Strategi Promosi Filem Di Bollywood

Wednesday 21 February 2018


Pembikinan movie memang sesuatu yang besar kepada seorang pelakon tapi yang membuatkan movie tu berjaya di panggung haruslah audience. Di Bollywood 75% faktor tarikan terletak pada strategi promosi dan marketing  sebabtu ada movie yang content melalut pun mampu dapat kutipan tinggi.

Kalau kutipan tak tinggi pun at least balik modal supaya semua yang terlibat dalam pembikinan filem tu tak rugi. Berbeza dengan dulu, promosi movie cukup dengan poster je tapi sekarang public appearances sangat penting.

1. Hebahan Radio/Media Cetak

Radio dan media cetak memang main peranan utama untuk promosikan filem baru sebab keberkesanan dalam menyampaikan maklumat adalah tinggi even reach out ke kawasan pedalaman atau kampung. Biasanya pelakon utama dalam movie tersebut yang akan involve dalam promosi ni. 

Terpilih sebagai magazine cover pun salah satu strategi jugak sebab majalah hiburan macam Filmfare, Femina, Vogue, GQ, Elle akan temuramah pelakon utama dan buat photoshoot session tapi tak semua pelakon dapat peluang ni.

Related image



2. Trailer Launch Event

Launching event untuk setiap movie memang wajib ada untuk tarik semua wartawan dan penulis blog untuk hebahkan tentang movie yang bakal ditayangkan. Selalunya yang hadir pengarah, barisan pelakon utama, pengarah muzik dan penyanyi latar utama.

 Masa ni trailer akan didedahkan kepada umum, pengarah akan ceritakan serba sedikit konsep movie diorang, production house mana yang terlibat, tarikh movie ditayangkan, jumlah lagu dan penyanyi latar, berapa cinema yang akan tayang movie domestic dan antarabangsa dan sebagainya. Kemudian akan ada sesi soal jawab between media dan barisan pelakon.  

Ada juga movie yang buat Poster Launch Event ataupun Songs Launch Event tapi production house yang kaya je lah macam Dharma ataupun YRF sebab launching event ni makan kos. Ada juga movie yang bergabung trailer launch event macam movie Secret Superstar dengan Baahubali 2.

Image result for dangal trailer launch

3. Social Media

Makin ramai pelakon yang guna medium ni untuk promote movie baru diorang sebab lagi pantas dan Nampak lagi dekat dengan fans. Antara social media yang wajib ada haruslah FB, Twitter dan Insta. Selalunya barisan pelakon utama akan buat FB atau Instagram live session dengan fans untuk sesi soal jawab ataupun #Ask di Twitter.

Ada juga yang gunakan challenge untuk promote movie macam Dubmash Challenge, selfie, video yang related dengan movie. Sebelum ni Salman Khan pernah buat poster digital untuk diberikan kepada sesiapa yang letak hashtag movie Jai Ho.


4. Public Places


Muncul di tempat awam memang antara yang wajib barisan pelakon utama buat untuk promosikan movie baru. Sometimes ada pengarah yang join tapi boleh kira dengan jari je lah. Selalunya promote di IPT, taman rekreasi ataupun shopping mall.

Pernah juga yang promote dengan cara unik macam Anil Kapoor promote TV Series, 24 India dengan menaiki keretapi bersama peminat ataupun Vidya Balan yang bergerak menggunakan rickshaw sambil pegang poster missing untuk movie Kahaani. SRK pun pernah promote movie Raees di setesen keretapi. Penat tapi berbaloi.

Image result for anil train 24


5. TV Show

Appearance dekat TV show macam Kapil Sharma Comedy Show, Koffee With Karan, Dance India Dance, Big Boss, Who Wants To Be A Millionaire India ataupun drama memang bagi exposure tinggi kepada movie.

Image result for deepika big boss

6. Award Function/Pre,Post Party

Appearance pelakon di parti ataupun award function memang penting sebab networking antara selebriti dan VIP. Ramai selebriti yang datang masa tayangan perdana movie nanti dan bagi good review terutamanya dari #TheKhans (Aamir, Salman & SRK) memang bagi pengaruh tinggi sebab lain selebriti lain fans wave dia. VIP pula selalunya kalangan investors untuk bantu dana movie tersebut.

7. Charity Event

Charity event ni selalunya untuk movie yang sarat dengan mesej social kepada masyarakat and approaching them will attract positive review. Contoh macam team Padman bagi pad percuma di sekolah dan kampung. Salman Khan buat jualan amal untuk yang memerlukan.

Tapi ada je pelakon yang gunakan tempoh promotion ni untuk buat charity walaupun movie tak berkaitan sebab masa ni je yang diorang ada untuk dekat dengan masyarakat. Contoh macam Deepika Padukone launch awareness campaign untuk pesakit depression.  Rani Mukherjee join awareness campaign untuk promote movie Hichki.

