Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts
Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts

Visual Language Kho Gaye Hum Kahan

Saturday 30 December 2023

Naskhah Kho Gaye Hum Kahan terbitan Excel Entertainment dan Tiger Baby Film bukan saja mempunyai jalan cerita yang menarik malah visual language yang dimasukkan mempunyai makna tersendiri lantas mengukuhkan penceritaan yang berlatarkan masalah hidup yang dialami oleh trio Imaad, Ahana dan Neil. 

Kerana keindahan sinematografi tersebut, I perlu buat entri asing untuk point out hasil kerja cinematographer Tanay Satam yang pernah bekerja untuk siri Dhaad dan Made In Heaven. Sebelum ni dah kagum dengan shot dalam siri Made In Heaven sampai melekat dalam ingatan. Satu babak yang kaya dan sarat dengan emosi dan cerita. 

1. Lingkaran Anak Tangga

Dalam filem Kho Gaye Hum Kahan ada dua babak menggunakan lingkaran anak tangga yang diambil dari shot atas untuk paparkan keadaan Kesihatan mental dua watak. Satu babak di mana Ahana stalk akaun Instagram kepunyaan Rohan dan lagi satu di mana watak Imaad keluar akibat dihalau oleh Simran. 

Kedua-dua babak menggunakan tangga untuk menggambarkan keadaan di mana kehidupan kedua-dua watak mengalami kekeliruan. 

2. Trauma Imaad

Di awal filem Imaad terjaga dari tidur dengan wanita asing di sebelah dia. Macam mana mengiurkan pun wanita tersebut, Imaad tetap tak tertarik untuk terus spend time. Postur badan dia dengan tangan di dahi pun boleh nampak yang Imaad masih stuck dengan trauma dan masalah mental dia. 

Bila Imaad berjumpa Simraan, postur Imaad berubah dan toleh ke arah Simraan. They share a bed together, a blanket and subtle gesture of holding hands. Imaad tak peluk Simraan sebab trauma dia tapi boleh nampak dalam scene tu yang dia nak Simran sebagai life partner. Safe space untuk emotional needs. 

3. Rumah Imaad

Masa Simran datang ke rumah Imaad pertama kali tu, dia cakap ada barang yang baru sementara barang lain nampak dah lama dekat situ. Rumah dan barang dalam rumah Imaad menggambarkan keadaan diri dia yang sentiasa bawa masuk orang baru tapi tak pernah mampu tinggalkan bagasi trauma yang ada. 

Lagipun Imaad sendiri masih setia dengan dua orang kawan sejak zaman sekolah – Ahana dan Neil. 

4. Penghadang

Di penghujung pertemuan antara Imaad dan Simran, Imaad bagitahu nama sebenar dia kepada Simran hanya selepas pagar besi lif ditutup. Sudah lah terkejut dengan fakta baru, Simraan tak mampu nak teruskan conversation tu lebih lanjut but still she feels glad. 

Pagar besi adalah simbol terbaik untuk progress hidup Imaad sebab pagar besi tersebut adalah penghadang antara Imaad dan trauma dia. Walaupun kukuh tapi Imaad boleh cari ruang untuk keluar dari masalah tersebut. Walaupun menghalang, Imaad tetap berjaga-jaga untuk tidak keluar sepenuhnya dari trauma dia. 

5. Hideaway

Hideaway adalah nama bar yang menjadi platform Imaad melakukan stand-up comedy. Untuk Imaad, dia suka stand-up comedy sebab bagi dia berjenaka adalah cara untuk dia hilangkan rasa sedih dan trauma yang dialami sejak kecil. 

Ironinya, Hideaway juga adalah tempat yang sama dia bergaduh dengan Neil dan juga menjadi tempat di mana Imaad berterus-terang tentang trauma yang dia malu untuk cerita pada semua. Dalam babak Neil dan Imaad bergaduh, pengarah tunjuk posisi Neil yang bergerak menjauh dari Hideaway. Satu lagi babak di mana Imaad menangis di hadapan cermin yang tertampal poster Hideaway. 

6. Imaad

Watak Imaad adalah watak utama dalam Kho Gaye Hum Kahan di mana mempunyai masalah mental paling teruk dan lama antara mereka bertiga. Penulis dedahkan keadaan Imaad sedikit demi sedikit seiring bergeraknya filem tersebut. 

Dalam babak Imaad melihat hasil kerja Simraan, Imaad berdiri di bahagian tengah dalam koleksi gambar-gambar yang dikumpul secara berkelompok. Imaad dapat tengok persona yang dia tonjolkan pada dunia – nampak cantik, seronok tapi sebenarnya kosong. Imaad sendiri sedar dengan keadaan tu melalui lensa dan perspektif Simraan. 

7. EXIT

Dalam babak Imaad menceritakan trauma yang dialami di hadapan penonton yang hadir, di hadapan manager dan juga dua orang kawan baiknya – Ahana dan Neil, di sebelah kiri Imaad ada pintu dengan papan tanda EXIT yang menyala dengan lampu berwarna merah. 

Mungkin tampak biasa tapi untuk babak tersebut, Imaad sentiasa mempunyai pilihan untuk lari dari situasi tersebut. Postur badan dia nampak selesa dan tenang untuk bercerita dan tamatkan bagasi trauma yang dibawa. 

That’s it for now. Untuk yang dah tengok, do you guys feels the same? Ada scene yang memorable tak dari naskhah Kho Gaye Hum Kahan? 

Movie Review | Kho Gaye Hum Kahan (2023)


Director: Arjun Varain Singh
Writers: Arjun Varain Singh, Zoya Akhtar, Reema Kagti, Yash Sahai
Cast: Siddhant Chaturvedi, Ananya Panday, Adarsh Gourav, Kalki Koechlin
Production Companies: Excel Entertainment, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Coming-of-age / Drama
Running Time: 135 minutes
Release Date: 26 December 2023
Trailer:


Naskhah terbaru Excel Entertainment, Kho Gaye Hum Kahan (Where Did We Lose Ourselves?) mengisahkan tentang Imaad Ali (Siddhant Chaturvedi), Ahana singh (Ananya Panday) dan Neil Perera (Adarsh Gourav) merupakan kawan baik sejak zaman sekolah. 

Imaad mempunyai talent sebagai stand-up comedian tapi terpaksa menghadiri sesi kaunseling yang diaturkan oleh bapanya (Rahul Vohra). Imaad mengalami trauma selepas kehilangan ibunya pada umur 9 tahun. Kerana trauma tersebut dia sukar untuk mempunyai hubungan intim dengan mana-mana perempuan. Setiap hari bertukar pasangan kerana dia tak mampu mempunyai komitmen emosi. 

Walaupun Imaad tinggal serumah dengan Ahana tapi hubungan mereka lebih kepada adik-beradik sebab bagi Imaad, Ahana out of his league. Ahana pula adalah graduan Universiti Harvard dalam business major. Hidup Ahana boleh kata dah sempurna dengan karier sebagai konsultan korporat di sebuah syarikat dan mempunyai kekasih hati, Rohan. Mereka bercinta selama 3 tahun hingga Ahana yakin untuk minta Rohan fikir tentang perkahwinan mereka. 

Malangnya lain pula terjadi bila Rohan minta mereka berdua untuk tamatkan hubungan tersebut. Tak faham di mana kekurangan dia sampai Rohan rasa stress bila Ahana timbulkan isu kahwin. Ahana cuba stalk Instagram Rohan kemudiannya berjumpa dengan Tanya yang cantik, seksi dan popular di social media. Kerana Tanya, Ahana juga cuba meraih perhatian Rohan di media sosial.

Neil pula datang dari keluarga yang kecil dan sederhana. Dia mempunyai impian untuk membuka gym studio di bandar Mumbai. Kebanyakan klien dia lebih suka private session daripada datang ke gym yang dipenuhi orang. Imaad setuju untuk jadi investor gym tersebut sementara Ahana bantu siapkan business proposal dan menjadi pengurus gym kepunyaan Neil. 

Keputusan yang dibuat cuma satu malam sahaja kerana persahabatan akrab mereka bertiga namun orang tua Neil tidak setuju kerana risiko yang tinggi. Boleh jadi persahabatan mereka juga akan rosak kerana masalah dalam bisnes tersebut. Neil endahkan saja nasihat tersebut kerana yakin dengan Imaad dan Ahana sampai lah satu hari mereka bergaduh kerana Imaad jadikan kisah cinta dia bersama influencer terkenal, Lala (Anya Singh) sebagai cerita jenaka untuk show dia. 

