Showing posts with label movie Malaysia. Show all posts
Showing posts with label movie Malaysia. Show all posts

Movie Review | Hutang 2D (2021)

Wednesday 4 August 2021

 

Pengarah : Irwan Rauf, Eric Fuzi
Penulis Skrip : Eric Fuzi
Pelakon : Ayie Floor 88, Baby Shima, Ropie, Ogy Ahmad Daud, Black Hanifah, Wafiy Aan, Akram Floor 88, Achoi Floor 88, Eric Floor 88, Amir Floor 88, Falique Floor 88, Coki, Altimet
Syarikat Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios, Tech Trader
Pengedar : Astro First (Saluran 480), Astro Go, Astro On Demand
Genre :  Aksi / Komedi
Durasi Tayangan :  minit
Tarikh Tayangan : 5 Ogos 2021
Trailer :


Filem terbaru terbitan Arie Zahari Production mengisahkan tentang Ayie (Ayie Floor 88), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan pengecut. Dia mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya, Pak Jie (Ropie)sehinggakan banyak barang digadaikan dan cinta terpendamnya pada Shima (Baby Shima), anak tunggal Mak Ima (Ogy Ahmad Daud) yang meniaga nasi lemak di hadapan rumah. 

Kehadiran dua orang gangster iaitu Han (Black Hanifah) dan Kit (Wafiy Aan) yang datang mengutip hutang tertunggak menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui tablet ajaib yang diberikan oleh Gua Mambang (Altimet) di mana segala lukisannya menjadi hidup. 


Dengan adanya tablet ajaib tersebut, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa -  Akram (Akram Floor 88) kuasa cahaya, Achoi (Achoi Floor 88) kuasa api, Eric (Eric Floor 88) kuasa gagah perkasa, Amir (Amir Floor 88) kuasa meniru suara, Falique (Falique Floor 88) kuasa kelajuan untuk membantu Ayie menyelesaikan masalah hidupnya. 

Filem Hutang 2D dikatakan sambungan kepada music video lagu Hutang yang pernah berentap di AJL ke-35 dengan mengetengahkan konsep hutang yang mengangkat tema kekeluargaan dan persahabatan dalam naskhah sulung Eric Fuzi sebagai pencetus idea dan pengarah pembantu kepada Irwan Rauf. 


Penceritaan yang berlatarkan masyarakat penduduk kawasan rumah flat dipaparkan dengan baik bila ada babak yang menceritakan bagaimana akrabnya hubungan antara jiran di blok tersebut. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Bila Ayie ada masalah, Mak Ima dan Shima yang hulurkan bantuan tanpa pernah berkira. 

Walaupun pengarah menggambarkan Ayie sebagai pengecut bila Han dan Kit datang serang ayah dia tapi personally for me, watak Ayie lebih kepada mengalami trauma. Sudahlah tiada mak, dibesarkan pula dengan ayah yang tak bertanggungjawab. Ada duit lebih sikit pergi berjudi. Tak adil bila Shima marah Ayie kemudian Gua Mambang pula kena hormat dan berbaik dengan Pak Jie. Nasib baik lah Gua Mambang bagi tablet tu dan watak Ayie pun gunakan ke arah yang baik dengan menolong keluarga dan jiran di kawasan tersebut. 


Penceritaan pada first half santai dengan pengenalan beberapa watak dan kebolehan Ayie melukis webtoon menggunakan tablet ajaib dia. Bila masuk second half dah mula messy bila watak Han dan Kit menculik ramai anak dara di kawasan flat tersebut. Lebih baik kalau pengarah stick dengan konflik hutang Pak Jie dengan dua gangster ni sahaja. 

Bab lakonan tak ada masalah semuanya nampak natural dengan watak yang diberikan malah chemistry antara Ayie dengan Baby Shima pun nampak kuat dalam beberapa babak bersama. Watak sampingan pula terlampau ramai sampai ada watak yang muncul sekejap sahaja dan tak memberi impak pada penceritaan seperti watak Coki. Pelakon extra pula agak mengganggu bila tak serius dengan watak masing-masing macam pembantu ketua kampung masa penduduk flat berhimpun mengadu masalah anak dara hilang. 


Filem Hutang 2D ni menelan belanja sebanyak RM300,000 dan sebahagian besar dibelanjakan kepada visual effects yang digunakan untuk scene aksi. Walaupun terikat dengan bajet tapi visual nampak menarik dengan menggunakan template 2D. Musik latar merupakan koleksi lagu-lagu hit dari kumpulan Floor 88 sendiri dan 2 buah lagu baru diperkenalkan – Ku Ingin dan Sahabat. 



