INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 2 – 8 MEI 2022

Saturday, 30 April 2022


 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 2 – 8 MEI 2022


Monday, May 02

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0009

07:30 Nasihat 0003

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

09:00 HD GoShop RR22 - Leanen Hijrah Telekung 2.0 v3 rev2 

10:00 Tanya Cik Man Musim 3 0011

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0029

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0009

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0013

14:30 Tetamu Allah 0010

15:00 HD GoShop RR22 - Zahraa Jelita Blouse v4 (HP) 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0001

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Atlas Masjid Nusantara 0011

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 30 0030

19:00 Iman & Aman S4 0005

19:15 Kapsul Ramadan 0010

19:30 Presint Iman 0005

20:00 UAS Tour 2.0 0011

20:30 Indahnya Iman 

20:45 Iman & Aman S4 0005

21:00 Takbir Raya 

21:08 Merentas Samudera Ke Nusantara 0004

21:34 Perempuan Paling Bahagia 0010

22:00 Presint Iman 0005

22:30 Ala Kazim Musim 2 0008

23:00 Nasihat 0001

23:30 Lensa 106 S2 0007

00:00 Majlis Ayah 0029

01:00 Presint Iman 0005

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0001

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0010

02:30 Nasihat 0001

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0030

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0001

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0008

05:35 Indahnya Iman


Tuesday, May 03 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0010

07:30 Takbir Raya 

07:40 Presint Iman 0005

08:08 Moslem, Lifestyle & Art 0001

09:00 HD GoShop RR22 - Leanen Riana Pants v2 rev2 

10:00 Tanya Cik Man Musim 3 0012

10:30 Tok Adi 0010

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0030

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0010

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0014

14:30 Tetamu Allah 0011

15:00 HD GoShop RR22 - Al-Quran Al-Ghufran Tadarus v10 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0002

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Imaan 0001

18:00 R & R Kehidupan Musim 2 0001

18:30 Pejuang Agama 0001

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Rockstar Ke Masjid 0005

20:00 UAS Tour 2.0 0012

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Presint Iman 0005

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0011

22:00 Rockstar ke Masjid 0005

22:30 Ala Kazim Musim 2 0009

23:00 Nasihat 0002

23:30 Lensa 106 S2 0008

00:00 Majlis Ayah 0030

01:00 Rockstar ke Masjid 0005

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0002

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0011

02:30 Nasihat 0002

03:00 Presint Iman 0005

03:30 Ala Kazim Musim 2 0008

04:00 Lensa 106 S2 0008

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0002

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0009

05:35 Indahnya Iman 


Wednesday, May 04

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0011

07:30 Rockstar ke Masjid 0005

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0015

08:30 Sayap Jibril (HD) 0009

09:00 HD GoShop Al-Muallim i-Bantu Solat 4.0 rev2 

10:00 Tanah Kubur Ummah Jahiliah 

12:00 SOP Jiwa 0001

12:30 Kelas Tajwid 0001

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0011

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0015

14:30 Atlas Masjid Nusantara 0001

15:00 HD GoShop RR22 - NunHa Moon Pillow rev2 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0003

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Imaan 0002

18:00 R & R Kehidupan Musim 2 0002

18:28 Salam Lebaran Kita 0001

18:30 Pejuang Agama 0002

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Kembara Chef Wan 2022 0005

20:00 UAS Tour 2.0 0013

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Rockstar ke Masjid 0005

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0012

22:00 Kembara Chef Wan 2022 0005

22:30 Ala Kazim Musim 2 0010

23:00 Nasihat 0003

23:30 Lensa 106 S2 0009

00:00 Salamun Alaik 0005

01:00 Kembara Chef Wan 2022 0005

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0003

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0012

02:30 Nasihat 0003

03:00 Presint Iman 0005

03:30 Kembara Chef Wan 2022 0005

04:00 Lensa 106 S2 0009

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0003

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0010

05:35 Indahnya Iman 


Thursday, May 05

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0012

07:30 Kembara Chef Wan 2022 0005

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0016

08:30 Sayap Jibril (HD) 0010

09:00 HD GoShop RR22 - Leanen Kurta Muhammad 2.0 v2 

10:00 Jabatan Netizen 0002

10:30 Azan 0002

11:00 Rockstar ke Masjid 0005

11:30 Sah X Sah 0002

12:00 SOP Jiwa 0002

12:30 Kelas Tajwid 0002

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0012

14:00 Santai Janji Sampai S2 0003

14:30 Atlas Masjid Nusantara 0002

15:00 HD GoShop RR22 - Leanen Raudah Printed Tudung v3 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0004

