iKON | Kony's Island Season's Greetings 2016

Sunday, 27 June 2021


Lepas dah layan dua survival show WIN (2013) dengan Mix & Match (2014), sambung pulak layan semua breaktime show diorang. Show ni eksklusif untuk fans yang beli CD je tapi tak banyak pun yang YG Entertainment terbitkan. Tahu-tahu dah sold out dah. Untuk international fans ni memang bergantung harap dengan beberapa website ataupun Youtube je kalau nak tengok dengan English subtitle.

First breaktime iKON dekat Pulau Jeju je sebab baru debut kan, so pergi rumah Jay je lepak dekat sana selama 2 hari haha. Disebabkan diorang bercuti dekat Pulau Jeju, so Jay lah yang jadi referee untuk semua game yang diorang main dekat sana. 

‘When in Rome, do as Roman do so in Jeju do as I said.’ - Jay

First game start dengan BINGO bila iKON terbahagi kepada dua kumpulan. Nak menentukan kumpulan tu diorang main Sky & Ground. Kalau dekat kita main Lat Tali Lat lah. Banyak kali lah jugak diorang main sebab semua fikir nak flip arah yang sama je. Perfect teamwork kata Bobby. Semua bongok kata B.I haha sudahnya diorang main Rock-Paper-Scissors je. Dari sebelum debut membawak ke sekarang osom je lah penyelamat keadaan. 

B.I, DK dengan Chanwoo satu group dengan nama Donyagu menawhile Bobby, June dengan Yunhyeong satu group guna nama Koojine. Group Donyagu siap ada cute dance untuk present nama group. Game BINGO ni special sikit sebab setiap kumpulan akan pilih number yang mana diorang nak. Dekat number tu ada mission yang diorang kena selesaikan mengikut tahap kesukaran yang berbeza. Jay sebagai juri akan tentukan sama ada mission tu berjaya dilaksanakan ataupun tak. 

Masa main game BINGO ni diorang shoot dekat tepi sungai tapi di laluan tourist so ada masanya makcik tumpang lalu lepastu terkejut sebab jumpa idol group. Ada yang berkumpul dekat belakang sebab nak tengok diorang shooting. Masa ni tak famous sangat so boleh lah shoot dengan aman. 

Lepas settle main BINGO dekat situ diorang sambung main dekat kawasan pantai pulak. Best tengok scenery dekat situ sebab laut dekat Pulau Jeju memang cantik. Then masuk dalam hutan pulak untuk lengkapkan mission. Masa ni Chanwoo tengah sopan lagi, comel je panggil Jinhwan hyung ~! tadaaa! Tapi mangsa tetap sama, Yunhyeong si kembar. 

Masa main one leg fight tu kelakar tengok Yunhyeong dengan JuNe kalah dengan Chanwoo tapi bila Bobby masuk je habis kalah team Donyagu. Hantar B.I lawan dengan Bobby terus kalah sebab B.I lagi kuat. Teringat B.I dengan Bobby lawan standing push up dalam iKON TV (2018). Bila Double B berentap je confirm Bobby kalah. Diorang main game sampai senja lepas puas hati campak Jay dalam laut. Geram sebab Jay memandai ubah denda kepada team yang kalah.

Malamnya ada sesi ‘Complete iKON’ bila diorang jawab beberapa soalan, main game, complete mission dan juga confession. First game – Ask iKON Whatever You Want! bila semua persoalan dan kegundahan team member akan dijawab secara bijaksana oleh B.I merangkap leader. Jay excited lah nak main game ni sebab diorang jarang spend time untuk menyembang since busy dengan practice dan performance untuk promote debut album. 

Masa session ni diorang agak sedih lah sebab muka masing-masing tak handsome tapi Bobby kata dia paling tak handsome dalam group tu so tak perlu sedih bab tu. Jay la yang paling menyerlah masa debut sebab dia paling tua dan paling comel. Tapi ikutkan Chanwoo pun comel, dah la pelakon. Yunhyeong pun handsome je. Problem diorang bukan tak handsome tapi stylist tak buat kerja. JuNe paling handsome pun jadi down sebab stylist buat rambut cendawan. Menyampah betul hairstyle tu. 

