Dengan kejayaan telefilem ‘Legenda Puteri Bulan’ dan ‘Legenda Puteri Felora’, Astro Ceria kini membawakan siri pertama daripada francais ‘Legenda’ iaitu ‘Legenda Puteri Qaseh’. Francais ‘Legenda’ direka bertujuan untuk menjana kisah-kisah klasik fiksyen yang moden sejajar dengan perubahan waktu. 

Selain daripada itu, ‘Legenda Puteri Qaseh’ turut melihat francais ini dikembangkan dalam bentuk drama rantaian untuk memenuhi kehendak para penonton di pelbagai platform Astro terutamanya mereka yang menggemarkan ‘binge watching’ atau penstriman. Malah Astro Ceria akan memperkasakan genre penceritaan yang turut merangkumi genre superhero untuk tahun 2023 demi memperkukuhkan posisi Astro Ceria sebagai destinasi saluran tempatan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda di negara ini.

Menerusi penceritaan 9 episod ‘Legenda Puteri Qaseh’ berkisarkan seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya. Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri. Dalam menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya.

‘Legenda Puteri Qaseh’ diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh, nama yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan media sekarang, Daniel Fong sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. ‘Legenda Puteri Qaseh’ juga dibintangi para pelakon A-lister Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul ‘Takkan Mengalah’ dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Farah Fauzana Zainol Kamar - Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro

“Kisah fantasi begitu sinonim dengan golongan muda di mana minda usia sebegini begitu reseptif terhadap imaginasi yang tiada batasan. Tatkala usia beginilah, kebanyakkan mereka ingin melayari pengembaraan dunia yang berelemenkan magis dan fantasi. Bahkan, hiburan Hollywood tidak pernah henti dari menghasilkan kandungan-kandungan seperti ini dengan interpretasi penceritaan berdasarkan pergerakkan masa dan budaya popular di kalangan segmen penonton tersebut.

Di Astro Ceria, kami mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk menjana kandungan-kandungan yang mengutamakan kandungan positif dalam membentuk generasi yang senantiasa mahukan kandungan yang lain daripada lain dan dipenuhi dengan elemen fantasi yang berimaginatif tinggi. ‘Legenda Puteri Qaseh’ berpaksikan pemodenan kisah klasik fiksyen yang menerapkan elemen self-discovery serta girl empowerment di kalangan mereka pada usia muda dan menggalakkan mereka menguatkan jati diri.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon ‘Legenda Puteri Qaseh’ terdiri daripada mereka yang baharu serta berpengalaman. Qasrina merupakan antara pelakon di negara kita yang ramai anak-anak muda memandang tinggi terhadapnya. Dia merupakan idola positif dan pesona Qasrina sesuai membawa watak Qaseh yakni tunggak utama siri ini. Kami turut memperkenalkan wajah-wajah baharu, Daniel Fong yang memegang watak Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. Kami kagum dengan dedikasi dan komitmen mereka. 

Manakala, kami terharu dengan penglibatan Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim yang membuat penampilan istimewa dalam siri ini. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton pasangan suami isteri popular ini bersama di skrin.

Akhir sekali, jangan pernah henti bermimpi kerana mimpi itu boleh menjadi realiti. Kami berharap agar generasi muda terinspirasi dengan ‘Legenda Puteri Qaseh’ yang sarat dengan penceritaan positif dalam dunia yang penuh dengan imaginasi dan fantasi. Nescaya, "Baik Hati Cerminan Diri."

Shamyl Othman - Penerbit Eksekutif, Red Communications

“Apabila Astro Ceria datang kepada Red Communications untuk menerbitkan siri seterusnya francais Legenda, kami tahu bahawa projek ini pasti akan datang dengan beberapa cabaran. Tetapi dengan tunggak utama merupakan seorang wanita muda, kami tidak teragak-agak untuk menyahut cabaran tersebut. Kami merasakan siri ini bakal memperkasakan lagi ramai gadis-gadis muda serta menjadi pengalaman tontonan yang harus ditonton oleh seisi keluarga.

