Guna Krim Asid Salisilik Untuk Buang Ketuat, Selamatkah Cara Ini?

Thursday, 9 December 2021

Klik gambar untuk baca artikel kesihatan lain

Ketuat! Meskipun tidak semua mengalaminya, mungkin masih ramai individu yang ada masalah ini pada kulit lantas membuat mereka berikhtiar tentang pelbagai cara buang ketuat. Selain prosedur seperti pembedahan laser atau pembekuan sejuk, ada satu lagi cara membuang ketuat yang mungkin kurang kos dan tidak sakit iaitu dengan asid salisilik.

Persoalannya, adakah krim buang ketuat ini efektif atau mempunyai kesan negatif ekoran terdapat impak sampingan? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Ketuat berpunca akibat jangkitan virus?

Untuk pengetahuan anda semua, ketuat atau kutil ini akan muncul akibat pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang berpunca akibat jangkitan virus. Ia dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh muncul pada seluruh kulit badan dan disebabkan oleh salah satu daripada 100 jenis Human Papillomavirus (HPV).

Selain itu juga, ia mungkin boleh terjadi pada alat sulit apabila berlaku sentuhan kulit ke kulit atau melalui hubungan seksual bersama dengan individu lain. Ini dinamakan ketuat kelamin dan akan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit jangkitan seksual (STD) sementara kutil yang biasa adalah tidak berkaitan.

Meskipun ia mungkin tidak berbahaya, ramai orang cenderung untuk membuangnya di atas faktor kebersihan dan kecantikan kulit dengan mencuba pelbagai jenis kaedah.

Cara buang ketuat guna krim buang ketuat

Antara cara membuang ketuat yang paling popular adalah dengan menggunakan krim yang terkandung asid salisilik yang boleh diperoleh daripada klinik, hospital atau farmasi. Asid ini adalah sejenis bahan kimia daripada keluarga asid beta hidroksi dan berfungsi menguraikan liang pori kulit yang mempengaruhi sel kulit mati serta hidup.

Selain digunakan untuk membuang kutil pada kulit, asid salisilik juga biasa ditemui di dalam produk kulit yang lain untuk tujuan yang berbeza termasuklah:

  • Sabun muka untuk rawat masalah jerawat
  • Syampu rambut untuk rawat masalah kelemumur
  • Losen kulit untuk rawat masalah penuaan

Para doktor juga telah melabelkan asid ini sebagai sejenis ‘keratolitik’ ekoran kesannya yang mungkin mampu untuk mengelupas serta membuang sel kulit rosak.

Adakah cara buang ketuat ini alternatif yang efektif?

Sekiranya anda mahu cuba menggunakan krim buang ketuat dengan asid salisilik, anda mungkin perlu bersabar memandangkan ia bersifat jangka masa panjang. Kebanyakan daripada individu yang mencuba krim ini telah berjaya untuk membuang kutil pada kulit badan mereka namun tidak semuanya sukses kerana ada juga yang gagal.

Dalam pada itu juga, wujud kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi kepada individu seperti kerengsaan, keradangan, kegatalan, kesakitan serta perubahan pada warna kulit. Ini bermakna cara buang ketuat dengan krim terkandung asid salisilik mungkin adalah alternatif yang efektif namun masih ada kesan negatif di sebaliknya.

Jadi lebih baik untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang cara untuk membuang kutil pada kulit badan.

Ia bergantung kepada jenis ketuat pada kulit?

Sebenarnya, salah satu daripada punca krim buang ketuat ini tidak berjaya adalah anda mungkin tidak tahu akan jenis-jenis kutil pada kulit yang sedang dirawat. Ada beberapa jenis ketuat dan tidak semua mampu untuk dibuang menggunakan krim iaitu:

  • Ketuat plamar – muncul di tangan
  • Ketuat plantar – muncul di kaki
  • Ketuat datar – muncul di dahi dan muka
  • Ketuat kelamin – muncul di sekitar alat sulit
  • Ketuat subungual dan periungual – muncul di bawah kuku

Krim dengan asid salisilik mungkin adalah selamat dan efektif untuk digunakan bagi ketuat jenis plamar serta plantar, namun tidak bagi jenis yang lain. Lebih-lebih lagi bahagian kulit yang sensitif seperti di dahi, muka dan sekitar alat sulit yang mungkin memerlukan alternatif lain sebagai cara buang ketuat.

