Drama Review | Inspector Koo (2021)

Wednesday, 12 January 2022

Director : Lee Jung-heum

Writer : Sung Cho-yi

Cast : Lee Young-ae, Kim Hye-jun, Kim Hae-sook, Kwak Sun-young, Baek Sung-chul, Jo Hyun-chul

Production Company : KeyEast, Group8, JTBC Studios

Distributors : JTBC, Netflix

Genre : Crime / Action/ Thriller

Episodes : 12 episodes (70 minutes per episode)

Release Date : 30 October – 12 December 2021

Trailer :


Setelah kematian suaminya, Koo Kyung-yi (Lee Young-ae) memilih untuk berhenti bekerja sebagai Inspektor polis dan hidup sebagai gamers. Kawan baik dia, Na Je-hee (Kwak Sun-young) minta tolong untuk selesaikan satu kes yang berkaitan dengan tuntutan insurans bila pemegang insurans tersebut hilang setelah mendaki bukit di Tyeongwon. 

Tergoda dengan habuan yang bakal dia dapat lepas selesaikan kes ni, Inspektor Koo setuju untuk bekerjasama. Bagi Inspektor Koo, kes ni terlampau mudah untuk dia selesaikan tapi untuk ke kawasan yang jauh dari Seoul, dia perlukan driver yang dipercayai jadi dia pilih Santa (Baek Sung-chul), kawan gamers yang selalu bertarung dalam kebanyakan battle. 

Santa ada age gap yang agak besar dengan Inspektor Koo dan bisu. Dia berkomunikasi menggunakan voice recognition dalam smartphone ataupun bahasa badan. Dari kes Kim Min-gyu (Kim Gang-Hyun) yang bersembunyi di belakang rumah untuk tuntut insurans dari NT Life Insurance, Inspektor Koo berjumpa dengan dalang pembunuhan yang lebih besar iaitu K (Kim Hye-jun). 

Cara K dengan Inspektor Koo berfikir lebih kurang sama namun bezanya, seorang memilih jalan yang baik manakala K memilih jalan yang kejam. Tapi kejam kah K bila dia cuma membunuh orang-orang jahat yang selalu menganiaya orang lain? Kim Min-gyu sebenarnya terlibat dalam kes pembunuhan atas kapal mewah dan curang sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Ada juga mangsa lain yang menyiksa binatang ataupun pembuli di tempat kerja. 

Episod awal lebih terarah pada team Inspektor Koo mencari team K bila mereka masih lagi belum kenal siapa K dan bagaimana K beroperasi. K tak bergerak seorang diri sebab dia ada pembantu, An Gun-uk (Lee Hong-Nae) dan juga ahli lain di Micronet, forum untuk berkongsi dan berkomunikasi. Dalam masa yang sama Inspektor Koo dapat bantuan kewangan dari Pengarah Yong Sook (Kim Hae-Sook).

Bila Inspektor Koo dan K dah berjumpa, baru mudah nak baca perancangan K ni. Masa tu pun berubah juga pandangan terhadap K sebab dia banyak kali pertikaikan kenapa dia kena hukum sedangkan dia bantu orang bunuh orang jahat. Dekat episode-episod hujung pun macam kesian dengan An Gun-uk sebab dia jadi mangsa keadaan. Kira penulis ada solid writing lah sebab dia mampu kembangkan watak dengan baik sama ada watak antagonis mahupun protagonis.

Sinematografi Hwang Min-sik dan Han Seung-hoon membantu penonton untuk faham modus operandi setiap pembunuhan yang dilakukan oleh K dan bagaimana cara Inspektor Koo akan gagal atau tangkap K. Transition, lighting, visual effects dan props semuanya membantu menambahkan penceritaan dengan cara tersendiri. Suka setiap penghujung episod Inspektor Koo, watak dia akan pandang kamera kemudiannya jadi animasi di credit scene. Animasi pada intro dan scredit scene pun comel dan kelakar.