Menerusi ‘Legenda Puteri Qaseh’, kami mahu menceritakan kisah seorang remaja perempuan yang mempunyai hati baik namun aspirasinya diduga. Dia masih mampu mencari kekuatan dalam dirinya untuk menghadapi cabaran mendatang. Kisah ini turut menceritakan bagaimana dia mengetahui asal-usulnya yang berasal dari dunia fantasi kami, KayaJaya. Kami menyelit kisah-kisah cabaran yang ramai pasti dapat kaitkan diri mereka. Qaseh mengharungi pelbagai onak dan duri untuk membuktikan kemampuan dia sebagai seorang puteri.

Mereka yang berniat buruk mahu Qaseh gagal dengan memaksanya berkompromi dengan prinsip hidupnya iaitu kemuliaan hatinya. Perjalanan Qaseh turut didukung oleh sahabat-sahabatnya, Bella, Zaindaya dan bapa, Hidayat. Qaseh juga mendapat sokongan laksamana kacak, Andika.

Kami berharap agar pengembaraan dunia fantasi ini mampu menarik minat bukan sahaja golongan kanak-kanak, mahupun remaja tetapi juga seisi keluarga. Perjalanan Qaseh pasti akan menyentuh hati mereka yang menonton.”

PECAHAN WATAK SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh

Bella Dowanna sebagai Laila

Norman Hakim sebagai Raja Sulong

Aziz M.Osman sebagai Hidayat

Daniel Fong sebagai Laksamana Andika

Chelsia Ng sebagai Che Sri Chan Lee Za

Satthiya Kandi sebagai Zaindaya

Chew Kin Wah sebagai Tabib Chan Teck Tuck

Datin Lisa Surihani sebagai Permaisuri Kalsom

Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi

SINOPSIS SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qaseh, seorang penjual nasi lemak yang baik hati, terpaksa mencari jalan untuk bebaskan ayahnya, Hidayat, yang telah ditangkap kerana mencuri. Qaseh, bersama temannya, Laila, mendapatkan bantuan ajaib dari Tabib Chan. Dengan kuasa sakti Tabib Chan, Qaseh dan Laila bertukar pakaian ala-ala orang istana dan berjaya menyelinap masuk ke Majlis Hari Keputeraan Raja Sulong. Namun, ketika mencari ayahnya, Qaseh 'tertarik' dengan Gong Diraja Ajaib yang hanya boleh berbunyi bila dipukul oleh kerabat Diraja KayaJaya. Apa yang Qaseh tidak tahu ialah gong ini bakal mengubah hidupnya selamanya.

RAKAN RASMI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’


Sempena meraikan serta lebih memeriahkan pengguna aplikasi SYOK, Rakita dan SYOK menganjurkan peraduan dalam talian SYOK SPIN TO WIN – Edisi Rakita, dari 9 hingga 15 Januari 2023. Peraduan ini boleh disertai di aplikasi SYOK di mana peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti:

● Baucar RM500 FRED PERRY

● Barangan eksklusif RAKITA

● Barangan eksklusif dari band indie tempatan

● Jersi eksklusif Malaysia dari MYSUKAN TV

● Jersi dan t-shirt eksklusif dari ESPORTS INTEGRATED (ESI)

● T-shirt eksklusif dari SYOK

Peserta hanya perlu menjawab tiga (3) soalan dengan betul yang akan melayakkan mereka untuk memutar roda SPIN TO WIN. Cara menyertai peraduan seperti di bawah;

1. Muat turun aplikasi SYOK dari Apple Appstore (iOS), Google Playstore (Android) atau Huawei AppGallery (untuk pengguna Huawei sahaja).

2. Lancarkan aplikasi SYOK.

3. Pergi ke tab 'PLAY' dan klik pada ‘SYOK Spin To Win’.

4. Isikan butiran untuk log masuk.

5. Jawab tiga (3) soalan dengan betul untuk layak memutarkan roda.

6. Putar roda untuk menuntut hadiah!

Setiap peserta hanya boleh memutar roda dua kali sehari, dengan syarat mereka telah menjawab kesemua enam (6) soalan dengan betul (iaitu tiga (3) soalan untuk setiap percubaan putaran roda). Setiap peserta juga hanya boleh memenangi dua (2) hadiah sepanjang tempoh peraduan. Para peserta mestilah mematuhi mekanisme peraduan seperti yang tertera dan tertakluk kepada perubahan, dipinda, dimaklumkan atau diberitahu oleh penganjur semasa tempoh peraduan.

Sila rujuk peraduan dan/atau butiran kempen pada aplikasi mudah alih SYOK.

