Showing posts with label movie Malaysia. Show all posts
Showing posts with label movie Malaysia. Show all posts

Movie Review | Juang (2022)

Thursday 22 September 2022


Pengarah : Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali
Penulis Skrip : Matt Lai, Yoon Yee Teh
Pelakon : Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Vanidah Imran, dian P. Ramlee, Choo Hao Ren, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Angeline Tan, Fahrin Ahmad, Lisdawati, Adibah Noor
Syarikat Produksi : Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw, Web TV Asia, FilmForce, Suhan Movies & Trading
Pengedar : N/A
Genre : Drama / Dokumentari
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 08 September 2022
Trailer :


Naskhah yang diiktiraf sebagai Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah oleh The Malaysia Book of Records mengangkat kisah benar yang berlaku semasa Malaysia dilanda pandemik Covid-19. Seramai 5 orang pengarah - Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali terlibat dalam menjayakan filem Juang dan diketuai oleh Matt Lai. 

Juang mempunyai 5 kisah berasingan tapi bergerak sekali dalam satu cerita. Ada kisah yang digarap oleh seorang pengarah dan ada pula bergabung dengan pengarah lain. Tak pasti siapa arahkan yang mana sebab tak ada details lanjut dari team production. Yang pastinya Kabir Bhatia buat babak di lapangan terbang yang melibatkan usaha NADMA bawa pulang 113 orang rakyat Malaysia dari Wuhan, China. Datuk Yusry pula untuk kisah konstabel polis, Hafiq (Zizan Razak) dan Zaki (Izzue Islam) yang berjaga di sekatan jalan raya semasa pandemik. 


Selain dua kisah ini, ada kisah yang melibatkan pengorbanan dan perjuangan pihak medik diketuai oleh Dr. Johan (Zul Ariffin) bersama jururawat Hanna (Janna Nick) di pusat kuarantin. Kisah keempat pula mengenai Santhia (Sangeeta Krishnasamy) sebagai rider Pantas yang perlu bekerja keras untuk tampung perbelanjaan keluarga setelah suaminya dibuang kerja kerana pandemik. 

Filem ini diperkuatkan dengan lagu tema Wira Hatiku dendangan Datuk Sheila Majid bersama iringan muzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Turut terbabit menyumbangkan suara untuk lagu tema ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Sama-Sama. Bait lirik dalam kedua-dua lagu ni menambahkan mood dan menguatkan genre yang diketengahkan. 



Banyak kali juga menangis masa layan Juang sebab pengalaman yang dipaparkan tu terasa dekat sangat di hati. Bila tengok balik teringat apa yang semua rakyat Malaysia perlu tempuh untuk lawan ‘raksasa’ yang tak nampak di pandangan mata. Yang dibuang kerja kerana pandemik, tak dapat jumpa keluarga, frontliners hampir putus asa sebab kawan dan kenalan pun ramai yang bekerja di bahagian perubatan. 

Rasa semangat nak tengok movie Juang sebab ada nama pengarah yang dah tahu hasil kerja memang terbaik dan betul lah instinct tu, dia tetap hasilkan yang terbaik antara semua. Kisah Zaki dan Hafiq cukup rencah baik dari elemen komedi mahupun drama. Berdebar juga bila tengok mereka berdua berusaha untuk selamatkan pendatang asing. Cuma dekat hujung cerita lah macam meleret bila Hafiq nak tolak kereta untuk bagi laluan pada bomba. Patutnya buang part dia melangut sebelum bantu mangsa kemalangan sebab emosi tak sampai.


Kisah Santhia pun sama bila dia pergi dekat motor untuk pakai baju hujan untuk elakkan dia dari terkena virus sedangkan dia dah terdedah dah pun. Kesian uncle tu lama betul tahan sakit semata nak bagi laluan kepada watak Santhia. 

Sementara kisah Dr. Johan dengan Jururawat Hanna tu patutnya banyakkan lagi sebab mereka yang paling berisiko terdedah dengan virus. Personally I rasa penulis dan pengarah boleh masukkan lagi konflik di pusat rawatan. Tak faham kenapa Hanna call parents Arianna datang tapi diorang tak boleh masuk pun. Baik dia video call dari awal je. 


Kalaupun nak bagi watak Fahrin dengan Lisdawati, baik masukkan diorang dalam babak medical team buka keputusan covid test masing-masing. Sayang lah dekat situ ambil pelakon extra tapi tak mampu nak deliver perasaan dengan bagus. Babak Dr. Johan balik jumpa anak dia tu sedih lah sebab ada depan mata tapi tak boleh pegang sebab takut berjangkit. Faham je lah kalau anak rindu ayah dia macam mana, mesti lah nak minta peluk. 

Walaupun naskhah Juang yang diterbitkan oleh Web TV Asia ni ada kekurangannya tapi sebagai filem bergenre drama dan sebagai jurnal sejarah Malaysia, Juang berbaloi ditonton oleh semua. Mesej yang dipaparkan sama ada tersirat mahupun tersurat akan beri pengajaran yang besar dalam hidup kita sebagai sebuah masyarakat yang bersatu-padu walaupun berbeza bangsa, warna kulit dan agama. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Ceroboh (The Screaming Sky) (2022)

Wednesday 21 September 2022


Pengarah : Feisal Azizuddin
Penulis Skrip : Chong Keng Fatt
Pelakon : Mia Sara Shauki, Nia Atasha, Grace Ng, Sasidaran, Kent Tan, Syazani Zikry, Charles Roberts
Syarikat Produksi : Kuman Pictures
Pengedar : Netflix 
Genre : Sains Fiksyen / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan : 88 minit
Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2022
Trailer :


Naskhah misteri thriller arahan Feisal Azizuddin berlatarkan pasca apokalips di mana dunia telah ditakluk oleh makhluk asing. Mereka menggelarkan sebagai Penunggu Langit dengan kebolehan yang mampu mengawal minda manusia. Enam sahabat – Aisyah (Mia Sara Shauki), Yasmin (Nia Atasha), Dr. Wei Ling (Grace Ng), Darrell (Sasidaran), Zhen (Kent Tan) dan Ameer (Syazani Zikry) berlindung dalam sebuah apartment usang selepas Aisyah diserang. 