Naskhah Kho Gaye Hum Kahan menggunakan watak-watak Gen Z di mana dunia mereka lebih bergantung kepada media sosial. Watak Imaad menggunakan Tinder dan identiti Zeeshan untuk lari dari trauma yang dihadapi. Ahana pula menagih perhatian Rohan melalui Instagram dan kebanyakan masanya habis di sana. Sementara Neil sentiasa membandingkan hidup dia dengan hidup orang lain di Instagram. Walaupun ketiga-tiga watak nampak sihat dari luaran, masing-masing mempunyai sisi gelap yang perlu diubati. 

Masalah-masalah yang dihadapi oleh Imaad, Ahana dan Neil adalah masalah yang selalu terjadi pada diri kita dan juga orang sekeliling. Mungkin I tak ada trauma macam Imaad tapi escaping mechanism tu sama. Bab menagih perhatian di media sosial tu tak payah cakap lah, boleh kata setiap masa di setiap platform. Belum masuk bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain, sampai satu tahap uninstall terus apps tu sebab tak nak tengok life orang lain. 

Forte Farhan Akhtar adalah pada genre coming-of-age dengan sentuhan komedi dan drama sepertimana yang pernah digunakan untuk naskhah Dil Chahta Hai (2000) dan Zindagi Na Milegi Dobara (2011) dengan berlatarkan hidup generasi Millenial. Jadi tak hairan lah kalau Kho Gaye Hum Kahan juga mempunyai skrip yang kuat dengan pergolakan emosi tentang persahabatan dan hidup yang sama kuatnya dengan naskhah-naskhah sebelum ni. 

Mungkin lakonan Ananya Panday tak cukup kuat untuk watak Ahana Singh di mana dia perlu paparkan babak emosi dengan lebih mendalam tapi mungkin juga pengarah Arjun Varain Singh tak fokus pada Ananya. Sebab sebelum ni Ananya cemerlang sebagai Shreya Randhawa yang kesunyian dalam Student of the Year 2 (2019) arahan Punit Malhotra dan watak Tia Khanna dalam Gehraiyaan (2022) arahan Shakun Batra. Since Kho Gaye Hum Kahan adalah naskhah debut untuk Arjun Varain Singh, I boleh faham lah kenapa. 

Filem Kho Gaye Hum Kahan adalah filem kedua untuk Ananya dan Siddhant Chaturvedi bekerja bersama selepas Gehraiyaan dan dalam kedua-dua naskhah juga mereka terlihat cemerlang dalam watak yang dibawakan. Walaupun dalam Kho Gaye Hum Kahan, Sid dan Ananya bukan pasangan kekasih tapi kawan baik but still the reason watak Imaad tak approach Ahana gara-gara dia out of his league je. 

Suka tengok semua babak Imaad dengan Ahana especially lepas putus dengan Rohan. Ingatkan Imaad dengan Ahana akan end up together rupanya tak, penulis tetap setia dengan kisah cinta Imaad dan Simran (Kalki Koechlin). Another fresh pair that looks good together onscreen but still tenggelam dengan chemistry Sid-Ananya. Boleh tak Dharma Production atau Maddock Films cast Sid dengan Ananya as lead couple untuk rom-com? I really love them together! 

At first, I thought Adarsh Gourav a miscast untuk watak Neil Preira, mungkin sebab watak Balram dalam filem The White Tiger (2021) dengan MOM (2017) tu melekat dalam kepala lagi. But he turned out great as Neil. Boleh nampak soft side dia sebagai anak tunggal dan gym trainer. Dia tak banyak cakap tapi watak dia paling soft antara Imaad dengan Ahana. 

Walaupun I setuju watak dia kena marah dengan head coach dan klien tu sebab konsep ‘life will humble you down’ tapi tak sangka penulis biarkan watak dia dibuli dengan Lala. I mean, Lala patut minta maaf untuk perbuatan dia. Apology scene antara Imaad dengan Neil pun tak mendalam sangat padahal Neil antara watak yang setia dengan Imaad sejak awal. 

Mesej yang diketengahkan dalam Kho Gaye Hum Kahan relevan dan relatable bukan saja kepada generasi baru malah kepada generasi sebelumnya juga. Sinematografi dari Tanay Satam mengukuhkan lagi screenplay dan atmosfera penceritaan dalam setiap babak. Bab music album ni sama seperti karya Excel Entertainment yang lain, lambat baru nak dapat feel but my personal favorites, I Wanna See You Dance dan Ishq Nachaawe. 



I’m glad ketiga-tiga pelakon dapat ruang untuk tonjolkan bakat lakonan masing-masing sebagai generasi baru dalam industri Bollywood. Sebelum ni ramai yang pertikaikan lakonan Ananya Panday tapi kali ni ramai yang puji. Sebagai peminat dia sejak debut, I’m sooo happy with her progress. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review | The Great Indian Family (2023)

Monday 25 December 2023


Director: Vijay Krishna Acharya 
Writer: Vijay Krishna Acharya 
Cast: Vicky Kaushal, Manushi Chhillar, Manoj Pahwa, Kumud Mishra, Alka Amin, Sadiya Siddiqui, Shrishti Dixit, Vedant Sinha, Bhuvan Arora, Aasif Khan
Production Company: Yash Raj Films
Distributor: Yash Raj Films, Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 112 minutes
Release Date : 22 September 2023
Trailer :


The Great Indian Family membuka kisah tentang Ved Vyas Tripathi a.k.a Billu (Vicky Kaushal) yang menggunakan nama Bhajan Kumar sebagai stage name ketika menyanyikan lagu-lagu keagamaan di kota Balrampur. Billu dilahirkan dalam keluarga sami yang terkenal di kawasan tersebut. Kebanyakan acara keagamaan akan menjemput ayahnya, Pandit Siyaram Tripathi (Kumud Mishra) kerana ilmu agamanya yang tinggi. 

Setiap tahun Pandit Siyaram akan pergi menunaikan haji di Kedarnath dan sama seperti tahun tersebut, dia berangkat selama 2 minggu ke sana dan melepaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada adiknya, Balakram Tripathi (Manoj Pahwa). Sangka Balakram tak akan ada apa yang terjadi, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Malangnya, sepucuk surat sampai ke rumah dan mengejutkan seisi rumah kerana dalam surat tersebut, Billu merupakan anak angkat dan lahir dari keluarga Muslim. Billu terasa hati dengan keluarganya lalu bawa diri ke komuniti Muslim yang berada tak jauh dari rumahnya untuk menetap di rumah rakannya, Abdul (Hitesh Arora). 

Selepas kegagalan filem Thugs of Hindustan (2018), pengarah dan penulis Vijay Krishna Acharya muncul kembali dengan naskhah yang lebih ringan dalam template komedi drama menyentuh isu perbezaan dua agama yang besar di India. 


Idea untuk membincangkan tentang agama atau diskriminasi yang dihadapi oleh penganut agama Islam terlihat menarik namun kekangan pada dialog dan plot membataskan naskhah The Great Indian Family untuk muncul sebagai naskhah yang baik. Isu yang dibawa masuk juga terlampau cetek untuk filem ni ditayangkan pada tahun 2023. Macam Billu sebut Allahu Akbar setiap kali berjumpa dengan Muslim sebab tersilap dengan Assalamualaikum. Babak Billu pelik tengok cara Muslim makan nasi dengan tangan, sama saja dengan orang Hindu makan. 

Masa Billu nak convert ke agama Islam tu pak imam pula menggeletar sebab dia kawan baik dengan Pandit Siyaram padahal boleh sangat masa tu ada dialog antara pak imam dengan Billu. Patutnya penulis letak dialog terangkan kenapa Billu tak perlu peluk agama Islam sebab dalam Islam tak ada paksaan pun. Kenapa agama Islam pun hormat dengan pegangan agama lain sebab sama-sama buat kebaikan. Sayangnya, dalam filem ni agama Islam tak dapat spotlight yang sama dengan Hindu yang terlihat superior. I know, this come from an Indian filmmaker but please don’t pick a subject you have no knowledge about. To be honest, what’s so great with the Indian family in this movie?  