‘To be honest, the only thing I have is confidence. Even when things goes wrong, it’s important to control your mind.’ – B.I

Sedih bila B.I baca soalan ‘Can we be together after 10 years? What will we be doing?’ dari Bobby. Dulu sebelum debut, dia asyik terfikir tentang bila diorang akan debut tapi bila dah debut, dia terfikir apa akan jadi in future. Sebab dia tak nak iKON cuma kumpulan yang berkongsi citarasa dalam musik tapi bagi dia iKON adalah family yang boleh menyembang dan share macam-macam benda. 

Kelakar pun ada jugak bila tengok balik part ni sebab Bobby jugak yang awkward dengan JuNe padahal sebelum ni rapat je. Sekarang ni dia awkward dengan Yunhyeong pulak sebab energy tak sama, tak reti nak sembang apa benda. 

‘I’m not sure about iKON will last until when but for us, maybe until one of us die? In our 80s, we will gather like this saying Sinosijak!’ – B.I

Betul lah apa B.I kata tu, iKON sekarang dah kehilangan leader sebab sabotaj tapi hubungan diorang tetap kekal sampai sekarang. Kalau ikutkan, Bobby, B.I dengan Jay dah berkawan 10 tahun dah tahun ni. Masa celebrate 2,000 days iKON tu sedih lah sebab B.I tak ada padahal dia yang naikkan group tu. Bila dia hilang memang terasa sangat. 

Dekat hujung show ni, iKON isi resolution diorang untuk tahun 2016 and some of them memang menjadi seperti yang dirancang tapi ada yang tak macam Yunhyeong acting debut, Jay + DK compose lagu sendiri dan lain-lain lah. I have fun watching them, so many memories of OT7. By the way, DK ada cakap dia nak datang Jeju lagi spend time dengan iKON member tu jadi kenyataan lah sebab diorang shoot untuk Idol School Trip (2017) dekat situ jugak. Bahaya breaktime ni staff take note je apa diorang cakap. Tak percaya, tengok next Summertime pulak. 

p/s : Poster Kony Island ni YG letak dekat cafeteria dekat bangunan baru. 

Movie Review | Koi Jaane Na

Director : Amin Hajee

Writer : Amin Hajee

Cast : Kunal Kapoor, Amyra Dastur, Karim Hajee, Atul Kulkarni, Vidya Malvade, Neha Mahajan

Production Company : T-Series, Amin Hajee Film Company Production

Distributor : AA Films

Genre : Psychology / Thriller 

Running Time : 139 minutes

Release Date : 2 April 2021

Trailer :


Kabir Kapoor (Kunaal Kapoor) adalah penulis novel dan Youtuber terkenal di Mumbai tapi mula dilanda masalah bila dia dapat tahu isteri dia (Vidya Malvade) curang. Alasannya adalah kerana Kabir perlukan duit untuk terbitkan buku kedua. Kabir mengalami kerugian yang banyak kerana penceraian tersebut malah kehilangan inspirasi untuk menulis kerana niche motivasi yang dikarang tak sama dengan kahidupan dia yang porak-peranda. 

Dalam perjalanan ke farm house dia di Panchgini, Kabir terjumpa Suhana (Amyra Dastur) yang terlepas trak menghala ke arah berbeza. Suhana tak kisah sebab dia nak enjoy dengan jalan yang ditakdirkan untuk dia. Suhana nasihatkan Kabir untuk belajar move on supaya hidup lebih tenang dan gembira. Lepas beberapa kali terserempak di kawasan tersebut, Kabir dan Suhana mula jatuh cinta. 

Kehadiran Ricky Rosario (Karim Hajee), bekas wartawan yang menjadi detektif upahan mula mengganggu kehidupan Kabir. Rocky dapat tahu rahsia Kabir sebagai ‘Zaraan Khan’, watak yang digambarkan dalamsebuah  novel fiksyen Hindi. Zaraan Khan adalah lelaki misteri yang membunuh ramai penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis. 

