Astro Meraikan 30 Tahun Dengan Ucapan Terima Kasih Kepada Masyarakat Malaysia

Friday, 14 August 2026

Astro Meraikan 30 Tahun Dengan Ucapan Terima Kasih Kepada Masyarakat Malaysia | Bermula Ogos sehingga Disember 2026, pelanggan boleh nikmati tawaran Istimewa, kandungan eksklusif dan pengalaman berharga dengan Astro

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 – Astro, selaku peneraju kandungan di Malaysia hari ini melancarkan sambutan ulang tahun ke 30 tahun dengan pelbagai tawaran dan pengalaman untuk pelanggan. Sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat Malaysia, sambutan ini akan membawakan akses percuma kepada semua saluran Astro, dua saluran khas, akses percuma untuk Astro X3 di TV Pintar, saluran tambahan di NJOI, ganjaran eksklusif kempen dan aktiviti lapangan.

Henry Tan, Group CEO of Astro, berkata: “Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan mereka. Sepanjang tiga dekad yang lalu, kami amat berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap media dan hiburan negara, serta terus berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia menerusi pelbagai cerita, hiburan, pendidikan dan pengalaman yang dikongsi bersama.

Sokongan anda membantu kami untuk terus meneroka dan melahirkan bakat-bakat sambil membawakan kisah yang mencerminkan keunikan dan kepelbagaian di negara kita. Hari ini, kami berbesar hati menjadi pencipta kandungan nombor 1 di Malaysia, satu kedudukan yang hanya dapat di realisasikan dengan kepercayaan dan sokongan masyarakat Malaysia, serta komitmen semangat berpasukan, rakan Kongsi dan juga bakat-bakat.

Selari dengan landskap media yang terus berkembang, kami kini lebih komited untuk mengangkat kisah-kisah Malaysia, memupuk bakat generasi baharu serta mencipta pengalaman yang mampu menyatukan rakyat Malaysia. Menjadi satu penghormatan buat kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia, dan kami teruja serta diinspirasikan oleh peluang-peluang yang menanti pada masa hadapan.”

Tawaran Dan Pengalaman Eksklusif

Sebagai sebahagian dari sambutan ulang tahun ke 30 Astro dan Hari Kebangsaan, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa, penambahan tawaran kandungan, dan pengalaman eksklusif bermula dari Ogos sehingga Disember 2026.

Bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September, semua pelanggan Astro bakal menikmati akses kepada semua saluran Astro. Pelanggan juga boleh menikmati dua saluran tambahan istimewa iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120).

  • Astro 30 (Saluran 100), tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Oktober 2026 akan membawakan barisan istimewa hit antarabangsa, filem blockbuster, konsert dan program kegemaran ramai. Antara sorotan termasuk kesemua lapan filem Spider Man, Borneo Rising, The Last Kopek Senario Reunion 30 Tahun, BTS: Love Yourself in New York Concert Film, How to Make Millions Before Grandma Dies, Tekad: Ekspedisi Guthrie Everest 2026 dan edisi terbaharu Tom Tom Bak. Ia juga membawakan lima telemovie istimewa.
  • Aniplus (Saluran 120), tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Disember 2026, menawarkan kepada peminat anime akses beberapa siri terbaharu dan juga popular dari  Jepun termasuk Trapped in a Dating Sim 2: The World of Otome Games is Tough for Mobs, Hanaori-san Still Wants to Fight in the Next Life, dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, pelanggan Astro juga bakal menerima akses kepada Astro X3 yang baharu dilancarkan di semua peranti TV pintar, membolehkan mereka untuk strim terus menerusi aplikasi Astro tanpa perlu menggunakan dekoder.

Pelanggan NJOI akan menikmati lebih kandungan, dengan Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro AEC (Saluran 306) dan Stadium Astro (Saluran 802) secara komplimentari bermula 13 Ogos 2026, menjadikan jumlah tontonan saluran komplimentari sebanyak 26 kesemuanya.

