Movie Review : Munafik 2

Thursday 6 September 2018

Image result for munafik 2 poster

Pengarah : Syamsul Yusof
Penulis Skrip : Syamsul Yusof
Pelakon : Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Rahim Razali, Weni Panca, Roslan Salleh
Genre : Seram/Drama/Islamik
Durasi Tayangan : 121 minit
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018 (Malaysia)
26 September 2018 (Indonesia)
Syarikat Produksi : Skop Productions
Pengedar : President Productions (Malaysia), CBI Pictures (Indonesia)
Trailer :

Sequel movie Munafik 1 dah berjaya mengutip 21 juta setakat ni, congrats Skop Productions. Bila viral di socmed mula terdetik apa yang best sangat dengan movie ni ditambah pula ramai yang jatuhkan hukum berdosa, hati gelap bila ada yang mengkritik jalan cerita Munafik 2 yang longgar. So last night decided untuk try rasa sendiri pengalaman berdosa tu ditambah pula dengan rasa nak sokong filem buatan tempatan walaupun dah berapa kali hampa dengan buah tangan Syamsul Yusof.

Permulaan movie dipaparkan kisah kengerian Sakinah (Maya Karin) bersama anak perempuannya Aina bila diganggu beberapa jenis hantu dan juga ayahnya sendiri, Imam Malik (Roslan Salleh). Langkah seribu Sakinah diakhiri di rumah Ustaz Azhar (Mawi) yang sedang mengaji dengan beberapa orang rakan. Ustaz Azhar meminta bantuan Ustaz Adam untuk ubatkan Imam Malik yang disihir Abuja (Nasir Bilal Khan).

Image result for munafik 2

Ibunya menegah kerana risau dengan keselamatan Adam di kampung sunyi jauh dari bandar tapi Ustaz Adam tetap dengan pendiriannya untuk membantu Imam Malik kerana persahabatan mereka yang akrab. Dengan berat hati, ibunya bersetuju dengan syarat Adam harus pulang pada malam tu juga.

Settle halau hantu di rumah Sakinah dan beberapa siri bercakap dengan jin yang memuja Yakjuj Makjuj dan beberapa dialog dengan Abuja, dalam perjalanan pulang Adam diganggu dengan syaitan Indonesia yang menuduh dia munafik sampai dia pengsan dalam bot. Esok pagi baru sedar lepas dipapah oleh Ustaz Azhar dan Ustaz Azman (Fizz Fairuz). Dari situ bermula episod Ustaz Adam diganggu Abuja dan Sakinah yang pertahankan anak perempuannya dari dikorbankan oleh Abuja supaya semua pengikutnya dapat minum darah Aina.

Related image

Dari awal movie memang gelak je dengan jalan cerita kehidupan orang kampung Ustaz Azhar ni. Terlampau banyak tanda tanya lepas tengok movie ni. Kata Ustaz Azhar, dia lemah iman sampai terpaksa minta bantuan Ustaz Adam untuk menentang Abuja tapi scene di rumah usang tu dia yang selamatkan Ustaz Adam. Belum masuk scene dia kata dia tak ada bagitau seorangpun yang Ustaz Adam nak datang tapi masa Sakinah datang minta tolong tu kan dia dah cakap dia nak minta tolong orang yang handal so Sakinah + Aina + 3 orang kawan dia dah berapa ramai dah tu tahu. Its better kalau diorang tunjuk ada bisikan kepada Abuja tentang kedatangan Ustaz Adam instead of Ustaz Azhar nak keluarkan dialog macam tu?

Okay masuk part Sakinah, di mana logiknya kau sembunyi dekat dalam gua padahal kau boleh pergi  dekat Ustaz Azhar suruh dia bawa kau keluar pergi jumpa polis? Ustaz Azhar bukannya busy pun sebab bini dia dah lari. Kau sembunyi dekat gua yang Abuja dah pernah datang untuk tangkap kau. Masa bunuh orang dengan kapak dah handal dah tapi bab sembunyi gagal teruk. Lagi tak faham kenapa Ustaz Azhar tak kebumi je mayat malamtu jugak walhal dah reput dah mayat Imam Malik tu. Saja je kan nak acah seram. Fyi, scene seram yang predictable = tak seram.

Image result for munafik 2

Oh ya scene Sakinah dirasuk tu ada sembang pasal Dajjal, Yakjuj Makjuj, Hari Akhirat and so on tapi tak tahu apa yang relate dengan Abuja sebab Abuja tak sembah segala yang disebut oleh jin yang gigih pecahkan lantai rumah Sakinah padahal boleh je terbang ikut tingkap. Dah la Sakinah tu miskin, mana entah nak cari duit repair segala yang rosak. 

Kalau di pertengahan cerita nampak Sakinah main kapak, pukul dengan kayu tapi dekat hujung cerita dia fitnah Ustaz Adam rogol dia semata untuk selamatkan anak dia. Tambah hek eleh bila Sakina acah syahdu bila tahu Abuja nak bunuh Ustaz Adam. Dah tahu Abuja tu penipu tapi tetap percaya. Karakter yang menyinga bertukar penakut secara total dengan Abuja, mungkin director nak highlight betapa kejamnya Abuja so dia kecilkan watak Sakinah.