Selepas 3 bulan dari kejadian Aisyah diserang oleh lelaki asing di sebuah pasaraya ketika mereka mencari bekalan makanan, hidup Aisyah makin terseksa setiap kali Penunggu Langit keluar mencari mangsanya. Kepala dia pedih seperti nak meletup rasanya, telinga berdesing dan dia sendiri tak cukup tidur. 


Tak lama kemudian Darrell pula diserang hingga mengakibatkan kecederaan yang teruk. Yasmin tahu abang dia bukan lagi Darrell yang dia kenal. Setelah disahkan mati, Aisyah diserang oleh Darrell tapi sempat diselamatkan oleh Ameer. Wei Ling bertegas untuk simpan ‘Darrell’ untuk tahu apa kelemahan spesies alien tersebut tapi Zhen tak nak ambil risiko sebab mereka belum tahu sejauh mana kekuatan alien yang masuk dalam badan Darrell. Yasmin tak ambil peduli manakala Aisyah lebih banyak berdiam diri. 

Skrip Ceroboh oleh Chong Keng Fatt merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan menulis skrip yang dianjurkan oleh Kuman Pictures. Mungkin dari segi idea asal dan penceritaan dalam skrip nampak unik dan menarik tapi bila dibikin dalam format skrin layer dan visual, ada banyak yang perlu diperbaiki. 


Selain jalan cerita yang terlampau ringkas untuk diceritakan, lakonan semua pelakon juga agak lemah terutamanya Kent Tan, Ameer dan juga Aisyah. Kenapa Penunggu Langit perlu menyerang bumi? Kenapa dia perlukan manusia dalam rancangan dia? Sejak bila enam sahabat ni perasan apa yang berlaku pada bumi semuanya tak diceritakan langsung. 88 minit hanya tunggu mana-mana watak untuk jelaskan tapi tiada langsung. 

Macam tak logik bila Zhen dengan Wei Ling bertengkar soal makanan kalau ramai manusia yang mati akibat pencerobohan alien tersebut. Patutnya pasaraya ada banyak stok makanan tin sebab orang Malaysia suka makan. Setakat stok makanan untuk 6 orang yang kurang makan bukan satu isu besar pun sampai nak bergaduh besar. 


Kenapa enam watak ni tak keluar dari apartment pun jadi tanda tanya sebab bekalan air tak banyak di apartment tu. Kenapa pilih apartment yang mereka tinggal sekarang pun tak pasti. Nampak macam baru pindah situ sebab mereka perlu sentiasa bergerak tapi dalam bilik Zhen sampai ada shelf drill dekat dinding? 

Ada satu babak Wei Ling tegur jangan bising takut Penunggu Langit dengar tapi Aisyah dok sakan menjerit sampai nak pecah telinga yang dengar. Jadi mereka sebenarnya sembunyi untuk apa? Kalau tengok apartment tu pun ditutup dari pandangan mata dan bukannya dari pendengaran bunyi. Dan disebabkan mereka semua bersembunyi, kebanyakan babak dalam suasana suram dan malap. Music score yang digunakan berjaya menghidupkan elemen misteri dan mendebarkan. 


Tak pasti kalau ada penjelasan lebih lanjut dalam sekuel nanti tapi harapnya pengarah ambil pelakon yang mantap lakonannya sebab babak emosi tak mampu dizahirkan dengan baik sampai I rasa elok je lah semua mati daripada hidup terseksa makan makanan tin setiap hari. Tak pasti juga semua watak ni hidup dengan tujuan atau harapan apa. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 =  4.3/10

Movie Review | The Assistant (2022)

Wednesday 31 August 2022


Pengarah : Adrian Teh
Penulis Skrip : Adrian Teh, Chi-Ren Choong
Pelakon :  Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Henley Hii, Farali Khan, Chew Kin Wah, Tony Eusoff, Coby Chong
Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures
Pengedar :   Sony Pictures Malaysia
Genre :  Aksi / Drama
Durasi Tayangan : 124 minit
Tarikh Tayangan : 19 Mei 2022
Trailer :


Lama tunggu Netflix tayangkan movie The Assistant yang ditayangkan di Far East Film Festival (FEFF) sebab karya Adrian Teh satu hal, naskhah aksi pun satu hal lagi. Tengok trailer macam gempak jugak lah sebab Adrian bekerja dengan Hairul Azreen yang bagus dalam genre ni. 

The Assistant mengisahkan tentang  Zafik (Iedil Dzuhrie Alaudin) ingin membalas dendam terhadap pembunuh isteri dan anak lelakinya setelah keluar dari penjara. Zafik berjumpa dengan Dato’ Sam (Henley Hii), kawan baiknya untuk bekerja sebagai pemungut hutang dan menetap di rumah Kuan (Chew Kin Wah). 


Sambil dia bekerja, sambil Zafik siasat kes pembunuhan keluarga dia. Masa tu juga dia sering berjumpa dengan Feroz (Hairul Azreen) yang kenalkan diri sebagai sepupu kepada arwah isteri Zafik. Sofia (Farali Khan) pula perhatikan gerak-geri Zafik kerana sarang Rodney (Tony Eusoff) diganggu dek kerana kes lama tersebut. 