Lebih dari sekadar tontonan, Astro Audio bakal membawakan sambutan kepada masyarakat di setiap pelusuk negara melalui KITA FM 2026: Satu Nama, Satu Suara, satu inisiatif istimewa menggabungkan kesemua 13 jenama Astro Audio di bawah satu bumbung untuk siaran langsung dari luar konti. KITA FM akan membawakan jelajah bas, sesi beramah mesra, dan juga pengalaman interaktif. Inisiatif ini akan bermula pada sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya sebelum melabuhkan tirai di Kuching, Sarawak pada 16 September 2026. Sebagai sebahagian dari sambutan Hari Malaysia, KITA FM juga akan melancarkan Larian 63 Kilometer, membawakan kesemua penyampai radio Bersama dalam mengejar Malaysia Book of Record, dan juga melancarkan lagu tema berbilang bahasa, “KITA” di semua platform penstriman.

Buat penunjung acara dan peminat konsert, MY FM Big Show bakal Kembali pada 17 Oktober 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting, membawakan bersama penyampai MY FM dan juga barisan bintang tempatan dan antarabangsa dalam satu acara berprestij industri radio. Pelanggan Astro bakal menikmati berbagai tawaran istimewa, termasuk diskaun dan tiket percuma ke konsert ALPHA First Wave, MY FM Big Show, Gegar Vaganza dan juga Konsert KITA Countdown, akses lorong pantas sesi ramah mesra di acara Home of Kids, serta akses ke acara sukan utama seperti Sepak Takraw League dan Sultan Azlan Shah Cup.

Astro 30th Anniversary Showcase 

Sambutan ini mengambil tempat di pentas utama pada 23 Ogos 2026, di Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur beserta acara sambutan 30 tahun Astro, membawakan bintang-bintang ternama dan juga bakat baharu termasuk Faizal Tahir, Sherry Al Hadad, Stacy Anam, ALPHA, Vanessa Reynauld, Auddra dan Zeppo Youngsterz. Peminat boleh bertemu dengan beberapa bintang kegemaran mereka dari Talk To My Manager 2, termasuk Cik B, Azeva, dan Amarra, beserta pemenang dari Big Stage Rocketfuel dan juga Big Stage Tamil.

Penonton juga akan berpeluang untuk bertemu dengan bintang dari siri drama dan filem termasuk drama Cina, Wolong: The Mastermind, siri Tamil – Visham dan Mounam Pesiyadhe, juga prekuel kepada siri paling berjaya Project: High Council – Kudrat, dan Terbang, sebuah filem diinspirasikan dari kisah benar pelumba ralli lagenda Karamjit Singh. Pelanggan Astro terpilih bakal berpeluang untuk menyaksikan acara dari Zon VIP Rock eksklusif, membawa mereka lebih dekat dengan bintang kegemaran mereka.

Dengan Astro menyambut ulangtahun nya yang ke-30, kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan mereka sepanjang perjalanan kami. Kami akan terus komited untuk membawakan kepada para penonton kandungan hebat dan pengalaman di masa akan datang.

*Tawaran Eksklusif dan Pengalaman tertakluk kepada Terma & Syarat

TAK SANGKA, IKLAN INSTAGRAM BAWA REZEKI BERNILAI RM113,800

Thursday, 13 August 2026

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2026 – Leong Pik Leng, 31, Eksekutif dari Selangor menerima rezeki tidak disangka-sangka apabila berjaya membawa pulang sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2L VL bernilai RM113,800 selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama bagi pusingan 3 kempen Tonton Non Stop, On Top! 

Dengan kutipan 187,714 mata sepanjang Pusingan 3 dari 13 hingga 26 Julai 2026, kemenangan tersebut membawa tuah buat Leong Pik Leng yang diwakili rakannya, Ani Fadhliah Arrif, pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Nissan 3S Flagship Store ETCM, Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir Ryan Tan, Pengurus Besar Kanan, Perancangan Jualan, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.; Crystal Lee, Pengarah Jualan dan Kerjasama Strategik, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima Television Networks; serta Tiffany Tan, Pengurus Besar, Komunikasi Pemasaran, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., semasa penyerahan Nissan Kicks e-POWER 1.2L VL.

