Resipi Medium Rare Steak ala Jamie Oliver

Friday 7 September 2018

Musim Raya Haji ni memang dah sinonim dengan stok daging banyak dalam peti ais so disebabkan teringin nak makan steak tapi mahal ya ampun dekat restoran tu, kita masak sendiri je lah berbekalkan video masakan Jamie Oliver. 

Nak masak pun mudah sangat tambah pula bahan yang memang sedia ada dekat dapur dan yang paling penting, masak 6 minit je dekat dapur lepastu dah boleh makan. 


Bahan-bahan diperlukan: 

Bahan A
- Daging bahagian isi
- Rosemary
- Paprika
- Lada putih
- Serbuk bawang putih 

Bahan B
- Minyak zaitun
- Garam
- Lada hitam 
- Butter
- Lemon
- Tomato ceri

Cara Penyediaan : 

1) Perap Bahan A selama beberapa lama yang you guys nak. Lumur minyak zaitun, garam dan lada hitam dekat daging lepastu tepuk-tepuk manja sikit. Nak tabur garam dengan lada hitam ala Salt Bae pun boleh uolls. Sukatan ikut suka tekak masing-masing lah ye who cares kan.

2) Letak daging tadi dalam kuali. Make sure kuali panas gila sampai berasap tu baru letak sebab taknak isi dalam masak. Lepastu balikkan daging untuk masak sebelah lagi dan juga bahagian sisi. 

3) Kemudian spread butter pada daging, nak banyak ke sikit kuah tu bergantung pada tekak masing-masing. Masak sekejap sampai butter jadi keperangan lepastu angkat dan hidangkan. 

4) Hiris lemon kemudian perah dalam kuali supaya bercampur dengan butter tadi lepastu titiskan atas daging yang dihidang bersama tomato tadi. Siap!

Lemon tu kalau suka masam-masam manis, perah la banyak. Kalau tak suka sangat tak payah letak pun takpe. 

7 comments

  1. tengok gambar da rasa ailio menjejes ni hahaha.. tingat pulak daging bakar =D

    ReplyDelete
  2. Ni memang fav akak..tekak xleh terima kalau makan yg well done...rasa mcm tersekat di skala 10 kt tekak ni..mcm ni best..juicy jaa

    ReplyDelete
  3. wah menariknya resepi ni. bolehlah mama cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Bahan perap tu nampak sempoi je.. Boleh cuba..

    ReplyDelete
  5. boleh simpan.. raya haji tahun depan boleh try..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.