Bila Bella Beranak

Tuesday, 24 August 2021

Tak pernah imagine macam mana jadi pusat membiaknya kucing dalam rumah ni. Geleng kepala tengok Bella bunting padahal dia muda lagi. Sebelum ni nak neuter dia tapi macam tak sampai hati pulak bila tengok kucing dekat klinik tu sampai ada yang menggigil tahan sakit. Tapi bila tengok Bella tercungap bila perut sarat pun rasa menyesal jugak. 

Lepas 2 bulan usung perut sana sini, tepat jam 11 malam tarikh 1 Ogos 2021, Bella beranak seekor demi seekor. Jangan tanya lah yang mana sulung ke tengah ke bongsu memang tak tahu sebab biar dia beranak sampai sudah je dalam kotak tu. 

Esok pagi nampak la semua anak dia ada kembar 3 ekor dengan seekor warna oren berbelang. Geleng kepala dah sebab kalau warna oren ni mesti lasak kemain. Kecik gila diorang ni masa hari kedua dengan ketiga. Pegang pun terasa lembik lagi. 



Yang oren ni kelakar jugak lah seminggu awal tu sebab warna dia pekat dekat kepala tapi habis ink bila sampai ke bahagian belakang dengan ekor. Mak dia jenis bertompok orennya so semi lasak lah. Dua minggu lepas beranak ni Bella nak cari tempat baru untuk anak-anak dia. Masalahnya dia aim almari baju. Memang tak lah nak bagi dia masuk dalam almari. Masa dia survey tu pun ada yang dah tertarik benang dah. 


Pernah sekali dia bawak semua anak-anak dia duduk dekat belakang laci almari baju. Tu kalau anak dia tersepit dekat laci memang cari pasal lah cerita dia. Tak kacau pun anak-anak dia masalahnya tapi dia yang selalu bersangka buruk. Bukan salah kitorang kalau masuk bilik tiba-tiba anak dia menjerit. 

Sudahnya cari kotak besar untuk Bella dengan anak-anak dia stay dekat dalam tu tapi tak lama pun sebab bila anak-anak dia mula dapat kaki, merata la diorang pergi. Suara memasing dah la nyaring. 


Memandangkan sekarang musim tengkujuh, semua menempel dekat dalam bilik tidur. Masing-masing tak aktif sangat pun sebab banyak habiskan masa dengan tidur je. Ada la seekor dua yang merayap sana-sini tapi sekejap je. Ada yang suka back flip. 


Diorang ni takde nama lagi sebab tak tahu jantan ke betina. Kang bagi nama jantan tiba-tiba nampak dia betina. Lagipun bukannya diorang faham lagi bila panggil nama haha. Dah la muka sama semua, macam mana nak bezakan? 

Since Bella memerlukan me time so kitorang la jaga anak-anak dia lepas diorang settle menyusu. Tak sampai sebulan lagi tapi semua dah tumbuh gigi jadi most of the time jadi tempat diorang test gigi dan kuku. Cepat betul progress diorang eh. I memang first time jaga anak kucing tengok dari keluar dari perut sampai sekarang. 

Kalau dulu tidur dengan Bella, sekarang tidur dengan anak-anak dia. Kira telinga ni dah immune dah bila diorang mengiau. Elok je tidur nyenyak macam biasa sebab penat betul dengan kerja sekarang. Penat mental. Lemau, homesick, murung semua lah ada. 


So far bila perati nampak lah yang kembar 3 ekor ni lasak sebab bapak diorang ajar main gigit sana sini pastu main aci ligan. Antara 3 ekor tu nampak lah ada yang hyper, average dengan pasif. Yang oren tu macam shy shy cat sebab dia suka menyorok bila diorang bertiga ni bergomol with each other. Kadang tu dia lagi suka tidur daripada berjalan merata. Pastu anak mak, menyendeng je kalau Bella ada sekali. Dah la paling comel, so galeri handphone memang penuh dengan gambar dia je :')


Mata diorang semua follow mata bapak padahal mata Bella cantik jugak lah warna kuning jingga. Bila dia tenung sebab berdendam tak bagi makanan yang dia suka, keluar lah mode mata ular dia. Sayang anak-anak dia tak ada pun yang mewarisi mata tu. Semua mata warna biru cair. 

Buat masa sekarang ni tak ada perancangan lagi nak bagi orang, nak lepas ataupun nak bela sebab 4 macam banyak sangat. Padan muka tak neuter awal-awal haha tapi besar kemungkinan bela je lah. Nangis lah nak vaksin, neuter dengan suntik cacing untuk semua. Wish me good luck. 

Simple Water Boost Hydration Duo Kit

2 minggu lepas menyinggah Guardian lepas balik kerja sebab nak beli facial cleanser Simple tapi malang betul sebab dah sold out. Musim PKP ni memang kena banyak redho je kalau stok habis. Nak beli online memang malas lah sebab nak beli cleanser je, satu hal nak kena tunggu lama. 

Masa tu ternampak Simple Water Boost Hydration Duo Kit dekat shelf. Dalam kit ni ada Water Boost Micellar Facial Gel Wash dengan Water Boost Hydrating Booster. Harga satu kit ni dalam RM39 macam tu. Kalau beli secara berasingan, hydrating boost tu RM29 untuk kuantiti 25ml dan facial gel pula RM 23.90 untuk kuantiti 150ml. Jimat lah kalau beli duo kit ni, boleh save sebanyak 27%. 