Leong Pik Leng meluahkan rasa bertuah dan gembira kerana kemenangan tersebut sememangnya di luar jangkaannya selepas menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top!. 

“Pada awalnya saya ternampak iklan kempen ini di Instagram dan rasa tertarik untuk mengambil bahagian. Saya kemudian mula menonton kandungan terpilih untuk mengumpul mata. Tidak sangka pula, percubaan ini akhirnya membuahkan hasil apabila saya berjaya memenangi hadiah utama. Saya sememangnya sangat teruja dan bersyukur apabila mendapat tahu saya merupakan salah seorang pemenang” katanya. 

Beliau turut berkongsi bahawa kemenangan tersebut amat bermakna buat dirinya dan keluarga, selain merancang untuk menggunakan kereta yang dimenangi bagi kegunaan harian.

Berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026, kempen Tonton Non Stop, On Top! menawarkan hadiah dengan jumlah nilai keseluruhan melebihi RM700,000 dan menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada puluhan ribu  peserta sepanjang tempoh kempen. Tiga buah kereta turut berjaya dibawa pulang oleh pemenang menerusi Pusingan 1, 2, dan 3.

Kini, tumpuan beralih kepada pengumuman pemenang Lap 4 yang bakal menyusul tidak lama lagi, sekali gus melengkapkan senarai pemenang Tonton Non Stop, On Top!.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy

DARI NOVEL KE LAYARAN, ANOM SURAYA RAIH KEJAYAAN

Wednesday, 12 August 2026

DARI NOVEL KE LAYARAN, ANOM SURAYA RAIH KEJAYAAN | Pelancaran Novel Khas & Tayangan Eksklusif Episod Akhir Bersama Barisan Pelakon Utama Dan Penulis

Perjalanan Anom Suraya daripada karya novel ke layar skrin bakal menemui penghujungnya apabila TV3 menganjurkan Pelancaran Novel & Finale Viewing Party Drama Anom Suraya, sekali gus menghimpunkan penulis asal, barisan pelakon serta rakan media dalam acara istimewa ini.

Majlis ini juga akan memberi peluang kepada tetamu jemputan dan rakan media menyaksikan lebih awal Episod 12 dan 13, iaitu dua episod terakhir sebelum drama berkenaan melabuhkan tirainya. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah penulis asal novel, Dr. Samsiah Mohd Nor, bersama barisan pelakon utama Daiyan Trisha dan Idris Khan. Acara turut menampilkan persembahan akustik istimewa oleh Daiyan Trisha, sesi bacaan petikan novel oleh Dr. Samsiah, selain sesi tandatangan buku dan ramah mesra bersama barisan pelakon.

Bagi Daiyan Trisha yang menghidupkan watak Anom, peluang menjayakan adaptasi karya yang begitu dekat dengan peminat merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna, lebih-lebih lagi apabila perjalanan cerita tersebut kini sampai ke penghujungnya.

“Saya sangat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan Anom Suraya, daripada membaca kisah ini sebagai sebuah novel sehinggalah diberi peluang untuk menghidupkan watak Anom di layar skrin. Sokongan penonton sepanjang drama ini disiarkan juga sangat bermakna buat saya dan seluruh pasukan. Saya harap penonton akan menikmati penghujung kisah ini dan membawa bersama segala emosi serta kenangan yang telah kita lalui bersama Anom,” katanya. 

Sementara itu, dua episod terakhir Anom Suraya menyaksikan konflik emosi Anom (Daiyan Trisya) semakin meruncing apabila Bakhtiar (Idris Khan) dan Badrol (Yusuf Bahrin) masing-masing menuntut tempat dalam hatinya. Anom kemudiannya pulang ke kampung untuk memulangkan cincin Bakhtiar demi menjaga hati Puan Raden dan Badrol. Namun, ketika Badrol menyangka dirinya telah memenangi hati Anom, Bakhtiar pula memilih untuk menghilangkan diri.