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0001

18:00 Salamun Alaik 0001

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Mencari Ibrah-Nya 0005

20:00 UAS Tour 2.0 0014

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

22:00 Mencari Ibrah-Nya 0005

22:30 Kembara Chef Wan 2022 0005

23:00 Jabatan Netizen 0001

23:30 Pejuang Agama 0001

00:00 Gema Unplugged 0010

00:30 Siti Aware 0006

01:00 Mencari Ibrah-Nya 0005

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0004

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0013

02:30 Mak Muda 0001

03:00 Rockstar ke Masjid 0005

03:30 Mencari Ibrah-Nya 0005

04:00 Presint Iman 0001

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0011

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0011

05:35 Indahnya Iman 


Friday, May 06

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0013

07:30 Mencari Ibrah-Nya 0005

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

09:00 HD GoShop RR22 - Al-Quran Mushaf Qiyam & Terjemahan rev2 

10:00 Tok Adi 0006

11:00 Kembara Chef Wan 2022 0005

11:30 Kelas Tajwid 0001

12:00 Sah X Sah 0001

12:30 SOP Jiwa 0001

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus 0016

14:00 Santai Janji Sampai S2 0004

14:30 Atlas Masjid Nusantara 0003

15:00 HD GoShop RR22 - Leanen Tania Telekung v2 (HP) 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0005

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0002

18:00 Imaan 0001

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0005

20:00 Nasihat 0004

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0006

21:30 Rockstar ke Masjid 0005

22:00 Merentas Samudera Ke Nusantara 0005

22:30 Mencari Ibrah-Nya 0005

23:00 Jabatan Netizen 0002

23:30 Pejuang Agama 0002

00:00 Gema Unplugged 0011

00:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

01:30 Kembara Chef Wan 2022 0005

02:00 Moreh 0014

02:30 Mak Muda 0002

03:00 Kembara Chef Wan 2022 0005

03:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0005

04:00 Presint Iman 0002

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

05:35 Indahnya Iman 


Saturday, May 07

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0014

07:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0005

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0017

08:30 Mengaji: Back To Basics 0027

09:00 HD GoShop Myfon S20 4G Smartphone 3GB+32GB v3 (HP) 

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

11:00 Mencari Ibrah-Nya 0005

11:30 Kelas Tajwid 0002

12:00 Sah X Sah 0002

12:30 SOP Jiwa 0002

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Moslem, Lifestyle & Art 0001

14:30 Trek Muslim 0015

15:00 HD GoShop Vitrasure Gold rev2 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0006

16:05 Indahnya Iman 

17:00 Salamun Alaik 0001

18:00 Imaan 0002

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Tanya Cik Man Musim 2 0013

20:00 Mencari Ibrah-Nya 0005

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0007

21:30 Kembara Chef Wan 2022 0005

22:00 Tanya Cik Man Musim 2 0013

22:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0005

23:00 HD GoShop RR22 - Leanen Sarima Tudung v10 (HP) 