Lakonan Vicky bagus tapi kalau skrip dah memang bermasalah, dia pun tak mampu nak buat banyak sangat. Babak Billu berceramah pasal konflik tu tibehhhh sangat. Tapi dalam ramai pelakon tu, I amazed dengan performance Kumud Mishra sebagai Pandit Siyaram. Kumud Mishra dapat deliver watak Pandit dengan confident dan cemerlang dalam beberapa babak. Masa Billu merajuk tu tertunggu-tunggu juga bila watak Pandit akan balik dari haji sebab nak tahu reaksi dia. Happy bila dia pimpin tangan Billu bawa balik rumah sebab itu sebenarnya yang Billu nak. Dia sesat, sedih tapi Balakram tak mampu nak comfort Billu walhal jaga dari kecik. Seeds of doubt bila dibiarkan memang senang sangat nak merebak. 


‘This is my son! His name is Ved Vyas Tripathi. His lineage….his values, his upbringing and his father will never change.’ – Pandit Siyaram

Selain konflik agama dalam hidup Billu, pengarah masukkan juga love angle di mana Billu bercinta dengan Jasmeet Singh (Manushi Chillar) yang berketurunan Sikh. But that’s just that. Bukannya ada masalah sangat pun sebab penulis tak kupas lebih pun untuk isu Hindu-Sikh ni. Manushi memang masuk untuk jadi pasu bunga je dalam filem ni. Sebagai Miss World 2017, yes, dia memang cantik sepanjang masa. I love her smile but that’s just it. 


Sinematografi dari Ayananka Bose menggunakan latar masyarakat dua agama dan budaya setempat dengan baik untuk mengukuhkan screenplay. Music album The Great Indian Family juga sederhana, tak banyak lagu yang dimasukkan malah tak ada yang meninggalkkan impak. My personal favorite is Sahibaa. 



Overall, The Great Indian Family juga menerima nasib yang sama dengan filem-filem Vijay Krishna Acharya yang sebelumnya. Mungkin Vijay bagus sebagai pengarah tapi tidak pada penulisan skrip. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Movie Review | Mission Raniganj (2023)

Monday 18 December 2023


Director: Tinu Suresh Desai
Writers: Vipul K Rawal, Deepak Kingrani, Poonam Gill (Idea)
Cast: Akshay Kumar, Parineeti Chopra
Production Companies: Pooja Entertainment, AK Productions 
Distributor: PVR Inox Pictures
Genre: Thriller / Drama
Running Time: 134 minutes
Release Date: 06th October 2023 
Trailer :


Mission Raniganj mengisahkan tentang Jaswant Singh Sill (Akshay Kumar) bertugas dalam operasi menyelamatkan 71 orang pelombong yang terperangkap setelah ditenggelami air. Banjir tersebut berlaku setelah letupan yang dilakukan untuk membuka laluan baru. Seramai 200 pelombong berjaya keluar dengan selamat kerana mendapat amaran awal sementara 71 orang yang terperangkap hanya mendapat khabar selepas 3 jam kemudian kerana pelombong yang bertugas tertidur ketika penyelia lombong membuat panggilan. 

Awalnya pihak atasan ingin mengesahkan dan mengumumkan bahawa kesemua pelombong tersebut telah meninggal kepada pihak keluarga pelombong kerana agak mustahil untuk selamat dari arus deras namun Jaswant masih punya harapan mereka semua masih hidup dan berlindung di aras paling tinggi di kawasan lombong tersebut. 

Sementara Jaswant dan ketuanya, RK Ujjwal (Kumud Mishra) cuba mencari jalan untuk selamatkan kesemua pelombong tersebut, D Sen (Dibyendu Bhattacharya) pula mencari jalan untuk menghalang usaha mereka. Jika mereka gagal, D Sen akan ambil alih jawatan RK Ujjwal. 

Filem Mission Raniganj diinspirasikan dari tragedi sebenar yang berlaku di lombong Mahabir pada 13 November 1989, di Raniganj, India. Dalam filem ni bukan saja dapat tengok usaha menyelamatkan dari Jaswant Singh malah konflik dan ketegangan yang wujud kerana perebutan kuasa. Sebelah pihak risaukan nyawa pelombong sementara sebelah pihak lagi cuba untuk ambil kesempatan dari tragedi tersebut. Bertambah genting keadaan tersebut apabila pihak atasan bertarung dengan masa kerana gas berbahaya yang muncul bersama air banjir. 

Walaupun filem Mission Raniganj mempunyai hasrat yang baik, untuk menceritakan usaha murni Jaswant Singh dalam operasi tersebut namun naskhah thriller ni tercela dari pelbagai aspek. Pada first half, tak banyak pun watak yang dikembangkan baik watak utama mahupun watak sampingan jadi bila masuk ke babak genting, tak rasa connected pun dengan emosi yang diketengahkan. Instead of feeling sympathy, I feel annoyed with few characters. 

Tak pasti lah cerita sebenarnya macam mana tapi kalau ikut common sense, mesti lah dahulukan yang berusia dulu tapi dalam filem ni tak. Pelombong yang berusia dapat nombor giliran yang hujung supaya babak menyelamatkan tu jadi lebih emosi. Masa operasi menyelamatkan tu banyak buang masa dengan menyembang. Surprisingly watak-watak antagonis buat kerja dengan bagus dalam filem ni.
 
Kumud Mishra talk diberikan peluang yang banyak walaupun ada screentime yang panjang sebab kebanyakan masanya merokok sebab anxious. Tak faham macam mana dia boleh duduk di posisi ketua sedangkan Jaswant yang lebih lincah bekerja. Pawan Malhotra yang muncul sekejap pun boleh aktif bekerja dalam screentime yang terhad. Nampak juga lah contribution dia walaupun tak pegang jawatan besar. Tak hairan lah kenapa Jaswant perlukan dia dalam operasi tu. 

Parineeti Chopra sebagai isteri Jaswant pula tak diberi ruang yang banyak selain diss doktor yang minta dia berehat supaya kandungan terjaga. Sayang lah sebab chemistry Parineeti dengan Akshay quite strong tapi boleh tengok dalam beberapa babak je. Lagi bagus kalau watak Nirdosh Kaur Gill bantu suami dia dengan tenangkan keluarga mangsa. 



Filem Mission Raniganj ni bergantung banyak dengan CGI dan VFX tapi gagal untuk paparkan situasi banjir yang berlaku. Kalau pengarah jenis kreatif, letak je audio air mengalir deras daripada tunjuk babak CGI yang tak menjadi. Tak pasti lah kenapa Aseem Mishra tak mampu deliver dalam filem ni sedangkan kerja dia cemerlang dalam filem 83 (2021), Dream Girl (2019), Phantom (2015) ataupun Ek Tha Tiger (2012). 

Pendek kata, boleh lah nak layan untuk tengok operasi menyelamat dari Jaswant Singh tu tapi expectation tak perlu letak tinggi sangat. Available on Netflix. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.6/10

Movie Review | The Archies (2023)

Monday 11 December 2023


Director: Zoya Akhtar
Writer: Ayesha Devitre Dhillon, Reema Kagti, Zoya Akhtar, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast: Agastya Nanda, Khushi Kapoor, Suhana Khan, Vedang Raina, Mihir Ahuja, Aditi "Dot" Saigal
Yuvraj Menda
Production Companies: Archie Comic Publications Graphic India, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Teen / Comedy
Running Time: 144 minutes
Release Dates: 22 November 2023 (Goa), 7 December 2023
Trailer:


Filem terbaru arahan Zoya Akhtar yang ditayangkan di 54th International Film Festival of India berlatarkan komuniti Anglo-Indians pada tahun 1960-an. Filem yang diadaptasikan dari francais buku komik dengan judul yang sama membuka kisah tentang Archi dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Green Park di Riverdale. 

Budaya komuniti Anglo-Indian adalah dengan menanam sebatang pokok ketika si anak berusia 5 tahun. Setiap pokok akan diletakkan tanda nama, bukti individu tersebut lahir di Riverdale dan menetap di situ. Green Park terletak di tengah-tengah bandar Riverdale dan menjadi saksi untuk pelbagai jenis aktiviti yang diadakan oleh komuniti Anglo-Indians dari generasi ke generasi. 


Kerana tamak, Hiram Lodge (Alyy Khan) ingin membina sebuah hotel di Green Park setelah membuka beberapa kedai baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan bersama gaji yang lebih tinggi. Sekaligus aktiviti bisnes tersebut bukan sahaja melumpuhkan bisnes sedia ada malah merosakkan hubungan dengan penduduk di situ. 

Veronica Lodge (Suhana Khan) paling teruk terima tempiasnya bila rakan baiknya, Betty (Khushi Kapoor), Reggie Mantle (Vedang Raina) dan yang lain menjauhkan diri. Awalnya Archie (Agastya Nanda) cuba untuk tidak masuk campur kerana dia akan menyambung pelajaran ke UK tapi lama-kelamaan, dia sedar yang Riverdale dan Green Park adalah sebahagian dari hidupnya. 