Mungkin movie Hutang 2D masih kurang menyengat dari segi penceritaan tapi sebagai platform pengenalan dari barisan penyanyi yang mencuba beralih angin ke bidang lakonan, naskhah santai ni sesuai sebagai hadiah kepada peminat. Teringat zaman 90-an dulu bila penyanyi kumpulan lelaki terbitkan movie masing-masing macam Boboi, Sofazr, New Boyz dan banyak lagi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 5.8/10

Movie Review | J2 : J Retribusi (2021)

Tuesday 20 July 2021

Pengarah : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah

Penulis Skrip :  Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf

Pelakon : Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Yiming Chen, Ainin Batrisya, Amelia Henderson, Rosyam Nor, Theeban G., Eric Chang

Syarikat Produksi :  Primeworks Studios, Infinitus Films, Sunstrong Entertainment, TGV Pictures

Pengedar :  Disney Hotstar

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 95 minit

Tarikh Tayangan : 1 Jun 2021 (Malaysia), 25 Jun 2021 (Brunei)

Trailer :


Lepas tragedi yang berlaku dalam Unit Tindakan Khas (UTK), Jay berhenti dan menjadi bodyguard kepada Nadi (Ainin Batrisya), anak perempuan tunggal Dato’ Hashim (Rosyam Nor). Hari yang penting buat Dato’ Hashim bila dia akan mengumumkan persaraan dia dan menyerahkan bisnes kepada Liu Kang (Eric Chang), businessman dari China yang ditemani oleh bodyguard dia, Chang (Yiming Chen).

Business deal tersebut diadakan di Berjaya Hotel dengan kehadiran para media dan tetamu jemputan lain. Nadi dan Jay juga berada di sana untuk meraikan hari tersebut. Jay perasan ada sesuatu yang tak kena di ruang lobi dan bertambah pelik bila staff hotel datang hantar kek secara tiba-tiba. Tekaan dia tepat bila tak lama kemudian hotel tersebut diserang pengganas yang diketuai oleh Taufik (Ashraf Sinclair). 

Tujuan serangan tersebut kerana Taufik perlukan plat duit yang digunakan oleh Dato’ Hashim dan Liu Kang untuk mencetak duit secara haram. Plat dan semua harta mereka disimpan di dalam peti besi yang terletak di bahagian basement. Taufik perlukan Nadi sebagai umpan supaya Dato’ Hashim berlembut hati untuk serahkan passcode. 

Sekuel kepada J Revolusi (2017) yang diterbitkan di bawah syarikat produksi kepunyaan pelakon terkenal negara China, Andy Lau ni tidak lagi berlatarkan skuad Unit Tindakan Khas (UTK) bila watak Jay bergerak solo. Bukan sahaja pelakon sampingan sudah bertukar orang, tugas pengarah juga digalas oleh duo Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah. 

Walaupun penulis masih lagi dari karya Alfie Palermo yang dibantu oleh Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf tapi jalan cerita ketara benar dicedok dari filem luar negara. Tapi kalau genre aksi ni penceritaan tak lah begitu dititikberatkan. 

Sama seperti previous installment, J2 : J Retribusi tak mengembangkan watak wanita dengan begitu mendalam dan kali ni lebih tepat lagi, tak diberikan perhatian langsung sebab watak Amy (Amelia Henderson) cuma bergantung harap pada Chang dan Jay. Lagi best kalau Amy ada kekuatan sendiri sebab pangkat dia adalah manager yang menguruskan Berjaya Hotel. Tengok dari landskap bangunan, bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan seorang yang dipaparkan sebagai loser. Excited masa nampak Niezam Zaidi tapi sayang betul watak dia muncul sekejap je. Selalu macam tu kan, kalau dapat berlakon movie bagus, watak dia pulak yang problem. 

Movie J2 : J Retribusi adalah movie terakhir dalam karier arwah Ashraf Sinclair di mana dia memegang watak antagonis yang menggerunkan. Dia ada karismanya tersendiri, tak perlu guna kata-kata kesat pun untuk show off his bad character. Cukup dia mencerlung pada mangsa pun dah rasa seram. 

Tak pasti apa kaitan dia dengan watak Andra sebab tak dijelaskan langsung sedangkan Taufik berulang kali bagitahu anak buah dia Jay orang yang sama bunuh Andra. Kalau penulis buat mereka ada pertalian mungkin dendam dan amarah tu lebih bersifat personal dan scene pertarungan mereka berdua nampak lebih tegang. Elemen drama tak diadun dengan baik dalam sekuel kecuali scene Dato’ Hashim menangis dalam tandas. Nasib baik ada Rosyam Nor yang memang handal bermain emosi. 