00:00 Salamun Alaik 0006

01:00 Tanya Cik Man Musim 3 0003

01:30 Mencari Ibrah-Nya 0005

02:00 Moreh 0015

02:30 Mak Muda 0003

03:00 Tanya Cik Man Musim 2 0013

03:30 Salamun Alaik 0001

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

05:35 Indahnya Iman 


Sunday, May 08

06:30    Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0015

07:30    Rockstar ke Masjid 0005

08:00    Tazkirah AnNur (HD) 0018

08:30    Mengaji: Back To Basics 0028

09:00    (L) GoShop 

10:00    Kisah Dari Mekah 0010

10:30    Kisah Dari Mekah 0011

11:00    Kisah Dari Mekah 0012

11:30    Kisah Dari Mekah 0013

12:00    Imaan 0001

13:00    Indahnya Iman 

13:30    Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

14:30    Trek Muslim 0016

15:00    GoShop 

16:00    Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0007

16:05    Indahnya Iman 

17:00    Salamun Alaik 0002

18:00    Imaan 0003

19:00    Indahnya Iman 

19:30    Jejak Adam : India 0001

20:00    Presint Iman 0005

20:30    Indahnya Iman 

21:00    Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

22:00    Jejak Adam : India 0001

22:30    Rockstar ke Masjid 0005

23:00    GoShop 

00:00    Siti Aware 0006

00:30    Gema Unplugged 0005

01:00    Tanya Cik Man Musim 3 0004

01:30    Merentas Samudera Ke Nusantara 0005

02:00    Moreh 0016

02:30    Mak Muda 0004

03:00    Jejak Adam: Sri Lanka 0001

03:30    Salamun Alaik 0002

04:30    Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

05:30    Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0014

05:35    Indahnya Iman 

‘Scammer 2’ Memapar Sisi-Sisi Tersembunyi Sharifah Sofia

Friday, 29 April 2022


Pembalasan dendam, pengkhianatan, perhubungan kekeluargaan serta persahabatan merupakan titik utama yang diketengahkan dalam penceritaan drama sekuel kedua keluaran Astro Ria iaitu ‘Scammer 2’. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini mengangkat barisan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Farah Nabilah, Zahiril Adzim dan Diva Azwan Ali serta diarah oleh Norhanisham Labu Ahmad.

Drama ini turut memaparkan pelakon Sharifah Sofia yang kini membuat comeback di kaca televisyen. Pasti ramai merindui Sofia yang pernah berlakon drama ‘Astana Idaman’ pada musim pertama. 

Menerusi Scammer 2, watak Sofia dimasukkan ke penjara setelah aktiviti scam yang dijalaninya terkantoi.  Sofia merupakan antara scammer terbesar di Malaysia. Wanita ini ingin keluar dari penjara dengan meminta bantuan Muna, rakan scammernya. Muna mengupah Taqriz sebagai peguam untuk melepaskan Sofia dari penjara tanpa sedar yang Taqriz sedang memanipulasi Muna dan Sofia untuk membalas dendam atas kematian ayahnya yang menjadi mangsa scam Muna dahulu. Apakah yang akan terjadi kepada Sofia setelah dikeluarkan oleh Taqriz daripada penjara? Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah watak Taqriz dan Sofia akan membuat plot drama ini lebih menarik.  

Keunikan watak Sofia ini menarik perhatian pelakon wanita berkacukan Inggeris-Melayu ini setelah lama tidak muncul di kaca televisyen. Menurut Sharifah Sofia, dahulunya dia pernah mendapat watak jahat yang seakan-akan nakal, kali ini dia dapat menunjukkan sisi yang berbeza kerana watak jahatnya adalah lebih ganas dan serupa seorang gangster.

“Bukan tak biasa pegang watak jahat tapi kali ini kita bertudung dan meringkuk di dalam penjara. Dulunya watak jahat Sofia seakan-akan nakal, tetapi sekarang watak jahat ini seakan-akan gangster dan ganas”, tambahnya. 

“Watak Sofia dalam drama ini merupakan salah seorang antagonis. Waktu saya menerima tawaran ini, saya pun tidak begitu jelas dengan karakternya tetapi bila sudah sampai di lokasi penggambaran, saya berasa seronok kerana dapat bekerja dengan Encik Labu, pengarahnya dan juga Beto yang memainkan watak utama dalam drama ini”, hujahnya mengenai wataknya sebagai Sofia, seorang bekas scammer yang telah dimasukkan ke dalam penjara. 

“Kadang-kadang watak ini membuat Sofia berasa nak cuba buat combat training pulak”, tambahnya sambil ketawa. 

Pembabitan Sharifah Sofia dalam drama ini bagaikan tidak diduga kerana tawaran diberikan pada saat-saat akhir yang mengujakannya. Tambah Sharifah Sofia, “Drama ‘Scammer 2’ kali ini memang datang pada saat akhir sangat. Hari ini saya dapat panggilan, esok mereka sudah panggil untuk mulakan penggambaran.”

“Alhamdulillah, ketika itu saya memang tidak sibuk sangat jadi saya pun terima sahaja tawarannya. Lagipun, saya memang sudah mengetahui tentang drama ini daripada musim pertamanya. Cuma kali ini saya tidak tahu yang barisan pelakon-pelakonnya pun ditukar. Walau bagaimanapun, saya masih seronok bekerja dengan geng-geng ‘Scammer 2’ kali ini.”

