Walls UniCornetto Ice-Cream

Thursday 25 April 2019

Sejak dah viral video adik Amira yang bahagia jumpa aiskrim UniCornetto, kita pun rasa tergedik nak cuba. Dah la packaging dia dreamy habis! Its my lucky day lah bila colleague belanja aiskrim ni sebab tolong dia.

Dekat area Subang Bestari memang susah nak jumpa walaupun bersepah kedai runcit dekat sini. Jenuh jugak lah dia mencari pusing satu SB, finally lepas seminggu jumpa lah apa yang diidamkan sangat tu.


Bola crispies berwarna-warni comel sangat jadi sayang nak makan. Yang merah tu jem strawberry tapi rasa dia macam jem blackforest. Kalau you guys suka makan aiskrim Cornetto Blackforest so this one is absolutely love!


Tapi jem tu agak overloaded sebab lepas habis makan rasa macam sirap ubat batuk. But still sedap lol


Kon dia berbeza dengan aiskrim biasa sebab berwarna merah hati. Memang colourful aiskrim ni so berbaloi lah bayar RM3.20 sebatang. Rasa bahagia lepas makan tu memang priceless baq hanggg. Lepas makan ni kena pergi tandas cuci mulut sebab semua pewarna melekat dekat bibir dengan lidah. 

7 comments

  1. aritu nampak kt giant tp tak berani nk beli sbb si aiyan tgh batuk2... duk usha jgk nk beli, ramai yg kata sedap...

    harga dia biasa jelah, cornetto mmg harga lbh kuran gitu kan... tak sbr nk cuba lah

    ReplyDelete
  2. br juga aritu dpt mkn sbb cari je susah nk jmpa

    ReplyDelete
  3. Dah lama viral aiskrim ni tapi saya tak cuba lagi sampai sekarang sebab kurang minat dengan flavour dia.

    ReplyDelete
  4. Baru je cuba aiskrim viral ni

    ReplyDelete
  5. Ada yg kata ending dia rasa ubat demam budak kevik zaman dulu rasa cortal...ye ke?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.