Highway WCE

Saturday 8 June 2019

Lepas bertahun construction, raya ni dapat jugak merasa rasmikan highway baru, highway WCE! Highway ni tak lah panjang mana sebab baru 19km dibuka untuk laluan dari Sabak Bernam menghala ke Teluk Intan. 
 


Cun jugak lah nak guna highway ni sebab tak perlu nak lalu jalan dekat Hutan Melintang depan kilang tu sebab jalan dekat situ banyak bonggol and jalan tak rata sebab lori selalu guna. Since kitorang gerak lepas subuh, gambar pun tak berapa nak cerah lagi. 

Masa guna highway ni, Waze pun tak detect lagi. Line telco pun tak ada. Tak pasti lah bab radio tu sebab guna MP3 je, malas nak dengar iklan dekat radio banyak sangat, bila menyembang pun buat sakit hati je. 


Balik dari kampung pun guna highway ni jugak, jimat masa sebab jalan dekat Teluk Intan sesak teruk. Sekarang ni bahagia la guna highway ni tapi dah start tol nanti mengeluh jugak lah kot sebab jarak waktu tak jauh beza pun kalau guna jalan lama. 


Highway WCE ke Ipoh tak buka lagi, maybe raya next year boleh rasmikan pulak. Makin cepat sampai la gamaknya. Highway ni straight je takde selekoh bagai, so kemungkinan besar ada speed trap bila dah habis raya nanti. 

Whatever it is, thanks for the team yang siapkan highway WCE ni sebab dah jimatkan masa untuk balik ke kampung. Yeay!

Movie Review | Luka Chuppi (2019)


Director : Laxman Utekar
Writer : Rohan Shankar
Cast : Kartik Aaryan, Kriti Sanon, Aparshakti Khurana, Pankaj Tripathi, Vinay Pathak, Atul Srivastava, Alka Amin, Himanshu Kohli
Production Company : Maddock Films
Distributor : AA Films, Jio Studios
Genre : Rom-com
Running Time : 126 minutes
Release Date : 1st March 2019
Trailer :


Rom-com movie paling penat nak tunggu sebab lama sangat Maddock Films peram finally raya ni dapat jugak tengok. One of the reason nak tengok sebab Kartik Aryan and pairing pun fresh dengan Kriti Sanon. Selalunya dia berlakon dengan Nushrat Barucha but thank God dah bertukar angin.


Luka Chuppi mengisahkan tentang PR strategy Culture Protection Party yang triggered lepas dengar statement pelakon Nazeem Khan bila dia ada live-in relationship dengan awek dia. Bila pilihanraya nak dekat mula la parti politik ni perjuangkan untuk pertahankan budaya supaya boleh menang votes.


Guddu Shukla (Kartik Aaryan) bekerja sebagai wartawan di kawasan Mathura ditugaskan untuk buat liputan pasal topik ni sebab tengah hangat. Boss dia arahkan untuk ambil pendapat wajar atau tidak live-in relationship ni.

Reshmi (Kriti Sanon) anak kepada Vishnu Trivedi (Vinay Pathak), ketua parti CPP minta boss Guddu terima anak dia intern dekat news channel diorang sebelum cari kerja dekat Delhi. Bila sama-sama buat liputan masing-masing jatuh cinta.


Kecoh bila Guddu bergaduh dengan abang dia, Vikas (Himanshu Kohli) yang dah 8 tahun membujang bila tak ada yang nak terima lamaran dia. Guddu yang stress dan takut hidup membujang propose Reshmi tapi Reshmi takut dia buat pilihan salah so dia nak live in relationship sebelum decide untuk kahwin.


Masa buat liputan di Gwalior, cameraman Abbas Khan (Aparshakti Khurana) suggest diorang live-in dekat sana selama 20 hari. Thing goes well sampai lah adik kakak ipar Guddu, Babulal (Pankaj Tripathi) ajak satu family datang sebab Guddu dah kahwin lari.

Bila balik ke Mathura, Vishnu terpaksa terima Guddu sebagai menantu walaupun dia tak suka. Reshmi pula rasa bersalah sebab terpaksa berlakon depan family Guddu padahal dia dan Guddu belum berkahwin lagi. Guddu dengan Reshmi banyak kali cuba untuk kahwin senyap-senyap tapi tak berjaya. Dapat atau tak diorang kahwin secara sah kena tengok la movie ni.


