Nak Kurangkan Dapat Kesan Sampingan? Jangan Ambil Paracetamol Sebelum Vaksin COVID-19!

Friday, 16 July 2021

Tahukah anda, ada banyak manfaat vaksin COVID-19 terhadap kesihatan kita? Bayangkan, satu hari nanti kita mungkin boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa perlu melakukan penjarakan sosial atau memakai pelitup muka. Namun, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak mengambil vaksinasi terhadap COVID-19.

Untuk lebih banyak artikel kesihatan sila klik gambar untuk ke laman Hello Doktor :)

Pada waktu ini, negara kita sedang giat memberikan suntikan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Pemberian vaksin ini amat penting untuk menghentikan penyebaran wabak. Walau bagaimanapun, sebagai penerima vaksin, pasti ada juga rasa resah dan tidak yakin mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin yang diterima.

Untuk artikel kali ini, kami akan mengupas lebih lanjut mengenai manfaat vaksin serta kesan sampingannya. Selain itu, akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai imuniti kelompok ataupun herd immunity dan mengapa kita perlu mencapainya secepat mungkin.

Manfaat vaksin, benar atau dibuat-buat?

Sebenarnya, ada banyak manfaat vaksin COVID-19 untuk kita. Selain dapat melindungi kita daripada jatuh sakit, vaksinasi juga dapat menghalang anda daripada menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Semakin ramai yang mengambil vaksinasi, semakin sukarlah penyakit ini merebak. Kita juga akan selangkah lebih dekat untuk mencapai imuniti kelompok. Tetapi, apakah maksud sebenar imuniti kelompok? Mungkin ramai yang pernah mendengar terma ini di kaca televisyen ataupun di corong radio, namun tidak benar-benar memahaminya.

Imuniti kelompok dapat dicapai apabila sebahagian besar masyarakat (kelompok) menjadi imun terhadap sesuatu penyakit. Hasilnya, seluruh kumpulan masyarakat itu akan terlindung daripada penyakit tersebut, termasuklah mereka yang tidak imun.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai imuniti kelompok. Selalunya, ahli masyarakat yang imun perlu mencecah peratusan tertentu sebelum imuniti kelompok boleh dicapai. Peratusan ini juga berbeza dari satu penyakit ke penyakit.

Sebagai contoh, imuniti kelompok terhadap penyakit polio adalah sekitar 80%. Baki 10% lagi akan terlindung daripada penyakit ini. Untuk campak pula, populasi yang perlu mengambil vaksinasi adalah sebanyak 95%. Tinggi bukan?

Namun, untuk COVID-19, peratusan yang perlu divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok masih belum diketahui. Melalui program PICK, kerajaan menyasarkan untuk melakukan vaksinasi kepada 80% rakyat Malaysia menjelang akhir tahun.

Ada dua cara untuk mencapai imuniti kelompok iaitu melalui vaksinasi dan juga jangkitan. Sudah tentulah, pemberian vaksinasi lebih selamat berbanding jangkitan COVID-19! Ini juga merupakan salah satu manfaat vaksin COVID-19 yang mungkin ramai terlepas pandang!

Kesan sampingan COVID-19, fakta atau auta?

Tidak dinafikan, vaksin akan menyebabkan kesan sampingan tertentu. Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Kebanyakan penerima vaksin akan mengalami simptom seakan-akan demam, termasuklah:

  • Sakit dan bengkak pada kawasan suntikan.
  • Rasa letih.
  • Sakit kepala.
  • Rasa seram sejuk.
  • Demam.
  • Sakit otot dan sendi.
  • Rasa loya dan muntah-muntah.
  • Kulit merah atau muncul ruam pada kawasan suntikan.
  • Nodus limfa membengkak.

Setelah menerima vaksinasi, anda digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin atau antihistamin untuk sebarang ketidakselesaan yang anda alami. Untuk suntikan kedua, kesan sampingannya mungkin lebih teruk berbanding suntikan yang pertama.

Semua ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi berdekatan. Walau bagaimanapun, jangan ambil ubat ini sebelum vaksinasi ya! WHO juga tidak menggalakkan anda untuk mengambil sebarang ubat untuk mengelakkan kesan sampingan sebelum mendapatkan vaksinasi.

Kesan sampingan selepas vaksin COVID-19 merupakan sesuatu yang biasa. Malah, vaksin biasa juga boleh menyebabkan reaksi seperti demam dan kelesuan. Menurut pakar, reaksi yang sederhana merupakan tanda sistem imun badan sedang bertindak balas dengan vaksin. Malah, normal jika anda perlu berehat selama beberapa hari selepas menerima vaksin.

