyanyi dan menari. Watak Archie bukan saja tak endahkan politik malah tak mampu memilih untuk bercinta dengan Veronica atau Betty. Juggerhead (Mihir Ahuja) pujuk supaya jangan bermain dengan api tapi semua orang pun tahu Archie adalah kasanova. Setiap hari akan bertukar teman wanita tapi tetap saja Veronica dan Betty menaruh harapan pada Archie. 

Personally, I lebih suka dengan watak Reginald Mantle sebab perkembangan untuk watak dia lebih solid, bagus dan kuat untuk naskhah remaja ni. Kalau nak dismiss Reggie sebab dia playboy, Archie pun apa kurangnya. Dari awal lagi pengarah dah tunjuk Reggie ada tanggungjawab untuk teruskan legasi journalism yang dibina oleh datuknya. Bukan saja ada bakat dalam menulis, Reggie juga ambil tahu dengan politik dan isu semasa. Dia berani suarakan pendapat dan prinsip, berani juga untuk bersemuka dengan Ricky Mantle (Luke Kenny) bincangkan tentang kolum akhbar. Babak deep talk Reggie dan Dilton Doiley (Yuvraj Menda) pun dah boleh nampak yang dia tahu where to draw the line tapi dalam masa yang sama masih protect Dilton walaupun dunia mereka berdua berbeza. 


Nak dibandingkan dari segi lakonan pula, Vedang Raina lebih menyerlah bakatnya walaupun terhalang oleh screentime yang terhad. Jauh berbeza dengan Agastya yang tak mampu deliver dialog dengan bagus, kurang pandai menari ataupun ada chemistry dengan Suhana atau Khushi. I lebih suka kalau penulis buat watak Reggie bercinta dengan Betty sebab chemistry Vedang dan Khushi nampak cantik onscreen. Even kalau ikutkan pada karakter watak masing-masing, they fit together. Dua-dua ada minat dan sensitiviti yang sama. Sama cantik, sama padan pula tu. 

Sembang pasal Suhana Khan, watak dia mudah sangat untuk deliver sebab sama dengan dunia dia. Spoiled rich brat dan habiskan masa dengan shopping dan parti tapi sayangnya Suhana tak mampu deliver dengan baik. Mungkin genetik SRK tak pandai menari sebab Suhana pun struggle untuk follow koreografi untuk kesemua lagu. Screen presence dia agak dull berbanding Khushi. 


Watak Betty Cooper memang sesuai sangat untuk Khushi yang ayu, baik hati dan sopan. Raut wajah dia yang feminine banyak membantu screenplay untuk babak melodrama bila patah hati gara-gara Archie. Bersedih bila ayah dia hilang kerja atau fikirkan tentang Green Park. Cara dia bercakap lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor tapi kalau tengok family diorang semua pun ada lenggok yang sama. Enjoy her grace in dancing and lip sync. Pendek kata, kalau Khushi polish lagi lakonan dia, masa depan dia cerah. 

Naskhah The Archies mungkin tak akan jadi kesukaan ramai sebab Zoya Akhtar guna genre musical jadi kebanyakan babak ada nyanyian dan tarian yang terikat dengan era tersebut. For me, I do enjoy every songs sebab filem Hindustan memang banyak nyanyi pun. Nak pula filem The Archies berlatarkan suasana masyarakat Anglo-Indians yang berat kepada English. My favorites are Sunoh and Va Va Voom! 



Sinematografi dari Nikos Andritsakis menghidupkan bandar Ooty sebagai Riverdale. Art, wardrobe and costumes department really did their best in research and execution. Bukan saja pada hairstyle, pakaian, lifestyle, makanan malah seni bina dan interior juga mengikut budaya komuniti tersebut. 

Jalan cerita The Archies mungkin boleh jadi lebih menarik kalau penulis tambah plot atau babak yang lebih dramatik. Tapi boleh jadi sebab pelakon utama tak mampu nak carry babak macam tu, even masa Veronica jumpa ayah dia pun, ketegangan tu tak kuat sangat macam naskhah Dil Dhadakne Do (2015) bila Karan mengamuk depan parents. Watak Hiram Lodge ada resemblance dengan Kamal Mehra yang dilakonkan oleh Anil Kapoor. Terkejut juga bila tengok Alyy Khan lebih kurang sama dengan Bobby Deol, bezanya dia kurus sementara Bobby lebih sasa. 


Walaupun ada kelemahan pada filem The Archies tapi sebagai launch pad untuk nepo kids debut, I do enjoy watching this movie. Ada banyak juga life lessons yang diselitkan untuk remaja. On personal note, I happy filem The Archies tak ada cursing words atau reference yang tak elok. I miss this kind of movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10