 

Drama yang ditayangkan di Netflix ni mempunyai jalan cerita yang bertemakan detektif dan seakan-akan terinspirasi dari Inspector Gadget. Bezanya watak Inspektor Koo pengotor sebab tak mandi, makan bersepah, alcoholic sampaikan lalat sentiasa jadi peneman setia. Takt ahu lah macam mana Santa boleh tahan hidup dengan dia yang busuk tu. Tak pasti lah Lee Young-ae mandi ke tak sebab rambut dia nampak kasar sangat. Tapi bahagian rambut je lah sebab muka tak lah berdaki ataupun comot pun. Elok je flawless dan lembab. Bibir pun tak merekah. 

Tak dengar khabar lagi Inspektor Koo akan ada sequel ataupun prequel sebab misteri watak Santa belum lagi terjawab sehingga hujung drama. Sepanjang drama Inspector Koo ni ditayangkan, geram betul tengok kecomelan Baek Sung-chul sebagai Santa. Dia pelakon baru tapi tak nampak kekok langsung dan ada kekuatan sendiri baik dalam solo screen ataupun sharing screen dengan pelakon lain. All in all, Inspector Koo adalah naskhah sesuai untuk yang mencari drama kelakar dan bertemakan penyiasatan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Movie Review | Chicken Curry Law (2019)

Monday, 10 January 2022

 

Director : Shekhar Sirrinn

Writer : Shekhar Sirrinn

Cast : Natalia Janoszek, Ashutosh Rana, Nivedita Bhattacharya, Mukesh Hariawala

Production Company : Seven Hillss Cine Creations

Distributor : Panorama Studios, Amazon Prime Videos

Genre : Crime / Drama

Running Time : 127 minutes

Release Date : 9 August 2019

Trailer :


Penari bar Adda Adda Bar, Maya Johnson (Natalia Janoszek) dijumpai terbaring di jalanraya dibaluti kain selimut. Tiada yang nampak bagaimana dan bila dia terbaring di situ dengan badan penuh luka dan tiada siapa yang tampil sebagai saksi untuk kes tersebut tambah pula Maya adalah orang asing yang datang bekerja di India. 

Aktivis sosial, Satya Deshmukh (Nivedita Bhattacharya) cuba pujuk Maya untuk lawan kes ni di mahkamah untuk dakwaan rogol. Malangnya Maya pula ditangkap oleh pihak polis untuk dakwaan Immoral Trafficking Act 1965 bila Makiya Joshi (Ganesh Pai) cuba tutup kes bila gagal membunuh Maya selepas kejadian tersebut. 

Makiya Joshi adalah anak sulung kepada Menteri dan jenayah ni bukan kali pertama berlaku. Bukan pertama kali juga dia guna kuasa dan pangkat ayah dia untuk tutup kesalahan besar yang dia buat. Satya berjumpa dengan Sitapati Shukla (Ashutosh Rana) untuk present Maya di mahkamah. 

Watak Sitapati agak emosi dalam cerita ni sebab dia berhenti jadi peguam selepas kalah bila pertahankan anak guam dia. Kalau kalah pergi je lah bawa kes ke Supreme Court. Method yang sama dia guna bila jumpa dengan saksi. Tak sudah-sudah sembang pasal emosi padahal boleh je dia bagitahu apa akibat menipu dalam mahkamah, boleh diasbitkan kesalahan sekian sekian. Lepastu mabuk. Dah satu hal anak guam kena jaga peguam. 

Sama juga dengan kes Maya ni pun, babak dalam kamar mahkamah agak menjengkelkan sebab bawa bukti merepek baik peguam plaintif mahupun peguam defendan. Peguam plaintif, Mutthu Swamy (Makarand Deshpande) bawa lingerie milik Maya Johnson yang dijumpai dalam kereta milik anak guam dan buat kesimpulan perempuan yang pakai lingerie adalah pelacur. Pfffttt

Setiap kali peguam plaintiff buat tuduhan merepek, peguam defendan pun tak lari jauh bangangnya kaitkan dengan isteri atau anak perempuan pihak lawan. Tak banyak fakta tapi lebih kepada emosi semata padahal Hakim dah bagitahu mahkamah kena buat pengadilan berdasarkan bukti kukuh. Tak ada medical facts ataupun teori berasas pun. Lemau betul tengok. 

