Movie Review | Blackpink: Light Up the Sky

Sunday, 22 August 2021

Director : Caroline Suh

Writer : Caroline Suh

Cast : Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park, Lalisa Manoban, Teddy Park

Production Company : RadicalMedia, YG Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Documentary

Running Time : 79 minutes

Release Date : RadicalMedia

Trailer :


Dokumentari yang paling tinggi jumlah view di benua Asia terutamanya Indonesia, Malaysia, Singapore, South Korea, Hong Kong dan Thailand adalah arahan dan karya Caroline Suh yang pernah tercalon dalam kategori pengarah terbaik di Emmy Awards 2018. 

Perjalanan Blackpink dari zaman trainee selama 5 tahun sehingga tour terakhir mereka pada tahun 2019 direkodkan di dalam dokumentari Light Up The Sky. Tajuk ni dicadangkan oleh Ji-soo dari lagu mereka, How You Like That. Blackpink adalah girl group pertama di bawah The Black Label, anak syarikat kepada YG Entertainment. Kelolaan sepenuhnya diletakkan di bawah main composer Teddy Park. 

Mana-mana agency talent pun akan ada monthly evaluation jadi sama juga di YG Entertainment bila setiap bulan penilaian dari segi vokal dan tarian dibuat di hadapan CEO Yang Hyunsuk (YG) bersama jurulatih, komposer atau senior artist. Dalam semua trainee yang ada, Jisoo, Lisa, Jennie dengan Rose paling menyerlah baik secara individu mahupun berkumpulan. Dari 9 orang trainee perempuan sehingga lah dikecilkan jumlah kepada 4 orang perempuan yang mempunyai chemistry dan energy yang tinggi sehingga membentuk sinergi yang kuat.

Dokumentari dari Caroline Suh mungkin lebih menarik kalau spesifik kepada konsep yang dibawa oleh YG Entertainment dan The Black Label daripada bercerita tentang industry Kpop. Kenapa Blackpink berbeza dengan girl group yang lain? Sebab konsep YG Entertainment yang tertumpu pada genre muzik hip-hop, EDM dan trap dengan konsep utama yang diperkenalkan sejak zaman Big Bang iaitu bad ass, dark dan edgy. 

Blackpink sendiri datang dengan matlamat untuk pecahkan streotaip terhadap warna pink yang dijadikan simbolik sebagai cantik dan sweet. Blackpink mahu dipandang sebagai kumpulan yang bukan sahaja cantik malah mempunyai bakat yang cemerlang. Lirik lagu dengan mesej empowerment dan revolusi kepada remaja perempuan dan juga wanita sama ada casual listeners mahupun fandom mereka, BLINKS. Sayangnya dokumentari ni lebih terarah pada background individu dengan skrip yang agak longgar tanpa hala tuju yang jelas. Poster pun tak menggambarkan identiti Blackpink. 

Macam mana Blackpink boleh takluk benua Asia, Amerika dan beberapa negara sehingga terkenal juga tak diceritakan dengan mendalam. Macam mana popularity Blackpink boleh tarik minat Dua Lipa, Lady Gaga, Halsey, Ariana Grande ataupun Selena Gomez untuk bekerjasama pun tak diceritakan secara jelas. Hanya mention beberapa nama besar sekali lalu sahaja dalam studio. Bahkan idea nama Blackpink sendiri tak diceritakan sedangkan sepatutnya nama asal ialah Pink Punk. 

Dekat intro scene ada clip group iKON haha lepastu ada scene dekat apartment diorang yang terletak di atas dorm iKON. Masa Blackpink dengan Teddy bercerita pasal lagu debut, Whistle tu dah excited kot ada clip Blackpink dengan B.I tapi besar sangat harapan tu. Mesti lah YG dah filter out. 

I’m not a fan of Blackpink and I’m watching this because I just want to know their strategy in the industry. Malangnya tak dapat jawapan dari dokumentari ni tapi cukup dengan fakta Blackpink adalah girl group kedua di bawah YG Entertainment. Macam mana 2NE1 dapat perhatian ramai dengan konsep bad ass, macam tu juga lah Blackpink. 

Sebelum debut lagi keempat-empat mereka sudah dapat perhatian dan diperkenalkan oleh senior artist di bawah label yang sama. Jennie yang pernah muncul bersama G-Dragon, Lisa bekerja sebagai model YG Entertainment, Jisoo bekerja beberapa kali dengan iKON.