Filem The Archies merupakan launch pad untuk Agastya Nanda (cucu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan, anak kepada Shweta Bachchan Nanda, anak buah Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan), Suhana Khan (anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan) dan Khushi Kapoor (anak bongsu mendiang SriDevi dan Boney Kapoor, adik perempuan Jhanvi Kapoor, adik tiri Arjun Kapoor, sepupu Sonam Kapoor, anak buah Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor) untuk debut di Bollywood. 

Of course, sejak filem The Archies mula diumumkan pembikinannya, dah ramai mula bercakap tentang nepo babies yang akan menjadi trio utama. Kata Zoya Akhtar, kesemua pelakon menjalani sesi ujibakat tapi kalau dilihat kemampuan masing-masing deliver watak yang diberikan, I really have a doubt about this. 


Agastya Nanda dipilih sebagai watak utama, Archibald "Archie" Andrews yang pandai menyanyi dan menari. Watak Archie bukan saja tak endahkan politik malah tak mampu memilih untuk bercinta dengan Veronica atau Betty. Juggerhead (Mihir Ahuja) pujuk supaya jangan bermain dengan api tapi semua orang pun tahu Archie adalah kasanova. Setiap hari akan bertukar teman wanita tapi tetap saja Veronica dan Betty menaruh harapan pada Archie. 

Personally, I lebih suka dengan watak Reginald Mantle sebab perkembangan untuk watak dia lebih solid, bagus dan kuat untuk naskhah remaja ni. Kalau nak dismiss Reggie sebab dia playboy, Archie pun apa kurangnya. Dari awal lagi pengarah dah tunjuk Reggie ada tanggungjawab untuk teruskan legasi journalism yang dibina oleh datuknya. Bukan saja ada bakat dalam menulis, Reggie juga ambil tahu dengan politik dan isu semasa. Dia berani suarakan pendapat dan prinsip, berani juga untuk bersemuka dengan Ricky Mantle (Luke Kenny) bincangkan tentang kolum akhbar. Babak deep talk Reggie dan Dilton Doiley (Yuvraj Menda) pun dah boleh nampak yang dia tahu where to draw the line tapi dalam masa yang sama masih protect Dilton walaupun dunia mereka berdua berbeza. 


Nak dibandingkan dari segi lakonan pula, Vedang Raina lebih menyerlah bakatnya walaupun terhalang oleh screentime yang terhad. Jauh berbeza dengan Agastya yang tak mampu deliver dialog dengan bagus, kurang pandai menari ataupun ada chemistry dengan Suhana atau Khushi. I lebih suka kalau penulis buat watak Reggie bercinta dengan Betty sebab chemistry Vedang dan Khushi nampak cantik onscreen. Even kalau ikutkan pada karakter watak masing-masing, they fit together. Dua-dua ada minat dan sensitiviti yang sama. Sama cantik, sama padan pula tu. 

Sembang pasal Suhana Khan, watak dia mudah sangat untuk deliver sebab sama dengan dunia dia. Spoiled rich brat dan habiskan masa dengan shopping dan parti tapi sayangnya Suhana tak mampu deliver dengan baik. Mungkin genetik SRK tak pandai menari sebab Suhana pun struggle untuk follow koreografi untuk kesemua lagu. Screen presence dia agak dull berbanding Khushi. 


Watak Betty Cooper memang sesuai sangat untuk Khushi yang ayu, baik hati dan sopan. Raut wajah dia yang feminine banyak membantu screenplay untuk babak melodrama bila patah hati gara-gara Archie. Bersedih bila ayah dia hilang kerja atau fikirkan tentang Green Park. Cara dia bercakap lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor tapi kalau tengok family diorang semua pun ada lenggok yang sama. Enjoy her grace in dancing and lip sync. Pendek kata, kalau Khushi polish lagi lakonan dia, masa depan dia cerah. 

Naskhah The Archies mungkin tak akan jadi kesukaan ramai sebab Zoya Akhtar guna genre musical jadi kebanyakan babak ada nyanyian dan tarian yang terikat dengan era tersebut. For me, I do enjoy every songs sebab filem Hindustan memang banyak nyanyi pun. Nak pula filem The Archies berlatarkan suasana masyarakat Anglo-Indians yang berat kepada English. My favorites are Sunoh and Va Va Voom! 



Sinematografi dari Nikos Andritsakis menghidupkan bandar Ooty sebagai Riverdale. Art, wardrobe and costumes department really did their best in research and execution. Bukan saja pada hairstyle, pakaian, lifestyle, makanan malah seni bina dan interior juga mengikut budaya komuniti tersebut. 

Jalan cerita The Archies mungkin boleh jadi lebih menarik kalau penulis tambah plot atau babak yang lebih dramatik. Tapi boleh jadi sebab pelakon utama tak mampu nak carry babak macam tu, even masa Veronica jumpa ayah dia pun, ketegangan tu tak kuat sangat macam naskhah Dil Dhadakne Do (2015) bila Karan mengamuk depan parents. Watak Hiram Lodge ada resemblance dengan Kamal Mehra yang dilakonkan oleh Anil Kapoor. Terkejut juga bila tengok Alyy Khan lebih kurang sama dengan Bobby Deol, bezanya dia kurus sementara Bobby lebih sasa. 


Walaupun ada kelemahan pada filem The Archies tapi sebagai launch pad untuk nepo kids debut, I do enjoy watching this movie. Ada banyak juga life lessons yang diselitkan untuk remaja. On personal note, I happy filem The Archies tak ada cursing words atau reference yang tak elok. I miss this kind of movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Movie Review | Thank You For Coming (2023)


Director: Karan Boolani
Writers:  Radhika Anand, Prashasti Singh
Cast: Bhumi Pednekar, Shehnaaz Gill, Dolly Singh, Kusha Kapila, Shibani Bedi, Anil Kapoor, Karan Kundra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network 
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix 
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 117 minutes
Release Dates: 15 September 2023 (TIFF), 6 October 2023
Trailer :


Filem yang mendapat tayangan perdana di Toronto International Film Festival (TIFF) 2023 mengisahkan tentang Kanika Kapoor (Bhumi Pednekar) mencari pasangan yang mampu bagi kepuasan seksual. Sejak zaman sekolah lagi Kanika tak pernah puas dengan performance partner sampai dia rasa dia lah yang bermasalah dan menggangap diri dia sebagai ‘defective piece’.

Kerana hal tersebut juga, dia masih belum berkahwin pada usia 32 tahun sedangkan dua orang kawan baiknya, Pallavi Khanna (Dolly Singh) dan Tina Das (Shibani Bedi) sudah pun mendirikan rumahtangga. Setiap kali terserempak dengan Neha (Kusha Kapila), Kanika akan stress dengan sindiran dari wanita tersebut. 


Semasa parti hari jadi yang ke-32, Kanika sekali lagi kecewa kerana Arjun Malhotra (Karan Kundra) bawa teman wanita bersama. Kanika dah pasang impian Arjun akan jadi life partner walaupun jarak usia yang lebih muda. Kecewa dan penat mencari pasangan hidup seperti yang didambakan, Kanika setuju untuk berkahwin dengan Jeevan Anand (Pradhuman Singh). Di parti pertunangan mereka, sesuatu telah terjadi hingga Kanika mula mencari sosok gerangan yang berjaya puaskan dia. 

‘It’s just marriage. Don’t overthink. Just do it. Watch TV together every day. Dinner dates on the weekends. Hopefully, you have sex every 10-15 days. And then every two or three months, off to a hill station. There’s your happiness!’ - Karan


Naskhah komedi dari Radhika Anand dan Prashasti Singh bukan saja berkisar tentang sexual pleasure dalam kalangan wanita malah memberi perspektif tentang masalah-masalah lain yang berlaku dalam kehidupan wanita. Macam Tina Das yang membesarkan anak perempuannya selepas bercerai dengan suami yang curang. Dr. Kapoor (Natasha Rastogi) yang terpaksa hidup berdikari setelah mengandungkan anak luar nikah dan beberapa watak lagi yang terlibat dalam hidup Kanika. 

It just that, penulis tak kembangkan sangat isu-isu ini secara mendalam kerana filem Thank You For Coming dibikin dalam template komedi. Sebelum ni juga produser Rhea Kapoor menggunakan template filem yang sama dengan topik dan isu wanita menerusi filem Veere Di Wedding (2018). Kedua-dua filem membicarakan masalah wanita yang sama beratnya namun kurang menarik sebagai filem edutainment. 


