Drama Review | The Uncanny Counter (2020)

Saturday, 2 October 2021

 Director : Yoo Seon-dong, Park Bong-seop

Writer : Yeo Ji-na, Yoo Seon-dong, Kim Sae-bom

Cast :  Jo Byung-gyu, Yoo Jun-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran, Ahn Suk-Hwan, Moon Sook, Kim So-ra, Eun Ye-jun, Lee Chan-hyung, Jung Won-chang, Jeon Seok-ho, Son Yeo-eun, Sung Ji-ru, Lee Ji-won, Choi Yoon-young

Production Company : Studio Dragon / Neo Entertainment

Distributor : OCN / Netflix

Genre : Fiction / Mystery / Thriller / Action

Running Episodes :  16 episodes (70 minutes per episode)

Release Date : 28 November 2020 – 24 January 2021

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon popular, Amazing Rumor atau Amazing So-mun yang dihasilkan oleh Jang Yi, drama terbitan Studio Dragon, The Uncanny Counter mengisahkan sekumpulan Counter yang memburu roh jahat untuk dihantar ke alam barzakh ataupun dipanggil Yung. Manusia yang dipilih menjadi Counter ialah yang berhati baik tapi kemudiannya koma. Kira dapat peluang untuk hidup balik dengan kuasa tersendiri dan berhubung dengan pengantara di Yung. 

Detektif Ga Mo-tak (Yoo Jun-sang) mempunyai kuasa psychometry dan kekuatan berganda. Sama juga Do Ha-na (Kim Se-jeong) tapi bezanya bila dia boleh mengesan roh jahat beberapa kilometer dan boleh baca atau masuk ke dalam memori seseorang. Ms Choo (Yeom Hye-ran) pula mempunyai kuasa untuk pulihkan atau sembuhkan luka luar atau dalaman. 

Selepas kematian Counter Jang Cheol-joong (Sung Ji-ru) akibat dibunuh oleh roh jahat Ji Chung-sin (Lee Hong-nae) dalam episod pertama, pengantara Wi-gen (Moon Sook) terpaksa mencari host baru atau dia akan lenyap dari dua dunia tersebut. Dalam pencarian tersebut dia masuk ke dalam badan So Mun (Jo Byung-gyu). Aneh sebab So Mun tak koma tapi tengah berjalan keluar dari mall dengan kawan-kawan dia. 

Kuasa So Mun pula lebih hebat dari mereka yang lainnya bila dia boleh seru territory Yung datang ke dunia manusia. Dia pun ada kekuatan yang sama seperti Ga Mo-tak dan mendiang Cheol-joong. Malangnya dia masih lagi muda dan mudah ikut perasaan dalam buat keputusan sampai membahayakan nyawa dia, Wi-gen dan ahli Counter yang lain. Sebab dia juga Ji Chung-sin dapat peluang untuk bunuh lebih ramai orang dan makan roh orang baik. 

Memandangkan drama terbitan Netflix Originals ni adalah adaptasi dari webtoon jadi tak ada masalah untuk pengarah dan penulis untuk olah dan kembangkan dalam spektrum visual dengan lebih menarik. Penggunaan vfx memang banyak tambah pula bila babak yang melibatkan territory tapi semuanya disunting dengan baik dan cantik. Bukan So Mun je excited main dengan cahaya territory, kita yang tengok ni pun amazed sebab cantik. 

Alur cerita The Uncanny Counter santai dan mudah difahami tentang dunia Yung dan dunia manusia walaupun ada konflik politik dan misteri pembunuhan yang disorok oleh pengarah. Sampai ke hujung cerita baru nampak apa misteri yang melibatkan watak-watak antagonis dan macam mana So Mun dengan Detektif Ga Mo-tak saling berkait. Vibe drama ni macam franchise X-Men Cuma identiti Counter perlu dirahsiakan dan bekerja di kedai mi kuah. 

For me drama ni jadi menarik sebab kekuatan lakonan Jo Byung-gyu sebagai So Mun sebab dia deliver dan ekspresikan watak dia dengan cemerlang dalam kesemua babak. Tak kisah lah babak solo ataupun berkongsi dengan pelakon senior yang lain. Entah berapa kali menangis bila tengok dia menangis padahal drama ni dark thriller. Action stunt pun sharp dan kemas dengan transition dan camera angle yang menarik. 