********************************

Mengenai SYOK:

SYOK merupakan platform hiburan dan gaya hidup pelbagai bahasa yang menawarkan rakyat Malaysia akses kepada 85 stesen radio dalam talian, artikel, saluran berita, podcast, video dan peraduan menarik yang menawarkan hadiah hebat. Muat turun aplikasi SYOK di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Mengenai Rakita:

Lebih daripada sekadar stesen radio, Rakita adalah jenama media infotainment pelbagai platform yang dicipta khusus untuk golongan muda, menyasarkan pendengar berumur antara 15 hingga 34 tahun. Rakita mula beroperasi pada 8 Januari 2019, dan sejak itu Rakita telah berkembang dan membangun sebagai satu platform media yang menyeluruh dan menjadi suara kepada golongan belia Malaysia yang kurang mendapat perhatian, dengan berkongsi bakat, pemikiran, pendapat dan minat mereka, juga meningkatkan kesedaran orang ramai dan para belia ke arah gaya hidup yang progresif dan positif. Rakita bersiaran dalam Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.

Best Group Golden Disc Award 2022

Golden Disc Award bertempat di Bangkok tahun 2022 dengan TikTok sebagai penganjur utama. As new Teume, tahun ni join daily vote dekat TikTok. Setiap hari layak untuk vote 3x, got extra vote kalau share dekat socmed. Tak sangka pulak TREASURE boleh menang Best Group sebab saingan pun yang hebat juga. 




Walaupun TREASURE busy dengan tour, YG Entertainment tetap hantar TREASURE pergi award event untuk promote Jikjin dan HELLO. Selain menang award, TREASURE buat performance juga dengan idol group lain. 



Happy tengok TREASURE have fun dekat GDA 2022 selain enjoy performance idol lain, TREASURE interact dengan idol group lain jugak macam Seventeen, Big Na, Stray Kids, Enhypen, Jay Park dan ramai lagi. Masa dekat backstage, GDA minta TREASURE buat TikTok challenges, baru tahu yang lagu HELLO masuk dalam senarai lagu terbaik 2022. TREASURE terkejut, Teumes apatah lagi. Boleh kata banyak achievement TREASURE untuk tahun 2022 walaupun sakit hilang 2 member tak hilang lagi. 


1. Hyunsuk (Leader)




Ahh~! Our Teumes whom I love the most in the world!!! Thank you to oue Teumes we were yet again able to win a priceless award today TT TT I feel like crying... thank you so much for giving such a big blessing from the starting of the year. For this, we will work even harderand make it a year with improvements!! I regret saying things and not following them and I feel sad because of that!! But even if it takes a long time, we will make you happy and we will create really happy and priceless moments in your life! That's why let's continue to be together 💜🔥💜🔥 I send my heart full of gratitude to each and every Teume who cheered for us at the award ceremony today and also to Teumes who cheered us from afar! I love you~ Everyone, rest well. Have a refreshing and happy Sunday. 

Thanks to Teumes, I leave embracing a very happy memory ~ I love you💜🔥💜🔥

2) Park Jihoon (Leader)



my teume!! Thanks to you we won the best group 😊 going forward we won't be late again coming with an even cooler album 🤙🏻
I really enjoyed the live performance, also everyone in Thailand also thank you very much 💎

Also I'm writing here to meet everyone who came to the stadium and shouted for us, thank you very much!

3) Yoshi (Rapper)




"GDA ✨👑🏆⚱️

Thank you for the Best Group Award Teumes 💖

4) Yoon Jaehyuk (Dancer + Visual)





Thank you bangkok💋💌💘💝💖💗💓💞💕💟❣️❤️‍🔥❤️‍🩹❤🧡💛💚💙💜🤎🖤🤍💯💯💯

5) Kim Doyoung (Main Dancer, Vocal)




"Makers(aegyo)♥️ Thank you for today too. TREASURE, who were brought up by Teumes, were happy today... We received an award too today ㅠ

I love you the most in the world. In the future, we will do our best no matter what🔥 I was happy because of all the moments I spent with Teumes!!! Thank you to GOLDEN DISK AWARDS for inviting us.