Image result for munafik 2

Now we discuss about Abuja yang digeruni penduduk kampung katanya. Nasir Bilal Khan did justice for his role. Muka dia yang ngeri memang sesuai lah dengan watak Abuja yang mampu minum semangkuk darah pekat. Lakonan dia memang bagus tapi siri perdebatan dengan Ustaz Adam tak banyak sebab masa Abuja banyak dihabiskan dengan scene bersama Sakinah. So I tak tahu mesej dakwah apa yang banyak sangat sampai orang terus insaf because most of their dialogues pun lemah. Dialog syaitan Indonesia tu je yang ampuh dalam movie ni. Tak sia-sia dia datang jauh dari seberang untuk tunjuk jaguh dia. Semangat Asian Games agaknya.

Hujung movie Ustaz Adam ada mention yang Abuja tu Firaun zaman ni ditambah pula dengan dialog Omar (Fauzi Nawawi), pengikut setia Abuja yang kata Abuja mampu bagi kemewahan kepada pengikut dia padahal duduk dekat istana usang cuma tempek bendera sikit. Ribut sekali terus hancur istana tu. Jangankan tempat tinggal, smartphone pun tak ada! Makan pun tak mewah, berjalan pun guna unggun api lagi jadi Firaun jenis apa Abuja ni? Menangis Firaun tengok movie ni direndahkan martabat dia sampai macam tu sekali.

Related image

Jangankan Iolls sebagai penonton tak percaya, akak baju putih belakang Abuja dari dia datang malam tu sampai dia balik, muka berkerut tak percaya cakap Abuja. Kalau betul orang kampung takut dengan Abuja, takkan keluar persoalan yang mempertikaikan minta bukti. Dah la masa Ustaz Azman bagitahu dia saksi Ustaz Adam rogol Sakinah, diorang kemain berdialog drama dekat situ macam orang kampung tunggul tuli dekat belakang tu. No wonder la memasing pakat balik rumah bila Abuja heret Ustaz Adam masuk gua sebab malas nak layan drama Sakinah ni. Baik tidur lagi bagus. Dah la penat berdiri dengar rap Ustaz Adam. Nasib dia bagitau dia tengah berdakwah, kalau tak sampai ke sudah ingat dia tengah test lirik lagu baru dengan Mawi.

Tak tahu Munafik 2 ni set plot tahun bila sebab polis dengan doktor macam tak wujud dalam dunia diorang ni. Mak Ustaz Adam mati kena tikam pun doktor chill je luluskan pengebumian malam tu juga. Dashat juga tak ada post-mortem padahal 2 kali tikaman. Tapi bagus juga polis tak wujud dalam movie ni sebab nanti siapa nak selamatkan Sakinah? Cuma macam pelik juga lah dialog ayah Adam bila Ustaz Azman ni tanya apa bukti Abuja bunuh ibu Adam kalau polis tanya nanti tiba-tiba ayah Adam tukar dialog ‘yang penting Abuja kena tangkap sebab ajaran sesat’. Ehh? Mungkin kemurungan kot bini kena bunuh. Wayar dah short sikit.

Image result for munafik 2

Kalau pengajaran orang lain dapat ialah jangan tunggang agama but for me janganlah korang ingkar arahan mak sendiri. Kan mak dia dah larang jangan pergi, dia nak pergi jugak. Mak dia suruh balik malam tu jugak, malam baru dia sampai ke rumah Sakinah. Penat mak masak nasi goreng fav dia sampai menangis mak dia risau tapi tetap pergi memang padan muka lah kena kacau Abuja. Yeah not to forget, kalau nak pecahkan keranda baca je ayat Kursi. Kesian Ustaz Azman sakit tangan nak pecahkan pintu rumah Sakinah walhal Ustaz Adam pecahkan keranda sekali tumbuk je lepas baca ayat Kursi. No wonder lah Ustaz Azman geram dengan dia, pesen taknak share tips dengan member. 

Bab lakonan, everyone is great with their roles cuma skrip yang lemah buat karakter nampak tersia. Lakonan Syamsul nampak improve lah dalam movie ni nak dibandingkan dengan lakonan dia dalam Makrifat Cinta. Bab visual memang cantik walaupun batu pecahkan cermin pun dia nak slo-mo but yeah its great. Yang jadi isunya bingitnya ya tuhan tengok movie ni. Musik latar dia gigih sangat nak tambahkan rasa suspense tu but end up jadi annoying. Tapi baguslah bising macam tu, orang lain tak dengar la berdekah teruk sangat.