Sinematografi dan visual dari Teck Zee Tan agak jauh berbeza dengan hasil kerja Haris Hue Abdullah bila dia banyak bermain dengan transition dan close up shots. Ada scene yang nampak cantik bila dibuat gegar seolah kita melihat melalui lensa mata Jay tapi ada scene yang lebih baik kalau dibuat secara panorama sebab tak puas tengok stunt action Jay hasil koreografi Keung Kam-Kui. Aksi Taekwondo dari Cheng pun cantik tapi nampak sangat sengaja nak show off martial art skills dia bila hallway tu penuh dengan meja yang jatuh dan terletak elok sebagai penghadang. 

Watak Jay kali ni cuma berinteraksi dengan kanak-kanak je tapi dia punya sweet tu manis leting. Karakter dia tough tapi dalam masa yang sama sweet jugak sampai tenggelam relationship Nadi dengan ayah dia. Tak pasti kalau watak Cheng akan join Jay dalam installment ketiga tapi dinamik mereka berdua sama bagus pada second half. Dalam sekuel ni tak ada watak yang kelakar tapi ada momen antara Jay dengan Chang yang menghiburkan. 


Sama macam J Revolusi, lagu latar Ralit – Tuju ft Malik Abdullah kurang menyengat dan tak memberikan impak pada penceritaan. Sebagai sekuel, J Retribusi sarat dengan aksi yang mendebarkan dan persembahan beberapa watak yang cemerlang dan tak melebih kalau kata J Retribusi adalah movie aksi terbaik untuk tahun 2021. Tahniah kepada team production yang berjaya tembus ke pasaran Brunei. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Movie Review | Polis Evo 2 (2018)

Tuesday 13 July 2021

 

Pengarah :  Joel Soh, Andre Chiew, Ahmad Izzuddin

Penulis Skrip :  Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf

Pelakon :  Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Rusdi Ramli, Tanta Ginting, Syafie Naswip, Riz Amin, Mike Lucock, Hairul Azreen, Jay Iswazir, Hairie Othman

Syarikat Produksi :  Astro Shaw, Surya Citra Media, Blackflag

Pengedar :  Astro Shaw / Netflix

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 138 minit

Tarikh Tayangan : 22 November 2018 (Malaysia), 18 April 2019 (Indonesia)

Trailer :


Sekuel dan installment kedua franchise Polis Evo (2015) membawakan kembali dinamik duo Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) dengan mengangkat tema terrorism selain dari penjualan haram dadah syabu. 

Diinspirasikan dari jenayah pengganas yang pernah berlaku di Malaysia, Khai dan Sani mengetuai misi menangkap Riky Kumolo (Tanta Ginting) dengan bantuan dari Inspektor Adli yang datang dari Jabatan Polis Indonesia. Misi mereka gagal disebabkan Rian (Raline Shah) dan kemudiannya membawa mereka semua ke Pulau Cherong di mana Hafsyam aka Saif (Hasnul Rahmat) menawan 200 orang penduduk pulau sebagai tebusan supaya Imam Husyairi dibebaskan oleh pihak polis. 

Tanpa menyedari serangan tersebut, Sani dan anak buah dia, Mat Dan (Syafie Naswip) ditangkap bersama tebusan lain sementara Khai menyiasat aktiviti di pulau tu di bahagian lain. Bila Khai terjumpa dengan Rian, nak tak nak dia terpaksa bekerjasama supaya dapat cari Sani dan minta bantuan dari SAC Dato' Azizat (Erra Fazira), ketua bahagian narkotik. 

Jalan cerita Polis Evo 2 lebih terarah kepada terrorism berbanding penjualan dadah. 10 minit awal je berkisar tentang syabu tapi bila dah ke Pulau Cherong tu sepenuhnya tentang Saif dan perjuangan sesat dia. Kalau dialog dalam previous installment banyak sembang santai dan komedi, dalam sekuel ni banyak pada drama dan mencetuskan provokasi sesuai dengan tema. 