Sekarang ni semua cast tengah shooting untuk Season 2 dan mungkin akan ditayangkan pada pertengahan tahun depan. Harapnya dalam Season 2 nanti So Mun atau pengantara di Yung jumpa alternatif untuk sembuhkan healer sebab masalah Counter bila healer cedera teruk, tak ada siapa yang boleh ubatkan walhal kesihatan Ms Chu dah mula merosot disebabkan faktor usia juga. 

Nak tahu juga roh jahat jenis apa pula yang akan diburu oleh Counter sebab dalam Season 2 nanti diorang kena jaga satu Korea bukan lagi terhad dekat kawasan Jungjin. Macam mana So Mun boleh tarik Wi-gen dan kuasa makin bertambah hebat pun masih belum dijelaskan lagi. Tak sabarnya nak tengok! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Sobat Ambyar (2021)

Friday, 1 October 2021


Pengarah : Charles Gozali, Bagus Bramanti

Penulis Skrip : Bagus Bramanti, Gea Rexy

Pelakon : Bhisma Mulia, Denira Wiraguna, Sisca JKT48, Asri Welas, Erick Estrada, Mo Sidik, Didi Kempot 

Syarikat Produksi : Magma Entertainment, Ideosource Entertainment, Paragon Pictures, Rapi Films 

Pengedar : Netflix

Genre : Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 101 minit

Tarikh Tayangan : 14 Januari 2021 (Indonesia)

Trailer :

Jatmiko (Bhisma Mulia) ialah seorang pemilik kedai kopi yang bergelut dengan masalah kewangan bila kedainya jarang dikunjungi. Berkonsepkan café moden dengan interior menarik dan menghidangkan kopi-kopi international akhirnya terpaksa ditutup sebab tak mencapai target untuk bayar bil bulanan. Sampai lah satu hari Saras (Denira Wiraguna) muncul dan mencuri hati Jat.

Khas untuk Saras, kopi yang dibancuh berbeza dengan kopi-kopi lain bila Jat menggunakan kopi Tembang Manis. Kopi ni adalah hasil gabungan tiga jenis biji kopi – Robusta dari Banaran, Arabica dari Temanggung dan yang terakhir ialah Excelsa dari Wonosobo. Sebelum dikisar, kesemua biji kopi perlu digongseng (dipanggang) dahulu. 

Kebetulan Saras sedang mencari bahan untuk thesis dia tapi sulit untuk dia bekerja bila ramai lelaki yang suka berdrama datang mengganggu dia. Jat mula menghulurkan bantuan dan menceritakan tentang kopi Tembang Manis dan proses pembuatan minuman istimewa yang dihasilkan dari generasi ke generasi. Anehnya Jat tak pernah cuba untuk jual minuman sedap ni di café miliknya. Kenapa simpan buat yang teristimewa kalau boleh berkongsi kebahagiaan tu dari orang lain yang lebih menghargai? I mean, coffee lovers mesti happy bila dapat minum kopi yang sedap selain Americano, latte atau cappuccino yang boleh didapati di mana-mana café kan?

Tarikan utama filem Sobat Ambyar (The Heartbroken Club) yang diarahkan oleh dua pengarah - Charles Gozali dan  Bagus Bramanti ni adalah penampilan istimewa oleh penyanyi terkenal, Didi Kempot yang diberi nama jolokan King of Heartbroken Songs. Movie ni adalah movie yang pertama dan yang terakhir dia buat penampilan khas. Watak Jat juga adalah peminat setia penyanyi tersebut. 

Dari tajuk movie pun dah boleh agak perjalanan cerita macam mana cuma kita tak tahu perjalanan ceritanya sahaja bagaimana. Masa tengok Saras bagitahu pasal lelaki-lelaki yang mengganggu dia pun dah tahu perangai dia macam mana cuma watak Jat ni terlampau naïf sebab karakter dia pun pemalu. Memang mudah sangat untuk Saras ambil kesempatan. Tengok muka dia menggoda pun dah boleh nampak ni bukan pertama kali. 