Ini adalah apa yang anda mungkin boleh buat!


Tahukah anda bagi masalah kutil yang agak kurang serius, ia mungkin boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan beberapa ramuan semula jadi di rumah sendiri?

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh cuba amalkan sebagai cara buang ketuat yakni:

  • Cuka epal
  • Bawang putih
  • Kulit oren
  • Lidah buaya

Cara penggunaan ramuan semula jadi ini adalah sama iaitu dengan mengekstraknya ke dalam bentuk cecair dan kemudian menyapunya pada kawasan kutil. Jika ia masih tidak menimbulkan hasil setelah sekian lama mencuba, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan yang memerlukan kos belanja lebih besar.

Wordless Wednesday | Art Berat

Wednesday, 8 December 2021


Movie Review | Avengers: Endgame (2019)

Tuesday, 7 December 2021

Director : Anthony Russo, Joe Russo

Writer : Christopher Markus, Stephen McFeely

Cast : Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow, Josh Brolin

Production Company : Marvel Studios

Distributor : Walt Disney Studios, Motion Pictures

Genre : Sci-fi / Action / Drama

Running Time : 181 minutes

Release Date : 22 April 2019 (Los Angeles Convention Center), 26 April 2019 (United States)

Trailer:


Lepas layan movie Venom 2 baru datang mood nak layan movie Avengers : Endgame ni sebab tak sanggup nak menangis lagi lepas Spiderman dok menyebut ‘Mr Stark, I’m not feeling so good’ angkara Thanos petik jari. Trauma bila tengok balik lepastu terus sambung movie kedua terakhir dalam Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe. Banyak lagi movie Marvel yang tak sempat nak layan dalam fasa ni tapi boleh je faham kalau dah layan Infinity War (2018)

5 tahun selepas kejadian petik jari tu, Scott Lang / Ant-Man (Paul Rudd) muncul dari kuantum masa dan bawa alternatif juga teori kuantum ni kepada Avengers yang pada masa tu diketuai oleh Captain America (Chris Evans). Tony Stark / Iron Man (Robert Downey Jr.) pula bawa diri ke kabin di tepi tasik bersama Pheobe, Morgan, anak perempuan dia dan kenangan bersama Peter Parker (Tom Holland). 

5 tahun di Bumi cuma 5 jam di dunia kuantum jadi mereka hanya perlukan beberapa saat di dunia kuantum untuk kumpul kesemua batu sebelum Thanos muncul. Tony Stark awalnya tolak mentah-mentah idea kuantum masa sebab dia dah tawar hati lagipun dia dah ada Morgan. Kemudiannya dia berjaya cipta mesin kuantum dan propose kepada Avengers untuk bahagikan kepada beberapa kumpulan. 

‘It's not about how much we lost. It's about how much we have left. We're the Avengers. We gotta finish this. You trust me?’ – Tony Stark

Hulk (Mark Ruffalo), Ant-Man, Captain America dan Iron Man pergi ke New York semasa Loki serang Bumi pada tahun 2012 untuk ambil Batu Masa, Batu Minda dan Batu Ruang. Hawkeye (Jeremy Renner) dengan Black Widow (Scarlett Johansson) pergi ke Volmir untuk dapatkan Batu Nyawa. Rocket dan Thor (Chris Hemsworth) ke Asgard untuk dapatkan Batu Realiti sementara Nebula (Karen Gillan) dan Rhodes (Don Cheadle) curi Batu Kuasa sebelum Quill yang jumpa. 

