Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown

Wednesday 26 September 2018


Alang-alang dah datang ke Bukit Merah, bukan selalu dapat tengok Orang Utan walaupun ada yang kata jejak kasih dengan kawan lama. Hey, it's not nice to say things like that. We should be proud of our nation mascot.



Tbh, ni pertama kali tengok Orang Utan depan mata. Selama ni kalau pergi zoo Orang Utan taknak keluar ataupun tengok dalam TV je. Harga tiket nak pergi ke Pulau Orang Utan ni RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak tapi boleh dapat dengan harga rendah kalau you guys menginap di hotel Bukit Merah Laketown. 

Kenapa harga tiket mahal? Sebab pakej naik bot merentas Tasik Bukit Merah. Pulau Orang Utan ni dibuka dari jam 9 hingga jam 6 petang. Setiap trip dalam masa 45 minit. 




Hari kitorang pergi ke pulau tu agak berangin so at first takut jugak nak naik kang tak pasal mabuk pulak sebab dia bergelora dashat jugak tapi okay je siap boleh bergelak ketawa sebab bot bergerak perlahan je cuma sekali sekala terpercik air tasik tu dekat muka. 

Perjalanan dari jeti ke Pulau Orang Utan agak lama sebab Tasik Bukit Merah seluas 40sqft. Dalam perjalanan tu boleh nampak rumah banglo cantik, villa Kampung Air, skycycle di Ecopark, Themepark Bukit Merah dengan landasan keretapi Bukit Merah. Ikan je tak nampak melompat sana-sini padahal dekat tasik ni port kaki pancing. Mungkin ikan tidur.


Sampai je dekat Pulau Orang Utan, kitorang disambut oleh Kak Lina yang cantik dan ramah sebagai tour guide dekat pulau ni. Tak panjang pun trail untuk tengok orang utan ni dalam 200 meter je sebab kita dalam cage meanwhile orang utan berkeliaran sini sana.



Kak Lina dah pesan awal-awal dah, kalau jenis bernasib baik dapat la tengok orang utan. Kalau tak, memang seekor dua je yang keluar tayang muka. Alhamdulillah nasib kitorang baik sebab dekat jeti pulau pun dah nampak 2 ekor orang utan bergayut dekat pokok.


Masuk dalam sikit nampak satu family orang utan bergayut dekat pondok ambil makanan. No wonder kitorang bernasib baik sebab masa tu tea-time diorang. Orang utan haiwan herbivore sebab makan buah-buahan je. Dekat pulau ni bukan setakat ada orang utan je tapi ada pelbagai jenis tanaman herba dan pokok buah sebagai bekalan makanan dan ubatan orang utan.



Fun fact, 97% DNA orang utan sama macam manusia. Jenis darah, cap jari, hormon diorang so orang utan betina pun period setiap bulan dalam masa 3 atau 5 hari. Mengandung pun selama 9 bulan jugak sama macam manusia. Dekat dalam dunia ni ada dua je jenis orang utan, yang berkulit oren cerah dari Kepulauan Sumatera meanwhile yang berkulit oren gelap dari Kepulauan Borneo. 

Dekat Pulau ni ada tugu ketua orang utan, bukan sebarang tugu tau. Ketua yang dinamakan Mike ni mati selepas bergaduh dengan ketua baru, BJ. And yupp we’re so lucky to meet BJ! Saiz dia tersangatlah besar dari orang utan yang lain.



Dekat pulau ni kitorang tak dibenarkan rapat dengan pagar sebab ada renjatan elektrik dan tak juga dibenarkan pegang orang utan sebab diorang ni agak liar. Pulau ni cuma penempatan sementara diorang je sebelum dilepaskan ke hutan. Sebab tu pulau tu direka sama suasananya seperti di hutan supaya diorang boleh adapt dan tak janggal bila dilepaskan nanti.

Pulau Orang Utan ni bukan under Kerajaan Negeri so you guys boleh nampak ada tabung-tabung derma untuk orang utan. Kalau tak cukup duit derma ni, Kak Lina and the team akan minta sumbangan dari pihak luar. Selalunya foreigner yang suka menderma jutaan ringgit untuk Pulau Orang Utan. Kalau diorang datang selalunya akan stay lama dekat pulau tu dalam sebulan dua sebab nak belajar dan kaji tentang orang utan.

Apart from foreigners, veterinar pelatih di IPT Malaysia pun dihantar ke Pulau Orang Utan Bukit Merah untuk buat kajian tentang orang utan. Ada juga tanaman yang ditanam oleh pelajar pelatih seperti UPM. Yang buat kajian je ada access untuk masuk ke dalam sangkar. Untuk pelawat ni boleh duduk dekat luar je lah tapi dapat juga peluang tengok secara dekat tapi kena ludah pulak dengan orang utan. Amboi sangat perangai dia.




Ada juga yang senyum atau posing depan kamera. Yang lari bersembunyi selalunya yang betina sebab sejenis yang pemalu dan puteri lilin. Impressed dengan Kak Lina sebab dia kenal semua orang utan dekat pulau – Mike, BJ, Kareena, April and so on. I ingat watak penting je haha.

Otw nak balik tu beli sikit bookmark sebagai kenangan dan menderma dekat Pulau Orang Utan ni. Nak beli fridge magnet tapi sold out pulak haihhhh. Anyway I have a great time here ditambah pula dengan Kak Lina yang sangat ramah melayan. Million thanks!



10 comments

  1. cutenyaaa.teringin nak pergi tapi tunggu nanti la balik perak pun sekali sekala

    ReplyDelete
  2. pernah tgk org utan dekat zoo sabah rasanya..dah lupa...
    org utan ni dia bijak..

    ReplyDelete
  3. baru tau ada yek pulau org utan kt utara nun, selalu ingat org utan ada kt borneo je...

    tak tau lah ketua org tua mmg jns besar gitu, atau pun adakah semua org utan jantan mmg akan jd rupa mcmtu bila tua nnti...

    ReplyDelete
  4. waa, mcm kat sarawak pun ade orang utan ni.. tapi tim sendiri tak pernah jejak lagi. hihii..

    ReplyDelete
  5. salam singgah. terima kasih sharing. kak dok kedah pun belum sempat lagi nak ke tempat ni. apatah lagi ke bukit merah laketown. haha

    ReplyDelete
  6. Kak sha baru tahu pasal pulau nie.. kalau bawa anak-anak best nie..

    ReplyDelete
  7. Kak Feni tak pernah sampai lagi pulau orang utan ni. Kalau bawa anak-anak mesti excited sebab boleh naik bot. Tengok orang utan.

    ReplyDelete
  8. Hopefully one day dapat lah kita pergi ke situ :)

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya ini bukan rehabilitasi untuk orang utan. rehabilitasi ni dia xkan letak orang utan dalam sangkar yg ada renjatan elektrik and so on. ada orang utan yg tinggal sna since 2000 dan smpai skrg x dilepaskan. research leader d sna claim orang utan xkan dilepaskan smpai research dia habis. dan ini sebenarnya bukan rehabilitation centre, tapi research centre. so kebajikan orang utan tidak akan dijaga properly. hanya funding dan research yang penting. my point here is, even foreigners realize this, so kenapa kita yg local tak.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.