Dekat minit awal lagi dah boleh agak siapa watak Feroz. Mungkin sebab judul filem naskhah baru Adrian Teh atau mungkin juga sebab mengejut sangat watak Feroz masuk berjumpa dengan Zafik. Tak pasti lah kalau Adrian Teh sengaja tak sorok sangat ataupun dia tak pandai simpan rahsia. Tak kisah lah yang mana satu, elemen misteri dia tak menarik dan bila plot twist muncul pun tak rasa terkejut. Bukan takat watak Feroz je, siapa pembunuh isteri dan anak Zafik pun mudah sangat nak teka cuma tak pasti motifnya apa sebab tu layan sampai habis. 


Penceritaan The Assistant agak perlahan juga lah untuk filem aksi ditambah pula dengan plot yang tak dikembangkan dengan menarik. Kebanyakan masanya rasa cringe dengan beberapa watak utama sebab tak selesa dengan bahasa baku yang digunakan. Kenapa tak guna bahasa pasar je macam watak Dato’ Sam? Tu belum masuk part Hairul buat signature laugh. Bila Iedil yang gelak tak la rasa geli sangat, nampak nice lah bila dia deliver. Bab aksi memang Hairul boleh tapau tapi bab lakonan, kena cari watak yang sesuai dengan dia. 

Watak Sofia dah menarik lah dekat awal cerita sampai lah dia dapat task untuk tembak Zafik dekat hujung tu. Tengok pun dah tahu peluru tu pergi mana. Bodyguard yang tengok pun takkan lah tak tegur pistol Sofia acu ke mana. Bila watak Zafik hidup balik rasa macam hambar sangat sebab dah nampak dengan jelas tak kena dekat tempat sepatutnya. Ingatkan Sofia geng Zafik rupanya tak pun, bertambah frust layan filem ni. 


Sinematografi terikat dengan jalan cerita walaupun ada babak yang macam exaggerate untuk tunjuk betapa berkuasanya Dato Sam tapi okay lah. Yang tak okay bila Adrian Teh masukkan babak terjun dari KLCC dengan bantuan CGI. Kalau CGI dia mantap, syok lah nak layan tapi bila CGI lemah, kenapa nak masukkan jugak? Apa impak pada penceritaan atau watak utama? 

The only part yang I suka dalam The Assistant bila Yasmin (Hanis Zalikha) sebab dia ada aura dan screen presence yang kuat. Mungkin sebab stunt dia cantik, cara dia main pedang tu nampak kemas. Walaupun muncul 10 minit saja tapi I dah manifest Hanis Zalikha berlakon dalam naskhah bergenre aksi macam movie Bulan dan Pria Terhebat (2020) ataupun join universe KL Gangster dengan Abang Long Fadil. 


No wonder lah ramai yang kecewa dengan filem The Assistant sebab banyak sangat kelemahan dalam cerita padahal expectation agak tinggi lepas Adrian hasilkan karya PASKAL (2018), Wira (2019), Pasal Kau (2020) dan Hantu The Movie (2021). 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.4/10

Movie Review | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022)

Wednesday 24 August 2022


Pengarah : Zulkarnain Azhar, Frank See
Penulis Skrip : Josiah cheng, Keoh Chee Ang
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali, Iman Corrine, Anas Ridzuan, Fezrul Khan, Scha Al-Yahya, Aqasha, Azira Shafinaz, Sangeeta Krishnasamy
Syarikat Produksi : Golden Screen Cinemas, FXHammer Films, Multimedia Entertainment, SixFun Media
Pengedar : Golden Screen Cinemas
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 103 minit
Tarikh Tayangan : 25 Ogos 2022
Trailer :


Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib a.k.a Rock (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan a.k.a Lejen (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam perang saudara antara Namburi Utara dan juga Namburi Selatan. 

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh puak militan kerana Lejen cuba untuk selamatkan budak lelaki dari Namburi Selatan. Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi Hornbill untuk menyelamatkan mereka semua. 


Zafran (Aiman Hakim Ridza) pujuk Tuan Hassan (Aqasha) untuk masukkan dia dalam operasi tersebut walaupun nama dia dalam pemantauan kerana langar protokol TUDM. Nak tak nak, pihak atasan terpaksa setuju kerana Mantis adalah pilot terbaik mereka. Pihak militan Namburi pula mempunyai jet CIG dengan kekuatan peluru berpandu. Mustahil untuk PASKAU begerak tanpa juruterbang yang hebat seperti Mantis. 

Naskhah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang diterbitkan oleh Golden Screen Cinemas berlatarkan di sebuah negara fiksyen tapi cukup untuk menjelaskan ketegangan yang berlaku di negara tersebut. Sepanjang movie ni ditayangkan boleh nampak TUDM main peranan besar dengan menjadi sumber rujukan para penulis dan juga pengarah. Banyak jargon tentera udara digunakan lantas menguatkan lagi penceritaan. 


Memandangkan naskhah Air Force adalah genre aksi jadi penulis tak beratkan sangat pada plot atau character development. Banyak elemen drama dimasukkan tapi tak dikembangkan sebaiknya. Personally for me lebih mendalam kalau beberapa watak guna Bahasa Melayu daripada speaking. Macam babak Natrah (Sara Ali) sedar ada darah dekat tangan. Feeling tu lagi sampai kalau dia menjerit ‘Darah!’ berbanding ‘There’s blood, there's blood’. 