‘Five years ago, we lost. All of us. We lost friends. We lost family. We lost a part of ourselves. Today, we have a chance to take it all back. You know your teams, you know your missions. Get the stones, get them back. One round trip each. No mistakes. No do-overs. Most of us are going somewhere we know, that doesn't mean we should know what to expect. Be careful. Look out for each other. This is the fight of our lives. And we're going to win. Whatever it takes. Good luck.’ – Captain America

Walaupun movie Avengers : Endgame ni selama 3 jam tapi pace dia laju so tak lah terasa bosan sangat. Berbeza template dengan Infinity War, penceritaannya diadun dalam mood dramatik sebab kesemua watak merasai kehilangan orang tersayang. Happy betul bila tengok Spiderman datang jumpa Mr. Stark kesayangan dia. Happy kejap je lah pastu menangis dua kali. 

Jarang nak suka dengan watak Captain America sebab dia sejenis yang diplomatik dan sopan tapi everytime dia take lead dalam movie ni, terserlah betul aura dia sebagai ketua. Meremang bila dia sebut ‘Avengers! Assemble!’ haha orang lain dah habis layan, kita baru nak naik keretapi. 

Masa tengok team Avengers masuk ke dunia kuantum tu ingatkan kostum yang diorang pakai tu real rupanya hasil kerja VFX je sebab costume team tak sempat nak siapkan dalam masa yang Russo Brothers nak. Smart betul kostum tu, no wonder lah fit perfectly je untuk semua cast termasuklah Thor walhal badan dia dah berubah saiz sebab kemurungan. Sama juga dengan kostum Hawkeye bila pengarah bagi peluang untuk solo screen dia masa bawa lari sarung tangan Thanos. 

Masa tengok movie Spiderman : Far From Home (2019) dah nampak life Spiderman tanpa Mr. Stark tapi tetap juga sedih bila tengok scene funeral tu. Ni bukan spoilers kan? Hashtag #ThanosDemandYourSilence dah habis dah kan? Dah nak masuk 2022 dah bahaha even eternals pun dah release bulan lepas. Bila dah tengok movie Endgame ni mula lah rasa nak tengok balik semua movie under Marvel Studios sebab dah dapat list turutan yang betul supaya kepala tak pusing haha. Anyway, I Love You 3000 Mr. Stark. Comel betul Morgan tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Kungfu Hustle (2004)

Monday, 6 December 2021

Director : Stephen Chow

Writer : Stephen Chow, Huo Xin, Chan Man-keung, Tsang Kan-cheung

Cast : Stephen Chow, Danny Chan, Yuen Wah, Yuen Qiu, Eva Huang, Leung Siu-lung, Tze-Chung Lam, Chi Ling Chiu

Production Company : Columbia Pictures Film Production Asia, Star Overseas, Beijing Film Studio, Taihe Film Investment, China Film Group, Huayi Brothers

Distributor : Huayi Brothers (China), Columbia TriStar Film Distributors International (International), Netflix

Genre : Comedy / Action

Running Time : 98 minutes

Release Date : 14 September 2004 (TIFF), 23 December 2004 (Hong Kong)

Trailer:


Berlatarkan bandar Shanghai pada tahun 1940 di mana Geng Kapak yang diketuai oleh Brother Sum (Danny Chan Kwok-kwan) bermaharajalela dan menganiaya ramai orang awam di situ. Sing (Stephen Chow) dan kawan baiknya Bone (Tze-Chung Lam) nak sertai Geng Kapak sebab Sing rasa orang baik tak pernah menang ditindas oleh orang jahat. 

Dia menyamar sebagai Geng Kapak sementara Bone jadi orang atasan kemudian serang Pigsty Alley untuk minta duit pengeras. Malang nasib mereka berdua bila tuan tanah (Yuen Qiu) ada teknik Kungfu - Lama Pai Lion's Roar. Kebetulan semasa bertarung, Sing tanpa sengaja tertembak mercun ke arah salah seorang ketua Geng Kapak. Nak selamatkan diri, dia tuduh penduduk di situ yang punya angkara.