Kalau nak dibandingkan antara Thank You For Coming dengan Veere Di Wedding, I’m very much like the latter sebab ada barisan pelakon yang bagus, permasalahan yang lebih menarik untuk dikupas dan juga soundtrack album yang lebih seronok. Veere Di Wdding juga mempunyai visual treats melalui wardrobe setiap karakter utama. Thank You For Coming pula mempunyai cuma satu lagu menarik itupun remake Paari Hoon Mein dari filem Duaan (1991). 



Filem Thank You For Coming merupakan filem ke10 yang mempunyai subjek feminisme dalam karier lakonan Bhumi jadi bukan sesuatu yang baru untuk dia lakonkan watak Kanika Kapoor dengan meyakinkan. Malangnya lakonan Bhumi juga terperangkap dalam skrip yang lemah. Daripada pengarah masukkan pertemuan Kanika bersama Rushi Kalra (Shehnaaz Gill), lebih baik kembangkan lagi babak Kanika dengan ibu dia. Ataupun bagi sedikit insight macam mana Dr. Kapoor selesaikan masalah sakit puan pesakit dia. 

Lakonan Shehnaaz Gill not bad lah sebagai gadis muda yang utamakan self-love tapi kalau tak ada pun tak apa. Sama juga dengan watak Neha yang sentiasa sakit hati dengan Kanika. Kedua-dua watak sampingan ni tak ada depth langsung ataupun bagi impak pada jalan cerita. Sayang lah penulis habiskan masa dengan watak sampingan ni sedangkan ada potensi pada watak atau plot yang lain. 


Of course, naskhah Thank You For Coming ada misteri dan plot twistnya yang tersendiri pada second half. I suka tengok conversation Kanika dengan Rahul (Sushant Divgikar) tentang self-doubt sampai tak mampu nak hidup dengan bahagia. Selalu takut untuk keluar sebab jusgement orang lain walhal semua tu tak penting pun. 

Anyway, Thank You For Coming bukan naskhah yang cemerlang dalam template komedi tapi ada pengajaran dan mesej sosial tersendiri.   

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Movie Review | Animal (2023)

Wednesday 6 December 2023

 

Director: Sandeep Reddy Vanga
Writers: Sandeep Reddy Vanga, Pranay Reddy Vanga, Saurabh Gupta
Cast: Ranbir Kapoor, Anil Kapoor, Bobby Deol, Rashmika Mandanna, Tripti Dimri
Production Companies: T-Series Films, Bhadrakali Pictures, Cine1 Studios 
Distributors: AA Films, E4 Entertainment, Sri Venkateswara Creations, KVN Productions
Genre: Action / Romance
Running Time: 201 minutes
Release Date: 1st December 2023
Trailer:


Junior Balbir Singh (Ranbir Kapoor) sentiasa menganggap ayahnya, Balbir Singh (Anil Kapoor) sebagai hero dalam hidup meskipun sukar meluangkan masa bersama kerana sibuk dengan kerja di syarikat Swastik Steel Corp. Walaupun dia merupakan anak kedua dari tiga beradik, tak menghalang dia untuk mengambil alih tugas ayahnya untuk menjaga ibu, kakak dan adik perempuannya di rumah. 

Bagi Junior dia merupakan alpha yang menjaga dan memburu tapi di mata ayahnya, Junior tak ubah seperti penjenayah apabila dia berani membawa senjata api ke kolej apabila dapat tahu Reet Singh (Saloni Batra) diganggu di sekolah. Balbir hantar anak lelakinya ke US setelah kejadian tersebut. 

Menginjak dewasa juga perangainya tak berubah malah semakin ganas kerana geram dengan abang iparnya, Varun Pratap Malhotra (Siddhant Karnick) yang banyak mengendalikan urusan bisnes Swastik Steel Corp. Bukan saja menjadi orang yang dipercayai Balbir, malah mendapat jumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut. 


Junior yang kecewa dengan keputusan ayahnya, bawa diri ke Virginia dan hidup bersama isterinya, Geetanjali (Rashmika Mandanna). Setelah 8 tahun, mereka sekeluarga pulang ke Mumbai apabila Balbir Singh ditembak sebanyak dua kali di padang golf. Dari situ Junior mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut kerana hanya orang terdekat saja yang tahu gerak-geri Balbir Singh. 

Filem Animal yang bertemakan balas dendam menggunakan naratif non-linear di mana flashbacks silih berganti sepanjang 3 jam dan 21 minit. Bukan saja konflik daddy issues diketengahkan malah konflik pergelutan dalaman yang tercetus selama 3 generasi untuk merebut posisi dan keuntungan dalam syarikat Swastik Steel Corp. 

First half, pengarah Sandeep Reddy Vanga perkenalkan watak Junior dari kecil hingga berkahwin dengan isterinya kemudian mencari pembunuh Balbir Singh sementara di second half pula, dia akan bertemu dengan sepupunya, Abrar Haque (Bobby Deol), Asrar Haque (Babloo Prithiveeraj) dan Abid Haque (Saurabh Sachdeva). 


Walaupun pace filem bergerak laju dengan sub-plot dan music album yang menarik namun ada banyak babak yang dirasakan tidak perlu. 2 elemen utama dimasukkan dalam Animal adalah adegan seksual antara Junior bersama Geetanjali dan Zoya (Tripti Dimri) juga elemen ganas yang ekstrem untuk menggambarkan dominant and alpha traits dalam DNA Junior. 

Ikutkan durasi asal adalah 229 minit tapi pengarah terpaksa buang beberapa babak sebab dah terlampau panjang. Masa tengok filem Animal pun perasan lah ada banyak babak yang dipotong sebab tak sesuai dengan tontonan rakyat Malaysia. Mungkin nanti dalam Netflix akan muncul lah scenes yang dipotong tu. 

Masa tengok trailer I expect akan ada banyak emotional scenes sebab melibatkan konflik antara anak dan ayah sebab dekat first half masa Junior sentap bila Balbir kata dia buat perangai sebab sedih saham syarikat dapat dekat Varun. Tengok babak tu pun dah menangis dah sebab I pun ada daddy issues, I faham bila Balbir dismiss emotional feelings tu, faham juga bila Balbir terus hantar Junior ke US supaya berdikari walhal tak buat salah pun. Sayangnya, makin lama konflik tu makin tenggelam dalam dunia alpha dan revenge mission Junior. 



Sakit hati juga bila Junior curang dengan Zoya tapi justify perbuatan dia dengan berpura-pura tertipu dengan muslihat musuh. Dekat first half, penulis tunjuk watak Junior sebagai alpha yang setia dan protective tapi dekat second half, dia dah jadi sampah dah. Berbeza lah dengan filem Kabir Singh (2019) yang mempunyai dominant trait yang sama dengan Junior tapi berpegang teguh dengan prinsip sendiri. Watak antagonis pula dipaparkan sebagai Muslim yang gila seks and barbaric, suatu pandangan prejudis yang dah lama ditanamkan sejak dulu. 

I really not recommend this movie especially for women and Muslim due to its content. Lakonan barisan pelakon semuanya bagus terutamanya Ranbir Kapoor sebagai watak utama. Dia deliver watak Junior sebaiknya, sama seperti visi penulis dan pengarah tapi visi tu terlampau kotor untuk ditonton, a toxic symphony between misogyny and violence. Memang filem ni tak glorify any character tapi tak ada mesej yang dibawa pun even jalan cerita pun berterabur. Pihak autoriti memang tak wujud dalam dunia Animal. 


By the way, Ranbir Kapoor looks so cool on his bike. Style dia sama dengan style Sanjay Dutt era 80-an dulu. Mungkin sebab Ranbir pernah berlakon sebagai Sanjay Dutt dalam filem Sanju (2018), sebab tu juga lah dia jadi pilihan utama Sandeep Reddy Vangga. Goosebumps bila dia menjerit dalam babak recreate scenes dengan Balbir tu. Tak sangka pelapis Sanjay Dutt ialah Ranbir Kapoor. No one saw that coming. 

Memandangkan filem Animal ada romantic scenes, Ranbir sebagai hero Romeo berjaya deliver on-screen chemistry dengan Rashmika Mandana dan Tripti. Lega tengok Ranbir tak repeat on-screen jodi seperti sebelum ni walaupun dia selesa dengan beberapa co-star. Bukan saja dia selesa bereksperimen dengan genre dan watak yang kompleks, malah chemistry dengan heroin juga. 

