![]() |
Dalam 10 gambar ini yang terbaik hshshs |
![]() |
Photocard dari Blooming Treasure |
![]() |
Thank you for the freebies! |
Jamuan Makan Kecil Sempena Birthday Managing Partner
Saturday, 14 May 2022
Anyway, selamat hari lahir En. Hisham. Semoga diberi kesihatan dan sentiasa aktif selesaikan masalah RRM dan masalah anak guam yang sentiasa datang tak kira siang, malam mahupun weekend. May Allah bless you :)
Breakfast Makanan Sihat Dari Rawsome Ara Damansara Medical Centre
Friday, 13 May 2022
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani untuk menyertai sebuah program realiti di Korea Selatan, Isaac Voo berjaya menjadi peserta teratas dalam program tersebut sehingga terpilih dan diserap menjadi idola K-Pop di sana. Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang berumur 28 tahun ini, mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya di Malaysia untuk kembali ke tanah air tercinta dan aktif berkarya di sini.
Untuk melebarkan sayapnya di Malaysia, kini, Isaac Voo mengambil keputusan untuk menjadi artis rakaman sepenuhnya di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT), iaitu sebuah syarikat pengurusan artis di bawah naungan WebTVAsia yang juga merupakan syarikat hiburan digital terbesar di Asia.
Menurut Pengasas bersama Prodigee Asia Talent, Miss Vicky Lum, “Pandemik tidak menghalang industri muzik tanah air untuk menerima kehadiran bakat-bakat baharu. Bagi kami, bukanlah sahaja dari segi karya, bahkan juga bakat muda ini boleh menyerikan dan memberikan nafas baharu untuk industri hiburan tempatan. Sebagai pihak pengurusan Isaac, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong pelbagai aktiviti Isaac di Malaysia. Saya turut berharap agar pihak media tempatan dapat memberikan sokongan sepenuhnya terhadap Isaac.”
Peluang untuk mengembangkan lagi bakatnya di Malaysia tercetus selepas wabak Covid-19, oleh itu beliau tidak dapat menyertai mana-mana aktiviti dan promosi kumpulannya pada separuh kedua tahun 2020. Pada tahun yang sama, kumpulan tersebut kemudiannya menghentikan aktiviti mereka buat sementara waktu selepas 5 daripada ahli mereka telah disenaraikan untuk berkhidmat dalam aktiviti wajib ketenteraan Korea Selatan.
Isaac yang juga aktif dalam beberapa program di Malaysia ‘The X-Project’, turut berkongsi, "Saya mahu lebih ramai peminat Malaysia mengetahui tentang kewujudan saya dalam industri hiburan tanah air, kerana masih banyak perkara yang saya belum dapat laksanakan di sini. Dengan adanya keluarga baharu saya Prodigee Asia Talent di Malaysia ini, saya dapat menonjolkan lagi bakat yang saya ada. Selain itu, saya juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan artis di Prodigee Asia Talent, artis-artis tempatan, dan mencari banyak peluang untuk bertemu peminat-peminat di Malaysia. Saya mengimpikan untuk mempersembahkan lebih banyak karya kepada peminat yang telah menyokong dan menantikan kepulangan saya.”