Tanpa dia tahu di kediaman tersebut ada 3 orang yang tahu ilmu Kungfu sama hebatnya seperti tuan tanah di situ. Sudah lah plan dia gagal, kena tangkap pula dengan Geng Kapak. Nasib dia baik bila hebat ilmu melepaskan diri dan mereka berdua lari ke bandar. Di sana dia gagal pula untuk merompak penjual aiskrim. 

Sing kemudiannya ditawarkan instant membership dalam Geng Kapak kalau dia berjaya bawa keluar The Beast (Leung Siu-lung) dari penjara. The Beast adalah pembunuh upahan dan akan berkhidmat secara percuma sekiranya dia gagal laksanakan tugas yang diberikan. 

‘In the world of kung fu, speed determines the winner.’ – The Beast

Entah kemaruk apa nak layan Kungfu Hustle dekat Netflix minggu lepas. Movie ni memang selalu keluar dekat TV tapi jarang tengok sampai dah lupa jalan cerita dia macam mana. Layan jugak lah bila tengok masa weekend lepas dah lemau buat kerja dekat office. 

Jalan cerita Kungfu Hustle straightforward dengan dialog yang minimal sebab genre dia action comedy jadi banyak lah babak berlawan Kungfu. Kebanyakannya bergantung banyak kepada CGI dan surprisingly visual hasil kerja Poon Hang-sang terlihat cantik walaupun diterbitkan pada tahun 2004. My favorite scene bila The Beast tangkap peluru guna dua jari. Props dan set design pun mempunyai unsur-unsur Barat, sama juga dengan cara berpakaian. 

Kebanyakan babak dalam movie ni bersifat tribute ataupun homage kepada beberapa movie lama which I’m not familiar of sebab jarang layan movie dari negara China tambah pula kalau movie klasik, tahun 80-an ke bawah. Boleh nampak cara dia tribute tu melalui props yang diletakkan dalam beberapa babak macam babak Sing berdiri di hadapan poster ataupun babak tuan tanah menari Cha-Cha padahal dari awal movie asyik bergaduh saja kerjanya.

Ada plot yang nampak merepek lah macam scene Sing berjumpa dengan gadis bisu, Fong (Eva Huang) lepas terpisah masa zaman kecil dulu. Macam mana Fong boleh cam Sing tu tak tahu lah tapi sub-plot ni tak dikembangkan sangat pun. Chemistry diorang pun terasa canggung bersama. Not a big deal lah sebab muncul tak lama sebab scene kelakar dari Stephen Chow dah tampal yang lompong tu. Part dia kena scam beli manual guide book tu kelakar. 

‘I was saving to become a doctor or lawyer... but this was a chance for world peace.’ – Sing

Movie Stephen Chow ni macam biasa lah, lawak bila tengok sekali je lepastu 5 tahun kemudian baru tengok balik sebab lawak slapstick yang bukan selera I sebagai penonton. Tapi sekali tengok memang berdekah teruk sampai hilang stress. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10 

Movie Review | Venom 2 : Let There Be Carnage (2021)

Sunday, 5 December 2021

Director : Andy Serkis

Writer : Tom Hardy, Kelly Marcel

Cast : Tom Hardy, Michelle Williams, Naomie Harris, Reid Scott, Stephen Graham, Woody Harrelson

Production Company : Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Avi Arad Productions, Matt Tolmach Productions, Pascal Pictures

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Sci-fi / Action

Running Time : 97 minutes

Release Date : 14 September 2021 (London), 1 October 2021 (United States)

Trailer :


Second installment untuk simbiot Venom yang datang dari angkasa lepas dan jadikan Eddie Brock (Tom Hardy) Sebagai perumah di Bumi mula jadi masalah biala dia sentiasa lapar tapi Eddie bagi dia makan coklat dan ayam goreng. Venom nak makan kepala manusia sebab dia pemangsa tapi Eddie tak nak tambah lagi jejak untuk pihak polis. 