I Love U Thailand🤭

I love you always♥️ "

kyudohwan~~~❤️❤️❤️❤️❤️❤️

TREASURE's Performance - Boy + Jikjin + Darari Remix


Movie Review | Love Destiny The Movie (2022)

Saturday 7 January 2023


Director : Adisorn Tresirikasem 
Writers : Pattaranad Bhiboonsawade, Benjamaporn Srabua, Thodsapon Thiptinnakorn 
Cast :  Ranee Campen, Thanavat Vatthanaputi, Paris Intarakomalyasut, Paweenut Pangnakorn, Daniel Bruce Fraser, Vithaya Pansringarm, , Nimit Lugsamepong, Chanon Santinatornkul
Production Companies : GDH 559, Broadcast Thai Television, Jorkwang Films
Distributors : Golden Screen Cinemas
Genre : Romantic / Comedy 
Running Time : 166 minutes
Release Date : 28 July 2022 
Trailer :


Bertemakan time travel, Love Destiny mengisahkan tentang kehidupan Mathus (Paris Intarakomalyasut) yang secara tak sengaja kembali ke zaman Rattanakosin pada tahun 1782 hingga 1855. Hal itu terjadi kerana Mathus ingin menjual senapang pusaka kepada pengumpul barang antik. Apabila berlakunya gerhana, Mathus mengembara ke zaman lampau dan berjumpa dengan moyangnya. 

Di sana juga dia berjumpa dengan Gaysorn (Ranee Campen) yang bijak berbahasa Inggeris dan ditunangkan dengan Bhop (Thanavat Vatthanaputi). Menariknya, roh Bhop dan Gaysorn adalah roh Dej dan Lady Karaket, sepasang suami isteri yang meninggal pada era Ayutthaya (1351 – 1767) kemudian dilahirkan semula lantas dijodohkan sekali lagi.


Kerana Bhop terburu-buru putuskan pertunangan akibat perempuan yang selalu muncul dalam mimpinya, iaitu Lady Karaket pada zaman Ayutthaya membuatkan dia menyesal kerana Gaysorn adalah mirip dengan wanita dalam mimpinya. Bezanya, Gaysorn lebih lasak, berani dan garang. Terpaksa lah Bhop menggunakan ilmu yang diberikan Mathus untuk memikat gadis pujaan hati. 

Kehadiran Mathus di situ menarik perhatian Lady Karaket kerana dia terbaca jurnal lama yang mempunyai nasib yang sama dengan Mathus. Datang ke zaman lampau sedangkan dia hidup pada zaman 2018. Tak guna ada smartphone tapi tak boleh digunakan jadi dia habiskan masa dengan menulis jurnal. Dalam jurnal tersebut diceritakan juga macam mana negara Thailand akan dijajah oleh orang British. 


Naskhah Love Destiny sebenarnya sekuel kepada franchise drama Love Destiny yang ditayangkan sejak tahun 2019. Rasanya drama Love Destiny menceritakan kisah Dej dan Lady Karaket pada zaman Ayutthaya sebab dalam filem ni tak ada langsung pun flashback atau diceritakan dengan lebih mendalam tentang kisah pasangan sejoli tersebut. Sama ada watak Mathus wujud di zaman atau baru ditambah dalam filem ini juga tak pasti. 

Memandangkan Love Destiny The Movie adalah sekuel, tak mustahil juga lah kalau pengarah Adisorn Tresirikasem masukkan babak khas atau pelakon tambahan sebagai tribute untuk drama sebelumnya. Kalau peminat drama ni tengok mesti excited lah tapi yang tak layan tu rasa biasa je untuk special scenes. 


Sembang pasal plot dan jalan cerita, time travel yang dibawakan tak lah membawakan sesuatu yang baru sebab kehidupan zaman dulu kelihatan bosan dalam filem ni. Baik hidup di zaman lampau mahupun zaman asal, watak Mathus nampak tak kisah pun. Dekat situ nampak tak syok lah sebab penulis tak beria sangat karang watak Mathus kerana bagi laluan untuk Bhop dan Gaysorn. Nak kata watak Mathus dibawa masuk kerana visual pun tak juga lah sebab Putera Raja (Chanon Santinatornkul) lagi kacak. Sayang betul sikit saja screentime untuk dia. 

Dekat awal cerita lebih terarah dengan kisah cinta watak utama dan kebanyakan babak diolah dengan genre komedi. Manakala plot hujung lebih berkisar tentang cubaan mereka bertiga untuk gagalkan rancangan api dalam sekam. Layan juga tengok Bhop buat miniature kapal enjin yang ingin dijual oleh pihak British. 


