Movie Review : Nirdosh

Tuesday 11 June 2019


Director : Pradeep Rangwani, Subroto Paul
Writer : Amit Khan
Cast : Arbaaz khan, Manjari Fadnis, Ashmit Patel, Maheck Chahal and Mukul Dev.
Production Company : UV Films
Distributor : UV Films
Genre : Crime/Drama/Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date :  19 January 2018.
Trailer :


Movie ni starts dengan Shinaya Grover (Manjari Fadnis), pembaca berita yang dituduh membunuh jiran lelaki (Mukul Dev) di apartmen dia. So Inspektor Lokhande (Arbaaz khan) ditugaskan untuk siasat kes ni.

Banyak la cara yang Lokhande guna supaya boleh korek cerita tapi lepas 3 hari Shinaya tetap diam dan cakap dia tak bersalah. Dia cuma minta nak balik sebab nak jumpa anak dia since anak dia masih breastfeed so bahaya la bila tinggal lama.

Insp Lokhande tak percaya dengan pengakuan Shinaya sebab dia tak tahu apa motif sebenar Shinaya, perempuan biasa yang terkenal dengan sifat lemah lembut boleh membunuh lelaki besar dan ganas macam jiran dia tu.


Tak lama lepas tu Shinaya buka mulut pasal suami dia curang dengan penyewa rumah dia, Adah yang agak cantik dan seksi sebab Adah ni akan debut sebagai pelakon. Kantoi suami dia curang bila jiran dia berjaya rakam sex tape diorang dan ugut nak amaun duit yang agak banyak untuk diam.

Bila suami Shinaya datang penjara, suami dia pula mengaku dia yang bunuh jiran sebelah tapi masalahnya alibi dia kukuh masa waktu kejadian dia ada dekat office. Lokhande dengan pembantu dia terpaksa patah balik kepada Shinaya.


Dalam masa yang sama pihak polis jumpa mayat Adah yang membusuk dalam sungai berdekatan dengan banglo kosong di kawasan tu. Rupanya Adah pun ada kaitan dengan jiran sebelah.

Annoying jugak lah layan movie ni sebab plot tak cantik ditambah pulak dengan dialog cliché acah gangster dari Lokhande. Lakonan Arbaaz sebagai polis pun boleh menangis tengok. Kayu teruk depan camera.


Stay sampai hujung sebab nak tahu je macam mana jiran dengan Adah tu boleh mati je itupun seksanya nak tunggu. Visual tak cantik, lagu pun tak best. What a waste!

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

Before this pernah update tentang kitar semula barangan digital untuk jaga alam persekitaran especially tanah dan air bawah tanah dari tercemar dengan bahan kimia yang ada dekat barang digital dekat post ni

Since ramai yang cari balik entri tu bulan ni, teringat masa lepak dekat One Utama ada satu tempat untuk recycle barangan digital. 


Mungkin dah ramai yang nampak, mungkin ada yang tak perasan sebab kiosk ni kecil je. Sekali pandang nampak macam hiasan padahal a great campaign untuk alam sekitar kot. 


Kalau tak silap E-Waste campaign bin ni ada dekat tingkat 3 sebab ternampak masa lepas keluar surau. Tak pasti kalau kiosk ni ada banyak dekat 1Utama sebab haritu nampak 1 ni je. 

Setiap kali you guys recycle, you guys akan dapat points dari pihak 1Utama so sebelum masukkan barangan digital dalam bin, make sure pergi ke kaunter dulu. 



You guys boleh tengok dekat dalam jadual barangan digital apa yang boleh dikitar semula. Kalau ada bateri bersepah dah habis guna dekat rumah tu boleh bawa datang sini. 10 bateri boleh dapat seringgit! 


Bin dia comel je, ada 3 serangkai macam ni padahal bersambung je tiga-tiga ni. Tak ada beza pun nak masuk dalam lubang mana.



Masa tengok haritu bin ni dah separa penuh means ramai juga lah yang aware dengan e-waste campaign ni. Tapi ada juga sampah lain dalam bin ni. Main masuk je tak tengok dulu apa isi dekat dalam hmmmm. 

Anyway, if you guys nak recycle barangan digital dan nak dapat reward, datang la One Utama dari jam 10 pagi sampai 10 malam bin ni available. Small change for greater effect!

Movie Review : Good Will Hunting

Monday 10 June 2019


Director : Gus Van Sant
Writer : Matt Damon, Ben Affleck
Cast : Robin Williams, Matt Damon, Ben Affleck, Stellan Skarsgård, Minnie Driver
Production Company : Be Gentlemen
Distributor : Miramax Films
Genre : Psychology/Drama
Running Time : 126 minutes
Release Date : December 2, 1997 (Bruin Theater), December 5, 1997 (United States)
Trailer :



Movie Good Will Hunting was recommendation from my Twitter friends bila I suggest dia layan movie Dear Zindagi and little did I know movie ni one of the best movie in decades!