Tapi tak boleh nak expect tinggi sangat lah bila layan movie arahan Shekhar Sirrinn ni sebab movie gred B. Tengok barisan pelakon dia pun nama yang tak dikenali kecuali Ashutosh Rana. Tajuk movie Chicken Curry Law ni dah menarik even base dia pun dah solid tapi olahan dia merepek benar. Lagi bagus kalau Shekhar Sirrinn fokus dekat loopholes dalam sistem perundangan daripada fokus dekat watak-watak antagonis. 

Sinematografi dari Suresh Beesaveni pun mencacatkan lagi penceritaan bila ada beberapa babak yang ketara kelemahan cut and trim. Ada babak yang menggunakan raw footage, tak sama filter walaupun dalam satu scene yang sama. Dalam movie Chicken Curry Law ni banyak betul babak draggy dan lawak hambar terutamanya babak Sitapati dengan pembantu dia. Music album pun biasa je except lagu Mera Sufi Ishq. 


Tak faham jugak kenapa watak Sitapati ni tak boleh terima bila kalah dekat mahkamah padahal dia pun tahu masalah rasuah yang menebal sebab tu tak ramai peguam yang sanggup ambil kes yang berkaitan dengan Menteri. Tak pernah lagi jumpa peguam yang frust kalah kes sampai berhenti jadi peguam. Ada la jumpa peguam berhenti bila OKT main hantar santau sampai masuk hospital ataupun datang serang pejabat ugut macam-macam. 

Tekad sangat Sitapati nak masukkan watak antagonis dalam penjara sampai sanggup korbankan diri pun satu hal jugak. Ha’ah ni memang spoiler sebab movie ni tak best pun dan buang masa. Sepanjang movie ni tak tahu  perbicaraan ni untuk dakwaan yang mana. Tak faham langsung kenapa Amazon Prime beli movie ni. Mungkin untuk cukupkan kuota tayangan kot sebab production house jual murah. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

Movie Review | Chandigarh Kare Aashiqui (2021)

Saturday, 8 January 2022

Director : Abhishek Kapoor

Writer : Abhishek Kapoor, Supratik Sen, Tushar Paranjpe

Cast : Ayushmann Khurrana, Vaani Kapoor, Gourav Sharma, Gautam Sharma, Abhishek Bajaj

Production Company : T-Series, Guy in the Sky Pictures

Distributor : AA Films

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 116 minutes

Release Date : 10 December 2021

Trailer :


Naskhah terbaru arahan Abhishek Kapoor, Chandigarh Kare Aashiqui mengisahkan tentang Manvinder Munjal aka Manu (Ayushmann Khurrana) yang berlatih setiap hari untuk menang dalam pertandingan Gabru Of All Time (GOAT). Pertandingan tersebut disertai oleh beberapa orang lelaki untuk cari siapa yang paling kuat di daerah Chandigarh. 

Gara-gara selalu kalah dengan Sandy (Abhishek Bajaj), Manu berlatih tanpa henti dan kekalkan keto diet supaya dia boleh menang dan tarik lebih ramai pelanggan ke gym miliknya. Riz (Gourav Sharma) dan Jomo (Gautam Sharma) pula sibuk renovate gym untuk beri ruang kepada kelas Zumba yang akan dikendalikan oleh Maanvi (Vaani Kapoor). 

Manu membantah idea tersebut sebab kelas tersebut akan makan ruang gym dia tapi masalah kewangan mereka teruk sangat sampai tak boleh nak survive untuk bulan seterusnya. Lagipun bila ramai perempuan yang join Zumba, makin ramai jugak lah lelaki yang datang ke gym. Nak pula bila ada cikgu hot macam Maanvi. 

Tak lama pun untuk Manu jatuh cinta dengan Maanvi bila mereka selalu berjumpa di gym tapi bila Manu dapat tahu tentang kisah silam Maanvi, dia tak dapat terima dan putuskan hubungan mereka berdua tanpa bagi Maanvi ruang untuk jelaskan. 