A bit disappointed bila tengok screentime Tripti sikit padahal production team jual nama dia dulu untuk promote filem Animal. But still, lakonan dia menyerlah dalam ruang yang terhad. Sebab muncul dalam filem ni, Tripti dah jadi National Crush menggantikan Disha Patani. Hopefully Tripti akan dapat lebih banyak movie offer untuk commercial films since dia dah proved her talent dalam critical acclaim movies macam Laila & Majnu (2018) dan Bulbbul (2020)

Untuk action scenes, Ranbir dan Bobby Deol tak lah ada koreografi tertentu sebab fight biasa je. Kebanyakan masa banyak gunakan senjata seperti pisau, kapak, senjata api, grenade dan yang terpaling over, ialah machine gun yang dibikin khas untuk filem Animal seberat 500kg. Music score dan screenplay mainkan peranan penting dalam membantu memberi impak dari segi screenplay dan adrenaline rush dalam beberapa fighting scenes. 

Disebabkan sambutan hangat, hint di credit scenes mungkin akan ada sekuel kepada pergelutan dalaman keluarga Singh ni. Not sure lah nak tengok ke tak tapi yang pastinya bukan di pawagam lah.
 
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Movie Review | Khufiya (2023)

Sunday 19 November 2023


Director: Vishal Bhardwaj
Writers: Rohan Narula, Vishal Bhardwaj
Cast: Tabu, Ali Fazal, Wamiqa Gabbi, Azmeri Haque Badhon, Shataf Figar, Navindra Behl, Lalit Parimoo, Rahul Vohra, Disney James, Atul Kulkarni
Production Company: VB Films Production
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Running Time: 157 minutes
Release Date: 5 October 2023 
Trailer :


Filem terbaru arahan Vishal Bhardwaj mengangkat karya Escape to Nowhere, nukilan Amar Bhushan yang diterbitkan pada tahun 2012 berkisar tentang konflik antara India dan Pakistan yang berlaku pasca Perang Kargil pada tahun 2000. 

Krishna Mehra (Tabu) mengetuai operasi Research & Analysis Wing (R.A.W.) untuk mencari pembelot dalam institusi tersebut setelah kematian Heena Rehman (Azmeri Haque Badhon) ketika cuba untuk membunuh Brigadier Saqlain Mirza (Shataf Figar), Menteri Pertahanan Bangladesh. Operasi tersebut juga bersifat peribadi terhadap KM kerana Heena merupakan kekasihnya sepanjang menjadi pelatih perisik tersebut. 


KM dan ketuanya, Jeev (Ashish Vidhyarthi) syak Ravi (Ali Fazal) adalah dalang di sebalik kebocoran maklumat kepada pihak musuh kerana gaya hidupnya yang mewah bagi pekerja Kerajaan. Jeev syak isteri Ravi, Charu (Wamiqa Gabi) juga adalah rakan subahatnya kerana mudah untuk dia memperoleh atau bertukar maklumat kepada orang Mirza. 

Setelah kamera dipasang di rumah Ravi untuk mengintip pergerakan mereka, ternyata sangkaan mereka tepat dan juga membongkar beberapa rahsia yang lain. Bukan saja Ravi terlibat, malah Ketua Menteri Dalam Negeri juga dedahkan maklumat negara supaya CIA tidak batalkan perjanjian nuklear bersama India. 


Penulis novel, Amar Bhushan adalah bekas Ketua RAW dalam Unit Pengintip jadi tak hairan lah kalau apa yang diceritakan berdasarkan pengalaman peribadi. Macam mana ejen perisik RAW bekerja untuk mendapatkan maklumat boleh dilihat dalam filem Khufiya. Mungkin dalam novel lebih banyak diceritakan secara terperinci tentang operasi yang dijalankan oleh KM untuk konflik tersebut.

Kerana naskhah Khufiya (Rahsia) yang ditayangkan khas di Netflix lebih berkisar kepada kehidupan professional dan peribadi perisik hebat dalam RAW jadi kebanyakan babak mempunyai elemen drama walhal genre utama adalah thriller. Dekat first half lebih kepada kisah pertemuan KM dengan Heena sehingga jatuh cinta dan kegagalan KM sebagai ibu kepada anak lelakinya yang semakin membesar. 


Pengarah merangkap penulis, Vishal Bhardwaj tak kembangkan sangat watak KM walaupun niat dan olahan pada filem Khufiya lebih bersifat curhat dan sedih. Tak pasti kenapa KM perlu tertarik dengan Heena sebab tak beri impak mendalam pun pada penceritaan. Kenapa dia selalu kecewakan anak dia pun tak pasti. Entah apa yang susah untuk dia bagitahu yang dia kerja kerajaan. Sedangkan cikgu atau detektif pun selalu terlepas birthday anak. Yang pastinya, Shashank (Atul Kulkarni) sentiasa pertahankan KM dalam apa jua situasi atau malas nak cara sangat sebab stuck dalam watak yang pasif. Tak sepatutnya masukkan angle personal life KM kalau untuk cipta sub-plot yang buang masa dan lemah sampaikan operasi yang berjalan tak dikembangkan dengan lebih jelas. 

Bukan saja KM, malah motif Ravi juga tak diceritakan dengan lebih mendalam kenapa dia sanggup khianat negara untuk ganjaran dari pihak Pakistan. Bukannya lama sangat pun dia hidup dalam kemewahan tu. Orang yang hasut dia untuk jadi pembelot pun tak ada sebab kukuh sampai sanggup tunggu bertahun lamanya untuk capai motif dan personal revenge kepada RAW. 


Meskipun Khufiya tenggelam dalam aura dan mood melankolik yang dipersembahkan oleh pengarah namun lakonan barisan watak utama yang menjadi pendukung. Tabu sentiasa cemerlang dalam avatar yang dilaksanakan, sama juga Azmeri sebagai Heena. Sesuai sangat watak penggoda yang diberikan untuk dia. Mudah sangat untuk dia tawan hati KM atau Brigadier Mirza. 

Filem Khufiya adalah naskhah kedua dapat tengok bakat lakonan Wamiqa selepas kemunculan dia dalam drama Jubilee (2023). Dekat first half, watak dia tak dikembangkan banyak sangat sebagai isteri mithali yang menguruskan rumah tapi tetap mencuri perhatian. Second half diperkuatkan lagi dengan watak dia yang bergelut untuk pertahankan keluarga atau negara. 


Lakonan Navnidra Behl sebagai Lalita juga dilakonkan dengan tepat sebagai ibu mertua yang orthodox yang perlukan menantu sebagai orang gaji di rumah. Ali Fazal pula antara watak yang mengecewakan sebab kebanyakan masanya dia nampak keliru dengan keputusan yang dia buat. Mungkin dia pun tak mampu nak deliver sebab stuck kerana penulisan yang lemah. 

Mungkin I ada high expectation memandangkan Khufiya dipromosikan sebagai naskhah thriller atau mungkin definisi thriller Vishal berbeza. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Movie Review | Tiger 3 (2023)

Friday 17 November 2023


Director: Maneesh Sharma
Writers: Shridhar Raghavan, Anckur Chaudhry
Cast: Salman Khan, Katrina Kaif, Emraan Hashmi, Shah Rukh Khan, Vishal Jethwa, Kumud Mishra, Ranvir Shorey, Revathi, Aamir Bashir, Simran, Danish Bhat, Anand Vidhaat Sharma, Gurkeet Kaur, Sartaaj Kakkar
Production Company: Yash Raj Films 
Distributor: Yash Raj Films
Genre: Action / Thriller
Running Time: 156 minutes
Release Date: 11 November 2023 (Worldwide), 12 November 2023 (India)
Trailer:


Installment kelima untuk YRF Spy Universe dan sekuel kedua Ek Tha Tiger (2012) membuka kisah silam Aatish Rehman (Emraan Hashmi) pada tahun 1999 yang menjadi peneraju Inter-Service Intelligence (ISI) setelah kematian ejen Rehan Nazar (Aamir Bashir) di kota London. Kerana kematian mengejut tersebut, Aatish melatih anak perempuan Rehan (Gurket Kaur) sehingga besar dewasa. 

