Hadiah Dari Blogger Maizan

Tuesday 18 September 2018

Sejak bertukar template blog ni, ada juga yang puji dan tanya itu ini. Kalau tuan punya blog pun bahagia dengan service yang ditawarkan, apatah lagi dengan orang lain. 


Actually template blog ni dapat secara percuma je sebab tukang edit blog bahagia dengan entri-entri dalam blog ni. Macehhhhh awak yang manis leting! ❤ 🌸 

Ni bukan sembang kosong berangan sorang tau, ni sembang betul. Nah bukti 



Ada banyak lagi sebelum ni tapi tak ingat dah dekat mana sebab Iolls malas nak cari uolls. Walaupun khidmat edit ni free je tapi dia punya service macam kita bayar payment on time tau. Serba-serbi dia tanya apa tak kena, nak yang macam mana. Sebelum tidur dia tanya, bangun tidur pun dia tanya. 

Dan hasilnya haruslah puas hati walaupun ada certain part dia minta maaf sebab tak pandai nak buat but that's okay for me sebab yang macam ni pun dah okay dah as long ringan dan tak serabutkan mata. I dah pesan siap-siap, yang penting ada bunga! Sebab tu setepek dia bagi dekat header dan tambahan dekat profile picture. 


Sebelum ni nak promote tapi cancel dan buat diam je sebab tuan punya tangan dah tutup kedai. Lepas bahagia berkahwin ni dah taknak buat khidmat edit blog lagi dah. Kira I last customer lah tapi sebab pujian dan pertanyaan tu sentiasa ada, kita up balik lah supaya dia happy dan ubah fikiran untuk terima balik tempahan. You guys pujuk lah dia okay. But wait, siapa dia tu? 

Ni haaaa! 

Blogger utagha, Noor Maizan! Klik banner untuk ke blog si cantik manis


Dekat blog Mai bukan setakat ada pasal cerita kehidupan peribadi je tapi banyak reviews dan tips untuk blogger lain. Masa awal-awal kembali aktif dulu, blog Mai antara blog yang selalu dijadikan rujukan dan bahan bacaan. Dah lah baik, ramah mesra pulak tu, memang happy sangat bila dia menyinggah ke blog atau socmed lain. 

Anyway, thanks Mai sebab editkan blog ni touch up bagi jadi cantik dan berbunga. Semoga kembali aktif dekat blog sebab rindu tulisan awak! ❤🌸 

15 comments

  1. Wah cantik dan kemas blog awak 😊

    ReplyDelete
  2. memang cantik blog kak.paling penting rabia suka cara penulisan kak tau.dan dekat author tu..cantiknya gambar edit bunga tu.

    ReplyDelete
  3. Yup... Simple, cantik dan laju je loading...

    ReplyDelete
  4. laaa mai ka yg buat header tu..hahaha comeii...

    ReplyDelete
  5. pandainyaaa dia edit blog...kekadang jeles dengan diorang ni sebab kita ni naik juling mata tengok coding template nak edit2 kalo donlod dari tempat lain..

    ReplyDelete
  6. memang simple and cantik template ni. sukaaa eheee

    ReplyDelete
  7. Template yang ni memang cantik. Kemas je.

    ReplyDelete
  8. suka blog yang warna putih cemni. nampak kemas =D

    ReplyDelete
  9. Mai memang pandai edit template blog dan selalunya hasil yang diedit memang kebabom tapi tue la, dia dah tak ambik lagi tempahan edit blog.. Apapun template awak memang simple dan cantik..

    ReplyDelete
  10. Memang cantik dan kemas hasil kerja Mai ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.