Monday, 5 February 2018

Book Review : Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani


Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Ameen Kreatif
Genre : Drama
Helaian : 46 bab / 678 mukasurat
Sinopsis : 

Mengisahkan kehidupan Fahim Salsabila, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu tirinya dan mempunyai seorang adik tiri, Shahruzzaman. Berbekalkan tanah pusaka arwah ayahnya, Salsabila dan rakan  baiknya, Teh Sofia, mereka berdua membangunkan ladang betik dan mengusahakan selama bertahun sehingga dikenali ramai. Namun satu demi persatu kejadian malang menimpa Salsabila sehingga dia berputus asa dengan kehidupannya. 

Novel ni terjumpa dekat carboot sales tahun lepas. Dah lama dah baca novel ni tapi lambat sangat nak habiskan sebab bunga bahasa Faisal Tehrani macam tak boleh nak terima sangat. Maybe because of age gap kot. Novel TTD ni karya ke-12 Faisal Tehrani & diterbitkan pada tahun 2003. Novel ni cetakan kedua tahun 2008. Dah 10 tahun dah umur novel ni, well I'm honoured.

I'm not sure novel ni memberi kesan dramatik mendalam ataupun tak because as for me watak Salsabila ni annoying actually. She think the world revolves around her & susah betul dia nak buat keputusan. I can say she's weak. Degil tapi lemah and of course bahayakan diri sendiri. Mungkin sebab penulis lelaki kot jadi dia tak berapa pandai nak portray watak Salsabila. Kalau nak dramatik mendalam ni dia kena penulis perempuan sebab sentuhan tu berbeza.

But I love it how Faisal make it a women-centric novel, dia gambarkan kekuatan Salsabila, Teh Sofia, Mimi, mak tiri Salsabila & mak mertua Salsabila. Nampak lemah tapi ketabahan hati diorang ni yang jadi highlight novel ni. Ditambah pula dengan karakter masing-masing yang berpegang kuat dengan agama. Selain daripada menonjolkan kekuatan perempuan, novel ni pun mengetengahkan keindahan Islam. Sambil berniaga betik, sambil berdakwah. Sambil membaca, sambil belajar ilmu agama. 

Masa baca buku ni ada juga yang kata ni buku Faisal Tehrani, dia ada kontroversi agama tapi tak lah teruk pun, okay je baca tulisan dia. Semua ilmu agama yang dia letak dalam ni semua yang berpegang pada ajaran ASWJ & I love how real this novel is. Even fictional character tapi berpijak di dunia nyata. 

Lessons I've learned in Tunggu Teduh Dulu :
1) Semua manusia akan jatuh cinta tapi jangan sampai buang persahabatan lama macam Teh Sofia yang tinggalkan Salsabila sebab Kamil. 
2) Berpegang kepada ajaran Islam bukan sebab manusia yang kita cinta tapi sebab keindahan agama tu sendiri. Lam Ping Hai yang bertukar agama kerana Islam tu indah bukan kerana Salsabila
3) Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.
4) Jangan pentingkan diri sendiri & lepaskan tanggungjawab yang ada.
5) Hormat kepada orang tua, pekerja bawahan dan manusia sekeliling kita. 

7 comments:

  1. okay jugak tu habis baca hehe kalo kasi akak memang memang selamanya ku tenung cover buku itu =D

    ReplyDelete
  2. Buku-buku Faisal Tehrani memang deep.. Kena baca dengan sepenuh hati..

    ReplyDelete
  3. Adoii nowadays mmg mukabuka saja la tmpt membaca

    ReplyDelete
  4. Fail kalau baca buku tebal tebal. Baruu satu episod dah tertidur. Hahaa

    ReplyDelete
  5. Selalu baca buku skang mesti buku jatuh atas muka hahahha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...