‘You have to have a reason to fight. First, reason then fight so there will be a lesson. If you’re fighting without any reason, that’s a terrorist.’ - Rehan Nazar

Bergerak ke latar masa sekarang, Tiger (Salman Khan) ditugaskan oleh Ketua Research and Analysis Wing (RAW), Maithili Menon (Revathi) dalam operasi “Time Pass” untuk menyelamatkan Gopi Arya (Ranvir Shorey) di Pakistan. Gopi mempunyai intel mengenai serangan terbaru yang akan dilaksanakan pada Hari Kemerdekaan Pakistan. Sebelum meninggal dunia, Gopi beritahu Zoya (Katrina Kaif) antara ejen yang terlibat dalam pelan serangan tersebut. 


Pulang dari operasi tersebut, Tiger mula memperhatikan gerak-geri isterinya kerana intel yang diberitahu oleh Gopi. Entah siapa yang dia hendak percaya kerana orang yang akan mati tak mungkin menipu sementara Zoya pula adalah orang yang dia sayang dan percaya selepas lari keluar dari India dan hidup bersembunyi di Austria. 

Tak lama kemudian, Tiger ditugaskan untuk menyelamatkan Jibran Sheikh di Istanbul dari pihak ISI. Di situ kebenaran mula terbongkar dan Tiger sekali lagi bertemu dengan Aatish Rehman yang ingin menuntut bela atas kematian isteri dan anaknya selepas 9 tahun dipenjarakan. 


Masa tengok teaser Tiger 3 dan Pathaan (2023) dah mula rasa teruja untuk Tiger 3 sebab YRF dah umumkan secara rasmi untuk YRF Spy Universe. Dalam teaser juga YRF tonjolkan watak Zoya yang menggunakan stunt director dari Korea dengan aksi yang lebih padu dari dua filem sebelumnya. Seperti mana yang dijanjikan, Maneesh Sharma deliver yang terbaik untuk babak aksi cuma babak Tiger dan Pathaan berlawan depan penjara Pakistan tu draggy sikit. Mungkin nak bagi screentime lama sikit untuk SRK but that’s fine by me.

Storyline untuk Tiger 3 sepatutnya lebih menarik dari 4 installment sebelumnya sebab kali ni Tiger dan Zoya berdepan dengan masalah peribadi bila Aatish Rehman guna Junior (Sartaaj Kakkar) sebagai umpan untuk capai matlamat dia. Sayangnya dendam peribadi Aatish agak lemah kalau nak dibandingkan dengan dendam Jim (John Abraham) dalam Pathaan. Patutnya tak perlu masukkan angle tu sebab Impian dia untuk ubah Pakistan kepada negara dictator dah cukup kuat. Emraan cemerlang dalam watak antagonis yang licik memanipulasi ISI namun tersekat dalam penulisan yang lemah. 


Lakonan Salman Khan sebagai ayah boleh kata a huge let down lah, sama juga dengan Katrina. Mungkin juga sebab lead pairing ni belum ada anak jadi emosi tu tak sampai. Kelakar pun ada juga lah sebab Zoya dan Tiger, kedua-duanya adalah ejen terbaik untuk RAW dan ISI tapi mudah sangat Junior jadi mangsa ugutan pihak musuh. I mean, it’s time for them to develop Junior’s character since Hassan already joined the operation as hacker. 

Alur penceritaan Tiger 3 boleh dijangka dari awal lagi jadi senang sangat untuk rasa bosan ditambah pula dengan kehadiran team Tiger yang pernah muncul dalam Tiger Zinda Hai (2017). Kehadiran mereka untuk elemen komedi tapi kebanyakan masanya hambar dan melengahkan lagi klimaks. Sama seperti sebelumnya, watak Zoya antara kekuatan utama franchise Tiger dan muncul dengan stunt yang cemerlang. Amazed tengok Zoya berlawan dalam sauna dengan General Zimou (Michelle Lee) dan di bilik kebal untuk selamatkan Perdana Menteri Nasreen Irani (Simran). 

At this point, YRF perlu terbitkan solo movie untuk watak Zoya. Tak kisah lah Zoya dalam latar masa yang mana pun atau bekerjasama dengan Rubai. Lepastu masukkan lagu banyak sikit supaya Kat boleh show-off dancing skills dia. Dalam Tiger 3 ada dua lagu je, Ruuan dan Leke Prabhu Ka Naam. Daripada sembang banyak sangat, baik letak lagu. Seronok jugak lah nak layan. The OG director for Tiger franchise is still the best. Kabir Khan ftw!



Dekat dalam Tiger 3 ada kemunculan ejen Kabir Dhaliwal (Hrithik Roshan) dari WAR (2019) tapi tak lah lama pun sebab babak yang pengarah tunjuk tu sama dengan intro WAR. YRF Cuma nak bagitahu timeline YRF Spy Universe ikut sequence so far ialah Ek Tha Tiger (2012), Tiger Zinda Hai (2017), Pathaan (2023), Tiger 3 (2023) dan WAR (2019)

Terganggu tak kalau tengok Tiger 3 sebelum WAR? Tidak. Terganggu tak kalau tak tengok Pathaan sebelum Tiger 3? Tak sangat. Terganggu tak kalau tengok Tiger 3 tanpa ETT dan TZH? Ya. Berbaloi tak tengok Tiger 3 dekat wayang? Depends. For me, I pergi cinema sebab nak tengok Katrina dan Emraan on big screen so yupp, worth it!

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0., 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10

Movie Review | Attack: Part 1 (2022)

Sunday 12 November 2023


Director: Lakshya Raj Anand
Writers: Lakshya Raj Anand, Sumit Batheja, Vishal Kapoor 
Cast: John Abraham, Rakul Preet Singh, Jacqueline Fernandez, Prakash Raj, Naufal Azmir Khan, Ratna Pathak Shah
Production Companies: AK Productions, Pen India Limited, JA Entertainment 
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Sci-fi / Action / Thriller
Running Time: 123 minutes
Release Date: 1 April 2022
Trailer :


Kisah bermula dengan sekumpulan askar India yang diketuai oleh Arjun Shergill (John Abraham) di dalam operasi untuk menangkap pengganas bernama Rehman Gul yang telah menyerang konvoi askar India 2 hari sebelumnya. Arjun juga menyelamatkan anak Rehman dari menjadi mangsa bom jihad. 

12 tahun kemudian, Arjun berjumpa dengan kekasihnya, Ayesha (Jacqueline Fernandez) di lapangan terbang namun mereka berdua menjadi mangsa serangan pengganas. Arjun lumpuh dari leher hingga ke kaki akibat tembakan peluru yang terkena tulang belakang dari jarak dekat. Arjun dijaga oleh ibunya (Ratna Pathak Shah) dan mengalami kemurungan. 


Dalam masa yang sama, Chief of Indian Intelligence, V.K. Subramaniam (Prakash Raj) memperkenalkan program Super Soldier di mana khidmat Intelligent Robotic Assistant atau singkatannya, I.R.A akan membantu manusia dalam misi khas yang berbahaya. Kerajaan India sedar yang mereka telah kehilangan ramai askar yang hebat akibat peperanganl antas V.K. menggunakan peluang ini untuk mengangkat projek teknologi yang dikemudi oleh Sabah Qureshi (Rakul Preet Singh) setelah 7 tahun dalam fasa R&D. 

Mereka berdua tak punya masa yang lama untuk menjayakan Super Soldier dan nama Arjun Shergill dipilih sebagai askar pertama untuk projek tersebut. Tugas pertama Arjun dan IRA adalah untuk bebaskan Perdana Menteri dan beberapa Menteri lain yang menjadi tawanan Hamid Gul di Parlimen. 


Idea filem Attack: Part 1 lebih kurang sama dengan filem Robocop (2004) dan Upgrade (2018) di mana AI dimasukkan ke dalam badan manusia untuk mencipta manusia super. Plot pun lebih kurang sama di mana watak protagonis ingin membalas dendam atas kehilangan cinta hati. But I can’t say much about Upgrade since I haven’t watched this movie so this review will be based solely on Attack. 

Lagipun dekat hujung filem, pengarah bagitahu filem ni diinspirasikan dari projek Kerajaan India iaitu “Exoskeleton program of DRDO” di mana teknologi robotik dan AI akan membantu dalam bidang ketenteraan dan juga kesihatan. Masih dalam peringkat R&D tapi in future lebih kurang sama seperti yang diceritakan dalam Attack: Part 1. 