Ironinya Blackpink muncul untuk pecahkan streotaip visual yang cantik tapi kebanyakan peminat Blackpink jatuh cinta dengan kecantikan bukan kerana bakat. I may sounds like anti or haters but yeah Blackpink is overrated. Sama macam Chinese dessert yang Jennie dengan Jisoo buat dekat dorm tu, tak lah teruk tapi tak lah bagus mana. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6.4/10

Movie Review | Mat Bond Malaya (2021)

Pengarah :  Nabil Ahmad

Penulis Skrip :  Nabil Ahmad

Pelakon :  Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar, Amyza Aznan,  Farid Halus, Aloy Paradoks, Mamat Khalid, Michael Ang, Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman, Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura

Syarikat Produksi : N/A

Pengedar :  Astro Shaw, Astro First (saluran  480)

Genre :  Sci-fi / Aksi / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 20 Julai 2021

Trailer :


Selepas telemovie The Hantus, Nabil Ahmad buat kemunculan sulung sebagai pengarah dengan movie Mat Bond Malaya. Movie ni dijadikan tribute kepada Mat Bond (1967) tapi dengan template yang lebih santai dan genre sains fikyen yang mempunyai zombie. Jelak sebenarnya bila asyik dihidangkan zombie tambah pula tak jauh pun jarak masa dengan terbitan movie Zombitopia (2021) di Disney+ Hotstar. 

Walaupun tajuk movie Mat Bond Malaya tapi watak utama, Mat (Naqiu) hanyalah seorang budak suruhan di pejabat organisasi SPY dan menjadi pembantu seumur hidup kepada G (Farid Halus). Mat jatuh cinta dengan Bondi (Elizabeth Tan), antara ejen terhebat di organisasi tersebut. 

Malangnya selepas misi menjejaki dua orang ejen sebelumnya di sebuah kepulauan kepunyaan Dr. Ebel (Azri Iskandar), Bondi pulang semula kemudiannya bawa virus zombie jongang. Dekat sini dah menyampah dah sebab Nabil tak berubah suka body shaming walhal dah belajar ilmu agama. Apa kelebihan zombie jongang selain unsur komedi? Tiada. 

Cerita tentang Mat ni berubah mengikut idea dan perbincangan Nabil bersama pengarah-pengarah ternama dalam industri seperti Michael Ang, Aziz M. Osman, Ghaz Abu Bakar dan Mamat Khalid. Sambil dia ceritakan idea dia, sambil cerita Mat berjalan. Walaupun jalan cerita lemah tapi teruja tengok banyak cameo seperti Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura. TokRam pun ada cameo sebab Nabil pujuk dia berlakon sekali. 

Visual yang digunakan menggunakan tona warna vintage sebagai homage kepada filem Mat Bond sebelumnya. Tak banyak VFX digunakan dalam filem bertemakan ejen perisik negara sebab kebanyakan lokasi bertempat di bangunan SPY tersebut. Ada satu sahaja babak bila Mat kejar Dr. Ebel tapi menyedihkan sangat visual effects dia. Baik guna kereta je lah. Bab makeup effects tahap cerita zombie tempatan yang tipikal lah ataupun mungkin sengaja buat zomba ala Zombi Kampung Pisang sebab ada Mamat Khalid. 

Lakonan Naqiu boleh tahan lah dengan naskhah santai dan komedi macam Mat Bond Malaya terbitan Astro Shaw ni. Chemistry dia dengan Lizzy pun nampak both of them selesa bekerja bersama. Kemunculan Amyza Aznan sebagai mak dengan Farid Halus sebagai sidekick banyak membantu watak Mat dalam cerita ni. 

Walaupun tak suka jenis komedi yang dihidangkan oleh Nabil Ahmad tapi ada beberapa babak yang mencuit hati macam babak Mat dengan G menyamar sebagai lukisan dan sofa. Babak Mat berlari dengan latar lagu Episod Cinta- Boboy tu drama sangat. 

Lakonan Azri Ahmad sebagai Dr. Ebel agak try hard dan buang masa terutamanya pada babak dia bersama anak-anak buah berusaha keras untuk buka pintu bangunan. Untuk apa? Kekeliruan ni sama dengan kekeliruan Dr. Rahman dalam Zombitopia mencipta dinosaur. Product placement pun muncul siap dengan banner. Bila entah industri kita nak belajar letak product placement secara kreatif. Bukan kita tak tahu kegunaan Panadol Uphamol untuk apa. 

Filem ni guna bajet sebanyak RM10 juta dari FINAS tapi sayang lah hasilnya tak lah begitu berkualiti walaupun ada cameo dari Ghaz Abu Bakar. Rasanya movie macam ni elok jadi telemovie daripada keluar tayangan di pawagam ataupun saluran berbayar seperti Astro First. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

Director : Abhishek Dudhaiya

Writer : Abhishek Dudhaiya, Raman Kumar, Ritesh Shah, Pooja Bhavoria

Cast : Ajay Devgn, Sanjay Dutt, Sharad Kelkar, Sonakshi Sinha, Ammy Virk, Pranitha Subhash, Nora Fatehi, Ihana Dhillon

Production Company : T-Series, Ajay Devgn FFilms, Select Media Holdings LLP, Panorama Studios

Distributor : Disney+Hotstar

Genre : War / History / Drama

Running Time : 113 minutes

Release Date : 13 August 2021

Trailer :


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan India, movie Bhuj : The Pride of India ditayangkan di Disney+ Hotstar, sehari selepas movie Shershaah (2021) dengan mengangkat tema yang sama ditayangkan. Bila ada dua movie ditayangkan dalam masa yang dekat ataupun clash, susah untuk tidak buat perbandingan tambahan pula bila tema dan genre yang sama. 