Sinematografi dalam Love Destiny berlatarkan kehidupan masyarakat kampung yang banyak menggunakan laluan air. Selain terpesona dengan keindahan senibina penempatan di situ, kawasan perniagaan, kostum, perhiasan dan makanan mereka juga antara yang menarik. Tak jadi masalah untuk semua tu sebab dah shooting untuk dua musim dah pun. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI tapi masih lemah, mungkin sebab isu bajet. 

Tapi kelemahan tu tak lah teruk sangat pun sebab tak banyak sangat babak yang memerlukan CGI. Masih lagi terhibur layan Love Destiny sebab kekuatan chemistry dari lead pairing dan juga babak kelakar yang dihidangkan. Ada masa nanti nak tengok lah drama dia sebab tertarik dengan kisah cinta Dej dan Lady Karaket. Mesti ada sesuatu yang menarik sampai dapat dilahirkan semula untuk hidup bahagia bersama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Thank God (2022)


Director : Indra Kumar 
Writer : Aakash Kaushik, Madhur Sharma
Cast : Ajay Devgn, Sidharth Malhotra, Rakul Preet Singh  
Production Companies : T-Series Films, Maruti International, Soham Rockstar, Anand Pandit Motion Pictures 
Distributors : AA Films & Ptributor Digital Service 
Genre : Fantasy / Comdey / Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 25 October 2022 
Trailer :


Kisah bermula dengan kehidupan Ayaan Kapoor (Sidharth Malhotra) yang mengalami kerugian akibat aktiviti rasuah selepas Kerajaan India menghentikan pengeluaran not Rs5,000 dan juga Rs1,000. Kerana masalah kewangannya, Ayaan mencari pembeli untuk rumah mewahnya namun sering gagal kerana sikapnya yang baran. 

Sementara menunggu pembeli, Ayaan berpindah ke rumah isterinya, Ruhi Kapoor (Rakul Preet Singh) yang merupakan seorang pegawai polis. Ayaan mempunyai impian untuk menjadi pegawai polis namun gagal dalam ujian kelayakan sebaliknya isterinya pula yang terpilih. Bukan saja kecewa kerana impiannya tak tercapai malah tak pernah ambil peduli dengan tugas Ruhi. Selagi nama Ruhi tak terpampang di dada akhbar, selagi itulah kerjaya Ruhi tak membawa makna kepada Ayaan. 


Satu hari Ayaan kemalangan dan disahkan koma namun roh Ayaan dibawa berjumpa C.G (Ajay Devgan) yang akan menentukan sama ada Ayaan boleh pulang ke dunia kerana amalan baiknya ataupun dicampak ke neraka akibat sikap buruk sepanjang dia hidup sebagai lelaki, anak, suami dan juga ayah kepada Pihu (Kiara Khanna). 

Filem komedi yang diadaptasikan dari filem Denmark, what Goes Around (2009) arahan Anders Matthesen mendapat sentuhan yang sesuai dengan budaya masyarakat India di bandar Mumbai oleh Indra Kumar yang terkenal dengan naskhah komedi di Bollywood. 


Boleh kata Indra Kumar memang selesa bekerja dengan Ajay Devgn sejak filem Ishq (1997), Masti (2004) dan Total Dhamaal (2019) dan tepat juga keputusan tu sebab filem ni tarik ramai penonton ke panggung wayang pada perayaan Diwali. Pertama kali juga tengok Sid Malhotra bekerja dengan pengarah dan juga Ajay Devgn. Dinamik antara dua pelakon pun menyerlah setiap kali mereka bahaskan tentang isu kehidupan yang dijalani oleh Ayaan Kapoor sebagai broker rumah. 

Filem Thank God juga menjadi tumpuan bila menampilkan Nora Fatehi sebagai cameo dalam lagu Manike yang menggunakan konsep sexy dan menggoda. Terpukau teruk tengok chemistry Sid dengan Nora, sama cantik sama padan walaupun cuma untuk lagu berdurasi 4 minit tapi meninggalkan impak yang kuat. Lagu Haaniya Ve pun romantik juga dengan fokus kisah cinta Ayaan dengan Ruhi. 



Memandangkan naskhah Thank God menggunakan genre komedi jadi tak letak expectation tinggi pun bila layan. Saja layan sebab ada Sid lepas stress balik kerja. Hidup Ayaan agak kelakar lah sebab nasib malang bertimpa tapi lebih kepada masalah yang dicari sendiri. Macam masalah rasuah dengan kedekut. 