“I was trying to understand, and then I realised there’s nothing to understand!” – Manu

Lepas Kedarnath (2018), Abhishek Kapoor come up dengan genre romantic drama melibatkan golongan LGBTQ. Kali kedua juga untuk Ayushmann Khurrana berlakon dalam movie bertemakan LGBTQ lepas Shubh Mangal Zyada Saavdhan (2020). Tak ada masalah pun untuk dia lakonkan watak Manu, lelaki kawasan luar bandar yang terkejut dengan masalah dunia moden. 

Hats off to Vaani Kapoor for accepting this kind of role! Nama Vaani memang selalu sangat terpalit dengan kontroversi lepas pembedahan dagu, movie Befikre dan small role dalam WAR tapi dia tak kisah langsung untuk berlakon sebagai Maanvi Baar. Dia lakonkan watak tu as natural as Maanvi can be. Tak nampak langsung tu Vaani tapi Maanvi yang nak hidup bahagia dalam dunia dia. 

Walaupun screentime Ayushmann lebih banyak tapi Vaani yang lebih menyerlah dalam ruang dia. Happy bila tengok dia happy, kecewa bila tengok Manu mengamuk walaupun reaction tu expected dari awal sebab Manu bukan lelaki pertama yang reject dia. Menangis bila tengok scene Maanvi dengan ayah dia (Girish Dhamija). 

Naskhah Chandigarh Kare Aashiqui mungkin terarah pada penerimaan Manu terhadap Maanvi tapi personally for me, Manu faham rasa sunyi dan sedih Maanvi sebab dia pun ada depression. Muka Manu masa nampak tangan Maanvi tu antara scene favorite dalam movie ni. Dia tak terus tanya tapi bagi ruang untuk Maanvi cerita dengan dia. Tapi bila tahu mengamuk lah pulak tsskkkk. 

Bila tengok movie Abhishek Kapoor ni one thing for sure, kita akan tengok kualiti. Boleh nampak details yang dipaparkan adalah hasil homework sebelum turun shooting. Macam scene Maanvi selalu rasa insecure dengan rupa fizikal dia walaupun satu pekan tu pandang dia tak berkelip. Walaupun dia tak minta simpati tapi boleh nampak soft side dia bila dengan orang yang kenal siapa dia sebenarnya. 

Scene dia cakap terima kasih dekat Manu lepas celebrate Holi tu walaupun singkat dan tampak remeh tapi besar maknanya untuk Maanvi yang baru keluar dari trauma dan teragak-agak untuk terima orang baru. Sebab Vaani Kapoor lakonkan dengan baik watak Maanvi ni, I tak rasa satu masalah pun bila pengarah ambil pelakon wanita. Dalam interview Vaani dah cakap yang dia ready je kalau pengarah nak dia berlakon dalam content-driven films. Happy bila tengok pelakon mula pentingkan skrip berkualiti daripada jadi pasu bunga untuk commercial films. 

Sinematografi dari Manoj Lobo menguatkan lagi chemistry fresh pairing onscreen, Ayushmann-Vaani. Music score biasa je lah, mungkin sebab I tak suka sangat dengan melodi atau vibe Punjabi ni. Lagu Maafi je lah yang syok nak layan pun sebab Ayushmann nyanyi sendiri dan sesuai dengan mood melankolik yang dipaparkan masa tu. 


Ada yang kata movie Chandigarh Kare Aashiqui terlampau mudah paparkan solusi pada hubungan ni tapi kalau diikutkan movie ni commercial films so kena lah buat jalan cerita yang menarik dan santai untuk isu yang berat. Sebelum ni movie Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019) tak dapat penerimaan tinggi bila penceritaannya terarah pada drama. 

All in all I have fun watching Chandigarh Kare Aashiqui tapi movie ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab banyak scene panas. Even genre dekat Netflix pun tah pape. Kelakar masa tengok scene kakak Manu marah pasal cinta lain agama sebab pengarah Abhishek Kapoor dah sembang topik ni dalam movie Kedarnath (2018). 

Sebelum movie start Abhishek dengan Pragya Kapoor letak tribute kepada SSR since diorang rapat dan movie bertemakan percintaan zaman moden ni sepatutnya dilakonkan oleh Sushant tapi dia pergi dulu. RIP SSR :’)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10