Movie Review | The 8th Night (2021)

Wednesday, 21 July 2021

Director : Kim Tae-hyoung

Writer : Kim Tae-hyoung

Cast : Lee Sung-min, Park Hae-joon, Kim Yoo-jung, Nam Da-reum, Park Se-hyun

Production Company : Gom Pictures, Gogo Studio

Distributor : Netflix, Little Big Pictures

Genre : Mystery / Horror

Running Time : 115 minutes

Release Date : 2 July 2 2021

Trailer :


“2,500 years ago, a monster started opening the door that bridges the human realm to Hell, in order to make humans suffer.”

Berlatarkan kisah silam purba yang hampir mencecah 2000 tahun lamanya, The 8th Night mengisahkan mengenai peti Sarira yang mengaktifkan segala kejahatan. Professor Kim Joon-cheol (Choi Jin-ho) jumpa kembali artifak tersebut di sempadan India-Pakistan selepas sekian lama membuat kajian. Penemuan tersebut dikatakan palsu sehingga memalukan nama dia. Terkesan dengan situasi tersebut, dia masukkan semua darah yang dia ambil dari beberapa volunteer yang pernah cuba untuk bunuh diri.

Peti Sarira mempunyai dua mata di mana satu mata menjadi simbolik kepada kerisauan dan satu lagi simbolik kepada ketakutan. Bila dua mata ni bergabung, ia akan membentuk kehidupan seolah di neraka dan berkemungkinan dunia ni akan musnah. Sami baru, Chung-seok (Nam Da-reum) diarahkan pergi mencari bekas sami Park Jin-soo (Lee Sung-min) supaya dapat bunuh Virgin Shaman untuk menghalang aktiviti jahat ni tersebar sebelum malam ke-8. 

Dalam masa yang sama Detektif Kim Ho-tae (Park Hae-joon) menyiasat beberapa kematian yang pelik dan mengerikan bila mayat mangsa mereput walhal baru beberapa jam meninggal. Bila dia ternampak Jin-soo di beberapa tempat kejadian dengan kapak, dia mula syak lelaki tersebut adalah pembunuh bersiri untuk kes ni. 

Masa tengok trailer movie The 8th Night karya Kim Tae-hyoung ni macam menarik sebab idea yang fresh dan unik tapi bila tengok full movie memang kecewa habis. Pace perlahan tu satu hal, kenapa professor tu beria habiskan seluruh hidup dia untuk musnahkan dunia pun tak faham sedangkan dia tubuhkan komuniti untuk halang orang dari bunuh diri. 

Watak Detektif Kim Ho-tae paling merepek sekali dalam cerita ni sebab tak membantu apa-apa langsung pada penyiasatan ataupun misi Jin-soo musnahkan peti Sarira. Watak dia ada sebab penulis nak dia ada untuk tambah halangan pada watak Jin-soo. Nasib baik lah dialog yang dia lontarkan menarik bila anak buah dia cakap pasal psikik buatkan tangkal untuk lindungi dia. Savage!

“Then why do detectives exist? Shamans could catch the bad guys.” - Detektif Kim Ho-tae

Kenapa watak Chung-seok beria nak defend Ae-ran (Kim Yoo-jung) pun jadi persoalan juga sedangkan dia dah tahu betapa pentingnya misi untuk musnahkan peti Sarira. Kita nampak watak dia patuh pada arahan sami tua tapi senang betul dia berubah hati pada second half. 

Kekuatan pada movie The 8th Night ni mungkin pada idea yang menarik dan vfx yang bagus dari Choo Kyeong-yeob. Makeup untuk watak yang dirasuk nampak mengerikan. Effect pada muka pun menjadi tanpa nampak seperti kartun. Lakonan beberapa watak bagus dan beberapa watak lagi agak kaku. Seram tengok pelajar sekolah perempuan tu senyum dengan pipi terbelah bila dia nampak mangsa. 

Nak kata movie ni seram pun tak jugak sebab elemen seram tu langsung tak ada. Pengarah tak tunjuk sangat pun momen seram. Ada tapi tak banyak untuk meletakkan movie ni sebagai movie seram standing dengan The Conjuring 3 (2021).  Jump scare dan plot twist yang predictable dengan music score yang lemah menambahkan lagi rasa menyampah. 

Masa tengok Profesor tu kutip artifak merepek pun dah mula menyampah dah lagipun tak boleh nak connect atau relate dengan movie ni sebab bendanya tak wujud pun, konflik yang ada pun tak membantu menambahkan rencah. Layan movie ni sebab dah tertengok sambil habiskan lunch je lah. Esok lusa lupa la movie ni pernah wujud. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Movie Review | J2 : J Retribusi (2021)

Tuesday, 20 July 2021

Pengarah : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah

Penulis Skrip :  Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf

Pelakon : Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Yiming Chen, Ainin Batrisya, Amelia Henderson, Rosyam Nor, Theeban G., Eric Chang

Syarikat Produksi :  Primeworks Studios, Infinitus Films, Sunstrong Entertainment, TGV Pictures

Pengedar :  Disney Hotstar

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 95 minit

Tarikh Tayangan : 1 Jun 2021 (Malaysia), 25 Jun 2021 (Brunei)

Trailer :


Lepas tragedi yang berlaku dalam Unit Tindakan Khas (UTK), Jay berhenti dan menjadi bodyguard kepada Nadi (Ainin Batrisya), anak perempuan tunggal Dato’ Hashim (Rosyam Nor). Hari yang penting buat Dato’ Hashim bila dia akan mengumumkan persaraan dia dan menyerahkan bisnes kepada Liu Kang (Eric Chang), businessman dari China yang ditemani oleh bodyguard dia, Chang (Yiming Chen).