‘Kalau aku betul ahli neraka, kenapa atas takdir Tuhan, aku yang berdiri kau yang melutut? - Saif

Lepas kejayaan filem Polis Evo yang berjaya mengutip sebanyak RM17 juta selepas 20 hari tayangan, franchise ni kembali dengan barisan penulis dan pengarah yang berbeza. Nak bandingkan yang mana lagi best tu macam tak perlu sebab dua-dua pun ada kekuatan sendiri bila installment pertama lebih kepada pengenalan watak Inspektor Sani dan Inspektor Khai kemudiannya mengubah pertemuan mereka kepada persahabatan. Dalam installment kedua pula masing-masing diuji ketahanan fizikal dan mental. Scene Khai suruh Sani untuk kuat untuk lawan dengan puak Saif antara scene yang memberi impak pada penceritaan dan dalam masa yang sama suntik elemen drama dengan lebih mendalam lagi. 

Tak hairan kalau peminat franchise Polis Evo akan tunggu kehadiran installment ketiga sebab kutipan sekuel pun sama hebat dengan yang pertama. Bak kata Khai, selagi laku boh. Dinamik dan keserasian Sam dan Zizan antara kekuatan utama franchise aksi di bawah terbitan Astro Shaw ni. Kalau hilang seorang, terasa kurang umpphh dia. Tapi lakonan Zizan masih lemah terutama pada scene dalam gudang dengan mayat UKAP yang lain. Sama macam sebelum ni dia tak mampu nak carry solo screen dengan skala emosional yang tinggi. 

Dalam Polis Evo, Inspektor Sani kata dia nak selesaikan kes tak main pistol senapang semua ni tapi dalam Polis Evo 2 dia siap main shotgun dan bom buatan. Props dan set dalam filem ni diberi perhatian supaya nampak realistik ditambah pula dengan teknik kamera dan suntingan visual juga sinematografi yang cemerlang. Cuma ada beberapa scene intense, kamera sengaja gegar untuk tonjolkan ketegangan tu tapi sebenarnya tak perlu pun sebab lakonan Hasnul dah cukup cemerlang. 

Banyak watak sampingan dibintangi oleh pelakon atau selebriti ternama seperti Erra Fazira, Rusdi Ramli, Hairul Azreen, Jay Iswazir, Riz Amin dan ramai lagi. Masing-masing deliver watak dengan baik walaupun dalam screentime yang terhad. Watak Rian bawa keseimbangan dalam franchise Polis Evo dan mungkin akan diteruskan dalam installment ketiga dengan karakter yang kuat dan aksi yang mantap di samping watak Khai dan Sani. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.9, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Telemovie Review | Chomel (2021)

Sunday 11 July 2021

 

Pengarah :  Jason Chong

Penulis Skrip : Natasha Azlan, Nadim Hisham, Zulaikha Zakaria, Amira Nasiruddin

Pelakon : Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Aniq Suhair, Yuyun Hikmah, Azizah Mahzan, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Gavin Yap, Nadia Aqilah

Syarikat Produksi :  Double Vision, Astro Shaw

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2021

Trailer :


Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga kecil yang berubah setelah berjumpa dengan kucing yang dibuang di tong sampah. Selepas kematian ibunya, Mimi (Airiezara Jasmin) merasa kehilangan dan sunyi tambahan pula bila ayah dia, Imran (Zahiril Adzim) sibuk bekerja dan mencari pembeli baru untuk karya batik cerap. Kakak dia, Nora (Yuyun Hikmah) dah jarang luangkan masa bersama. 

Mencari kawan bukanlah suatu perkara yang mudah bila syarat utama untuk join kumpulan Diva Girlz kena ada haiwan peliharaan seperti kucing. Mimi cuma ada ikan laga berwarna biru yang diberi nama Pinky. Mustahil untuk Mimi bela kucing sebagai haiwan peliharaan sebab Imran ada alahan dengan bulu kucing. 

Tapi takdir pertemukan Mimi dengan Chomel kemudian dibawa pulang secara curi-curi dan sembunyikan di dalam bilik tidur. Malangnya rahsia dia terbongkar bila Chomel masuk ke bengkel batik Imran dan rosakkan design penting untuk presentation kepada Mr. Chen (Gavin Yap). Nak tak nak, Imran terpaksa juga bawa design tersebut sebab dah tak ada masa lagi untuk hasilkan yang baru. 

Dalam masa yang sama Wan (Azizah Mahzan) failkan hak penjagaan cucu-cucu dia sebab dia menyampah dengan Imran yang dianggap tak mampu laksanakan tanggungjawab sebagai ayah yang baik. Dalam masa sebulan, dah berapa kali dapur rumah hampir terbakar. Bumbung rumah rosak, bil elektrik lupa nak bayar dan banyak lagi lah.  