Ada babak yang ada potential untuk tambah impak pada ketegangan  atau drama bila Susan (Iman Corrine) halang Gaban (Luqman Hafidz) dari tembak militan. Susan betul, Tuai (Pablo Amirul) pun betul. Patutnya dekat situ Tuai kena bagitahu lah kenapa PASKAU perlu tembak walaupun dia tu budak sebab aras ancaman tetap sama. Kalau budak tu tembak diorang, semua mati. Selagi namanya ancaman, semuanya berbahaya. Medan perang tak sama dengan dataran biasa. 


Naskhah ni pun tak banyak sembang pasal strategi jadi ada masanya lost dengan plan diorang. Masa Brigadier Jeneral Rahim (Esma Daniel) puji Layla bagus tu pun entah apa yang dia puji beria entah. Patutnya kurangkan babak dekat dalam control room tapi lebihkan lagi pada babak Mantis dengan Spoon. 

Lakonan semua pelakon memang bagus dengan lontaran suara dan vokal yang jelas. Tona suara setiap pelakon guna pun sesuai dengan situasi. Masa Lejen tanya Rock ‘kau nak rempuh tu?’ pun dah nampak betapa bahayanya laluan di gunung berbanding terowong. Dari nada suara dia pun dah rasa gerun padahal sebelum tu rasa yakin bila Rock nak guna laluan gunung. 

Sebelum ni tak suka dengan Aiman tapi dalam Air Force nampak dia selesa dengan watak Zhafran. Aiman pandai guna kelebihan figura fizikal dia dalam beberapa babak macam babak Zhafran tunggu dengan motorbike dia. Menyerlah betul aura dia. Nas-T dan Pablo pun menyerlah dalam watak masing-masing. Terharu masa tengok Gaban jerit dekat Tuai supaya gerak sekali bukannya menyerah dekat situ. Ada la beberapa momen yang buatkan empangan pecah. 


Sinematografi dari Tan Teck Zee menggunakan grading tone yang menarik sesuai dengan cuaca panas terik di Namburi. Makeup effect yang digunakan pun nampak real dan menggerunkan. Cuma dalam beberapa babak ada masanya kamera bergegar macam babak dalam terowong. Kalau guna teknik pan pun okay je, biar PASKAU je yang lawan militan, kamera tak payah ikut berlawan sekali. Sama lah dengan shot masa Layla (Sangheeta Krishnasamy) berjalan tu, tak perlu beria pun nak tunjuk name tag dia sebab kabur. Ambil shot kaki dia berjalan terus masuk dalam bilik tuan je patutnya. 

Dalam babak Mantis di Namburi pun nampak lemah CGI yang digunakan tapi boleh ignore je lah sebab skills yang dipaparkan lebih menarik. Tak pasti lah misi keamanan di Namburi ni berlaku pada tahun bila sebab gaya pemakaian dan props semuanya nampak macam zaman sekarang. Walaupun negara Namburi tu cuma fiksyen tapi biarlah ada latar masa yang tepat. Pakaian Hana tu dekat flashback scenes dengan zaman sekarang tak ada beza. 


But it's not a big deal pun sebab kekuatan naskhah Air Force ni ada pada plot, lakonan, stunt dan juga faktor lain yang menjadikan Air Force menarik untuk ditonton bersempena Hari Kemerdekaan ni. Tahniah kepada team Air Force The Movie sebab berjaya hasilkan sebuah lagi naskhah bertemakan badan beranggota selepas KL Special Force (2018), Polis Evo (2015) dan PASKAL (2018). Semoga lebih banyak kisah hero tak didendang ni diceritakan pada orang awam. 

p/s : My review might be a bit bias since I anak askar dan pernah kerja dekat TUDM jadi kebanyakan scene rasa dekat di hati. Tak sangka hangar tempat buat site inspection setiap minggu dulu masuk dalam movie haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 6.8/10

Movie Review | Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Sunday 31 July 2022


Pengarah :  Hyrul Anuar
Penulis Skrip : Hyrul Anuar, Nazri M. Annuar
Pelakon : Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim
Syarikat Produksi : Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media
Pengedar : Golden Screen Cinemas
Genre :  Komedi / Aksi
Durasi Tayangan : 110 minit
Tarikh Tayangan : 19 Mei 2022
Trailer :


Naskhah Tiga Janda Melawan Dunia arahan Hyrul Anuar mengisahkan tentang 3 sekawan – Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) yang merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini (Norman Hakim). 

Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir buat peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert yang hanya terhad kepada 100 orang. Ani berjaya dapatkan tiket tersebut tapi kerana hati busuk Datin Martipah (Rosnah Mat Aris), tiket mereka bertiga dikoyak sehingga hancur. 


Gara-gara inginkan sejumlah duit yang banyak dalam masa yang singkat, Midah jual tudung dekat orang kampung termasuklah non-muslim. Rahayu pula naikkan harga barang di kedai runcit miliknya sementara Ani tambah service charge dan hidden charge di restorannya. Mengamuk Ana (Ellyza Azizi) bila dapat tahu perkara tersebut sebab orang kampung mengamuk dan mencemuh perangai ibunya.

Setelah mendapat inspirasi dari Amat (Taufiqizmer Tawaff), peniaga vape yang meraih RM30,000 sebulan, akhirnya tiga janda berjaya menghasilkan perisa vape dengan bantuan Fikri (Abbas Mahmood), si pembantu makmal. Bila perisa vape mereka laris dijual, pengedar dadah (Taqim Zaki) pula panas hati kerana stok mereka tak bergerak. 


Masa trailer filem Tiga Janda Melawan Dunia ni keluar pun dah excited nak tengok sebab barisan pelakon veteran jadi watak utama. Finally something fresh, unique and progressive is coming! Berapa banyak sangat lah filem yang ketengahkan kehidupan watak 40-an ke atas. Kita selalu nampak filem yang berkisarkan remaja, pertengahan 20-an ataupun 30-an. Susah sangat nak tengok golongan umur ni dan lagi susah nak jumpa golongan 50-an terkinja nak layan konsert penyanyi kegemaran. 