Image result for munafik 2

Tak pasti kalau ada Munafik 3 ataupun tak tapi Munafik 1 lagi relevan dan bagus jalan ceritanya. Kalau ada Munafik 3 ambil masa sikit dulu lah sebelum karang skrip. Please? 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 4.6/10

24 comments

  1. Nani baru nak pergi tengok esok. Tak sabar. Hahah!

    ReplyDelete
  2. OMG camtu yer cier munafik 2 ni. Ish ish

    ReplyDelete
  3. Lepas baca review ni , lagilah rasa macam tak nak tengok cerita Munafik 2 ni.

    ReplyDelete
  4. Makkkk patutla org cakap best movie ni!

    Food & Lifestyle Blog!
    Blog: https://hunnyandvanilla.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat awak tak baca review kat atas ni.

      Delete
  5. Shamsul Yusof selalu mengajak penon berfikir sendiri mesej yang ingin di sampai kan, dalam sebenar maksud tersirat.

    ReplyDelete
  6. Mak aihh ... detail giler review munafik 2 ni. Kalah editor majalah hiburan. Memang terbaiklah.

    Tapi biasalah, pandangan berbeda kan. :) Mungkin yang kata best tu sbb ia memang kena dengan selera tontonan dia. Keep it up tulis review macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi isu pun kalau suka tapi melampau lah sampai jatuhkan hukum berdosa bila pertikaikan jalan cerita. Ada yang kata hati gelap sebab banyak dosa tak boleh terima movie dakwah, ada yang kata kafir, ada yang kata pengikut Abuja. Melampau.

      Delete
  7. Ahahaha..banyak yg longgar sana sini ye? Tak sempat lagi nak tengok ni tapi takyah tengok dulu la lepas baca review ni :D

    ReplyDelete
  8. syamsul kata ada munafik 3..hihi..kita rasa ok je dengan cerita ni, lepas orang lain komen kata plot tahun bila, etc baru nampak ada logik juga komen diorang tu..pendapat berbeza2 kan, sudut pandangan juga dari sisi berbeza..

    ya, maybe next time syamsul kena detailkan lagi latar ceritanya..bagitau siap2 kat penonton, tahun etc etc..lakonan syamsul, yes memang improved berbanding munafik 1 dulu kita rasa dia kayu sangat dan macam kontrol hensem..munafik 2 ni nampak lebih serasi dengan watak..

    ReplyDelete
  9. semakin hebat sambutan org awam terhadap filem melayu. mula2 Pulang, pas tu Hantu Kak Limah dan skrg Munafik 2. Tp belum sempat menonton filem2 tersebut.

    ReplyDelete
  10. tak sabar nak tengok cerita ni :)

    ReplyDelete
  11. akak xlehla citer macam ni yang first pun tak tengok. seram takleh hehe.. tapi tumpang bangga la bila Malaysia boleh produce good movie macam ni. kipidap Shamsul Yusuf. xyah da buat citer samseng2 heheh..

    ReplyDelete
  12. i cant comment much pasal perkembangan plot semua coz memang tak follow. just based on random comments orang post online. secara general heheh..

    ReplyDelete
  13. Memang tak minat Shamsul punya lakonan.. tak leh go.. Munafik 1 pun tak tengok.. Munafik 2 lagilah.. bila baca review Farhanah nie lagi rasa tak nak tengok.. part yang jatuh hukum geng abuja bila kutuk Munafik2 tu melampaulah.. setiap orang ada pandangan berbezakan.. janganlah taksub sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnya kaksha, melampau sangat tu label orang macam-macam padahal kita kritik jalan cerita bukan cara dia berdakwah melalui movie ni.

      Delete
  14. i think u just give in a bad review for a great movie itself hahah .. Munafik 2 ni kiasan sahaja kepada dajjal dunia , semua review cik tak lihat tersirat just tersurat shj. Saya percaya filem ni bagus sebab tak klise seperti yang always filem melayu yang u nak seperti kenapa lampu tak bukak sebab gelap hantu , kenapa tak jumpa polis dan duduk gua je haha.. Cerita ni mengajak kita berfikir siapa yang munafik .. Sanggupkah kita jadi munafik untuk mempertahankan diri ita .. Semua kiasan tu cik .. Saran saya ada beberapa filem yg u should aware to watch dari seberang which are too much good like :

    Sabrina
    Sesat
    Rumah Dara
    Sebelum Iblis Menjemput

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think you should watch more movies and live outside your bubbles.

      Delete
  15. kalau polis wujud dalam movie ni maybe keadaan jadi complicated sebab banyak nak pakai law

    ReplyDelete
  16. Kalau ade dapat bocor ni flm kasi tau saye nak nonton ni

    ReplyDelete
  17. Munafik 2 best!!! ikut citacrasa masing2 ..tak tgk rugi...yg pandai review di atas mungkin u boleh tulis kot munafik 3...anyway its i rekomen movie ni ...Terbaik

    ReplyDelete
  18. Munafik 2 best!!! ikut citacrasa masing2 ..tak tgk rugi...yg pandai review di atas mungkin u boleh tulis kot munafik 3...anyway its i rekomen movie ni ...Terbaik

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.