Movie Bhuj : The Pride of India ni mengisahkan tentang keberanian pegawai tentera udara, Vijay Srinivas Karnik (Ajay Devgn) yang bermati-matian pertahankan kawasan Bhuj, Gujrat yang terletak di Selatan Pakistan. Pada tahun 1971 India hantar askar ke sana untuk melindungi penduduk setempat dari dibunuh secara besar-besaran oleh tentera Pakistan. 

Dari awal movie sampai lah ke minit yang ke-90 baru kita dipaparkan dengan kejadian sebenar di mana 300 orang penduduk tempatan bantu Vijay untuk bina airstrip di Bhuj. Kalau tak tahu apa tragedi bersejarah di Bhuj ni memang tak tahu langsung apa yang pengarah nak hidang kepada penonton. Dengan scene jumps sana sini tanpa memberi impak sebaliknya buatkan cerita makin serabut. 

Nak kata ni adalah debut movie kepada pengarah juga penulis Abhishek Dudhaiya pun tidak juga sebab penulis skrip untuk movie ni ada ramai. Tapi bila tengok kebanyakan scene dengan dialog yang merepek, laughable dan cringe, geleng kepala jadinya. Macam scene Vijay jawab call askar Pakistan

‘Yeh kaun hai?’ (Siapa ni?)

‘Tera baap’ (Ayah kau)’

I mean dude, dah masuk 2021 kot, takkan lah nak letak lagi ayat macam ni. Sama juga dengan dialog untuk scene Heena Rehman (Nora Fatehi) kantoi jadi perisik India. Lagi sedih bila watak isteri Vijay tak ada dialog langsung. Dia pandang muka suami dia je sepanjang masa. 

Sembang pasal lakonan dan watak Nora Fatehi yang muncul sekejap tapi cukup untuk mencacatkan lagi penceritaan. Mana ada perisik pergi training pakai makeup dengan mascara melentik, kening terbentuk elok dilukis dengan subang dekat telinga. Scene dia fight tu lembiknya, kenapa lah tak ambik body double supaya nampak real? 

Masa scene dia kantoi perisik tu muka dia kena tonyoh dekat cermin yang retak, kena sagat atas ke bawah tapi luka dekat dahi secalit je. Kata perisik tapi buat kerja cincai tinggalkan kesan sana sini sampai askar perasan. Bila kena tangkap untuk dibunuh, luka dekat dahi tu berubah tempat pula. Tak kisah tau kalau actress nak cucuk fillers ke apa tapi jangan la sampai nak menangis pun seksa nak deliver. 

Sama juga dengan lakonan Sonakshi Sinha sebagai Sunderben Jetha Madharparya yang digambarkan sebagai watak penduduk tempatan yang berani. Beria tau pengarah tiru scene Kangana fight sambil dukung baby dalam movie Manikarnika (2019) sebab nak tunjuk yang watak Sunderben ni kuat dan handal. Tapi scene ni jadi kelakar sebab vfx harimau bintang tu tak real. 

Sama jugak lah semua scene yang memerlukan green screen dan khidmat VFX bila kesemuanya nampak kartun. Daripada nak rasa gerun dengan keadaan di medan perang jadi kelakar sbab nampak macam dalam video game. Scene Vijay terpelanting masa kena bom dengan askar Pakistan tu kelakar sangat sebab dia guna vfx. 

Lakonan Ajay memang sepenuhnya nak nampak patriotik dan macho yang try hard sangat sampai jadi cringe bila tengok. Bayangkan ada time bomb dekat kem tapi dia turun tak pakai hazard suit pun sebab dia kata kalau ajal datang menjemput dia akan mati tapi kalau belum waktunya, bom pun tak mampu bunuh dia. Hmmm okayyyy. 

Movie berdurasi 113 minit ni dari awal lagi merepek ditambah dengan terlalu banyak cerita disumbat dalam satu masa. Dah la banyak watak sampingan dengan lakonan yang ala kadar asal boleh je. Music album dengan background music tak best.  


Jauh sangat beza dengan movie Shershaah yang meninggalkan kesan emosi dan semangat patriotism yang mendalam dan dipaparkan secara realistik. Manakala Bhuj hanya platform untuk Ajay Devgn nampak gagah sebagai hero. Jatuh terpelanting, kena bom, serang kem musuh dan banyak lagi tanpa kesan calar pada baju atau kesan terbakar. The list keeps going on so I need to stop typing. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 2.9/10