Tetapi, jika anda tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, itu bukanlah bermaksud vaksin tersebut tidak berkesan! Malah, anda merupakan golongan yang bertuah jika tidak mengalami sebarang reaksi terhadap vaksin.

Jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika ada sesuatu yang abnormal berlaku pada kawasan suntikan anda.

Jangan pandang rendah manfaat vaksin!

Tidak dinafikan, manfaat vaksin amatlah besar lebih-lebih lagi ketika negara dilanda wabak COVID-19. Selepas vaksinasi, tidak mustahil kita mampu melakukan semua aktiviti yang tergendala disebabkan pandemik.

Vaksinasi adalah selamat dan mungkin satu-satunya jalan untuk kita melawan COVID-19. Walau bagaimanapun, pastikan anda tahu tanda-tanda kesan sampingan vaksin yang teruk, terutamanya jika anda mempunyai alahan.

Namun, setelah mendapatkan vaksinasi, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan norma baharu.

Vaksin COVID-19 telah dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak. Malah, ia juga telah diuji dengan teliti melalui beberapa fasa ujian klinikal. Semua langkah ini diambil untuk memastikan vaksin efektif dan berkesan untuk kegunaan semua orang daripada setiap lapisan masyarakat.

Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama menyokong PICK kelolaan kerajaan. Bersama, kita mampu melawan COVID-19!

Twitter Space : Sembang Sastera Media Selangor 2020

Thursday, 15 July 2021

Semalam berkesempatan untuk join Twitter Space anjuran Media Selangor mengenai Sembang Sastera 2020. Masa tu tak tahu pun Space tentang topik apa sebab ternampak Kak Neddo tengah live. Tengah bosan tak buat apa I pun join lah tanpa segan silu haha

Rupanya Media Selangor tengah berbicara tentang penulisan artikel, cerpen ataupun puisi. Topik ni dibuka untuk bagi tips kepada penulis-penulis mencari idea, tips untuk hantar karya kepada Media Selangor dan banyak lagi lah dibincangkan dalam masa satu jam setengah. Kak Neddo dijemput sebagai Speaker bersama penulis Hafiz Latiff, Mulyono, Wani Ardi dan Fazallah Pit. Jujur cakap I kenal Kak Neddo Khan je sebab dia penulis favorite dan yang lain tu tak kenal pun siapa atau biodata sebab I terlambat masuk. 


Dah la I terlambat masuk lepastu terpaling awal keluar sebab tertidur setengah jam sebelum habis tu. Penat punya pasal kan, tak perasan memasing dah bye bye dah. Walaupun I sempat join sejam je tapi perkongsian yang menarik lah dari beberapa orang penulis dan editor tentang nak tulis apa?

Memandangkan I ada jot down beberapa point dari beberapa orang speaker, I will share here for future reference. 

1. 'Nak cari idea sangat mudah sebab idea ada di sekeliling kita tapi nak mendisiplinkan diri untuk menulis itu susah' - Kak Neddo

2. Berbeza medium, berbeza cara penulisannya. Dalam konteks ni, Kak Neddo cerita pengalaman dia menulis skrip lakon layar dengan penulisan di dalam novel. 

3. Niche karya penulisan Kak Neddo adalah perhubungan sebab ianya sesuatu yang universal; semua orang boleh relate. Kebanyakan karya dia bersifat character-driven di mana dia ambil dari dunia sebenar. Tak kisah lah apa genre sekalipun tapi nilai kemanusiaan tu kuat dalam karya dia. 


4. Menulis adalah kerja satu minit, satu jam tapi nak membesarkan atau jaga karya tu memerlukan masa yang banyak. - Mulyano

5. Untuk buat orang suka dengan penulisan kita, kena ambil tahu apa yang pembaca suka. - Mulyano

6. Tulis je apa yang kita nak tulis, suka ataupun tidak tu terpulang kepada pilihan pembaca. - Wani Ardi

7. Penulis zaman generasi dulu lebih pentingkan mesej, berbeza dengan penulis zaman sekarang yang mempunyai kreativiti tinggi. Mesej tak penting tapi estetika karya tu sendiri. Kalau terlampau pentingkan mesej, hilang seni untuk berkarya sebab terikat. - Mulyano