Not bad lah penceritaan yang bertemakan haiwan peliharaan ni sebab Chomel pun pandai berlakon walaupun alur cerita tak bersandarkan pada kucing tersebut tapi lebih kepada konflik keluarga. Tak tahu lah macam mana team production ajar Chomel untuk buat ekspresi muka ataupun wink sebab semuanya nampak natural dan bukannya VFX. 

Lakonan Airiezara Jasmin, Aniq Suhair dengan Yuyun Hikmah pun bagus dalam semua scene cuma sayanglah watak Zain (Aniq Suhair) tak dikembangkan lagi sebab ada potential untuk jadi lebih dari si kacak persis Song Joong-ki. Entah lah celah mana tapi dia handsome lah. Mungkin sebab telemovie ni target audience dia golongan kanak-kanak dan remaja jadi naskhah dia lebih santai dan ringan. 

Selain dari mesej kekeluargaan yang mendalam, mesej tersirat dari telemovie Chomel ni adalah bela kucing jalanan bukan beli sebab mesej ni yang diketengahkan PETA sejak berdekad lamanya. Memandangkan makin ramai yang jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan atau ahli keluarga, mesej ni sangat penting kepada golongan bawah umur. 

Sayangnya mesej ni tak ditekankan sangat walhal boleh je masukkan dialog bermesej dekat scene Zain ternampak Nora usap Chomel depan rumah. Well I guess industri seni tempatan masih jauh lagi untuk menjadi medium edukasi dan social awareness berbanding Korea Selatan dan India. But you can always prove me wrong in comment box. 

Another missed point dari telemovie ni bila Imran dan Liz (Nadia Aqilah) adalah pereka batik cerap dan mempromosikan batik tempatan. Recently ada perdebatan kenapa batik tempatan tak dipandang tinggi seperti batik Indonesia dan rata-rata jawapannya sebab batik tempatan outdated. Bila nampak Imran pakai kemeja batik untuk berjumpa dengan Mr. Chen tu agak mehhhh jugak lah sebab betul apa yang dikatakan tu. Padahal scene John (Douglas Lim) pakai scarf batik dekat leher tu quite trendy and I was expecting more lah dari Imran.

Nevertheless telemovie Chomel berjaya sampaikan mesej kekeluargaan dengan baik. Btw, happy bila nampak bilik Nora penuh dengan poster Stray Kidz instead of BTS hahaha

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.6/10

Movie Review | Bella & Jamie (2019)

Wednesday 12 May 2021

  

Pengarah : Fairul Nizam Ablah, Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Liyana Jasmay, Fairul Nizam Ablah

Pelakon : Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar, Bell Ngasri

Syarikat Produksi :  Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Pengedar :  United Studios Sdn. Bhd.

Genre :  Komedi / Drama 

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 31 Januari 2019

Trailer :


Debut movie Liyana Jasmay sebagai penerbit dalam industry perfileman mengangkat tema Teman Sejati Selamanya bila Bella (Juliana Evans) dan Jamie (Liyana Jasmay) berkawan sejak kecil sehingga besar. Kejutan buat mereka berdua bila Uncle Bad (Khir Rahman) dan Aunty Maryam (Sharifah Nadia) nak berkahwin. Bella & Jamie akan bertukar status dari kawan baik kepada adik-beradik tiri. 

Malangnya sejak pulang dari New York, Jamie dapat tahu Bella bercinta dengan Reza (Izzue Islam), bekas kekasih yang pernah tinggalkan dia dulu. Jamie kecewa Bella tak berterus-terang dengan dia walaupun dia pernah beri peluang. Jamie bertindak untuk putus kawan dengan Bella dan cari peluang untuk putuskan hubungan ayah dia dan ibu Bella. 

Konflik diorang kecil je sebenarnya macam Reza utarakan dari awal tapi masing-masing ego tak nak mengalah. Walaupun watak Reza tak dikembangkan sangat tapi dia antara yang rasional dan matang dalam movie ni. Tak pasti umur Jamie dengan Bella berapa tapi around 25 macam tu la kot. Masing-masing terlampau dimanjakan dan disuap sampai tak pandai berfikir. 

Kecewa jugak lah bila penulisan Liyana Jasmay ambil jalan singkat dengan matikan watak Reza hanya kerana untuk tonjolkan friendship Jamie dan Bella. Reza dah pesan dekat Bella yang dia taknak join plan mereka berdua yang melibatkan Mastura (Dynas Mokhtar) tapi Jamie anggap Reza annoying. Lepastu scene Reza dah ada teman wnita baru instead of berbaik dengan Bella. It would be nice dan watak Jamie nampak matang kalau dia dah move on dan sedar kenapa Reza putuskan hubungan kemudian pilih Bella. Kena lah dengan pendirian Reza yang anggap cinta tu sesuatu yang misteri dan tak boleh dipaksa. 