Agak susah nak cari movie ni even dekat Youtube pun tak ada. Thank God dekat Telegram ada itupun satu channel je yang upload.


Will Hunting (Matt Damon) bekerja sebagai janitor dekat MIT College and there’s some craze for Field’s medal untuk students yang berjaya selesaikan teori Math dekat papan hitam yang Professor Gerald Lambeau (Stellan SkarsgÃ¥rd) tulis. Of course soalan Math tu susah untuk mana-mana student selesaikan tapi Will Hunting berjaya selesaikan dalam masa beberapa minit je sebelum dia habis shif.

Kecoh sebelah siang bila semua orang curious nak tahu siapa yang mampu selesaikan teori tu. Since tak ada yang mengaku dan tak ada yang jumpa siapa yang selesaikan, Prof Gerald letak soalan lain. Zaman tu tak ada CCTV so bertabahlah tunggu siapa si bijaksana.


Of course Prof Gerald jumpa Will masa dia tengah jawab soalan tu so dia bagi jaminan dekat mahkamah yang dia akan guna Will untuk jadi assistant dia dalam masa yang sama pergi sesi kaunseling sebab Will ni penuh dengan bad records disebabkan masa silam dia.

Lepas 5 orang psikiatri meradang dengan perangai Will, Prof Gerald bawa Will jumpa dengan kawan baik dia, Dr. Sean (Robin William). First time jumpa pun dah bergaduh tapi Dr. Sean minta Prof Gerald bawa Will datang lagi sampai lah dia boleh sentuh jiwa Will. Sampai dia mampu bantu Will cari apa yang Will nak buat dalam hidup dia. Sampai dia tahu apa sebenarnya rahsia Will sampai dia bertindak defensive dengan semua orang.


Jalan cerita Good Will Hunting ni dihasilkan oleh Ben Affleck dengan Matt Damon sendiri yang diinspirasikan oleh kisah sebenar mathematician dengan assistant dia. Duduk atas sofa and narrate cerita GWH dengan gaya tersendiri tapi diorang sendiri pun tak sangka movie ni boleh tercalon dalam 9 kategori di Oscar and fun fact Robin Williams menang Best Supporting Actor sebagai Dr. Sean.


Thence you guys kena tengok stellar performance dari Robin dalam movie GWH ni. Macam mana cara dia crack defensive code Will Hunting sampai boleh menangis masa tengok scene tu. 

Ada satu scene dekat taman Boston which the second meeting between Dr. Sean and Will tu agak iconic and bangku yang diorang duduk tu antara tempat wajib lawat lepas movie ni famous and fans Robin tulis some goodbye quotes lepas dia meninggal tahun 2014. Antara my fav scene dalam movie ni sebab Dr. Sean bezakan perasaan bijak membaca dengan alami sendiri benda tu dalam kehidupan. 


Untuk teori Maths dalam movie ni, Ben Affleck dengan Matt Damon minta bantuan Prof Emiritus Kleitman untuk advise diorang supaya nampak lebih real. Dalam movie ni ada cameo tak sengaja dalam scene Will dengan Skylar (Minnie Driver) kissing di restoran.


Just like Dear Zindagi, GWH pun ada some life message which quite great and profound. Even dah 20 tahun GWH still boleh relate dengan kehidupan zaman sekarang. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Telemovie Review | Derita Pia (2019)

Sunday 9 June 2019


Pengarah : Jinggo
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pelakon : Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 7 Jun 2019
Syarikat Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Tayangan : TV3 Istimewa Aidilfitri

Tak tengok sebenarnya drama Pia ni tapi dua episod akhir tu tengok macam tu je lah sebab dekat rumah mak ada TV lepastu family layan so kita sangkut sekali. Masa Derita Pia ni tayang pun tengah lipat baju haaa terlayan sekali lah.


Derita Pia ni sambungan kepada drama Pia tapi macam tiba-tiba je cerita dia dah start dengan Zafran kahwin dengan Qis padahal masa dalam drama beria Qis menangis depan Zafran kabo diorang dah tak ada jodoh dan dia redho.

Zafran pulak kemain eh haritu minta peluang kedua dekat Pia sampai mabuk, accident lepastu buta tiba-tiba nak Qis jadi bini kedua. Lelaki jenis tak bersyukur ni memang kecacatan tu bukan penghalang pun. Paling menyampah bila dia sembang pasal adil padahal keluar rumah pun tak mampu nak bagitahu isteri. Nak jaga hati isteri pun tak pandai ada hati sembang adil.