Since dia ejen pelembap, takde masalah kot kalau nak tukar kepada edition ni. Lagipun facial cleanser dia gel wash, tak lari jauh pun dengan yang sebelum ni. Nak compare dengan yang sebelum ni, better lagi beli edition water boost dengan ekstrak Pentavitin ni sebab yang sebelum ni memang yang basic je. Cuma untuk segarkan kulit muka lepas cuci. Tak ada kegunaan tambahan pun. 

i. Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Untuk facial gel wash ni Simple guna teknologi micellar water untuk mencuci muka dan melembapkan kulit supaya muka tak kusam. Sesuai sangat dengan kulit yang sensitif macam my skin. Sekarang ni memang nak melembapkan kulit je sebab tengah musim panas lepastu duduk bawah air-cond. 

Ingredients : 

Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sodium Chloride, Panthenol, Citric Acid, Disodium EDTA, Glycerin, Hydroxypropyl Cyclodextrin, Iodopropynyl Butylcarbamate, Pantolactone, Phenoxyethanol, Potassium Chloride,Saccharide Isomerate, Sodium itrate, Sodium Hydroxide, Tocopheryl Acetate.

ii. Water Boost Hydrating Booster

Ingredients : 

 Aqua, Glycerin, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Dimethicone, PEG-8, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/Beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Benzophenone-4, BHT, Caprylyl Glycol, Carbomer, Citric Acid, Glyceryl Acrylate/Acrylic Acid Copolymer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Polyvinyl Alcohol, Potassium Carbonate, Potassium Chloride, Potassium Hydroxide, PVM/MA Copolymer, Saccharide Isomerate, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Sodium Lactate, t-Butyl Alcohol, Trideceth-9.

Baca nama produk pun dah tahu hydrating booster ni untuk beri kelembapan ekstra pada kulit. I apply lepas pakai toner sebelum pakai serum dengan moisturizer. Tekstur untuk kedua-dua produk ni tersangatlah ringan macam gel air. Lembut je bila sentuh gel dia. Masa cuci muka guna gel wash memang tak ada buih sangat dan tahap pH dia pH5. Kedua-dua produk ni tak ada bau atau warna. Gel dia jernih macam air je. 

Bila dah selesa pakai water boost edition ni rasanya better stay dengan yang ni je sebab muka lebih segar dan sejuk. Agak mahal berbanding sebelum ni tapi kalau berkesan apa salahnya kan? Nak jimat beli masa sales lah, macam tak biasa ye dak?

Bakar Rotiboy Frozen Pack Guna Air Fryer

Monday, 23 August 2021

Bulan lepas viral pasal Rotiboy dijual secara frozen maka tak lah kitorang melepaskan peluang untuk beli home kit edition ni sebab boleh bake guna air fryer. Rotiboy home kit edition ada 15 biji doh frozen dengan 480 gram coffee cream topping. 


Rotiboy Frozen Pack ni cuma ada mexican coffee bun yang famous tu je lah. Rasanya edition ni cuma nak test water je dalam situasi pandemik ni. For sure lah sales Rotiboy drop teruk bila ramai yang tak boleh keluar rumah sekerap sebelum ni. 

Harga untuk frozen pack ni RM33.00 termasuk SST dan bukannya caj penghantaran. Masa order tu pihak Rotiboy cakap ambil masa paling lewat dalam 3 hingga 5 hari je sebab ramai yang order. Tapi kitorang dapat hujung bulan 29/07/2021. Dalam 3 minggu jugak lah lepas settle buat pembayaran kepada Rotiboy. 

Kitorang pun tak push sangat lah sebab pihak Rotiboy whatsapp untuk follow up bagitahu frozen pack akan sampai hujung bulan. Nasib baik lah level kempunan tak lah tinggi mana sebab tengok gaya viral dah boleh agak tak mampu dapat awal. Bila dah dapat tu craving pun dah hilang so minggu ni baru buat sebab kalau lebih dari 6 minggu lepas sampai dekat tangan, doh tu akan rosak. 


Cara nak bakar roti ni pun senang je. Letak dalam air fryer lepastu letak topping dekat bahagian atas. Jangan tanya lah kenapa comot sangat Pana buat kerja. Tak kerja bakery kan, so ikut suka lah nak calit tanpa seni. Asal tutup permukaan doh tu kira halal lah. 


Dah settle bab topping, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit ikut manual yang Rotiboy bagi lepas scan QRcode yang dia bagi. Tapi pelik betul kejadian Rotiboy Mexican Coffee kitorang haha


Pelik sebab dia tak naik kembang pun macam bun jual dekat Rotiboy tu. Habis topping meleleh ke bawah bila doh tak mengembang dengan jayanya. Bab bau memang wangi dah sebijik sama macam Rotiboy. Bab rasa pulak sedap je hahaha sebab doh tu memang masak cuma tak gebu dan kembang macam bakeri Rotiboy. 


Lepastu bila makan tu kena hati-hati sebab dalam doh ni ada mentega. Bila doh tak kembang, mentega tu cair tapi tak terserap elok. Jadinya dia akan meleleh keluar macam air. Bahaya lah kalau makan panas-panas sebab mulut boleh melecur. 

Tak pasti lah sebab cara kitorang letak bun tu salah ke, sebab tak sesuai guna air fryer ke ataupun dah menuju ke expiry date. Ada lagi 10 doh so kitorang akan cuba bake lagi guna method yang berbeza tapi kalau sama jugak kejadiannya memang beli dekat bakeri je lah lepas ni. Lagipun Rotiboy frozen pack ni dah diberhentikan penjualan sebab permintaan yang terlampau banyak. Siapa yang dah merasa dan berjaya tu memang terbaik lah haha