Babak dekat kuil tu tak logik betul nak salahkan Ayaan seorang bila dia habiskan duit kepada Dewa Hanuman sedangkan ada nenek yang kebuluran sebab 4 hari tak makan. Nak letak salah tu dekat Ayaan tak boleh juga sebab orang lain pun tak sedekah, kenapa dia pula yang dapat karma? Punya lah ramai orang dekat kuil tu tapi Ayaan juga yang kena musibah. 


Sama juga dengan babak dalam lif bila Ayaan kena bersabar dengan lelaki yang buang masa dengan tahan pintu lif. Benda boleh settle cepat tapi kena tunggu lama sebab dia bergayut dengan wife. Siapa tak marah? Patutnya lelaki tu lah yang salah sebab tak hormat masa orang lain. 

Tak logik juga bila CG tunjuk akibat Ayaan jual soalan dekat pelajar bodoh masa sekolah rendah dulu akibatkan India ada doktor bodoh. Ayaan jumpa budak tu masa sekolah rendah je pun tapi dia punya bodoh membawak sampai ke besar, sudahnya Ayaan yang kena tanggung. 


Bila plot Thank God berlatarkan kehidupan alam barzakh, maka banyaklah penggunaan CGI dalam filem ni. Ada masa okay lah, ada masa nampak betul CGI tu. Props yang digunakan pun ada masanya merepek juga macam babak Ruhi selamatkan lelaki terdesak tu, ramai bagi duit keras. Nampak sangat print sebelum start shooting. Rumah pusaka Ayaan pun nampak sangat set dekat studio. Background music pula terlampau dramatis sedangkan babak tu tak dramatik pun. 

Banyak pula kelemahan dalam Thank God ni tapi okay lah nak layan santai ataupun nak tengok Sid Malhotra yang handsome. Anak dia Pihu tu pun comel kemain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Movie Review | Mili (2022)

Tuesday 3 January 2023


Director : Mathukutty Xavier 
Writer :  Alfred Kurian Joseph, Noble Babu Thomas, Mathukutty Xavier,Riteish Shah 
Cast : Janhvi Kapoor, Sunny Kaushal, Manoj Pahwa  
Production Companies :  Bayview Projects, Zee Studios
Distributors : Zee Studios, Netflix  
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 127 minutes
Release Date : 4 November 2022 
Trailer :


Official remake dari filem Malayalam, Helen (2019), arahan Mathukutty Xavier mengisahkan tentang Mili Naudiyal (Janhvi Kapoor) yang bekerja di Doon’s Kitchen separuh masa dan bergilir dengan kelas TESL sebelum bekerja di Canada sebagai jururawat. Mili tinggal bersama ayahnya (Manoj Pahwa) dan sentiasa menjaga kesihatan orang tua tersebut untuk elakkan tekanan darah tinggi. 

Mili bercinta dengan Sameer Kumar (Sunny Kaushal) yang menganggur dan mencari kerja di pejabat kerajaan. Disebabkan status Sameer, Mili rahsiakan hubungannya dan tukar nama Sameer kepada Sameera supaya rahsianya selamat. 


Setiap hari Mili pergi ke kelas TESL pada waktu pagi selepas prepare ubat dan makanan untuk ayahnya kemudian masuk syif sehingga jam 12 malam. Habis kerja Mili akan pergi ke kuil sebelum pulang ke rumah. 

Tapi rutin harian tersebut berubah apabila Mili terpaksa tolong kawan sekerja masukkan bahan mentah ke dalam freezer di ruang belakang restoran sedangkan dia sudah punch out. Manager (Vikram Kochhar) yang tak perasan Mili masih di dalam freezer, kunci freezer tersebut dan pulang ke rumah seperti biasa. Handphone Mili pula tertinggal di luar freezer bila dia perlukan kedua-dua tangannya untuk mengangkat kotak besar. 


Review ni memang akan sembang sepenuhnya tentang filem Mili tanpa bandingkan yang mana bagus atau tidak sebab I tak pernah tengok lagi filem Helen. Memandangkan naskhah survival thriller ni dibikin oleh pengarah yang sama, jadi tak ada masalah pun tengok yang mana satu kerana ideanya masih lagi mengikut kerativiti orang yang sama. 