Menyampah gila dengan Pia sebab bagi peluang kedua dekat Zafran padahal dia jugak yang sakit. Baik dia bawa Budi tinggal je dekat Dubai sana. Sembang sedih tapi bila Zafran minta maaf terhegeh jugak dia maafkan. Yihhh sakit hati!

Qis taknak gaduh tapi bila Makngah hasut tak ada pulak dia nak melawan. Menyampah tengok watak dia tak sudah-sudah call Zafran suruh balik rumah bila ada masalah jadi suruh Zafran settlekan. Kau settle lah sendiri bukannya susah sangat pun.


Budi pun satu hal jugak makin naik kepala suka hati sepahkan rumah. Dah tahu Makngah tu jahat, dia pun nak jugak cari pasal. Memang patut lah kena marah tapi part mendera tu melampau jugak lah.


Tak tahu kenapa pengarah drama Melayu ni suka beno watak terlebih baik macam lah rakyat Malaysia ni dikurniakan kesabaran setinggi Pia ni. Beria lah tunggu balasan dekat Makngah yang jahat tapi sudahnya elok je dia bahagia dapat kemaafan.


Cerita ni kalau ada yang interpret mesej pengajaran ‘tak ada masalah jadi jahat sebab orang baik akan sentiasa maafkan’ tu memang tak heran tau. 

'Kekurangan organ Pia melengkapkan kebahagiaan Zafran dan Qis'

'Kekurangan Budi melengkapkan kebahagiaan Mak Ngah sebagai OKU pembuli'


Lepas tengok telefilem Derita Pia ni memang tak lah nak tengok drama Pia, buat bazir masa je. Dah tahu ending satu hal. Siapa entah come up dengan idea untuk telefilem ni sudahnya caca marba je. Yihhh!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought 0 = 4/10

Raya Aidilfitri 2019

Saturday 8 June 2019

Raya tahun ni ada bajet cuti dengan duit lebih sikit balik kampung ke Kedah dengan Perak. Start balik kampung 3hb haritu sampai lah 7hb balik ke Sabak Bernam balik. Saja balik Kedah lama sikit sebab tahun lepas tak balik, saudara yang lain pun tak dapat nak balik beraya sebab kerja. 

Raya tahun ni rare sikit sebab kitorang request dekat tok dengan tok wan nak makan gulai daging batang pisang. Alang dah masak banyak kitorang masak sekali buat cicah makan dengan ketupat palas masa raya nanti. Ketupat tak dapat buat banyak sebab daun rapuh since kerap hujan. Buat mana yang mampu je.


Tak banyak pun batang pisang yang dapat sebab tok wan kata pokok pisang kena penyakit so banyak yang tak menjadi. Tapi boleh lah takat kitorang satu family nak makan. Raya pun tak ramai yang datang sebab area tu memang sunyi sikit. 

Pagi raya macam biasa lah lepas solat sunat raya, sesi salam pastu bergambar. Tema kitorang purple tahun ni walaupun ada yang macam lari sikit warna tu tapi lantaklah, asalkan purple. Tokwan je lari warna sikit tapi still cantik kan dalam gambar.

Baju raya asal tertinggal dekat rumah so hari last puasa tu bergegas jugak lah ke Baling cari baju warna purple sebab mak nak semua sama. Shawl pun beli sekali tapi RM10 je so no hal lah labur duit hah gittew walaupun bersesak cari parking dekat ekspo depan SMKAB tu. 


Pagi raya kedua kitorang balik Batu Kurau, Perak. Sampai je sana terus melantak macam-macam sebab Mak Tam memang sejenis yang suka masak banyak untuk semua saudara. Kalau balik Batu Kurau dapat banyak lah ole-ole sebab mak saudara suka menanam.

Tak beraya sangat pun sebab saudara dah start kerja raya ketiga. Tahun ni dapat bekal kulat sisir dengan cendawan tiram. Nak petai dengan durian tak lepas sebab petai belum musim lagi. Durian pulak banyak kena tebuk dengan tupai.

Disebabkan terperap dalam kereta lepas jam teruk masa balik dari Perak, adik pulak bijak masuk dalam freezer sampai layu sudahnya buat cendawan goreng. Nasib banyak jugak boleh dapat. 3x jugak lah ulang goreng sampai habis.


Nothing much on raya keempat, stay dekat rumah je sebab memasing penat drive dari kampung so kemas rumah tunggu orang datang je. Esok balik Subang lepastu start kerja dah. That's all for this year. Happy Eid Mubarak guys.