Jangan salah faham dengan maksud progresif yang I mentioned earlier. I tak spesifik dengan penjualan vape ataupun pergi konsert seperti yang dipaparkan dalam filem ni cuma puji sesuatu yang bagus dalam industri untuk ketengahkan kisah golongan veteran. Dalam industri hiburan atau seni perfileman bila dah berusia mesti pelakon tu tersekat dengan watak warga emas dengan kisah sendu. Sebelum ni ada franchise Hantu Kak Limah dan sekarang Tiga Janda Melawan Dunia jadi medium untuk pihak lain buka mata yang veteran juga boleh tarik audience. 


Berbalik kepada movie Tiga Janda Melawan Dunia, momentum penceritaan tak jatuh langsung. Ada saja idea dari penulis untuk hidangkan hiburan baik dari watak utama mahupun sampingan. Berdekah teruk masa tengok babak Midah dengan Rahayu bergaduh tiba-tiba azan berkumandang. Terbantut terus nak balas bola api dari Midah. Sama juga dengan babak Midah bincang strategi dengan Ani untuk lawan tokan dadah. 

Lakonan Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura menghiburkan ditambah pula dengan comic timing yang mantap. Kalaupun mereka bertiga bukan best friends in real life tapi masing-masing berjaya deliver watak dengan bagus. Lupa terus karakter mereka bertiga offscreen sebab yang ada hanya Midah, Rahayu dan Ani. Masa babak kelakar tak berhenti ketawa tapi bila masuk babak sedih, tersentuh hati jadinya. Menjadi betul masa Ani teringat kenangan manis dia bersama Amar (Matz Burhanuddin).


Format Tiga Janda Melawan Dunia dah macam cerita zaman dulu sebab dalam beberapa plot tu keluar lagu sama ada sebagai soundtrack ataupun medium penceritaan. Lagu tema yang dikarang oleh Hyrul Anuar mencuri perhatian dengan beat yang catchy dan lirik yang kelakar, sesuai juga dengan penceritaan. Tak sangka lagu Mi Amor tu dinyanyikan sendiri oleh Norman Hakim. Semua lagu yang digubah untuk filem ni best. Ada dekat Spotify tak ek?



Salah satu kekuatan besar filem Tiga Janda Melawan Dunia ialah sinematografi yang menarik hasil kreativiti Julian dan Oh Boon Ken bila ianya keluar dari adunan biasa. Kawasan kampung boleh nampak menarik macam port dating Ana dengan Fikri. Color grading yang digunakan jadikan beberapa babak tu cun. Busana dan props yang digunakan pun menambahkan mutu penceritaan. Filem komedi ni ditaja oleh Maxis dan Nescafe jadi beberapa babak ada product placement tapi smooth je lah macam tengok filem Korea. 


Boleh kata filem Tiga Janda Melawan Dunia adalah filem terbaik untuk dekad ni sebab gaya penceritaan yang santai dan komedi yang segar. Antara naskhah yang berunsurkan hiburan tanpa tekankan mesej sosial yang berat. Plot twist pun menarik dan tak dijangka walhal plot utama naskhah ni simple je. Rasa puas spend time layan filem ni. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 1 =  10/10

Movie Review | Mencari Rahmat (2021)

Monday 22 November 2021

Pengarah : Al Jafree Md Yusop

Penulis Skrip : Al Jafree Md Yusop

Pelakon :  Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan, Eric Fuzi

Syarikat Produksi : AB Roll

Pengedar :  MUBI

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 29 Julai 2017, 31 Ogos 2021

Trailer :


‘Dari mula aku kenal kau, kau kata nama kau, Rahmat. Dan aku kenalkan kau pada semua orang dengan nama Rahmat dan kau menjawab dengan panggilan Rahmat. Dan muka kau, muka Rahmat! Hah, pelik aku sekarang bila kau katakan yang nama kau bukan Rahmat?’ – Azman (Amerul Affendi)

Razak, seorang peniaga berjaya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu untuk berseronok atau lebih tepatnya, mengejar cinta Roselina (Nadia Aqilah), anak Datin Azizah (Adibah Noor).

Manakala Azman pula adalah sepupu Roselina yang berpura baik di hadapan Datin tapi menggunakan watak rekaan Bunyamin yang sentiasa sakit di Pulau Pinang. Dia bosan terperuk di rumah dan perlu akur dengan kehendak Datin Azizah setiap kali jamuan atau acara diadakan bersama kenalannya. Azman dan Reza (Eric Fuzi) seronok grill Razak bila dia kantoi mempunyai identiti samaran iaitu Rahmat supaya Roselina jatuh cinta. Kata Rose, nama Rahmat seperti irama muzik yang menyentuh jiwa. 

Bila Azman dapat tahu Razak mempunyai anak buah bernama Ratna (Sharifah Amani), dia mencari peluang untuk menyamar sebagai Rahmat untuk berseronok sepertimana yang dilakukan oleh Razak terhadap Roselina. Tak sangka dia akan menemui cinta sejati dan ingin segera berkahwin dengan Ratna. Dilanda dilemma yang sama dengan Razak, Azman takut jika Ratna menolak lamaran sekiranya dia tahu Azman bukanlah Rahmat. 