Situasi kembali berubah apabila kemunculan seorang lelaki misteri di pantai pada penghujung cerita mencetuskan persoalan baharu, sekali gus meninggalkan tanda tanya tentang siapakah yang akhirnya bakal mendapat tempat di hati Anom.

Bukan sekadar menandakan penutup perjalanan drama bersiri berkenaan, acara petang ini turut memberi ruang untuk karya asal Anom Suraya kembali diraikan menerusi pelancaran novel khas, menghubungkan semula kisah yang pertama kali hadir kepada pembaca dengan versi adaptasinya di layar skrin. 

Saksikan episod baharu Anom Suraya 24 jam lebih awal di Tonton, atau memuat turun aplikasi Tonton menerusi Google Play dan App Store. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat. 

SURIA KLCC BUKA TIRAI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2026 BERSAMA RR BY RIZMAN RUZAINI

Tuesday, 11 August 2026

SURIA KLCC BUKA TIRAI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2026 BERSAMA RR BY RIZMAN RUZAINI | Koleksi Cruise 2026 – RR Vol 4: Heritage in Motion buka tirai edisi ke-14 KLFW bertemakan Destination: Home Ground

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026 – Suria KLCC membuka tirai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2026 dengan penuh gemilang pada Isnin, 3 Ogos, apabila mempersembahkan pertunjukan pembukaan rasmi edisi ke-14 platform ini menerusi rakan peruncitan disegani, RR by Rizman Ruzaini. Berlangsung di Esplanade, Taman KLCC, “Suria KLCC presents RR by Rizman Ruzaini” ini menampilkan koleksi Cruise 2026 jenama tersebut, RR Vol 4: Heritage in Motion, di hadapan 500 tetamu yang memenuhi dewan pertunjukan, sekali gus melancarkan sambutan fesyen tanah air sepanjang seminggu di bawah tema tahun ini, Destination: Home Ground.

Selari dengan tema, koleksi Heritage in Motion mengangkat inspirasi daripada suasana nostalgia jalanan Malaysia, dengan persembahan pentas dan gaya acara yang dibina di sekeliling motif beca, basikal serta pengangkutan lama – ibarat satu penghayatan visual terhadap era mobiliti silam Malaysia, diterjemahkan semula melalui siluet kontemporari yang menjadi ciri khas RR. 

Dipentaskan di dalam dewan pertunjukan KLFW yang direka sebagai sebuah struktur bertemakan warisan bermonokrom, diilhamkan daripada motif batik arkib Yayasan Sabah – koleksi ini dipersembahkan di atas pentas serba putih berbentuk ‘hourglass-shaped’, disaksikan oleh tetamu daripada kalangan pemain industri, media dan peminat fesyen, selain disiarkan secara langsung menerusi skrin LED besar kepada pengunjung di seluruh Suria KLCC.

Malam pembukaan tersebut turut disambut kehadiran tetamu-tetamu kehormat, termasuk Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd; Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd; serta Pengasas KLFW, Andrew Tan – mencerminkan betapa bermaknanya pemilihan RR by Rizman Ruzaini untuk mengetuai pertunjukan pembukaan tahun ini. Berbekalkan pengalaman hampir dua dekad dalam industri fesyen, RR by Rizman Ruzaini merupakan pilihan yang amat sesuai untuk menetapkan nada bagi minggu yang turut menyaksikan gandingan ini tampil buat kali kedua dengan satu lagi pertunjukans pada malam yang sama.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata pertunjukan pembukaan ini mencerminkan kualiti hubungan kerjasama yang telah dibina oleh Suria KLCC bersama jenama tersebut. “Rizman Ruzaini melambangkan sebuah kisah kejayaan membanggakan dalam industri fesyen Malaysia, dan kami berbangga mengiktiraf mereka sebagai salah sebuah rakan peruncitan disegani di Suria KLCC. Memberi mereka kepercayaan untuk mengetuai pertunjukan pembukaan adalah cerminan platform yang telah kami bina, serta standard yang terus dijaga oleh Suria KLCC bagi fesyen tanah air. Heritage in Motion menepati sepenuhnya semangat Destination: Home Ground – mengangkat sesuatu yang benar-benar Malaysia dan memberikannya pentas yang setanding dunia. Ia menetapkan nada yang sempurna bagi sebuah minggu kreativiti Malaysia yang bakal dikenang,” katanya.