Chemistry Kartik dengan Kriti not bad lah onscreen sebab sama cantik sama padan cuma watak Kartik kali ni biasa je tak dapat dialog padu macam movie dia sebelum ni. Watak Pankaj pun tenggelam dalam karakter Babulal. Baju warna-warni nampak macam badut je. Yang menyerlah mungkin Aparshakti sebagai Abbas since karakter dia agak kelakar especially dialog untuk scene alien-Muslim dan data habis.

Sayang sebab movie ni ramai pelakon bagus tapi tak mampu nak serlahkan talent masing-masing. Hasilnya movie ni agak hambar walaupun genre rom-com. 


Visual just nice and music soundtrack pun average je for rom-com. Lagu Photo dengan Coca-Cola penyelamat movie ni dari tenggelam. Dalam movie lagu bergerak seiring dengan cerita tapi tak semua lagu masuk dalam movie. Lagu Coca-Cola dengan Poster dekat credit scene. 


Overall, movie ni mengecewakan tapi Aparshakti berjaya menyerlah dari yang lain. Dia boleh jadi hero macam adik dia, Ayushmann tak lama nanti kalau momentum maintain cantik.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.3/10

Lagu nyanyian gabungan suara dari 3 negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura yang mengangkat tema “Kebersamaan” untuk dibawa pada Hari Raya ini. Lirik lagu simple je bagi advice tentang rasa bersyukur dan ikhlas dalam semua perbuatan kita. 


MV ni shoot dekat taman UPM, Serdang guna konsep ala bunian. Wardrobe semua cantik, visual MV pun nampak dreamy.

‘Ikhlas’ juga sebagai satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa berterima kasih di atas segala kurniaan terutama pada bulan yang diberkati ini.” – Dato ‘Sri Siti Nurhaliza

“Sudah pasti amat menakjubkan untuk melihat tiga suara dan personaliti yang berbeza bergabung dalam lagu ini, Walaupun kesemuanya berasal dari negara yang berbeza dan mempunyai budaya yang berbeza, pada akhirnya, kita semua adalah manusia dan mempunyai banyak persamaan lebih daripada yang kita tahu.” – Taufik Batisah



Tajuk : Ikhlas
Penyanyi : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah
Komposer : John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K
Lirik : John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K
Label : Universal Music Malaysia

Sedingin salju
Selembut bayu
Menenangkan hatiku
Cahaya malam
Terangi alam
Memuji kebesaran

Prechorus 
Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Chorus 
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Verse 
Gema suara
Syahdu irama
mewarna suasana
Lautan rindu
Berombak pilu
Membawaku padamu

Prechorus 
Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Chorus 
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Bridge 
Ku yakin akan ada hikmah
Di sebalik segala resah
Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

Lirik Lagu Oi Gaman - Marsha ft Velvet

Saturday 1 June 2019

Pesta Kaamatan tahun lepas Marsha dengan Velvet released single Sumandak Sabah and dapat sambutan mencanak kemain so tahun ni diorang keluarkan single jugak tahun ni sempena Pesta Kaamatan bertajuk Oi Gaman! 
MV Oi Gaman ni simple je shoot dekat Tamu Dongongon dengan Pesta Kaamatan, ada tayang dekat hujung dalam MV! Boleh kata Marsha dengan Velvet dah dapat fanbase diorang sendiri. I knew about this single sebab Tumitak update video shooting dengan Marsha, Velvet dengan Rich. 

Gaman dalam bahasa Kadazan Dusun means lelaki atau encik. Tahun lepas lagu Sumandak = perempuan, tahun ni lelaki pula. Tapi kalau Sumandak Sabah promote anak dara Sabah, lagu Oi Gaman ni bagi advice dekat lelaki jangan terburu-buru cari pasangan just pilih berdasarkan rupa cantik je. Better single daripada makan hati dengan perangai awek.