Kabir mengaku dia yang tulis novel tersebut tapi dia bukanlah Zaraan Khan seperti yang didakwa oleh Ricky. Bindia (Neha Mahajan), orang gaji di farm house laporkan pada pihak polis bila dapat tahu laluan ke bilik rahsia yang digunakan oleh Kabir untuk sembunyikan Zaraan Khan. Suhana jadi curiga dan takut dengan Kabir lepas Ricky dan pembantu dia dibunuh selepas peras ugut Kabir. 

Penceritaan movie yang menggunakan template thriller ni buatkan kita tertanya siapa Zaraan Khan yang sebenar dan bukannya siapa Kabir Kapoor. Penulisan agak lemah dan tidak dikembangkan dengan baik. Continuity antara scene pun tak menarik dengan momentum yang flat. Tak ada punchline, tak ada twist. Ada twist sebenarnya tapi predictable dan mencacatkan penceritaan pada first half.

Watak Kabir Kapoor macam kurang menjadi bila Amin Hajee perkenalkan dia sebagai Youtuber terkenal padahal tak ada satu scene pun dia menyembang dengan kamera. Tahu dia Youtuber pun dari dialog polis sebab anak dia suka layan. Berbeza lah dengan realiti sebab Youtuber ni pergi mana-mana pun dia akan pegang kamera dia untuk buat content. Dia macam contra sangat novelis dengan Youtuber ni sebab novelis lebih kepada introvert dan Youtuber extrovert. Watak Kabir lebih kepada introvert dan guna banyak masa buat research untuk novel dia. 

Watak sampingan macam Bindiya tu patutnya buang je sebab tak penting pada penceritaan pun. Sama juga dengan watak pembantu Ricky. Dia wujud untuk hadap lawak hambar dan perlian Ricky je. Watak ex-wife Kabir macam tak perlu ada pun sebab lakonan dia lemah. Scene intense pun tak dipaparkan dengan baik. Lepas Ricky jumpa bilik rahsia Kabir tu terus watak ex-wife dia hilang padahal dia ada dendam besar dengan Kabir. Watak Suhana pun annoying jugak sebab asyik pengsan je sementara tunggu Kabir selamatkan dia. 

Visual pun tak mainkan peranan sangat selain dari paparkan keindahan kawasan yang menjadi latar tempat pada movie di bawah terbitan T-Series dan Amin Hajee Film Company Production. Tak faham kenapa Arun Prasad guna templat komik untuk beberapa scene. Kreativiti? Mungkin. Yang selamatkan movie ni bila music album dia best especially lagu Harr Fun Maula dengan cameo dari Elli Avram dan Aamir Khan. 

Lepas tengok movie ni boleh faham lah kenapa director letak tajuk Koi Jaane Na (Tak ada Siapa Tahu) sebab tak ada siapa tahu siapa Zaraan Khan dan tak ada siapa tahu kenapa movie ni wujud walhal lemah serba-serbi. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10

Movie Review | Sherni

Saturday, 26 June 2021

Director : Amit Masurkar

Writer : Amit Masurkar, Yashasvi Mishra, Aastha Tiku

Cast : Vidya Balan, Vijay Raaz, Sharat Saxena, Brijendra Kala, Mukul Chadda, Neeraj Kabi, Ashwini Ladekar, Gopal Datt, Ila Arun

Production Company : Abundantia Entertainment, Skywalk Films, T-Series

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Drama 

Running Time : 131 minutes

Release Date : 18 June 2021 (India

Trailer :


‘You may see a tiger once if you’ve been come to jungle 100 times, but be assured that the tiger must have seen you 99 times’

Vidya Vincent (Vidya Balan) adalah Division Forest Officer yang baru dihantar ke kampung tersebut bila penduduk kampung mengadu akan kehadiran harimau. Penduduk di kampung tersebut bergantung pendapatan pada hasil ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau. Kebanyakan mereka akan bawa ternakan masuk ke dalam hutan untuk diberi makan. 