Peluang membuka KLFW merupakan satu pengiktirafan besar buat pengasas jenama ini, sekali gus menandakan permulaan kerjasama yang lebih erat dengan pihak pusat membeli-belah, kongsi Rizman. Pencapaian ini turut menyusuli detik penting bagi gandingan pereka fesyen ini – Rizman dan rakan pengasas, Ruzaini – yang berjaya merealisasikan impian sepanjang kerjaya mereka apabila membuka butik pertama di bawah label RR di Suria KLCC pada 2025, selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam industri ini. “Pada akhirnya, kepercayaan terhadap jenama amat penting, dan memiliki ruang di Suria KLCC bermakna jenama anda dipercayai,” katanya.

Persembahan ini turut menandakan permulaan sebuah edisi bersejarah KLFW, yang berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Esplanade, Taman KLCC, menampilkan lebih 50 pereka fesyen dan jenama tanah air di bawah tema Destination: Home Ground. Dianjurkan dengan kerjasama Suria KLCC dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, serta disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku Rakan Strategik Industri Utama sempena Malaysia Tahun Melawat 2026, kalendar tahun ini merangkumi jenama baharu, nama-nama tersohor serta kolaborasi merentas industri, selain aktiviti di seluruh Suria KLCC termasuk paparan gaya oleh pelajar fesyen di Isetan KLCC dan gerai pop-up Jom Malaysia anjuran KPDN.


“Memperjuangkan fesyen tanah air adalah tanggungjawab sekali gus keutamaan perniagaan yang penting bagi kami. Sekalipun jenama mewah antarabangsa membawa prestij, label tempatan kami pula memberikan jati diri, warisan dan keunikan tersendiri,” tambah Tan. 

“Meletakkan jenama tersohor tanah air seperti Rizman Ruzaini setanding jenama fesyen antarabangsa membuktikan reka bentuk Malaysia benar-benar bertaraf dunia – dan malam pembukaan ini adalah bukti nyata kepada aspirasi tersebut.” 

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

Whole Foods Extra, Subang Bestari


Bulan Julai ada pelancaran untuk dua pasar mini dekat Subest ni. Satu Pasar Mini Anis, satu lagi Whole Foods Extra. Lepas pergi Pasar Mini Anis siangnya, belah malam tu singgah pulak dekat Whole Foods Extra sebab nampak cantik dari luar. 


Baru masuk je dah nampak promosi untuk blueberry dengan Shine Muscat. I grab dua blueberries masuk dalam troli. Rasa sejuk je masuk sini sebab banyak buah-buahan dengan sayur. Barang basah dia tak banyak sangat, dia letak macam asal ada je. I ada beli tongkeng tapi lepas ni beli dekat NSKje lah kot sebab tak fresh sangat bahan basah dia.





Sayur dia menarik sebab ada banyak pilihan, berbeza lah dengan NSK Star Avenue. Tengok kentang pun ada kentang biasa dengan kentang pink dari Australia. Ubi keledek pun terjaga elok, tak macam NSK dah banyak rosak. I beli dil satu paket sebab nak masuk dalam salad salmon nanti. 


Lepas ni memang dah aim nak beli sayur dekat sini atau Village Grocer Nadayu tapi barang basah dengan barangan keperluan lain beli dekat NSK. Dah malas nak beli sayur dekat NSK sebab cepat rosak. Segala tips simpan sayur I dah cuba tapi tetap jugak rosak. 

Bila beli sayur dekat Whole Foods Extra, KPlus atau supermarket yang seangkatan dengannya okay je bertahan. Rasanya sebab temperature storage ataupun penghantaran secara pukal tu yang buat sayur cepat rosak. Subest takde pasar basah so tak boleh nak masukkan sebagai pembolehubah. 