Image result for sonam charity event

8. Blind Item/ Gossips

Strategi ni walaupun nampak macam negatif tapi sedikit sebanyak membantu jugak untuk movie. Selalunya strategi ni untuk movie genre rom-com so jangan terkejut kalau pelakon bertukar pasangan setiap kali movie baru keluar. Muka yang selalu sebarkan gossip tak lain tak bukan, Karan Johar. Ratu Gossip Bollywood.

Image result for ranbir alia hookup

9. Sports

Kriket antara sukan yang paling famous di India da nada beberapa selebriti yang mempunyai team kriket tersendiri macam SRK, Preity Zinta, Aamir Khan and during match ada persembahan dari pelakon so appearance dekat sini kira peluang emas. Tapi setakat datang pun bagi exposure jugak kepada fans di stadium. 

Related image


10. Music Album

Some movies memang bukan content-driven so tugas untuk buat movie tu jadi bualan terletak pada pengarah muzik movie tersebut. Selalunya movie Emraan Hashmi bukan pilihan utama di kalangan penonton tapi disebabkan lagu-lagu yang best, movie dia mendapat perhatian.

Trend sekarang lagu cuma untuk promotion strategy tapi tak masuk pun dalam movie. Kalau masuk pun berbeza dengan masa promotion macam lagu Afghan Jalebi dari movie Phantom.

11. Fashion Show

Fashion show seperti Lakme Fashion Show ataupun Indian Jewellery Fashion Week pun bagi exposure juga kepada movie baru since di Bollywood pereka fesyen dan kostum turut main peranan penting dalam pembikinan filem so walk on their ramp can increase goodwill of the movie. 

Image result for lakme 2018

Banyak kan strategi untuk promote movie di Bollywood sana? Nampak macam mustahil nak buat tapi yang ni la yang selebriti buat setiap kali movie baru keluar. Selalunya promotional event akan berlangsung selama 2 hingga 3 bulan. Unlike in Malaysia, hebahan cuma di media sahaja. Mungkin industri kita boleh guna cara ni untuk promote movie. 

Kadang-kadang geram bila pelakon Malaysia malas promote movie tapi salahkan penonton tak support movie tempatan. Bukan taknak support tapi tak tahu langsung movie yang bakal tayang. Yang tahu cuma kontroversi artis je lepastu mula la gigih membawang. Hihu

17 comments

  1. Rasanya kat sana Pelakon yang kena ambil hati fan terbalik dekat Malaysia, Artis pula yang rs diva walau tak semua la

    ReplyDelete
  2. Fuhhh memang gempak la promosi diorang

    ReplyDelete
  3. Menarik kan cara diorg promosi. Rasanya kita pon kne buat camtu kalo ianya mndatangkn kbaikan. Blh ceduk ni ilmu baru ni. Sesiapa yg ada business tu blh la tu kaut sikit2 ilmu ni, cuma apply kat dlm business laa.

    ReplyDelete
  4. Kat malaysia banyak guna cara gossips tu..huhu

    ReplyDelete
  5. Macam kat Malaysia juga lah kan

    ReplyDelete
  6. ade certain yg kite buat esp gosip...kemain ha kat sini

    ReplyDelete
  7. peh!gempaknya cara dieorang promote... :)

    ReplyDelete
  8. Bollywood ni memang strategik kan marketing diorang

    ReplyDelete
  9. yup kalau kat bollywood, pelakon utama memang akan rajin turun padang untuk promosi filem baru diorang, berbeza dgn kat malaysia yg kadang kala nak promote kat media pun tak cukup bajet haha, tu belum masuk bab pelakon yg malas nk promote filem / drama lakonan sendiri sampai bergaduh pula dgn penerbit / pengarah hihi.

    ReplyDelete
  10. Cantiknyaa lah diorang ni kan. Tambah tambah Rani Mukherjee ^^

    ReplyDelete
  11. social media platform paling laris untuk sesuatu promotion.

    ReplyDelete
  12. layan naagin.. hahaha

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. A SFRNFZL Giveaway
    2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger

    ReplyDelete
  13. Nampaknya usaha keras mereka ni boleh kita tiru untuk meningkatkan marketing (tak kiralah bidang apa pun).

    ReplyDelete
  14. hebat betul cara dorg promote movie dorg, kalau kat malaysia rasanya mcm tak nampak sangat dorg buat promosi gempak mcm ni.

    ReplyDelete
  15. aida peminat hindustan tegar.
    sgt suka tonton hindustan.
    kat malaysia ni kena tgk bajet.
    ada citer, kaw kaw promosi. dgn pelakon yg gah-gah.
    ada citer, takde bajet, promosi pun takde.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.