Anak Terasing Aamir Khan

Saturday 17 March 2018


Baru-baru ni kecoh di social media semasa ulang tahun kelahiran Aamir ke-53, media menceritakan kembali kisah anak Aamir Khan yang merupakan seorang model kepada Vogue UK pada usia 12 tahun. Ramai yang tak tahu dengan kehadiran anak lelaki Aamir Khan sebab Jaan Harry Hines ni dibesarkan sepenuhnya oleh ibunya, Jessica Hines sejak tahun 2006.


Bermula dengan penghasilan karya Jessica, ‘Looking for the Big B: Bollywood, Bachchan and Me’, Jessica menetap sementara di India dan bertemu dengan Aamir Khan di set Ghulam arahan Vikram Bhatt dan mereka mula tinggal serumah. Tapi bila Jessica dapat tahu dia mengandung, Aamir bagi kata dua, dia ataupun anak tu and Jessica pilih anak diorang. Lepas berpisah, Jessica balik ke UK dan besarkan Jaan.

Image result for Looking for the Big B: Bollywood, Bachchan and Me by Jessica Hines

Aamir tak pernah ambil tahu tentang Jessica mahupun Jaan. Tahun 2007, Stardust magazine pernah buat interview dengan Jessica di London tentang Jaan. Tapi bukan official interview atas kerelaan Jessica. Entah macam mana diorang dapat sembang dengan Jessica tentang Jaan walhal cuma 2 soalan je.

Jawapan Jessica, memang Jaan anak Aamir Khan dan bila Jaan nak tahu tentang ayah dia, Jessica akan bagitahu ayah dia benci mereka berdua. Sejak majalah Stardust buat cerita eksklusif tentang Jaan, Aamir Khan tetap berdiam diri walaupun diasak dengan media.


Kalau dulu mungkin Aamir boleh diamkan diri tapi sekali lagi media menanyakan soalan yang sama bila saban hari wajah Jaan mempunyai iras Aamir Khan. Tapi baik Aamir ataupun Jessica masing-masing memilih untuk berdiam diri. Tambah pula selepas kes Jessica diperdayakan oleh wartawan majalah Stardust. Jessica memilih untuk move on dari masa lalu dia dengan Aamir dan minta Jaan tidak dikaitkan lagi oleh Aamir since Aamir memilih untuk mengabaikan mereka berdua.




Jessica dah pun berkahwin dengan businessman di London, William Tabol walaupun William tahu tentang kisah silam Jessica dan menyayangi Jaan sepenuh hatinya. Makin berseri kehidupan mereka dengan kehadiran Tallulah.


Jaan pula makin banyak mendapat tawaran sebagai model disebabkan kekacakan dan posing skill dia. Here some pictures of Jaan Harry Hines.






13 comments

  1. Wah ni la baru Zumal tahu kisah anak Aamir Khan...

    ReplyDelete
  2. apsallah aamir khan abai anak sendiri..ish ish, makin anak die besar makin hensem plak tu hihi

    ReplyDelete
  3. dagu sama.. hensemnya budak kecit ni

    ReplyDelete
  4. baru shu tau cerita ni, btw hensemnya anak Aamir Khan ni. hihihi ada iras ayah dia.

    ReplyDelete
  5. Serius baru tau. Hensem mcm bapak dia...

    ReplyDelete
  6. Sis baru tahu citer anak Amir Khan ni Farhanna.. Muka pun ada iras Jessica. Hensem memang tak dinafikan.. Lepas ni anak sama popular macam daddy 😊..

    ReplyDelete
  7. hensem. mcm abah nyer.
    kalau produser tau ni, surely ditangkap berlakon.

    ReplyDelete
  8. hehe baru tahu citer ni...tp menarik juga...mmg cute habis..kacukan hindustan n inggeriskan..dr cite ni boleh simpulkan

    kadg2 lelaki boleh berubah sekelip maga..dulu mereka mungkin berkasih syg..boleh pula.amir khan.abaikan.begotu saja

    ReplyDelete
  9. Handsome Jaan ini.. Baru tahu Amir ada anak.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. baru tau ada anak dengan omputeh.. hehe

    ReplyDelete
  11. I am totally obsessed with Aamir Khan! His performance and attitude towards acting are always admirable.
    free YouTube Video Downloader
    VidMate Apk download

    ReplyDelete
  12. Woww. Love Aamir Khan! For more bollywood movie clips, star videos, comedy videos, get Likee app.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.