Dekat sini ada makanan sihat yang tak ada dekat NSK jugak. Lepas ni adik I akan kerap ke sini sebab ini makanan dia. 


Seronok juga tengok bahagian chiller sebab ada pelbagai jenis yogurt dan produk tenusu. Lepas ni tak payah pergi jauh sampai OU atau Citta Mall dah. 5 minit dari rumah je dah sampai yeayyy!


Frozen products dia pun ada banyak pilihan, ada yang tak pernah nampak pun ye jugak. Masa ni konon nak singgah sekejap je tapi jadi lama sebab mencari garlic spread. Dekat NSK dah habis, dekat sini pun ada satu jenama je. Tapi ambil je sebab dah malas nak pergi tempat lain. 

Nak bayar pun tak payah beratur lama sebab tak ramai orang. Kalau ramai pun queue dia takkan panjang macam dekat NSK lah sebab orang beli barang sikit je dekat sini. Minggu ni I perasan dia buka dari jam 8 pagi. Kalau I sangkut dalam jam memang singgah sini dulu beli barang hshshs

Mencari rezeki di bumi asing demi mengubah nasib keluarga di tanah air sering kali dibayangkan sebagai satu perjalanan impian. Dengan janji tawaran kerja yang lumayan, sesiapa sahaja pasti teruja untuk melangkah ke pesawat, membayangkan masa depan yang lebih cerah menanti di destinasi tujuan.

Namun, bagaimana jika penerbangan yang disangka kunci kehidupan baharu itu sebenarnya menjadi laluan tanpa jalan pulang?

Persoalan inilah yang bermain di fikiran ramai penonton, ‘Kenapa filem aksi thriller ini diberi tajuk 'Tiket Sehala'? Jawapan ringkasnya amat menggerunkan…kerana mereka pergi bekerja di luar negara, namun akhirnya tidak pernah pulang ke Malaysia semula.

Perkataan ‘sehala’ itu sendiri merujuk kepada perjalanan satu hala yang meragut kebebasan dan impian mereka. Niat asal untuk bekerja mencari rezeki bertukar menjadi perangkap sindiket penipuan pekerjaan atau job scam di Korea. Tanpa dokumen sah dan tawaran kerja palsu yang mengikat, mereka terperangkap dalam persekitaran yang kejam.

Aturan Ketat & Hukuman Kurungan Perangkap Mangsa

Keperitan situasi yang dihadapi para mangsa terserlah menerusi papan peraturan ketat di lokasi kerja mereka, sekali gus membuktikan penderitaan mereka jauh melangkaui isu penipuan dokumen semata-mata. 

Setiap hari, rutin harian mereka diikat dengan disiplin tegar di mana waktu kerja bermula seawal jam 7:00 pagi dan sebarang bentuk komunikasi mahupun perselisihan faham dilarang sama sekali menerusi syarat (No talking during work, no fighting).

Bukan itu sahaja, kawalan pergerakan mereka turut diketatkan melalui arahan (no trespassing farm after work) yang melarang mereka berada di kawasan ladang selepas waktu bekerja. 

Lebih mengerutkan dahi, sebarang pelanggaran aturan ini akan dibalas dengan tindakan tanpa kompromi menerusi hukuman kejam di mana mangsa akan dikurung di dalam sangkar selama 3 hari (Break the rules will be punished and locked in cage for 3 days).

Dengan kawalan ketat dan ancaman hukuman kurungan ini, impian untuk membeli tiket pulang ke tanah air terus berkecai. Setiap langkah yang diambil seolah-olah makin mengikat mereka dalam perjalanan Tiket Sehala yang penuh debaran.

Terbitan Key Billions Sdn. Bhd. dan arahan Rahila Ali, Tiket Sehala menampilkan Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, Ainee Mustafa dan Saha Champ, di samping menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

Tiket Sehala mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ketika mencari rezeki di Korea Selatan. Tanpa diduga, mereka terperangkap dalam satu situasi yang mengubah kehidupan mereka dan memaksa mereka membuat pilihan yang tidak pernah dibayangkan.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri konflik emosi dan cemas perjalanan para watak ini, pastikan anda menyaksikan Tiket Sehala yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara! 