Penceritaan Mili bermula dengan kisah hidup dia yang menjalani rutin biasa orang kebiasaan di tengah kota. Tak susah pun untuk Janhvi lakonkan watak orang kebanyakan atau middle class people sebab Mili adalah naskhah keempat dengan watak dari golongan tersebut selepas filem Gunjan Saxena (2020), Ghost Stories (2020, Roohi (2021) dan terbaru, Good Luck Jerry (2022). 


Menariknya dalam filem Mili, Janhvi digandingkan bersama Sunny Kaushal buat pertama kali. Menyerlah betul chemistry mereka berdua sebagai pasangan muda yang hangat bercinta. Walaupun tak dapat tengok banyak babak mereka bersama tapi bila muncul, memang sweet sangat. Masa Mili dengan Sameer bergurau di kuil tu nampak comel. 

Masuk part Mili terperangkap dalam freezer tu memang ada banyak momen yang buatkan rasa sebak sebab tak boleh bayang perasaan duduk dalam ruang yang sejuk sehingga mencecah -17 darjah celcius. Nak pula cuaca negara India lebih kurang sama macam kita jadi dia tak biasa dengan perubahan cuaca yang mendadak dengan pakaian yang nipis juga tanpa lengan. 


Bukan saja Mili yang perlukan haba malah si tikus yang jadi punca manager mengamuk akibat rugi juga perlu bertarung untuk hidup. Awwwdorable moment bila tengok Mili peluk si tikus, sekurangnya dia tak berseorangan. Masa Mili tarik lengan dia yang melekat dekat lantai beku tu rasa perit sangat. Make up effects hidupkan lagi screenplay dalam freezer tu. Seram!

“I remember it (film) taking a genuine toll on my mental health because I would come back home after wrapping up shoot and I would go to sleep and dream that I was still in the freezer. I fell ill and I was on severe painkillers for two-three days and even the director was unwell.” – Janhvi Kapoor

Music score dari A.R. Rahman tak ada celanya dengan menampilkan lagu yang sesuai dengan situasi terutamanya lagu Jeena Hoga. Selagi ada kudrat, selagi tu lah berusaha sehingga ke hujung nyawa macam Mili yang sampai ke hujung ada saja ikhtiar dia sementara tunggu bantuan sampai walaupun entah bila. 



Sementara Mili bertarung di dalam freezer, ayahnya dan Sameer juga bertarung di luar untuk menjejak Mili. Tak ada masalah dengan babak Mili di dalam tapi timbul persoalan untuk yang berada di luar. Masa ayah dia pergi ke Pacific Mall kenapa tak check betul-betul ataupun tanya guard yang jaga kawasan? Lakonan Manoj Pahwa agak lemah sebagai ayah yang risaukan si anak, Sameer yang muncul sekejap pun lagi function dari dia. 

Part dia merajuk dengan Mili tu pun macam mengada sebab anak dia bercinta je pun, dia punya dosa tu elok je Mili maafkan sambil tergelak dengan permintaan merepek dia. I labelkan dosa sebab tabiat buruk dia punca isteri dia meninggal sampai Mili perlu berkorban banyak benda untuk pastikan si ayah sihat. 


Dekat hujung cerita ada babak cameo dari Jaggu Dada tapi Mathukutty Xavier tak pandai olah sampai rosak babak tu. Kalau dia buat badan bagi refleks dengan situasi helpless constable polis tu mungkin lebih logik. Masa Mili cuba buka panel dinding tu pun macam tiba-tiba. Kalau penulis buat Mili teringat pasal panel tu ataupun terdengar perbualan manager, mungkin lebih menarik sebab kita sama-sama berdoa untuk dia. You know that moment when we watched this type of genre? 

Walaupun ada kekurangan tapi Mili masih lagi menarik untuk ditonton dan lakonan Janhvi semakin bagus juga salah satu kekuatan utama naskhah Mili. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review | 7 Women and a Murder (2022)


Director :  Alessandro Genovesi

Writers : Alessandro Genovesi, Lisa Nur Sultan 

Cast : Margherita Buy, Diana Del Bufalo, Sabrina Impacciatore, Benedetta Porcaroli, Micaela Ramazzotti, Luisa Ranieri, Ornella Vanoni

Production Companies: Wildside, Warner Bros. Entertainment Italia

Distributors: Warner Bros. Pictures, Netflix

Genre: Comedy / Crime / Mystery

Running Time : 82 minutes

Release Date :  25 December 2021 (Italy), 28 December 2022

Berlatarkan satu hari sebelum Krismas, Susanna (Diana Del Bufalo) pulang ke rumah keluarga untuk makan bersama. Kepulangannya disambut oleh Maria (Luisa Ranieri), pembantu rumah baru yang cantik, muda dan pandai memasak. 