Mencari Rahmat adalah naskhah kreatif hasil karya penulis juga pengarah Al Jafree Md Yusop kerana menggunakan konsep seperti teater yang mana dibikin semula dari teater The Importance of Being Earnest. Sepanjang 90 minit kesemua watak dalam movie Mencari Rahmat ni hanya menggunakan perbualan sama ada mengenai cinta, sosial, musik ataupun kehidupan peribadi. Yang menjadikan dialog ni menarik bila ada perdebatan sama ada ilmiah atau falsafah sampah. 

Yang kurang menariknya bila Bahasa Melayu baku yang digunakan bercampur-aduk dengan bahasa pasar buatkan dialog tu kedengaran jelik. Ada beberapa babak yang diselitkan bahasa makian yang kasar jadi movie ni tak sesuai untuk ditonton dengan keluarga. Penggunaan tona suara juga ada kalanya over bila sengaja ditinggikan terutamanya watak Razak. 

Dinamik antara Namron dan Amerul Affendi antara kekuatan dalam naskhah terbitan AB Roll Sdn Bhd. Disebabkan mereka berdua pun dah selalu bekerja bersama, memang tak ada masalah langsung nak cipta chemistry tu. Sama juga dengan lakona Nadia sebagai Rose, sudahlah cantik dan sofistikated orangnya, suara dia pun guna tona yang tepat untuk zahirkan emosi dia mengikut situasi.

'Oh tidak mengapa, orang Kuala Lumpur tidak menggunakan gula sebagai pemanis. Gula menggemukkan.' - Cik Roselina Shahira Mandalusia binti Zainal

Movie ni ada 3 plot utama dan plot ketiga – Haram Jadah dah boleh dijangka namun reaksi dari Azman bila tahu kisah sebenar tu kelakar. Rasanya dekat scene tu je terhibur sangat, mungkin sebab dah tahu movie ni dah habis kot. Nak kata movie ni bosan tu tak lah sangat sebab suka dengan konsep dan alur cerita Mencari Rahmat. Mungkin ada yang tak suka sebab pace dia terlampau perlahan. 

Sinematografi dari Madnor Kassim not bad sebab dia tahu angle mana yang menarik macam babak Rose dengan Razak di laman rumah ataupun pada babak solo Ratna masa merokok. Scene flashback yang guna animasi tu macam tak perlu sebab tak memberi impak pada penceritaan pun. Lagi terkesan kalau biar pelakon saja yang menceritakan situasinya sebab boleh nampak ekspresi muka dan bahasa badan. 

Music score dari Pacai sesuai dengan babak tu tapi masa Makcik Normah (Fauziah Nawi) bercerita dengan Datin Azizah tu suara dia tenggelam sebab musik latar terlampau kuat. Movie Mencari Rahmat ni dikarang skripnya pada tahun 1991 menggunakan typewriter tapi baru dapat difilemkan pada tahun 2017 guna duit simpanan EPF dia. Semua pelakon shoot dalam masa 7 hari saja dan hasilnya memuaskan lah untuk streaming platform tapi kalau di panggung wayang macam tak sesuai sebab tak semua akan suka dengan konsep ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

Movie Review | Dubai My Love (2017)

Sunday 31 October 2021

Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos

Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah

Pelakon : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali, Putri Najuwa

Syarikat Produksi : Tsar Asia Sdn Bhd

Pengedar : Suria TV, Netflix

Genre : Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 97 minit

Tarikh Tayangan : 26 Oktober 2017

Trailer :


Trauma dengan masa lalu membuatkan Amar (Erwin Dawson) takut dengan perkahwinan sampaikan lamaran Maryam (Putri Najuwa) dibiarkan sepi. Kawan baik dia, Ilham (Ben Ali) banyak kali nasihatkan supaya jangan biar Maryam tunggu lama sebab mereka berdua pun dah bercinta selama 5 tahun. Mana ada perempuan yang sanggup melamar lelaki kalau bukan sebab sayang sangat. 

Satu hari Amar terjumpa dengan Fazlina (Hanna Aqeela) di padang pasir masa main skate. Pelik perangai Fazlina ni sebab dia macam sengaja nak cari gaduh. Dia yang langar orang lepastu dia yang beria nak Amar minta maaf. Fazlina ada agenda dia tersendiri bila dia cuba tarik perhatian Amar dengan gelang kepunyaan Balqis. 

Balqis lah punca Amar trauma dan sakit ditinggalkan masih berbekas di hati. Fazlina datang berjumpa dengan Amar di pejabat untuk ajak berjumpa di Dubai Marina pada malamnya. Siap pesan suruh ajak Maryam sekali. Watak Fazlina ni macam biadap sebab tak reti hormat masa orang. Suka hati dia je minta Amar dengan Maryam jumpa dia. Tak sempat Amar nak cakap tak nak dia dah blah. 

Ingatkan ada hal penting nak jumpa dekat Marina tu rupanya dia nak ajak Amar dengan Maryam temankan dia jalan-jalan dekat Dubai. Balqis dah buat senarai tempat-tempat yang dia nak pergi dan dia minta Fazlina serahkan kepada Amar. At this point, I pun dah meluat dengar nama Balqis. Dah la batalkan pernikahan last minute lepastu muncul balik 5 tahun kemudian nak ajak jalan-jalan. Sis, kau dah kenapa? 

Kalau I jadi Maryam, buang masa je lah nak follow dia lepastu tanya nak buat apa. I upah je tourist guide untuk Fazlina sebab kesian tak ada duit nak book lepastu kacau boyfriend orang. Yang Amar pun satu hal jugak, benda dah lepas biarlah lepas. Dia nak tension Maryam membebel padahal banyak kali Maryam ajak pergi Burj Khalifa dia tak nak pergi tapi bila Fazlina ajak kemain terhegeh pulak dia beria. 