Olahan movie ni tak lah menarik sangat sebab elemen drama tu tak mendalam sebagaimana dalamnya emosi pada lagu-lagu Didi Kempot. Selain dari drama, movie terbitan Netflix ni juga banyak bergantung pada babak komedi yang ada masanya tak lah menjadi sangat. Watak lelaki-lelaki yang mengganggu juga try hard untuk menghidupkan suasana kelakar tapi penulis tak kembangkan dengan baik. Mungkin lebih menarik kalau letak backstory bagaimana Saras permainkan cinta diorang? 

Objektif pengarah adalah menjadikan Sobat ambyar sebagai tribute kepada penyanyi Didi Kempot tapi lebih baik kalau diterangkan lebih banyak lagi tentang penyanyi terkenal tersebut supaya yang tak kenal jadi kenal. Kenapa lagu dia menjadi pengubat lara kepada mereka yang patah hati? Instead of biarkan watak Pet (Erick Estrada) yang ajar Jat untuk move on dan menghargai orang sekeliling. Tak faham kenapa Saras nak datang balik untuk pulangkan rantai emas vintage yang Jat belikan kalau karakter dia digambarkan sebagai antagonis dalam kisah cinta mereka berdua. 

Banyak plot yang tak dikembangkan dengan baik walhal barisan pelakon deliver watak dengan bagus. Bhisma Mulia dan Denira Wiraguna pun nampak serasi dan comel untuk babak-babak romantik. Visual yang menarik oleh Hani Pradigya dan music album dengan lirik yang meghidupkan mood juga sesuai dengan situasi antara faktor positif dalam movie Sobat Ambyar. Untuk tontonan santai bolehlah layan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

Blog Performance September 2021


Berita baik untuk warga KL, Selangor dan Putrajaya bila dah bertukar status ke Fasa 3 selepas sekian lama kita terkurung gara-gara covid-19. Lepas ni weekend boleh jalan sana sini. Minggu lepas balik Sabak Bernam pun jam teruk sebab ramai yang pergi bercuti dekat Kuala Selangor dan Sekinchan. Kebetulan pulak tengah musim mentarang, makin ramai lah yang menyinggah makan sampai beratur panjang. 

Performance bulan September menurun sedikit dari bulan Ogos 2021 tapi tak kisah sangat pun sebab bulan ni sibuk dengan kerja hakiki. Bila dah masuk hujung tahun memang banyak lah dokumen nak lodge dekat SSM. Tambah pula dah banyak company beroperasi balik jadi banyak lah agreement nak kena stamping. Pendek kata, busy. 

1. PV


Walaupun bulan September ada hari pageview mencecah sampai 6k sehari tapi dia punya menjunam ke bawah kemain curam sampai cecah 1k. Murung jugak lah tengok tapi redho je lah sebab bukannya boleh nak tempek link dekat Facebook dengan Instagram dah. Twitter lagi lah tak ada harapan. Mengharapkan pada keywords semata je. Nasib baik lah tercapai jugak all time stats sampai 1.74 juta. Untuk bulan Oktober ni macam tak nak aim tinggi sangat, dapat 1.8 juta pun dah okay haha. 

2. Post


Bulan September ni ada beberapa orang yang contact minta borang untuk AR Post so faham lah kenapa entry tu boleh naik duduk atas sekali. Alang-alang teringat pasal AR Post terus I update google drive link letak dalam entry tu untuk memudahkan sesiapa yang memerlukan. Tak payah tunggu I reply. Kadang tak sempat pun nak check siapa yang email atau DM dekat Facebook. 

3. Keywords 


Tak banyak beza pun keywords bulan September dengan Ogos cuma I perasan yang blog ni dah jadi reference untuk readers dari Indonesia untuk baca review movie Hindustan. Naisssss

4. Audience

Bulan ni semua audience dari beberapa negara drop. Ada pulak yang dah nunnnnnn jauh di sanaaaa. Apa nak buat entah? So far boleh melangut je lah. Nak kata perbanyakkan lagi entry, rasanya dah cuba maintain walaupun tak mencapai target. 

5. Bilangan Entri

Like I said bulan September tak mencecah target pun sebab busy. Nak blogwalking pun tak sempat lagi. Update sampai dapat banyak tu pun last minute pulun jugak. Tak nak lah tengok angka tu jatuh teruk sangat nanti murung sendiri. Bulan Oktober ni tak pasti lah mampu ke tidak cecah 60 entry sebab nak rest jap. Tapi kalau rest, nanti tak mampu pulak nak beat last year punya total entry hahahaha entahlahhhhh