#TiketSehala

JOM TONTON AJL DI RUMAH! TONTON BAWA KEMERIAHAN UNIFI ARENA TERUS KE SKRIN ANDA

Monday, 10 August 2026

JOM TONTON AJL DI RUMAH! TONTON BAWA KEMERIAHAN UNIFI ARENA TERUS KE SKRIN ANDA | Sambil Layan, Undi Juga Persembahan Terbaik AJL40!

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2026 – Tak dapat ke Unifi Arena? Jangan risau! Tonton bawa kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) terus ke skrin penonton menerusi kempen “Jom Tonton Di Rumah,” membolehkan peminat merasai kehangatan dan sorakan anugerah berskala besar terus dari kediaman masing-masing dalam Full HD, dengan mudah dan fleksibel menerusi aplikasi Tonton.

Selain menyaksikan persembahan para finalis AJL40, penonton juga berpeluang menikmati persembahan pembukaan dan selingan istimewa daripada barisan penyanyi terkemuka tanah air, di samping mengimbau kembali persembahan gilang-gemilang daripada edisi AJL terdahulu yang mewarnai perjalanan empat dekad AJL dalam meraikan muzik tempatan.

Sambil mengikuti setiap persembahan di skrin, peminat juga boleh menjadi sebahagian daripada penentuan Anugerah Persembahan Terbaik AJL40 dengan memberikan sokongan kepada finalis pilihan menerusi undian. Undian ini akan dibuka pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam, dan berlangsung sehingga selepas persembahan finalis terakhir AJL40.

Untuk mengambil bahagian, peminat boleh membeli langganan Tonton 3 Bulan mulai 10 Ogos 2026 ini, dengan setiap langganan memberikan 300 kredit undian. Satu akaun Tonton boleh melanggan pelan berkenaan maksimum sehingga 10 kali.

Kredit undian yang diterima boleh digunakan untuk menyokong finalis pilihan sepanjang tempoh undian, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk turut menyumbang kepada pemilihan penerima Anugerah Persembahan Terbaik AJL40.

Dengan akses kepada kandungan AJL terdahulu serta fleksibiliti untuk mengikuti setiap detik bersejarah AJL di mana sahaja menerusi pelbagai peranti, Tonton menjadi pilihan terbaik untuk peminat menikmati AJL40 dari rumah dengan pengalaman tontonan yang lancar dan tanpa sebarang gangguan.

Jadi, tak dapat ke Unifi Arena bukan bermakna perlu ketinggalan. Saksikan AJL40 secara langsung menerusi Tonton dan rasai sendiri bahang pentas berprestij ini terus dari skrin anda!

Pengarah: Azhar Kinoi Lubis
Penulis Skrip: Jujur Prananto, Ferry Lesmana, Sunil Soraya
Pelakon: Luna Maya, Reza Rahadian, Clift Sangra, Djenar Maesa Ayu, Restu Triandy 
Syarikat Produksi: Soraya Intercine Films
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia, Brunei, Singapura), Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 18 Mac 2026 (Indonesia), 25 Mac 2026 (Malaysia) 
Trailer:


Filem bermula dengan babak Bisman (Clift Sangra) meminta Bomoh hantar santau kepada bekas ketua kampung untuk merampas jawatan tersebut. Sejak Bisman naik berkuasa di kampung Karang Setan, habis penduduk kampung dianiaya. 

Bekas guru bernama Satriyo (El Manik) berani melawan ketidakadilan itu dan melarang anak tunggalnya, Suzzanna (Luna Maya) dari menerima lamaran Bisman. Namun tak lama kemudian dia juga disantau hingga meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri. Tak lama kemudian, Suzzanna pula melarikan diri dari diganggu oleh anak buah Bisman lalu jatuh dari gaung. 