8. Penulis kena berani menulis apa sahaja. Dekat Malaysia ni kekurangan karya dengan genre humor atau jenaka. - Mulyano

9. Lain orang lain cara dia untuk menulis. Kalau dalam movie penulis novel digambarkan sebagai seorang yang suka berkurung dalam bilik tapi Kak Neddo suka menulis dalam suasana yang bising atau riuh. Masa dia membesar, rumah dia sentiasa dipenuhi dengan orang yang datang berkunjung so dia dah terbiasa dengan suasana macam tu. Kadang-kadang dia suka menulis dekat kedai mamak untuk tengok sendiri gelagat orang lain. Bila terkurung masa lockdown ni, otak dia pun jadi lemau.


10. Politik negara memberi kesan kepada semua benda. Setiap kali negara bergolak kerana politik maka situasi tu akan melahirkan lebih banyak karya yang progresif, daring dan sebagainya. Penulis akan meluahkan atau lepaskan geram dalam karya dia. Zaman kita tak ada peperangan jadi covid-19 adalah perang kita. 

11. Use your emotion sama ada sedih, marah atau gembira dalam karya jadi pembaca boleh connect dengan watak-watak dalam karya tu. - Kak Neddo

Ni je lah yang I dapat share dekat dalam entry ni, semoga dapat membantu you guys yang berhasrat untuk hantar karya cerpen atau puisi pada pihak editor. Speaker Mulyano kata kalau hantar karya tu jangan hantar sampai 40 karya dalam satu email. Memadai cuma satu karya ataupun paling banyak 3 karya sahaja. Bagi ruang dan peluang untuk editor baca karya yang dihantar. 

I terkilan dengan speaker sebab diorang kata blog dah tak relevan dan dah tak wujud sekarang sedangkan komuniti blogger masih ramai di area KL dan Selangor. Apatah lagi I join Space ni untuk tambah pengetahuan untuk improve penulisan blog. Since Space ni I masuk sebagai listener, maka pendam rasa je lah bila berulang kali mention benda sama haha. 


Kalau you guys ada kenal speaker dalam senarai tu please sampaikan dekat diorang yang blogger masih wujud dan aktif. Mungkin blogger tak raih pendapatan secara fizikal tapi pendapatan digital pun tak kurang hebatnya. Kalau tak silap dalam kajian statistik, ranking blogger di tempat ketiga selepas akhbar dan majalah. So nak kata tak relevan untuk platform jana duit tu agak tsskkkk...

Sensor Kereta Saga Rosak

Ni kali kedua kereta Saga I buat hal atas jalan. Dah la paling menggelupur, panik, menggelabah, cuak kalau kereta buat hal. Paling ngeri lah kalau terkandas dekat jalan macam ni. 


Sikit je lagi nak sampai ke rumah tapi kereta dah tak nak bergerak bila press minyak. Dah la dekat area bukit, lagi la seram wei. Dah nak nangis dah masa ni tak tau nak call siapa. Sudahnya call insurans untuk towing service tapi kena tunggu sampai 45 minit. Dah la hujan masa tu. Nasib baik enjin hidup so boleh la bukak aircond. So ni bukan masalah bateri. 

45 minit tu lama lah jugak dengan banyak ereta pulak masa tu sebab orang baru balik kerja. Takde pun yang berhenti tolong ke apa. Ada yang berhenti lepastu main phone kat belakang. Pelik jugak kenapa dia tak jalan padahal dah 3 kali hijau rupanya main handphone. Bila turun bagitau kereta rosak baru dia perasan dia dah buang masa kat situ. Apa benda entah. 


Tunggu punya tunggu towing tak datang pun. Baikkkk punya kena game dengan insurans. Masa tu fikir nak tolak je lah kereta tapi ada pakcik tut datang tanya kenapa. Bila dia off enjin lepastu start balik, kereta dah boleh gerak dah. Terasa bodoh benar masa tu sebab kawan pernah cakap kalau Saga ni kena tunggu dalam 5 atau 10 minit macam tu try off pastu start balik. 

Tapi pakcik tu dah pesan first thing in the morning pergi hantar kereta dekat bengkel dulu sebab takut ada leaking. Bila dah hantar bengkel, mekanik kata sensor rosak sebab tu dia tak detect masa tekan minyak. Nak tukar baru dalam 200 lebih so proceed tukar je lah. Kalau dah rosak nak sembang apa lagi. Bendanya kecik je pun tapi bila rosak hmmmm nangis.