Suka dengan chemistry Khir Rahman dan Sharifah Nadia sebagai pasangan bercinta sebab relationship diorang matang dan romantik. Mungkin sebab sesuai dengan my age yang dah masuk 30s, suka dengan lelaki yang stabil dan tenang. Sweet lah Khir Rahman berlakon scene romantik sebab intonasi suara dia tu fuhhh cair! 

Walaupun Dynas Mokhtar muncul sekejap je tapi watak dia menaikkan momentum penceritaan dengan strong character sebagai bekas kekasih Bad. Bila dia tanya Jamie ‘Dah besar kan? Dah pandai fikir kan?’ memang puas betul dengar. Dekat scene tu nampak yang pilihan kita adalah cerminan personaliti kita. Kalau sejenis tak matang, pilihan yang dibuat pun nampak tak bijak langsung. Watak Jay (Bell Ngasri) pun kelakar setiap kali muncul.

Dinamik Liyana Jasmay dengan Juliana Evans sebagai kawan baik nampak kuat sebab diorang memang best friend in real life pun. Cumanya watak mereka berdua tak dikembangkan sangat atau bermain dengan emosi untuk genre drama. Terlampau santai untuk friendship sejak kecil dan terlampau mudah Bella putus asa dengan Jamie. Lagi syok kalau ada flashback yang boleh menguatkan naratif persahabatan mereka berdua. 

Sinematografi dari Pete Abdullah menaikkan mood penceritaan dalam naskhah chick flick yang santai ni. Props yang digunakan nampak terpengaruh dengan konsep perumahan di NY bila mereka sekeluarga buat BBQ di rooftop. I pulak yang risau sebab nampak awan cerah sebab kilat sana sini. Scene foodtruck tu macam kesian pulak dekat customer sebab makan dekat tempat panas. Iklim Malaysia tak sama dengan New York. Dekat sana even matahari tegak atas kepala pun tetap ada angin sejuk dia. Dekat sini mau berbelang muka. 

Soundtrack untuk Bella & Jamie quite fun dengan lagu Manisnya Senyumanmu nyanyian Liyana Jasmay sendiri under KRU Music. Lagu asal adalah nyanyian Feminine tapi Liyana record dengan nafas baru khas untuk movie ni. Comel je tengok Liyana dengan Jue Evans menari dalam kereta tu tapi potong betul Reza pergi tegur pasal diorang tengah bergaduh.

 

Masa movie Bella & Jamie tayang tahun 2019 tak dapat sambutan pun sebab Liyana cakap dia tak fokus dengan marketing and promos. Nasib baik masuk dekat Netflix, boleh la cover balik duit modal. Walaupun movie ni tak lah menghiburkan sangat tapi not bad lah nak layan sambil masak rendang raya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Movie Review | Pasal Kau! (2020)

Thursday 22 October 2020

Pengarah : Adrian Teh

Penulis Skrip : Shamaine Othman, Nazri Annuar

Pelakon :   Hairul Azreen, Janna Nick, Amerul Affendi, Namron, Henley Hii, Theebaan G, Josiah Hogan, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Sophia Barakbah, Sugeeta Chandran, Anna Jobling, Ropie Cecupak, Yayan Ruhian, Dain Said, Fify Azmi, Ismi Melinda, Jasmine Suraya Chin,

Genre :  Romantik / Komedi/ Aksi

Durasi Tayangan : 102 minit

Tarikh Tayangan : 1 Oktober 2020

Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures

Pengedar : Netflix

Trailer :

Lately nama pengarah Adrian The melonjak naik dengan kejayaan movie Paskal dan Wira. 1 Oktober lepas, Adrian Teh come up dengan movie komedi pula dengan barisan pelakon kegemaran dia sebab pelakon Paskal dengan Wira je ramai dalam movie Pasal Kau ni. 

Story dia simple je actually bila Jane (Janna Nick) jatuh hati dengan si buncit Aiman (Hairul Azreen) yang bekerja di Hotel Bayu Bay. Tapi disebabkan karakter Jane yang kasar macam lelaki, Aiman tak pernah anggap Jane lebih dari seorang kawan walaupun Jane dah layan Aiman special dari orang lain. Parjo (Amerul Affendi) dengan Josh (Henley Hii) dah puas tolong Jane tapi semua rancangan mereka gagal. 