Penceritaan menerusi 24 episod ini memaparkan sisi-sisi tersembunyi Sharifah Sofia yang diteguni ramai oleh kerana bakatnya yang belum pernah dilihat oleh netizen. Pembabitan Sofia dalam Scammer 2 juga meraih respons serta keterujaan penonton atas kemunculannya semula di kaca televisyen selepas melihat lakonan-lakonannya yang hebat dalam drama sebelumnya, lebih-lebih lagi dengan perwatakannya yang gelap dan sinis dalam drama ini. 

Ketika ditanya mengapa lama tidak berlakon, Sharifah Sofia berkata, “Sebenarnya, bermula daripada Covid-19 lagi saya sudah mula mengambil tawaran berlakon balik. Mungkin tidak ramai yang perasan kerana kebanyakan cerita yang saya lakonkan masih lagi belum disiarkan di kaca televisyen.” 

Menerusi drama ini, Sharifah Sofia juga dapat belajar pelbagai teknik lakonan daripada Norhanisham “Labu” dan juga barisan pelakon-pelakon yang lain. Katanya, dia berharap kemunculannya semula di kaca televisyen menerusi drama ini dapat diterima oleh orang ramai kerana sekuel ‘Scammer 2’ ini mempunyai penceritaan yang berbeza dengan ‘Scammer 1’. 

“Penonton perlu tengok dan fahami isi-isi tersirat dalam drama ini termasuk karakter-karakter dan dialognya. Penonton juga boleh ikuti kami di media sosial. Bukan kerana drama ini memerlukan fikiran yang banyak, tetapi kerana jalan penceritaannya memang diperlukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.”

“Zaman sekarang ini, manusia mudah discam, daripada orang buta jual tisu di tepi jalan sampailah orang-orang yang kononnya beriman. Scammer-scammer ini berada di mana-mana sahaja”, kata ibu kepada dua orang anak ini. 

Selain itu, watak utama ‘Scammer 2’ yang dimainkan oleh pelakon Beto Kusyairy adalah sangat penting kerana dia juga merupakan salah seorang watak yang akan terus membawa plot cerita ini ke tahap yang lebih epik. Ditanya tentang cabaran yang dia hadapi sepanjang penggambaran drama ini, Beto berkata kali ini dia memainkan tiga watak sekaligus. Watak asalnya sebagai Taqriz dan watak dalam misi iaitu Takim dan Taufiq. 

“Tuntutan dari situ, emosi dan fizikal watak itu agak berat namun itu satu keseronokan buat saya. Itulah antara tuntutan yang paling tinggi iaitu emosi dan fizikal. Ada banyak babak-babak pergaduhan. Emosi juga berat dan macam-macam lagi”, kata Beto Kusyairy. 

Bila ditanya lagi tentang wataknya sebagai Taqriz, Beto berkata, “Memainkan watak Taqriz memang menarik kerana dia ialah seorang yang penuh dengan konflik, dilemma, tekad dan nekad. Kesemua itu dirungkai dengan baik dari sudut skrip dan lakonan serta ada juga babak-babak yang diubah mengikut kesesuaian.”

Bukan itu sahaja, Beto Kusyairy juga digandingkan dengan pelakon-pelakon yang berbakat seperti Zahiril Adzim dan Azwan Ali. Persahabatan yang sudah pun terjalin antara Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim membuatkan mereka lebih mudah untuk bekerjasama. Ulas Beto, “Ini bukan kali pertama kami bekerjasama. Masing-maisng dah tahu permainan masing-masing.”

Ditanya pula tentang tentang watak yang dimainkan oleh Azwan Ali, Beto berkata yang dia kenal pesona Bernama Azwan Ali sejak masih digelar pelajar lagi. Baginya, dia tidak pernah terfikir akan berkongsi satu frame dengan dia. Beto juga terpegun dengan pelakon itu kerana dia memang seorang yang berbakat dan profesional dalam pekerjaannya. 

“Saya kenal pesona bernama Azwan Ali sewaktu saya masih bersekolah dan dia masih hos di program muzik.Tak terfikir nak berkongsi frame, sparring bersama”, katanya. 


Norhanisham Labu Ahmad, selaku pengarah drama ‘Scammer 2’ berkata isu-isu sosial semasa seperti sindiket harta dan wang bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi kita, lebih-lebih lagi pada masa kini. Namun, hal ini masih lagi berlaku di kalangan orang ramai tanpa rasa belas kasihan.
 “Daripada musim pertamanya lagi kami ingin mengetengahkan pengajaran bahawa jangan mudah terpedaya dengan penipuan dalam realiti hidup kerana ia mampu meletakkan kita dan orang yang kita sayangi dalam keadaan yang bahaya, sama seperti apa yang kami ingin terapkan dalam Scammer 2.”