Suzzanna diselamatkan oleh Pramuja (Reza Rahadian) yang tinggal bersama ibu saudaranya, Nyi Gayatri (Djenar Maesa Ayu). Suzzanna dirawat secara tradisional di situ hingga beransur pulih. Dia juga semakin rapat dengan Pramuja namun mereka berdua berpisah kerana Pramuja tak suka dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh Nyi Gayatri. Sementara Suzzanna pula menjadi pelapis kepada dukun wanita tersebut. 


Niatnya jelas, dia ingin membalas dendam terhadap perbuatan Bisman yang sengaja menghancurkan keluarganya. Selepas mempelajari ilmu Nyi Gayatri, Suzzanna pulang ke Karang Setan untuk menghancurkan musuhnya. 


Setelah kejayaan filem Suzanna: Bernapas Dalam Kubur (2018) dan Suzzanna: Malam Jumat Kliwon (2023), instalment ketiga atau mungkin yang terakhir mengadaptasikan filem Santet (1989) yang pernah dibintangi oleh Suzzanna Martha Frederika van Osch.  

Kali ni Luna Maya tak berlakon sebagai Sundel Bolong untuk membalas dendam sebaliknya sebagai pengamal ilmu hitam. Lakonan Luna Maya dalam filem Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa juga pamerkan beberapa signature style Suzzanna selain dari protestik dan wardrobe yang seakan sama dengan Ratu seram Indonesia. Masa dia jatuh dalam sungai tu je yang kita boleh nampak rupa sebenar Luna Maya. 


Jalan cerita Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa arahan Azhar Kinoi Lubis mempunyai jalan cerita yang ringkas namun tidak cukup rencah untuk filem seram tapi lebih terarah pada gore. Mual juga lah tekak sebab tengok masa makan. Seram yang dimasukkan cuma pada hantu di dalam gua yang kacau Suzzanna semasa bertapa tapi itu pun tak lah seram. 

Dialog dari barisan penulis tak begitu kuat untuk menyampaikan mesej memperjuangkan hak masing-masing. Kalau jadi penduduk situ memang pilih untuk larikan diri sebab siapa punya idea letak nama kampung Karang Setan? 


Tak pasti Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa menggunakan zaman bila sebagai latar masa utama tapi yang pastinya 80-an sebab tak dijajah tapi tak juga moden. Nak dapatkan bantuan pihak polis pun perlu pergi ke bandar yang terletak jauh dari situ. I tak nampak alasan yang munasabah untuk tinggal lama di Karang Setan.  

Watak Pramuja dari awal filem hadirkan elemen misteri dan kejutan di hujung cerita sebab datang ke Karang Setan untuk menjejak ayah dia yang hilang. Dia jatuh suka dengan Suzzanna dan chemistry mereka berdua pun tak disangkal lagi sebab dah pernah tengok Reza dan Luna berlakon bersama dalam filem Mendarat Darurat (2022) sebelum ni. 


Tapi kehadiran Reza pun tak mampu selamatkan Karang Setan sebab penggerak filem ini sepenuhnya terletak pada watak Suzzanna walaupun ada watak sampingan yang lebih kuat dari dia. I pun tak expect Reza Rahadian akan lakonkan watak yang kuat sebab dia dah selesa lakonkan watak pasu bunga. I cuma rindu Suzzanna mengilai tapi dalam filem ni tak ada. 

Watak Bisman memang ada kuasa sebagai ketua kampung tapi bukan sebagai ketua keluarga. Tak faham juga macam mana dia boleh berani nak kahwin dengan Suzzanna tapi takut dengan Bu Suroh (Nunong) dan kenapa dia tak boleh tundukkan isteri dia. Banyak sebenarnya plot dalam filem ni yang tak mampu untuk difahami. Fun fact, Clift Sangra adalah suami kepada mendiang Suzzanna. 


Sinematografi dari Muhammad Firdaus bergantung pada keindahan lokasi latar tempat yang digunakan. Sungai tempat Suzzanna jatuh tu cantik, tempat tinggal Nyi Gayatri pun sarat dengan budaya Nusantara. Namun terlihat lemah pada babak yang menggunakan visual effects. Musik latar pun okayish lah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10