Terkejut dengan lantikan tersebut Susanna bertanya sama ada ibunya, Margherita (Margherita Buy) tidak cemburu namun ibunya kelihatan tenang. Bukannya Margherita tak tahu suaminya, Marcello masih bermain asmara dengan Veronica (Micaela Ramazotti) dan adiknya, Agostina (Sabrina Impacciatore) menggatal dengan suaminya. 

Seperti biasa, Maria melakukan rutin pagi dengan menghantar sarapan pagi kepada Marcello di biliknya namun terkejut bukan kepalang bila lelaki tersebut ditikam dengan pisau. Siapa yang membunuh Marcello? Semua orang di dalam rumah tersebut mempunyai motif yang kuat terutamanya Rachele (Ornella Vanoni) yang risau dengan bon miliknya akan dicuri Marcello. 

Semua orang perasan masalah kewangan yang menimpa Marcello sejak kebelakangan ini. Tak mungkin polis akan datang ke rumah tersebut kerana salji yang tebal dan hari perayaan. Kereta pula rosak kerana wayar dipotong sementara pintu pagar utama dikunci. Bukan saja Marcello dibunuh malah mereka semua dalam bahaya kerana pembunuh masih berada di situ. 

Lepas filem Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022) pada awal Disember ditayangkan di Netflix, naskhah komedi misteri dari Itali ini pula menjadi hiburan seisi keluarga di Netflix. Menariknya semua suspek di dalam rumah tersebut adalah wanita dengan pelbagai konflik atau drama yang sengaja dicari. Setiap babak disajikan dengan menarik walaupun berat dengan perbualan dari semua watak. Boleh nampak ada yang lega Marcello mati, ada yang sedih dan ada juga yang risau. 

Boleh kata naskhah 7 Women and A Murder menggambarkan realiti sebab bila perempuan stress, makanan adalah penawar untuk hilangkan anxiety. Mustahil kalau tak ada perli dan syak wasangka sesama sendiri tapi ending menarik sebab macam mana pun bergaduh sampai naik tangan tapi tetap berpegang dengan prinsip orang perempuan kena bersatu dan menjaga sesama sendiri dalam dunia yang penuh dengan manipulasi seorang lelaki. 

Alessandro Genovesi terlihat kreatif dalam menentukan alur penceritaan yang sentiasa berubah genre sepanjang 82 minit tersebut. Peralihan tersebut langsung tak mengganggu suasana kerana transisi yang perlahan dan halus. Dari menyampah dengan watak Agostina jadi faham kenapa perangai dia macam tu and secretly pray dia dapat nombor Inspektor (Marco Rossetti). Dari menyampah dengan Veronica jadi suka dengan karakter alpha dan bitchy yang dipamerkan. 

Sinematografi dari Federico Masiero menggunakan setiap sudut di rumah tersebut dengan kreatif. Semua babak nampak cantik dan gah dengan visual keluarga yang kaya dan elegan. Terpukau tengok kostum beberapa watak dari awal cerita sehingga lah mereka semua berkumpul untuk sesi soal jawab dengan inspektor polis. Music score bersesuaian dengan elemen misteri yang dihidupkan sejak awal. 

Tak banyak klu yang diberitahu oleh penulis tapi bila tengok motif setiap watak dan rahsia yang diceritakan dah boleh teka siapa pembunuhnya. Cuma tak pasti sama ada apa yang dia bagitahu kepada semua adalah cerita sebenar ataupun tidak. Kelemahan pada filem ni bila tak ada langsung babak mana-mana watak siasat tempat kejadian ataupun mayat. 

Naskhah terbitan Warner Bros. Entertainment Italia ada potensi untuk mempunyai sekuel mahupun prekuel. Spin-off pun cun jugak sebab watak Susanna adalah detektif walaupun emosi dia terganggu bila mempunyai masalah peribadi. All in all, 7 Women and a Murder menarik untuk ditonton santai. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10