Ditanya tentang cabaran yang dihadapi ketika proses penggambaran drama ini, Norhanisham berkata mereka sukar mendapatkan babak-babak yang menarik bagi menguatkan plot-plot ceritanya oleh kerana kesuntukan masa. Dari segi penceritaan pula, banyak bahagian yang perlu difikirkan untuk mengeluarkan drama yang lebih berkualiti. Namun, dia bersyukur kerana barisan pelakon sekuel kedua ini memang hebat-hebat belaka dan dia sangat berpuas hati selepas dapat bekerja dengan mereka. 

Tentang harapan Norhanisham terhadap drama ‘Scammer 2’ ini, dia berkata drama ini mempunyai pelbagai elemen yang berbeza termasuk kisah percintaan, perhubungan kekeluargaan serta agama untuk membuat para penonton berasa lebih dekat dengan penceritaannya. 

“Kami berharap drama rantaian ‘Scammer 2’ kali ini mendapat sambutan yang lebih daripada penonton. Kami juga berharap agar penonton-penonton drama ini puas dengan jalan ceritanya sepertimana musim sebelumnya dikeluarkan. Yang paling penting, kami berharap menerusi drama ini, rakyat kita akan lebih berhati-hati dalam memilih keputusan dalam hidup supaya tidak termakan dengan sindiket dan penipuan”, hujahnya. 

Drama ‘Scammer 2’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 18 April 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘SCAMMER 2’

1. Scammer 1 telah menjadi perbualan orang ramai ketika ditayangkan oleh kerana konsep, jalan cerita dan kualiti produksinya. Untuk Scammer 2, ia adalah versi yang dinaik taraf daripada musim sebelumnya. 

2. Musim kali ini membawa isu ‘scamming’ yang lebih mengena dan berkaitan dengan penonton kerana setiap plot yang diberikan memberi perasaan yang mudah difahami oleh orang ramai. 

3. Tema yang dibawa dalam drama ini seperti kisah percintaan, pembalasan dendam, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan pengkhianatan juga telah diberikan lebih emosi dan pembaharuan daripada musim sebelumnya. Namun, sisi unik penceritaan Scammer 1 masih dikekalkan dalam Scammer 2. 

4. Gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim, dikenali dengan watak mereka dalam KL Gangster Underworld, Farah Nabilah, salah seorang pelakon wanita yang diminati ramai serta suntikan elemen ‘x-factor’ oleh pelakon Azwan Ali yang memainkan salah satu watak penjahat dalam drama ini menguatkan lagi barisan pelakon-pelakonnya dengan pelbagai karakter. 

5. Isu “Penunggang Agama” memanipulasikan “anak tahfiz” telah menjadi viral beberapa tahun lepas dan masih berterusan menjadi perbualan orang ramai. Isu ini juga merupakan elemen yang penting dalam penceritaan drama ini. 

6. Lokasi penggambaran Scammer 2 telah dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘SCAMMER 2’

Beto Kusyairy     sebagai Taqriz
Farah Nabilah     sebagai Liya 
Zahiril Adzim                     sebagai Rudi
Diva Azwan Ali             sebagai Hanif
Iman Corinne Adrienne      sebagai Muna
Enny Ridwan             sebagai Hajar 
Razzuan Rosli     sebagai Paup 
Sharifah Sofia     sebagai Sofia 
Shatirah Amanda             sebagai Yanti 
Sadiq M. Jamil     sebagai Lobak 
Gobbinath Batumalai     sebagai Praba/Prabu 
Ainina Ahmad     sebagai Imah 
Norlia Ghani             sebagai Nenek 
Adam Darwisyh             sebagai Adam 


LOGLINE DRAMA ‘SCAMMER 2’

Mengisahkan seorang bekas banduan dalam usaha untuk membalas dendam kematian bapanya tanpa mengetahui yang usahanya akan menyebabkan hidup orang-orang yang dia sayangi berada di dalam bahaya. 


SINOPSIS DRAMA ‘SCAMMER 2’


Taqriz mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi, kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa. Sasaran Taqriz ialah Muna, pemilik syarikat hartanah dan Hanif, seorang peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam.

Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya, seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baharu syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu. Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya. Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya.

Beli-belah dengan Lebih Jimat Pada Perayaan ini dengan ShopeePay Day

Thursday, 28 April 2022

Perasaan gembira menyambut Hari Raya tahun ini berkunjung tiba, lagi-lagi dengan pelbagai tawaran yang menarik. Untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik dan penjimatan lebih, ShopeePay Day yang berlaku pada hari pertama setiap bulan kembali tepat pada masanya untuk sambutan Hari Raya. Sama ada membeli-belah dari rumah atau membuat pembayaran dengan ShopeePay di kedai fizikal menggunakan DuitNow QR yang ditawarkan di 1.1 juta cawangan di Malaysia; anda dijamin mendapat pelbagai ganjaran serta peluang untuk menyertai peraduan dengan tawaran hadiah lumayan! 

Berikut ialah beberapa tawaran menarik bagi pengguna ShopeePay pada bulan Mei ini:

1) PULANGAN TUNAI SYILING

Hanya pada 1 Mei pengguna ShopeePay boleh memperoleh pulangan tunai syiling 12% apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 di luar talian dengan ShopeePay di pelbagai peniaga seperti Ariani, AA Pharmacy, Alook, Ninjaz, Kopi Hainan Hometown, Ninso, dan banyak lagi. Tidak jumpa kod QR ShopeePay? Jangan risau, kerana ShopeePay disepadukan dalam ekosistem DuitNow QR, anda kini boleh membayar dengan ShopeePay di hampir 1.1 juta peniaga. Cari kod QR DuitNow merah jambu dan mula membayar dengan ShopeePay  untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.

2) BAUCAR 1 SEN SHOPEEPAY

Anda juga boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan baucar ShopeePay 1 Sen daripada jenama seperti Caltex, The Koi, Juicy, Big Fish Small Fish, Santan, Vivo Pizza dan banyak lagi. Untuk menebus baucar 1 Sen ini, pengguna boleh membeli baucar di ciri ShopeePay Near Me yang boleh didapati di aplikasi Shopee.

3) E-DUIT RAYA TRANSFER

Selain lebih penjimatan melalui baucar, ShopeePay juga memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 155,555 syiling Shopee apabila mereka menghantar minimum RM5 kepada pengguna ShopeePay lain dari 1 Mei hingga 5 Mei. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menghantar e-Duit Raya kepada rakan dan keluarga anda.

Selepas itu, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai mingguan bernilai sehingga RM100,000 dan memperoleh Baucar Penghantaran Percuma tambahan apabila mereka me wang kepada pengguna ShopeePay yang lain dari 6 Mei hingga 31 Mei 2022.

4) PERADUAN SHOPEEPAY DAY

Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya anda, sertai peraduan ShopeePay x Maybank2U untuk mendapatkan lebih banyak lagi ganjaran dengan ShopeePay.

Dari 28 April hingga 5 Mei, tambah nilai minimum RM30 di ShopeePay dengan Maybank2U, transaksi di luar talian dan anda akan layak bertanding untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM115,000 daripada Dyson, Playstation, Samsung, GoPro

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan,layari https://shopee.com.my/m/shopeepay-top-up-and-win

5) PESAN DARI SHOPEEFOOD

Hari Raya ini, jadi pembeli bijak dan pesan makanan anda melalui ShopeeFood untuk majlis Raya anda bersama rakan dan keluarga. Kini beroperasi di Lembah Klang dan Johor Bahru, lakukan pesanan anda dari ShopeeFood untuk mendapatkan penghantaran percuma sepanjang hari dan diskaun Super Deals sehingga potongan 50%.

Dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang boleh didapati daripada peniaga di Lembah Klang seperti Nyonya Colours, A&W, KFC, Tealive, Johnny's Restaurant, Old Town White Coffee, Little KL Food Hall, SANTAN dan banyak lagi, pasti ada sesuatu untuk dihidangkan untuk majlis perjumpaan anda. Bagi warga Johor Bahru, pilih dari kedai-kedai kegemeran tempatan seperti Banafee Village, Johnny’s Restaurant, Tealive, ZUS Coffee, Shake Shake, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mei, layari SHOPEE PAY DAY

Tertakluk kepada terma & syarat.