Business deal tersebut diadakan di Berjaya Hotel dengan kehadiran para media dan tetamu jemputan lain. Nadi dan Jay juga berada di sana untuk meraikan hari tersebut. Jay perasan ada sesuatu yang tak kena di ruang lobi dan bertambah pelik bila staff hotel datang hantar kek secara tiba-tiba. Tekaan dia tepat bila tak lama kemudian hotel tersebut diserang pengganas yang diketuai oleh Taufik (Ashraf Sinclair). 

Tujuan serangan tersebut kerana Taufik perlukan plat duit yang digunakan oleh Dato’ Hashim dan Liu Kang untuk mencetak duit secara haram. Plat dan semua harta mereka disimpan di dalam peti besi yang terletak di bahagian basement. Taufik perlukan Nadi sebagai umpan supaya Dato’ Hashim berlembut hati untuk serahkan passcode. 

Sekuel kepada J Revolusi (2017) yang diterbitkan di bawah syarikat produksi kepunyaan pelakon terkenal negara China, Andy Lau ni tidak lagi berlatarkan skuad Unit Tindakan Khas (UTK) bila watak Jay bergerak solo. Bukan sahaja pelakon sampingan sudah bertukar orang, tugas pengarah juga digalas oleh duo Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah. 

Walaupun penulis masih lagi dari karya Alfie Palermo yang dibantu oleh Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf tapi jalan cerita ketara benar dicedok dari filem luar negara. Tapi kalau genre aksi ni penceritaan tak lah begitu dititikberatkan. 

Sama seperti previous installment, J2 : J Retribusi tak mengembangkan watak wanita dengan begitu mendalam dan kali ni lebih tepat lagi, tak diberikan perhatian langsung sebab watak Amy (Amelia Henderson) cuma bergantung harap pada Chang dan Jay. Lagi best kalau Amy ada kekuatan sendiri sebab pangkat dia adalah manager yang menguruskan Berjaya Hotel. Tengok dari landskap bangunan, bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan oleh seorang yang dipaparkan sebagai loser. Excited masa nampak Niezam Zaidi tapi sayang betul watak dia muncul sekejap je. Selalu macam tu kan, kalau dapat berlakon movie bagus, watak dia pulak yang problem. 

Movie J2 : J Retribusi adalah movie terakhir dalam karier arwah Ashraf Sinclair di mana dia memegang watak antagonis yang menggerunkan. Dia ada karismanya tersendiri, tak perlu guna kata-kata kesat pun untuk show off his bad character. Cukup dia mencerlung pada mangsa pun dah rasa seram. 

Tak pasti apa kaitan dia dengan watak Andra sebab tak dijelaskan langsung sedangkan Taufik berulang kali bagitahu anak buah dia Jay orang yang sama bunuh Andra. Kalau penulis buat mereka ada pertalian mungkin dendam dan amarah tu lebih bersifat personal dan scene pertarungan mereka berdua nampak lebih tegang. Elemen drama tak diadun dengan baik dalam sekuel kecuali scene Dato’ Hashim menangis dalam tandas. Nasib baik ada Rosyam Nor yang memang handal bermain emosi. 

Sinematografi dan visual dari Teck Zee Tan agak jauh berbeza dengan hasil kerja Haris Hue Abdullah bila dia banyak bermain dengan transition dan close up shots. Ada scene yang nampak cantik bila dibuat gegar seolah kita melihat melalui lensa mata Jay tapi ada scene yang lebih baik kalau dibuat secara panorama sebab tak puas tengok stunt action Jay hasil koreografi Keung Kam-Kui. Aksi Taekwondo dari Cheng pun cantik tapi nampak sangat sengaja nak show off martial art skills dia bila hallway tu penuh dengan meja yang jatuh dan terletak elok sebagai penghadang. 

Watak Jay kali ni cuma berinteraksi dengan kanak-kanak je tapi dia punya sweet tu manis leting. Karakter dia tough tapi dalam masa yang sama sweet jugak sampai tenggelam relationship Nadi dengan ayah dia. Tak pasti kalau watak Cheng akan join Jay dalam installment ketiga tapi dinamik mereka berdua sama bagus pada second half. Dalam sekuel ni tak ada watak yang kelakar tapi ada momen antara Jay dengan Chang yang menghiburkan. 