‘You have got to get control of your aggression, or you will be pulled down into Area 51! You live in my body, you live by my rules!’ – Eddie Brock

Kalau sebelum ni Venom berlawan dengan Riot, dalam sequel dia kena berjumpa dengan Carnage yang lebih kuat dan mempunyai banyak senjata. Sesuai sangat dengan perumah Carnage iaitu Cletus Kasady (Woody Harrelson) seorang pembunuh bersiri yang dipenjarakan sejak tahun 1989. Cletus buat permintaan untuk berjumpa dengan Eddie supaya cerita dia disiarkan dalam akhbar padahal dia ada agenda supaya kekasih dia, Francess Barrison (Naomie Harris) tahu yang Cletus masih lagi hidup. 

Dalam sequel ni karakter dan kuasa Venom diceritakan dengan lebih banyak lagi. Antaranya bila Venom boleh scan semua lukisan di dinding bilik Cletus kemudian lukis semula. Ingatan Venom juga kuat sehinggakan Eddie tak perlu guna perakam untuk rakam semua sesi temubual. Kelemahan simbiot masih lagi sama – api dan air. 

Jadi masalah pada Carnage lah sebab perumah dia ada kekasih yang mempunyai kuasa suara jeritan Sonic. Susah untuk Carnage bekerjasama dengan Cletus walaupun mereka mempunyai banyak kelebihan bila bergabung. Sementara Venom dan Eddie sering berbalah tentang makanan dan lifestyle. Lagi satu kelemahan Venom ni bila dia sejenis yang emosi. Minda dia macam kanak-kanak pun ye jugak. 

Dalam previous review untuk movie Venom (2018), I keliru jugak lah bila Venom akan bertemu dengan Spiderman sebab dalam komik dan movie Spiderman 3 zaman Toby dulu dah pernah tunjuk pasal pertembungan ni. Dalam Venom pun Eddie berdendam dengan Dr. Drake sebab jadi punca dia hilang kerja walhal kalau diikutkan kisah asal, Eddie hilang kerja sebab Spiderman. Lega bila tengok credit scene sebab pengarah bagi hint bila dan macam mana tiga watak ni akan berjumpa nanti. 

Naskhah Venom 2 ditulis oleh Tom Hardy bersama Kelly Marcel jadi tak hairan lah kalau watak dia selesa lakonkan watak Eddie Brock. Movie Venom 2 juga merupakan movie kedua Marvel yang mempunyai durasi masa lebih singkat berbanding movie superheroes yang lain. Bila singkat sangat pun tak syok jugak sebab watak Francess tak dikembangkan dengan baik. Sama juga dengan watak Detektif Mulligan (Stephen Graham) yang berkemungkinan besar akan cipta watak baru sebab pengarah macam bagi hint. 

Kalau ditambah lagi babak Eddie dengan Venom selesaikan misteri dan kisah lampau Cletus mungkin lebih menarik. Lemau tengok babak Eddie dengan Venom bergaduh pasal Anne (Michelle Williams) dan konflik perasaan sama ada nak pilih Dan atau Eddie. Kenapa Venom syok sangat dengan Anne sampai nak sailang pun tak diceritakan langsung. 

“Emotional pain — it hits much harder and lasts much longer. You just need to pull up your big boy pants and take it.” 

Sinematografi oleh Robert Richardson pun melemahkan kualiti Venom 2 bila kebanyakan fight scene dibikin dalam suasana yang gelap. Venom tu dah memang gelap, bila bergerak di tempat yang gelap memang nampak tak nampak je lah. Tapi bab CGI memang gempak lah sebab tu pengarah Venom berundur untuk bagi laluan kepada Andy Serkis yang lebih berpengalaman. 

Both installments ada high and low moments so for a Marvel fans like me, I hadap je walaupun tahap average sebab I excited nak tengok Spiderman vs Venom je nanti. Sebelum tengok yang tu kena la faham jalan cerita dulu ye dak? Yeayyy can’t wait! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10