Sepanjang movie ni boleh nampak banyak betul red flags dekat watak Amar. Dia trauma dengan past relationship, okay takpe lah tapi kenapa dia nak kena tahan Maryam? Nak cakap nak, taknak cakap je lah taknak. Maryam bukannya ugut nak bunuh diri ataupun paksa dia. 5 tahun tunggu dia cakap setuju nak kahwin punya lah susah. Dia tak pernah cerita tau masa silam dia sebab tu Maryam asyik dok asak soalan yang sama. Dah tak pasal kena marah padahal boyfriend dia yang bangang. 

Fazlina tu pulak macam saiko sebab cara dia sama sangat dengan cara Balqis just because dia saudara. Eiii adik-beradik pun tak tiru sebijik lah style beradik sendiri. Memang la pinjam baju, tudung, selipar, bracelet bagai tapi style lain-lain jugak. Creepy tau cara makan, cara gelak pastu cara dress up pun sama. Lepastu bagi hint dekat Amar dia tak kahwin lagi sebab dia tunggu lelaki macam Amar. Eh kau, dekat Malaysia banyak lagi lelaki macam Amar untuk kau pilih tau, tak perlu gigih cari sampai Dubai pun lah. 

Sinematografi movie Dubai, My Love ni memang lah cantik tapi kenapa visual dia tak diedit guna tone yang cantik sikit eh? I macam confuse ni sebenarnya movie ke telemovie? Sayang lah sebab banyak tempat cantik dan famous Amar dengan Fazlina pergi tapi macam shooting dekat KLCC je. Baik tak payah beria shoot dekat Dubai haha. Anyway I excited tengok scene Amar dengan Maryam jalan-jalan dekat shopping mall sebab I nampak banyak poster Bollywood actress. Dubai kan memang one of famous spot for Bollywood haha

Music album Dubai, My Love karya komposer Pamela Yuen ada banyak koleksi lagu romantik yang menarik macam lagu Senyum Saja - Aisyah Aziz & Haikal Ali, Jauh – Velvet Aduk ataupun lagu Dengarkanlah – Sheila Majid. 


Movie ni ada elemen kejutan tapi I tak rasa terkejut pun sebab I lagi risau fikir masa depan watak tu sebab watak lagi satu tak nak dengar cakap Amar. Told ya this guy has many red flags. Seram. Tapi kalau dia bahagia dengan pilihan dia, siapalah I untuk menidakkan perasaan yang datang dari keputusan yang dibuat tu ye dak? Happy ending but hmmm yeah whatever….

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0 = 3.7/10

Movie Review | Ada Hantu (2021)

Saturday 28 August 2021

Pengarah : Hairul Azreen

Penulis Skrip :  Adrian Teh, Amar Amir

Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Henley Hii, Theebaan, Sophia Albarakbah, Dafi

Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures 

Pengedar :  Disney+ Hotstar 

Genre : Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 13 Ogos 2021

Trailer :


Bermula dengan reaction video Alif (Zahiril Adzim) yang mendapat kecaman dari ramai haters sampai dia ambil keputusan untuk pergi ke tempat berhantu walaupun dia tak percaya dengan kewujudan makhluk alam ghaib. 

Alif sebenarnya tak kisah pun dengan haters channel dia sebab kebanyakannya yang menyampah ni lah yang subscribe dan sedekah views untuk Youtube videos dia. Shasha (Elvina Chua) yang cadangkan dia buat content untuk bidas kecaman netizen sementara Bariah (Shiqin Kamal) pula cadangkan mereka bermalam di rumah banglo yang berhantu di kampung dia, Kampung Teluk Panglima Perang. 

Sebelum sampai ke rumah tu pun dah ada insiden bila Talha (Hairul Azreen) hampir terlanggar seekor kucing hitam tapi bila mereka semua turun cari, tak ada langsung kesan kucing tersebut. Sebelum masuk ke rumah banglo tersebut, Jimmy (Nafiez Zaidi) cuba scan aura positif dengan berbekalkan ilmu fengshui yang dipelajari. Entah ye entah tidak sampai Alif naik meluat dengan perangai dia. 

Rumah banglo tersebut adalah milik jeneral askar Jepun yang kejam tapi sayang pada isteri yang cantik dan pandai bermain piano. Setiap malam dia akan dengar isteri dia main piano sehinggalah pada malam terakhir sebelum mereka berdua melakukan kamikaze. Sejak dari hari itu, rumah tersebut mempunyai banyak kejadian aneh dan misteri sehinggakan tak ada yang berani tinggal di situ. 

Movie sulung arahan pelakon terkenal Hairul Azreen ni menggunakan template seram komedi di mana pendekatannya lebih santai dan menghiburkan. Kalau ada yang concern dengan lakonan Hairul, boleh nampak dia dah improve banyak lepas movie Wira (2019) dan Pasal Kau (2020)

Kalau ada yang concern dengan arahan dia, pun rasanya tak ada masalah sebab naskhah santai ni walaupun tipikal tapi banyak plot twist yang menghiburkan. Lagipun movie ni adalah hasil penulisan Adrian Teh jadi tak perlulah risau dengan kualitinya. Boleh kata I dah jadi peminat karya Adrian Teh. Kagum lah dengan dia bila dia boleh polish daripada seorang pelakon kayu seperti Hairul menjadi bagus dan tampil sebagai pengarah. Mungkin lepas ni ada movie aksi pula sebab tu strong point Hairul dalam industri. 