Naratif filem Attack: Part 1 mempunyai alur penceritaan yang bersifat straightforward dan ringkas tapi execution pengarah dan juga penulis, Lakshya Raj Anand menjadikan filem aksi ni menarik. VFX atau CGI yang digunakan dalam filem-filem Bollywood pada tahap average atau mehhh tapi untuk filem Attack, John Abraham menggunakan khidmat Red Chillies Entertainment jadi visual memang top notch dan mengukuhkan screenplay. You would really enjoy the slo-mo techniques in few fighting scenes. Kreativiti Shashwat Sachdev menambahkan impak pada babak aksi dek kerana sinergi yang kuat antara visual dan BGM. 

Lakonan Rakul Preet sebagai Saba pun membantu character development watak Arjun Shergill. Macam mana Saba bagi semangat dan harapan untuk Arjun dalam program Super Soldier cuma penulis tak bagi ruang yang banyak untuk serlahkan dinamik dua watak utama ni. Bila Arjun bertindak untuk langar arahan V.K untuk selamatkan Saba, babak tu jadi annoying instead of heroic. 


Sama juga dengan kisah cinta Arjun dan Ayesha yang tak diberi ruang supaya ada emotional connection dengan penonton sedangkan dekat situ menjadi titik permulaan revenge chapter dalam hidup Arjun. Mungkin kekangan masa sebab banyak yang perlu diceritakan jadi sebab tu pengarah masukkan semua dalam satu lagu romantik sahaja. Atau mungkin cukup dengan babak Arjun kena serang dengan Hamid Gul (Elham Ehsas) yang pernah dia selamatkan dulu. 

Filem Attack: Part 1 lebih berkisar pada connection Arjun dengan IRA so I’m really look forward untuk Attack: Part 2 sebab nak tengok macam mana Kerajaan India guna satu pasukan tentera dari program Super Soldier dalam perang sama ada dengan pengganas ataupun di sempadan India-Pakistan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Movie Review | Jawan (2023)

Sunday 5 November 2023


Director: Atlee
Writers: Atlee, S. Ramanagirivasan
Cast: Shah Rukh Khan, Nayanthara, Vijay Sethupathi, Sanya Malhotra, Deepika Padukone, Sunil Grover, Sanjay Dutt, Priyamani, Girija Oak, Lehar Khan, Sanjeeta Bhattacharya, Aaliyah Qureishi
Production Company: Red Chillies Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 169 minutes (Theatrical release), 170 minutes (Extended version)
Release Date: 7 September 2023 
Trailer :


Kisah bermula di Nepal di mana seorang budak lelaki ditemani ibunya terjumpa askar India cdera parah, hanyut di sungai berdekatan dengan kampung mereka. Lelaki tersebut dibawa pulang dan dirawat menggunakan rawatan tradisional. Selepas 3 bulan, dia membantu menyelamatkan penduduk kampung dari serangan komunis namun hilang ingatan tentang siapa dirinya yang sebenar. 

Di latar masa yang lain, di bandar Delhi, sebuah metro dirampas oleh sekumpulan wanita – Lakshmi (Priyamani), Eeram (Sanya Malhotra), Ishkra (Girija Oak), Kalki (Lehar Khan), Helena (Sanjeeta Bhattacharya) dan Janhvi (Aaliyah Qureishi). Vikram Rathore (Shah Rukh Khan) sebagai ketua berhubung dengan Inspektor Narmada Rai (Nayanthara), ketua Force One. 

Vikram minta wang tebusan sebanyak Rs40 crore dari Menteri Pertanian (Naresh Gossain) atau semua penumpang akan mati setelah beliau gagal menjawab kuiz yang diajukan oleh Vikram. Tak tunggu lama pun untuk permintaan Azad ditunaikan kerana anak perempuan kepada Kalee Gaikwad (Vijay Sethupathi) berada dalam metro tersebut. 

Cara Vikram Rathore dan anak buah dia mungkin membahayakan banyak nyawa namun tindakannya dipuji ramai kerana membuka mata banyak pihak akan kesan rasuah yang berlaku dalam sektor pertanian. Banyak kes petani bunuh diri hanya kerana ingin menampung perbelanjaan keluarga dan lunaskan hutang dengan pihak Bank. 

Sementara Vikram berjaya meloloskan diri, Narmada terpaksa jelaskan kegagalan dia menangkap Vikram Rathore. Bukan saja pada ketua malah kepada Kalee Gaikwad yang mempunyai banyak pertaliannya dengan Kerajaan India. Banyak business deal yang berlaku antara Kerajaan dan juga syarikat-syarikat Kalee dan tanpa dia sedar, kehadiran Vikram Rathore membuka kisah lama, pada tahun 1986. 

Ramai juga yang bagi positive review untuk filem aksi terbaru SRK ni tapi I tak tergolong dalam kelompok tu sebab tak suka dengan masala entertainer template. Tambah pula filem Jawan diarahkan oleh Atlee, pengarah Tamil jadi banyak style yang digunakan dalam Jawan tak kena dengan selera. Music album pun ikut style Tamil sebab music director Anirudh Ravichander, jadi dalam banyak lagu tu I suka Chaleya je. 



Bab sinematografi dari G. K. Vishnu mungkin bersepah sebab style Tamil untuk hidupkan massy entertainer concept tu. Tapi sebab ada Red Chillies Entertainment, bab VFX memang terjamin kualitinya. Double role yang dibawakan oleh SRK pun nampak kemas dan convincing. Seronok juga tengok grand entry setiap pelakon. Masa pengarah reveal SRK di Nepal tu merepek tapi worth to watch since it’s a visual treat for SRK fans. 

Walaupun aksi yang dimasukkan sesuai dengan genre utama Jawan tapi ada elemen masala yang mengganggu penceritaan. Orang lain mungkin suka lah sebab appears filmy and larger-than-life template but I’m not into it. Expectation pun meleset bila watak Kailee banyak menyembang dan menjerit nama pembantu dia – Murad dan Manish. 

Excited nak tengok Jawan sebab SRK berlakon dengan Vijay Sethupathi, pelakon yang berbakat dalam industri filem Tamil. Malangnya pengarah terlampau taksub dengan SRK sampai tone down watak Kailee. I nak tengok dinamik lakonan SRK dan Vijay, fight scenes diorang tapi kecewa. Berbeza sangat dengan Pathaan (2023), bila Siddharth Anand biarkan watak villain, Jim menyerlah dalam ruang dia tersendiri. Bila dua watak ni bertemu, kita jadi teruja dan berdebar nak tengok. Of course hero akan menang tapi mood dan atmosfera scenario tu tak sama. 

Tak kisah lah theatrical release ataupun extended cut di Netflix, kedua-duanya mempunyai jalan cerita yang lemah. Merepek sangat bila Kerajaan boleh tunaikan permintaan Vikram Rathore untuk hantar semua equipment dalam masa 5 jam. Tak boleh relate juga bila Vikram persoalkan moral pengundi padahal setiap kali nak tenyeh undi, setiap kali tu lah juga bergaduh untuk pilih calon mana yang layak.
 
Masa Aishwarya (Deepika Padukone) pengsan sebelum digantung tu pun ehhh jugak sebab sebelum digantung, banduan ada body checkup. Banyak lagi minor errors dalam penceritaan tapi itu lah, who cares about logic kan? Kailee dengan Eijaz pun tak sama loghat dia, yang sorang Tamil, yang sorang lagi Hindi padahal adik-beradik. 

Credit where it is due bila Atlee mengangkat mesej sosial kesan rasuah dalam Kerajaan sebab banyak nyawa yang terkorban hanya kerana ketamakan seorang businessman. Macam mana Vikram Rathore ada masalah di medan perang, tak mustahil jadi kepada negara lain juga. Beli harga mahal tapi dapat kualiti cap ayam. Sekarang tengah kecoh 136 unit mesin ventilator diterima dalam keadaan rosak. Pada sesetengah orang mungkin tak ada apa tapi pada yang terlibat, it’s a life and death situation. 

Penceritaan Jawan yang bersifat non-linear narrative di mana latar masa sekarang dan 30 tahun sebelumnya juga dipersembahkan dengan baik walaupun latar masyarakat atau props tak lah mempunyai banyak beza. 

Elemen drama yang dimasukkan oleh penulis tampak berjaya mengacau emosi terutamanya pada kisah Lakshmi dan Dr. Eeram. Tapi drama untuk keluarga Vikram Rathore tak kuat sangat lah, mungkin sebab pelakon nak jaga imej. I still tak boleh hadam kenapa Aishwarya sembang benda deep dengan Azad (Arijit Gaurav) padahal anak dia baru umur 5 tahun. Tina dalam Kuch Kuch Hota Hai pun tinggalkan surat 8 helai untuk amanahkan tugas untuk anak dia. 

Good to watch on weekend. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10