Sampai lah satu hari bila trio Sofia (Sophia Barakbah), Maria (Sugeeta Chandran) dan Emelia (Anna Jobling) datang ke hotel untuk bercuti. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Aiman yang suka dengan Sofia tak bertepuk sebelah tangan tapi kehadiran Tengku (Josiah Hogan) musnahkan angan-angan Aiman.

MC (Theebaan G) dengan Wak (Taufiq Hanafi) pula cuba menyiasat siapa sebenarnya lelaki misteri (Ropie Cecupak) yang suka berkeliaran di hotel mereka sebab boss mereka, En. Maznan (Namron) taknak lelaki tersebut mengganggu impian dia untuk mendapatkan 5 star dari Tengku. 

Kisah cinta dan konsep kisah di hotel ni datang dari kisah benar Hairul Azreen sendiri tapi 30% je lah yang sama. Yang lain tu diubah suai ikut template komedi yang mana rip-off dari movie Paskal. Paskal, Pasal Kau kan sama bunyinya tu. So kalau tak tengok movie Paskal lagi memang tak boleh nak pickup lah beberapa scene dalam movie ni macam scene MC dengan Wak sembang pasal jenis senjata, scene Parjo, MC dengan Yop (Hafizul Kamal) bergaduh dekat theme park ataupun scene Josh suruh Aiman pulak meniarap. 

Kalau sebelum ni macam susah betul nak terima lakonan Hairul Azreen tapi kali ni walaupun watak dia banyak menyembang dan tak ada langsung fight stunt, dia mampu deliver dengan baik. Chemistry dengan Janna pun not bad. Lakonan Namron pun mantap. Menjadi betul scene dia sebagai gay. Berdekah scene dia cuba nak flirt dengan Parjo. 

Suka tengok band hotel tu sebab comel. Dalam Paskal diorang macho habis, muka ketat je tapi dalam movie ni nyanyi lagu jiwang leleh sokmo. Suka lagu Belaian Jiwa yang bercampur dengan bait lirik Mandarin. Lagi best kalau ditambah lagi lagu untuk diorang nyanyi or perform. Not sure kalau Henri yang nyanyi sendiri ataupun dub je. 

Visual dalam mvie ni memang cantik dan movie Adrian Teh dah memang mantap bab visual editing cuma jadi persoalan bila Adrian tukar dua scene kepada animasi. Kenapa? Untuk tutup kelemahan stunt Sofia ke? Sedangkan boleh je ambil body double. Dialog pun agak lemah sebab try hard sangat. Kadang-kadang cringe tapi sebab movie ni genre santai so tak lah terkesan sangat cuma second half tu jadi draggy dan hambar lah. 

Hotel Bayu Bay tu shoot dekat Hard Rock Hotel Desaru Coast dengan Westin Hotel so bila tengok movie ni jadi excited lah bila semua lokasi penggambaran Pasal Kau tu I tahu sebab buat company trip dekat sana. Sayangnya masa RRM ada company trip, diorang dah wrap shoot dah. Sempat jumpa Fify Azmi dengan Josiah Hogan je masa tu. Tak tahu pulak tengah shooting. 

All in all, congrats Adrian Teh, Hairul Azreen dan team Pasal Kau sebab berjaya buktikan yang acting range diorang tak limited dengan aksi sahaja. Yang belum tengok lagi dan perlukan movie ringan dan santai, boleh tengok movie Pasal Kau ni dekat Netflix! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10

Movie Review | Wira (2019)

Monday 27 January 2020


Pengarah : Adrien Teh
Penulis Skrip : Adrian Teh, Anwari Ashraf
Pelakon : Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dato' Hilal Azman, Dain Iskandar Said, Henley Hii, Josiah Hogan, Zizan Razak, Yayan Ruhian
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 109 minit
Tarikh Tayangan : 21 November 2019
Syarikat Produksi : Astro Shaw
Pengedar : Golden Screen Cinemas, Astro Shaw, Primeworks Studios
Trailer :


Hassan (Hairul Azreen), bekas Komando ATM pulang ke rumah keluarga dia untuk bantu adik dia, Zain (Fify Azmi) dan ayah dia, Munaz (Dato' Hilal Azman) yang stuck dengan kekejaman Raja (Dain Iskandar Said). Kepulangan dia tak diterima baik bila 8 tahun lepas dia lari keluar ke Machang untuk join tentera bila dia stress dengan pertelingkahan ibu bapa dia yang tak pernah sudah. 