Berbalik kepada naskhah Ada Hantu terbitan ACT 2 Pictures ni mempunyai barisan pelakon yang bagus terutamanya Zahiril Adzim sebagai watak utama. Lakonan Shiqin Kamal pun bagus dan nampak selesa dengan watak Bariah cuma keliru dengan karakter dia yang mempersoalkan tindak-tanduk Alif sejak sampai di rumah tersebut sedangkan motif utama ke situ adalah untuk buat video. Pelik jugak tengok diorang berlima ni sebab main redah je semua benda. 

Masa first half tak lah banyak sangat komedi sebab diorang baru nak explore tempat tu tapi bila masuk second half tak larat nak gelak dengan cerita masing-masing. Terdiam bila tengok kejadian cadar kempis tu sebab real betul. Sekali dengan kita jadi terkesima bila tengok babak tu. Polis yang datang untuk siasat pun terdiam. Teringat-ingat lagi scene Alif dok sengih tu. 

Visual dari Danny Lala paparkan keindahan panorama kawasan tersebut dengan baik. Scene waktu malam pun tak terlampau gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Suka tengok scene dekat tangga sebab lighting dekat situ cantik sangat. Tapi kalau nak pergi vacation dekat rumah tu memang tak lah sebab jauh dari pekan. Kalau orang kata ada hantu pun memang percaya. 

Walaupun movie Ada Hantu ni pada awalnya dikritik sebab poster yang cincai tapi jalan cerita dia menghiburkan dan sesuai ditonton bersama keluarga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10

Movie Review | Mat Bond Malaya (2021)

Sunday 22 August 2021

Pengarah :  Nabil Ahmad

Penulis Skrip :  Nabil Ahmad

Pelakon :  Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar, Amyza Aznan,  Farid Halus, Aloy Paradoks, Mamat Khalid, Michael Ang, Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman, Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura

Syarikat Produksi : N/A

Pengedar :  Astro Shaw, Astro First (saluran  480)

Genre :  Sci-fi / Aksi / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 20 Julai 2021

Trailer :


Selepas telemovie The Hantus, Nabil Ahmad buat kemunculan sulung sebagai pengarah dengan movie Mat Bond Malaya. Movie ni dijadikan tribute kepada Mat Bond (1967) tapi dengan template yang lebih santai dan genre sains fikyen yang mempunyai zombie. Jelak sebenarnya bila asyik dihidangkan zombie tambah pula tak jauh pun jarak masa dengan terbitan movie Zombitopia (2021) di Disney+ Hotstar. 

Walaupun tajuk movie Mat Bond Malaya tapi watak utama, Mat (Naqiu) hanyalah seorang budak suruhan di pejabat organisasi SPY dan menjadi pembantu seumur hidup kepada G (Farid Halus). Mat jatuh cinta dengan Bondi (Elizabeth Tan), antara ejen terhebat di organisasi tersebut. 

Malangnya selepas misi menjejaki dua orang ejen sebelumnya di sebuah kepulauan kepunyaan Dr. Ebel (Azri Iskandar), Bondi pulang semula kemudiannya bawa virus zombie jongang. Dekat sini dah menyampah dah sebab Nabil tak berubah suka body shaming walhal dah belajar ilmu agama. Apa kelebihan zombie jongang selain unsur komedi? Tiada. 

Cerita tentang Mat ni berubah mengikut idea dan perbincangan Nabil bersama pengarah-pengarah ternama dalam industri seperti Michael Ang, Aziz M. Osman, Ghaz Abu Bakar dan Mamat Khalid. Sambil dia ceritakan idea dia, sambil cerita Mat berjalan. Walaupun jalan cerita lemah tapi teruja tengok banyak cameo seperti Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura. TokRam pun ada cameo sebab Nabil pujuk dia berlakon sekali. 

Visual yang digunakan menggunakan tona warna vintage sebagai homage kepada filem Mat Bond sebelumnya. Tak banyak VFX digunakan dalam filem bertemakan ejen perisik negara sebab kebanyakan lokasi bertempat di bangunan SPY tersebut. Ada satu sahaja babak bila Mat kejar Dr. Ebel tapi menyedihkan sangat visual effects dia. Baik guna kereta je lah. Bab makeup effects tahap cerita zombie tempatan yang tipikal lah ataupun mungkin sengaja buat zomba ala Zombi Kampung Pisang sebab ada Mamat Khalid. 

Lakonan Naqiu boleh tahan lah dengan naskhah santai dan komedi macam Mat Bond Malaya terbitan Astro Shaw ni. Chemistry dia dengan Lizzy pun nampak both of them selesa bekerja bersama. Kemunculan Amyza Aznan sebagai mak dengan Farid Halus sebagai sidekick banyak membantu watak Mat dalam cerita ni. 

Walaupun tak suka jenis komedi yang dihidangkan oleh Nabil Ahmad tapi ada beberapa babak yang mencuit hati macam babak Mat dengan G menyamar sebagai lukisan dan sofa. Babak Mat berlari dengan latar lagu Episod Cinta- Boboy tu drama sangat. 

Lakonan Azri Ahmad sebagai Dr. Ebel agak try hard dan buang masa terutamanya pada babak dia bersama anak-anak buah berusaha keras untuk buka pintu bangunan. Untuk apa? Kekeliruan ni sama dengan kekeliruan Dr. Rahman dalam Zombitopia mencipta dinosaur. Product placement pun muncul siap dengan banner. Bila entah industri kita nak belajar letak product placement secara kreatif. Bukan kita tak tahu kegunaan Panadol Uphamol untuk apa. 

Filem ni guna bajet sebanyak RM10 juta dari FINAS tapi sayang lah hasilnya tak lah begitu berkualiti walaupun ada cameo dari Ghaz Abu Bakar. Rasanya movie macam ni elok jadi telemovie daripada keluar tayangan di pawagam ataupun saluran berbayar seperti Astro First. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10