Drama Review : Sacred Games

Friday 21 September 2018

Related image

Director : Vikramaditya Motwane and Anurag Kashyap
Writer : Varun Grover, Smita Singh, Vasant Nath
Cast :  Saif Ali Khan, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Kubra Sait, Jitendra Joshi, Rajshri Deshpande, Pankaj Tripathi,
Genre : Crime Thriller
Running Episodes : 8 episodes
Release Date : July 6, 2018
Production Company : Phantom Films
Distributor : Netflix

Trailer : 




Lepas berbakul pujian dan beberapa recommendation for this first Indian series, I’ve decided to watch and definitely agree with everyone praising about. Plus, series ni hasil arahan bersama pengarah genre indie thriller, Anurag Kashyap dengan Vikram Motwane! Bayangkan dua pengarah hebat bergabung dalam satu drama, wowsome!

Sacred Games diadaptasi dari sebuah novel 900 helaian karya Vikram Chandra yang mengisahkan tentang Inspektor Sartaj Singh (Saif Ali Khan) yang agak miserable hidup dia, bercerai dengan isteri tapi tak boleh move on, kena buli dengan senior sebab cuba jadi polis yang jujur dan amanah, hidup pun dengan pil tidur sampai jadi ketagih. But one day his life changed bila dia terima panggilan daripada Ganesh Gaitonde (Nawazuddin Siddiqui) yang menganggap diri dia Tuhan.

Image result for sacred games

Tuhan bagi Gaitonde bukan bermaksud dia mimpi dapat wahyu macam Ayah Pin tu tapi dia berkuasa dari segi wang, licik, kuasa dan politik. Dia bunuh mak sendiri sebab dia benci dengan kerja kotor mak dia. Dia bunuh ayah dia sebab menyampah dengan perangai suka minta sedekah tapi tak berusaha so dia hidup dari kecil dengan survival skill.

Dari merempat, dia berjaya jadi kaya dengan jongkong emas lepas bunuh ayah angkat dia kemudian pergi ke Mumbai dengan niat nak tawan bandar Mumbai sampai lah dia berjaya dan digeruni dengan semua. Hidup dia agak unik sebab walaupun dia kejam dan cara dia agak kotor tapi dia ada prinsip kehidupan dia sendiri. Bersahabat tanpa kira bangsa atau agama, kenang budi semua yang bantu dia dalam hidup.

Image result for sacred games

Sepanjang kisah Gaitonde diceritakan kepada penonton, dalam masa yang sama Sartaj merungkai misteri pertalian antara dia dan Gaitonde. Kenapa Gaitonde contact dia untuk selesaikan misteri letupan besar yang bakal berlaku di Mumbai dalam masa 25 hari. Satu je hint yang Gaitonde bagi kepada Sartaj sebelum bunuh diri – Hanya Trivedi seorang sahaja yang akan hidup.

Siapa Trivedi? Nobody knows. Dekat Mumbai saja ada beratus manusia bernama Trivedi. Dengan bantuan daripada Anjali Mathur (Radhika Apte), ejen RAW yang ditugaskan untuk menyiasat kes Ganesh Gaitonde, Sartaj dan pembantu dia Konstabel Katekar (Jitendra Joshi) cuba menyelamatkan bandar Mumbai.

Image result for sacred games

Lakonan Nawazuddin sebagai Ganesh Gaitonde memang makanan dia lah, nak pulak dengan hasil kerjasama bersama Anurag Kashyap lepas kejayaan diorang berdua dalam Gang of Wasseypur franchise dan movie Raman Raghav 2.0. Kalau layan movie indie, memang tak payah fikir pasal lakonan pelakon pun actually sebab pengarah takkan ambil pelakon yang tempek muka tapi tempek bakat. Tapi Radhika macam tak menyerlah sangat dalam series ni, its better kalau pengarah cast actress yang boleh tarik audience sebab watak Anjali tu senang sangat.  She didn’t do much for her presence.

Yang menariknya series ni bukan lakonan ataupun segala teknik penceritaan tapi macam mana gangster seperti Ganesh dan politician mampu hancurkan kehidupan rakyat picisan dalam negara tu sendiri. Suara rakyat suara keramat? Pfffttt. Just watch how they turned the table and make your life miserable. Even mati dalam longkang dah reput pun tak ada yang ambil peduli.

Related image

Dalam series ni boleh tengok macam mana Gaitonde boleh bakar satu kampung hanya sebab dia nak orang sembah dia. Dia boleh tembak orang yang tak berdosa dengan dia pun sebab dia ada kuasa. Bayar je polis dan kes selesai. And that’s the reality. Walaupun benda tu perkara biasa sebab dah selalu layan movie Anurag tapi plot cerita Sacred Games ni masih lagi menarik. Ditambah dengan dialog yang quite powerful especially persoalan Gaitonde :

“Bhagwan ko maante ho? Bhagwan ko faraq nahi parta. (Do you believe in God? Because He doesn’t care if you do)

“Check the police records! see if i am a human or God.”

“From working in the Hindu hotel, i learnt that religion can be used so effectively to fool the people here.”

"I thought if the prime minister was so dishonest, how could I walk down a straight path?"

Image result for sacred games

One of my fav scene bila Sartaj dengan Katekar lepak dekat pantai. 

“Where does this trash come from? Clean it today, tomorrow the sea will bring in a thousand times more. We stop crime everyday, go home at night, and come back to the same crime tomorrow.”

“But Sir, it’s at least clean today, isn’t it?”

Walaupun scene ni cuma conversation biasa tapi benda yang biasa ni sebenarnya harapan dan harapan tu sendiri sesuatu yang besar walaupun tanpa kita sedar. Hidup manusia tu jadi lebih bermakna bila ada harapan. Kan?


Series ni agak slow so guna video speed 1.5 dan boleh habis dalam masa 2 hari je nak pulak dekat hujung episod dia letak hint yang intrigued you guys untuk tengok next episode. Walaupun slow-paced tapi momentum series ni memang cantik ditambah pulak dengan beberapa plot twist yang tak dijangka. Actually dalam tajuk setiap episod tu ada hint tapi disebabkan bukan penganut agama Hindu so tak dapat lah nak teka apa yang director nak sampaikan - Ashwathama, Halahala, Atapi Vatapi, Brahmahatya, Sarama, Pretakalpa, Rudra & Yayati

This series is not recommended for those yang tak mampu nak terima genre indie. Brutal violence and nudity agak banyak ditayangkan but thanks to Netflix for giving Vikram-Anurag this golden opportunity to show their creativity onscreen without any hassle from censor board. Tak sabar nak tengok Season 2!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 =8.8 /10

5 comments

  1. saif ali khan is one of my fav actor since then until now.

    ReplyDelete
  2. Oh oh cam best gak ni, akan dipertimbangkan. Saya tgk some crita indie after baca review dari sis 😊

    ReplyDelete
  3. Baru semangat nak tengok tapi bila baca amaran yang kat last tu terus cam down sikit.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. tertarik pulak lepas baca review akak. boleh lah try tengok even kita kurang minat cerita genre ganas-ganas nie. hehehe.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.