Bagi Hassan, Raja seorang manusia yang baik bila bagi pampasan kepada penduduk rumah setinggan di kawasan tu dan bagi peluang pekerjaan di kilang kondom. Tapi berbeza pandangan dengan Munaz kerana Raja penindas penduduk di situ. Dia ambil tanah penduduk dan bayar pampasan dengan bina sebuah flat yang sempit.


Peluang pekerjaan yang dikatakan Hassan pula tak lah begitu lumayan bila hak asasi pekerja ditindas. Setiap hari kena kerja dari malam hingga siang. Tambah pula bila kilang kondom cuma bisnes luaran dan peroleh keuntungan dengan jual dadah jenis syabu yang dihasilkan di makmal di tingkat bawah. Munaz pula sentiasa diganggu oleh anak buah Raja, (Zizan Razak) tapi cuba untuk bersabar disebabkan taknak Zain diganggu.


Sebahagian dadah syabu dia dijual di gelanggang MMA dan di sini Zain makan kata-kata dia sendiri bila dia hina Raja sampai terpaksa berhutang dan bayar dengan bertarung dalam ring. Hassan cuba perbetulkan keadaan dengan minta maaf pada Raja. Plan dia jika Raja lepaskan mereka sekeluarga, dia nak bawa ayah dan Zain ke Machang dan mula kehidupan baru.


Tapi sayangnya sangkaan Hassan meleset bila Raja berdendam dengan Munaz dan Zain sebab buat dia malu depan media dan penduduk di situ. Inspektor Boon (Henley Hii) pujuk Hassan supaya dedahkan illegal business Raja sebab dia dah lama nak tangkap Raja tapi sentiasa terlepas. Hassan tolak cadangan Boon sebab dia taknak timbulkan masalah besar.


Nak tak nak Hassan terpaksa selamatkan keluarga dia dengan cara kasar bila anak-anak Raja, Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan) serang Hassan dan Zain di luar lepas kalah dalam ring MMA. Munaz pula dibakar hidup-hidup oleh Raja. 

Jalan cerita Wira simple dan mudah difahami bila dialogue delivery kebanyakan pelakon agak sukar difahami especially Dain Iskandar Said yang berbahasa rojak English-Melayu, Henley Hii yang pelat berbahasa Melayu, dan juga Dato' Hilal Azman. Most of the time emotion agak terganggu bila tak faham pun apa yang cuba diorang sampaikan.


Lakonan Hairul sama seperti Paskal, tak banyak yang dia mampu serlahkan dalam scene dramatik dengan dialog yang agak skema. Nampak dia cuba hafal skrip dan agak kaku. Bila dia keluar dari zon skema, deliver dialogue berbahasa pasar atau makian, dia nampak okay je. For stunt, of course he’s the best sebab tu makanan dia.


Big applause untuk Fify Azmi sebab lakonan dia bagus walaupun ni movie debut dia. She’s stellar in every scene and leave remarkable impression. Rasa nak tengok dia sampai habis tambah pula bila watak dia sejenis yang baran dan emosi. Sama macam Hairul, action stunt dia kemas, sharp dan cantik, baik di gelanggang ataupun di luar.


Kalau dari awal movie sampai hujung, kita nampak Zain yang bad-ass, tunggu scene after credit bila director prep watak Zain berubah menjadi seorang yang tenang dan ayu. Dua-dua karakter, dia tapau habis. Even better cuma dengan body gesture dan facial expression je. Hope to watch her more in Adrian’s movies. She’s a gem.


Movie di bawah kelolaan Adrian dan Astro ni memang tak perlu nak risau bab visual sebab tu forte diorang. Memang enjoy tengok MMA fighting scene, Hassan dengan Zain fight dengan anak-anak buah Raja dekat belakang office Raja, dekat flat dan fighting scene di kilang dengan orang kanan Raja, si Ifrit (Yayan Ruhian).


Scene dengan Ifrit paling lama dan paling saspen nak tengok sebab dua martial art actor berbeza negara fight dalam satu screen. Plus, stunt choreography dalam movie Wira ni dicipta sendiri oleh Yayan dan juga MMA fighter negara, Theeban G which berlakon juga dalam movie Paskal. Berbaloi intense training sampai 3 bulan untuk hasil secantik ni.


Walaupun ada beberapa kekurangan dalam movie Wira tapi untuk genre aksi I think it’s not really a big deal at all sebab fighting scene dan stunt yang penting. Credit scene Wira timbulkan tanda tanya bila ada cameo Namron dengan Bront Palarae. Mungkin teaser untuk movie Bakara nanti. Can’t wait!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8/10