Awalnya Vidya penat dan give up bila kerja-kerja mereka untuk selamatkan harimau T-13 dan anak-anaknya terganggu oleh penyokong parti pilihanraya. Mereka sengaja buat kacau untuk raih undi penduduk kampung. Sengaja adakan rusuhan untuk menambahkan masalah. Tak kurang juga dengan ketua pegawai hutan, Bansilal Bansal (Brijendra Kala) berpihak kepada parti GK. Dia sengaja membenarkan pemburu haram, Pintu (Sharat Saxena) join operasi menyelamatkan T-12. 

Suami Vidya, Pawan (Mukul Chadda) nasihatkan supaya bertahan sebab  bisnes dia bergolak gara-gara pandemik. Sekurang-kurangnya Vidya tak perlu risau tentang dibuang kerja walaupun recession. Pergi kerja dan bawa balik gaji setiap hujung bulan. Tak sama keadaannya dengan kerja korporat. Struggle macam mana pun belum tentu dapat gaji apatah lagi naik pangkat. 

Jarang nak nampak movie Bollywood buat movie berlatarkan kehidupan binatang. Rasnaya ni pertama kali juga profession forest officer diketengahkan di layar perak. Macam mana diorang nak pastikan binatang apa yang mengganggu, sebarkan awareness kepada penduduk kampung, kenal pasti setiap binatang dengan pengalaman dan ilmu yang ada dan proses memindahkan binatang-binatang yang ada ke kawasan hutan simpan. 

Sakit hati setiap kali tengok scene penyokong parti yang melampau batas dan sengaja buat rusuhan untuk menang undi. Dalam keadaan genting macam tu pun nak juga bermain politik. Lagi geram bila keadaan dalam movie ni sama dengan situasi real life sekarang. Ugghhh! 

Movie Sherni yang ditulis dan diarahkan oleh Amit Masurkar ni tak berat sebelah dan berpijak di bumi nyata. Dia tunjuk betapa pentinya manusia, haiwan dan pembangunan hidup bersama. Manusia memang akan perlukan pemodenan dalam hidup tapi dalam masa yang sama perlu juga melindungi alam flora dan fauna. Sama macam movie Newton (2017) yang membicarakan isu serealistik yang mungkin. Amit antara pengarah yang buat kajian sebelum terjemahkan ke dalam filem. 

Visual movie di bawah terbitan Abundantia Entertainment, Skywalk Films dan T-Series memaparkan panorama kehidupan di luar bandar dan kawasan hutan dengan cantik. Walaupun VFX tak kemas sangat tapi penggunaan tak banyak sampai mencacatkan jalan cerita. 

Jalan cerita movie ni terlampau perlahan sebelum sampai ke second half tanpa music score yang menarik ataupun babak yang meninggalkan impak. Scene yang melibatkan media pun boleh dibuang sebab tak membantu pun. Bertahan sebab lakonan Vidya dengan Vijay Raaz bagus sebagai orang yang berpengalaman dan intelektual. Lagi menarik kalau tambah scene antara Vidya dengan Jyoti yang buatkan dia ubah pendirian dan berpihak pada forest officers. 

Selain mesej mengenai hidupan liar dan manusia, Amit juga ketengahkan prejudis dan diskriminasi terhadap kaum wanita. Banyak juga scene di mana Vidya terpaksa hadap mansplaining, diasak dengan tanggungjawab isteri dari sudut pandangan masyarakat sosial dan banyak lagi. Watak sampingan pun hadap perkara yang sama dalam scene Pintu bergaduh dengan staff tentang ketulan najis yang dianggap najis harimau walhal bekas tinggalan harimau bintang. 

Mungkin movie ni bukan selera kebanyakan orang tapi naskhah yang bagus untuk tengok pegawai hutan bekerja dan selesaikan konflik. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10