Sama macam J Revolusi, lagu latar Ralit – Tuju ft Malik Abdullah kurang menyengat dan tak memberikan impak pada penceritaan. Sebagai sekuel, J Retribusi sarat dengan aksi yang mendebarkan dan persembahan beberapa watak yang cemerlang dan tak melebih kalau kata J Retribusi adalah movie aksi terbaik untuk tahun 2021. Tahniah kepada team production yang berjaya tembus ke pasaran Brunei. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Movie Review | J Revolusi (2017)

 

Pengarah :  Zulkarnain Azhar

Penulis Skrip : Alfie Palermo

Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra, Hans Isaac, Fatimah Abu Bakar, Azri Iskandar, Juzzthin

Syarikat Produksi : Grand Brilliance, Infinitus Productions

Pengedar :  Primeworks Distribution (Malaysia), DLUX Entertainment (Singapore), Youku, iQiyi, China Film Studio Ltd (China), Netflix

Genre : Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 2 March 2017 (Malaysia), 10 March 2017 (Singapore)

Trailer :


Masuk ni dah kali keempat dah kot tengok movie ni tapi asyik lupa nak buat review so memandangkan sekuel dia dah keluar, kita layan balik lepastu buat review. Franchise yang diinspirasikan dari trilogi "James Bond Malaya" - Gerak Kilat, Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya lakonan Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin mengisahkan tentang Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), ketua Unit Tindakhas (Special Forces Unit).

Dalam operasi untuk menghalang penjualan Ultra Virus oleh Andra (Farid Kamil), ramai ahli pasukan yang terkorban. Jay pula dituduh sebagai pembelot oleh Jiman (Iedil Putra) bila dia cuba untuk selamatkan kakak dia, Dian (Fazura) selepas diculik oleh Andra. Teguh dengan pendirian dan setia pada persahabatan,  Skodeng (Azad Jasmin) dan juga Eddie (Izara Aishah) cuba bantu Jay. 

Sementara Jiman bersungguh dengan teori dia, Komander (Omar Abdullah) cuma jadi pemerhati sebab nyawa anak-anak dia yang jadi taruhan dalam operasi ni. Jalan cerita J Revolusi simple je sebab nak perkenalkan beberapa watak utama dalam franchise dengan installment pertama – J. Revolusi yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar. 

Keluar dari kebiasaan bila penceritaan J. Revolusi berlatarkan Unit Tindakhas (Special Forces Unit) bila tak ramai yang cakna dengan unit khas yang mendapat arahan yang sama iaitu Bukit Aman. Macam mana cara mereka bekerja, hirearki dan kostum dipaparkan dengan baik selama 100 minit. Walaupun ada beberapa dialog yang kaku tapi boleh abaikan sebab tak mengganggu perasaan masa menonton sangat pun. Jarang nak jumpa movie genre aksi dengan elemen drama dan komedi yang diadun dengan seimbang. 

Cuma sayang lah watak Dian tak dikembangkan dengan lebih mendalam sebab karakter dia banyak bermain dengan emosi sampaikan ketegangan pada plot twist terasa lemah. Sama juga dengan watak Jiman yang tak suka dengan cara Jay lead ahli pasukan dia. Berani pulak tu bagitahu Komander walaupun serkap jarang dia cuma menggunakan teori yang lemah dan berlandaskan emosi semata. Tak ada ruang untuk dua watak ni berkembang dengan baik walaupun lakonan kedua pelakon bagus. 

Sebelum ni tak pernah suka dengan lakonan Farid Kamil sebab dia agak kayu. Nasib baik dalam J. Revolusi ni dialog ataupun solo screen dia tak banyak sebab pengarah tahu kekuatan dia pada stunt action. Malah tak tenggelam pun bila berkongsi skrin dengan Zul Ariffin sebab sama-sama deliver watak dengan cemerlang. 

Penulis pun tak cuba olah watak Jay sebagai hero yang terlebih kuah. Realistik seprtimana penceritaannya juga. Pengarah pun pandai menggunakan kekuatan Zul Ariffin dengan beberapa babak dengan Eddie dan Dian supaya dia pamerkan killer smile atau smirk mahal. Baik Fazura mahupun Izara, kedua-duanya ada chemistry yang bagus dengan Zul. 

Sinematografi dan suntingan visual mendapat sentuhan yang sama dengan franchise terkenal Polis Evo (2015) iaitu Haris Hue Abdullah yang pernah menang kategori Sinematografi Terbaik di FFM. CGI tampak realistic, syot yang menarik dan membantu stunt action nampak menarik dan bertenaga. Bukan sahaja watak lelaki dapat beraksi dengan stunt choreography yang sharp dan kemas malah watak perempuan  juga menyerlah. Suka dengan scene Eddie berlawan dengan Jay di rumah Siew. Lagu tema Rempuh dari Tomok & Black kurang menyengat dan tak member impak pada mood penceritaan pun. 

Jarang lah nak layan cerita tempatan tambah pula genre aksi banyak kali tanpa rasa jemu. Mungkin salah satunya sebab Zul Ariffin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10