Yang belum tengok boleh klik dekat sini : 


LIRIK LAGU OI GAMAN
Lagu : Velvet Aduk
Lirik : Velvet Aduk
Artis : Marsha & Velvet

Buli tahan sisik tapuk si gaman,
(Boleh tahan kulit si lelaki)
Putungan gitar pinggang 24,
(Potongan pinggang 24)
Jaga jaga salah pilihan oi gaman,
(Jaga-jaga salah pilih si lelaki)
Muka cantik bukan semua menawan.
(Muka cantik belum tentu semua bagus merujuk perangai/hati budi)

Oh manisnya senyuman si 'umandak,
(Oh manisnya senyuman si anak dara)
Tapuk tapuk sigup kudat dalam bibir,
(Sorok rokok Kudat dalam bibir)
Odoi odoi odoi odoi kaa di gaman,
(Aduh aduh aduh si lelaki)
Itu bukan masalah yang penting dia ori
(Itu bukan masalah yang penting dia original)

Oi gaman jangan kalang kabut mencari pasangan, 
(Hai lelaki jangan kelam kabut mencari pasangan)
Umur tidak akan menjadi halangan,
Gaman jangan takut darah tinggi,

Oi gaman kada kosusa ginawo cinta pasti, 
(Hai lelaki jangan susah hati cinta pasti)
akan datang dengan sendiri,
Gaman, daripada siang malam makan hati.

Since ada yang minta translation, I'll try letak sikit yang mana I tahu sebab bahasa Dusun ni tak pandai sangat. Kalau ada salah mohon betulkan okay. 

Blog Performance Mei 2019

Lagi berapa hari je lagi nak beraya so malam ni nak pulun siapkan semua entri tertunggak walaupun tak mampu dan tu hanya angan-angan semata sebelum balik kampung tapi entri yang ni entri wajib lah sebelum update entri lain. 

Since tengah 'berehat' sementara cari kerja baru, boleh lah update blog ni setiap hari pastu join paid event dan berbalas komen dekat Malaysia Lifestyle Blogger walaupun beberapa kali je dan perasan ada yang tak balas pun komen macam dalam syarat tu. Hmmm

But lets just skip that, because that wasn't the main story in here. 

1. PV

Last month dah kabo awal-awal tak nak set target sebab asyik tak mencapai target sejak G+ dah tak wujud. Baru je dapat tahu yang G+ dah dibuang oleh Google sebab tak mendapat sambutan. One of the reason my stats tak mampu nak cecah 1k per day. Hari tu je lah lepas ikut tips KC, cecah sampai 900 lebih but still susah nak dapat 1k. 


Tu yang naik 2k tu sebab Israel datang bom lagi bulan ni. Selalunya datang sampai 5k, kali ni seribu lebih je. Monthly PV turun ye berbanding bulan lepas, 18k. Cincai cincai tambah dapat lah 469k, entah bila nak mencanak sampai 500k ni berangan lah sampai ke hujung tahun. 

Lepas raya ni target nak fokus cari kerja so tak tahu lah macam mana kisah blog ni. Ada tu ada lah, kalau tak ada tu mustahil tapi nak set target tu memang idok le.


2. Post


Bulan lepas agak meriah ye post Shell Out Izi Stesen setiap minggu maintain dalam popular post. Berbaloi jugak lah kucar-kacir update lirik lagu Tak Dapat Raya - Floor 88 ft Baby Shima sebab tak pernah keluar lagi dari popular post since update. 

Nothing much pun all time popular post, entri yang sama je cuma pelik kenapa Drama Review Gantung tak masuk dalam list padahal view dah cecah 6k views


Tak mampu nak guna Google Analytics bila up entri blog performance ni sebab GA tak detect link. Dah puas godek pun sama jugak so give up je lah buat masa ni. 

3. Keywords


Kalau bulan lepas banyak keywords pembedahan plastik yang muncul tapi bulan ni penuh dengan penderma buah pinggang dan tampal gigi. Hope my post helps you guys. 


 4. Bilangan Post
Dari 5 entri je dah naik cecah 46! Sebenarnya target nak cecah sampai 60 tapi demam pulak 2 hari ni memang tak ada mood lah nak update padahal banyak je benda nak update. Cannes Fashion Files pun ada lagi 4 pending entries, movie review lagi 3 and other stuff. 

Tak sihat satu hal, tengah touch up blog satu hal jugak. Nak try error coding pun dah ambil masa berjam itu pun belum tentu memuaskan hati. Ni pun stop kejap sebab banyak lagi benda nak buat. So that's all for now. Maaf ye tak sempat nak balas kunjungan yang datang ke sini. Nampak je komen tu, nanti akan dibalas. Mungkin lepas raya kita bom pulak ruang komen orang. Selamat beraya!